3 tahun suami aku diam-diam bercinta dengan janda. Janda tu siap post kisah cinta dorang dalam IG. Rupanya suami dah janji nak kahwin janda anak 2

Awal kahwin, gaji suami tak menentu. Aku redha dan banyak tolong suami. Sekrang bila dia dah ada janda tu, suami hina aku takde kemajuan, gaji sikit. Dia bangga dengan gaji dia sekarang dan bila – bila boleh dapat hak jaga anak..

#Foto sekadar hiasan. As salam admin. Tq siarkan kisah aku dan harap dapat jadikan teladan buat suami di luar sana. Tolong hide profile aku ye. Aku seorang isteri yang bekerja, mempunyai 3 orang cahaya mata. Sepanjang 10 tahun berumahtangga kami hidup bahagia sama seperti orang lain.

Aku adalah cinta pertama suami kerana dia seorang yang pemalu dan tak pernah bercinta dengan mana – mana perempuan. Kami bertemu dalam satu projek bangunan di mana aku opis consultant dan dia kontraktor. Aku tak kisah walaupun masa tu suami baru habis belajar dan keluar dating pun naik bas.

Hinggakan ada kawan opis yang cakap pada aku boleh dapat lagi bagus dan hensem daripada suami. Bagi aku cukup la yang sederhana dan baik untuk dijadikan suami. Dari awal hingga berkahwin aku memahami keadaan kerja suami yang akan ikut projek di mana – mana dan aku sudah terbiasa berdikari menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada anak – anak.

Alhamdulillah rezeki anak – anak, hidup kami bertambah senang hinggalah pada 2022 suami aku bekerja di selatan dan akan balik ke rumah sebulan dua kali. Betul la pepatah ayat “suami diuji ketika senang”. Aku mula nampak suami mula hilang hormat keluarga aku tapi tetap aku pendamkan.

Seperti biasa suami aku akan melayan anak – anak dengan baik tetapi dengan aku dia seakan dingin hinggakan terpaksa makan ubat doktor untuk bersama. Aku cuba fikir positif, anggap suami penat dan stress. Sepanjang 3 tahun tu aku hanya memendam perasaan sendiri kerana percaya dan hormat dengan suami.

Perkara yang langsung tidak aku jangka terjadi, begitu hebat lakonan suami menipu aku tanpa aku duga. Aku baru tahu suami aku ada perempuan lain bila hubungan mereka dipost dalam IG janda tak malu tu. Begitu hebat menghebahkan bukti kisah cinta mereka.

Bila aku tanya suami, dia mengaku telah 3 tahun menjalinkan hubungan dan terlanjur. Suami telah berjanji akan berkahwin dengan janda tu pada tahun depan. Tapi bila balik ke sini hujung tahun lepas apabila projek siap, hati suami aku telah berubah dan rasa tak mampu untuk berkahwin dua apabila macam – macam dugaan melanda.

Di dunia pun Allah dah tunjuk suami yang menzalimi isteri akan sempit pintu rezeki dengan macam – macam bala. Janda sundal tu sangat marah apabila suami aku mula menjauhkan diri. Suami aku beritahu permulaan antara mereka hanya untuk main – main saja kerana perempuan itu liar, janda anak 2.

Ya Allah. Kenapa janda tu yang suami aku pilih? Sudah tahu dia sosial berkawan tak kira tua muda, mak bapa sendiri pun dah tak ambil kisah keluar malam tak balik – balik. Ada anak sendiri mak bapa yang jaga, tak termasuk anak luar nikah bagi kat orang. Sanggup menempek pada orang kerana duit, hidup senang serta kemewahan.

Kerana dia muda dan berbadan kecil suami aku kalah pada nafsu dan sanggup terima perempuan itu walaupun tahu pada masa yang sama menjalinkan hubungan dengan ramai lelaki. Alasan penampilan diri yang tiada pada isteri yang disebut pada perempuan tu. Padahal aku bukan takde rupa walaupun badan sedikit berisi.

Habis semua kekurangan aku dan keluarga dicerita kepada perempuan tu. Kenapa ini yang aku dapat bila setia pada suami dan menerima segala kekurangannya? Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku. Segala pengorbanan aku menjaga anak – anak ketika dia bekerja jauh langsung tak dihargai.

Hati aku hancur dan sakit tetapi apabila memikirkan anak – anak aku kuatkan semangat untuk terima suami. Perasaan aku terhadap suami sekarang tidak menentu. Ada kala baik, kadang – kadang marah kerana aku tidak mampu menahan sakit dalam hati. Hidup aku benar – benar berubah menjadi murung dan sedih.

Aku telah minta dilepaskan tetapi suami merayu minta agar diberi peluang kedua. Dia dah solat taubat dan berjanji akan berubah. Janji dia depan mak ayah, jika main perempuan lagi akan terus jatuh talak. Baru  -baru ni kami bertengkar dan suami merungut diri aku yang tiada kemajuan dalam kerjaya dan gaji aku sekarang tidak mampu menampung anak – anak.

Begitu dia bangga dengan gaji yang banyak, dia akan diberi hak penjagaan anak. Kerana tiada sebab lain untuk menutup dosa dan salah sendiri, aku betul – betul tak sangka suami aku akan ungkit kekurangan diri aku dan keluarga. Sedangkan janda tu sekolah pun tak habis boleh pula diterima?

Lagi bertambah hancur hati aku. Kisah kecurangan dia tak habis lagi ditambah pula dengan hinaan dia. Sampai sekarang aku bingung seolah – olah seperti dalam mimpi. Hingga aku rasa sudah tak kenal dengan suami sendiri. Kerana rasa tak sedap hati aku ajak suami berubat dan ustaz tu telah memberitahu suami telah kena ilmu hitam hingga ditutup pandangan terhadap aku.

Semua ni takkan terjadi jika suami aku tak melayan dan kuatkan iman. Kami juga telah hadiri dua sesi kaunseling di pejabat agama dan dengan kata – kata ustaz la yang banyak menyejukkan hati aku tentang ganjaran untuk isteri yang setia dan taat kepada suami. Aku berdoa agar dapat ikhlaskan hati untuk menerima semua.

Duhai suami, duhai imamku. Memaafkan memang mudah tetapi nak melupakan segala derita yang sengaja kau ciptakan amat menyeksakan. Kasihani la isterimu ini yang menderita kerana perbuatanmu. Kerana perbuatanmu habis hancur kebahagiaan yang kita bina. Kerana niat tak betul untuk suka – suka pada mulanya hingga jadi luka berparut selama – lamanya.

Ingat la suami di luar sana, hargai la isteri dan anak – anak. Kerana mereka sentiasa ada tika susah dan senang. Bukan mudah nak dapatkan kembali kepercayaan dan kesetiaan jika sekali tak dihargai. Dan buat janda yang berjaya memporakperandakan rumah tangga kami dan mangsa sebelum ni, mungkin sekarang kamu berbangga dengan perbuatan keji kamu. Tapi kamu lupa adanya Allah, Tuhan Yang Maha Besar.

Tidakkah kamu takut akan balasan daripada doa isteri isteri yang teraniaya oleh kamu? Setiap titisan air mata isteri akan meresahkan jiwa kamu, di mana tiada istilah tenang sepanjang hayatmu. Terima la nanti.

Komen Netizen :

Ahmad Firdaus : Suamimu hebat memakai topeng menutup segala kejahatan. Itulah suamimu yang sebenar, bukan dia berubah tapi topeng di wajahnya sudah dibuang. Sebab tu nak cari suami, cari yang tak pakai topeng. Biasa tak pakai topeng orang – orang pergi masjid je.

Lily Lily : Somi saya pernah tersilap juga. Mesra di wasap dengan janda merangkap kawan baik saya dari zaman sekolah. Pernah berjumpa sekali di luar. Setelah kecurangan dia bocor, saya yakin 99% semua cerita kesilapan somi dah luahkan pada saya.

Yang 1% lagi wallahualam kalau dia masih berahsia. Biar Allah saja yang tahu kejujuran somi saya. Dengan kawan saya pun macam macam penjelasan saya minta daripada dia. Sekarang dorang kata dah insaf dan sedar kesilapan mereka. Saya beri peluang ke 2 untuk somi berubah. Untuk kawan baik tu rasanya takde lagi istilah kawan baik, cukup sekadar saudara sesama Islam.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :