
Proses fasakh dah berjalan. Suami datang jumpa aku dekat kampung. Satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut aku. Pandang muka dia pun tidak. Dia bercakap sorang – sorang. Rasakan!
#Foto sekadar hiasan. Hai semua, masih ingat tak cerita Mami dua tahun lepas? Lama betul hehe. Asyik duduk tangguh-tangguh nak sambung cerita, sampai dua tahun baru ada kesempatan nak menulis. Kepada yang berminat nak baca kisah Mami, Mami bagi pautan di bawah ini.
Kena baca bahagian pertama, baru faham bahagian kedua Bahagian pertama dulu, Mami bercerita sehabis ringkas sebab tak sabar nak cerita bahagian Mami pulangkan paku buah keras kepada perempuan itu. Bahagian kedua ini, lebih terperinci sikitlah Mami bercerita. Ini pun bukan semua Mami sempat cerita. Okey sambung.
Hari pertama berada di tanah air tercinta. Anak perempuan Mami ketuk – ketuk pintu bilik air tak berhenti. Mami tanya, kenapa? Macam ada kec3masan. Terk3jut juga. Anak Mami jawab, “Papa telefon, Papa menangis” Aikkkk menangis? Tak pernah – pernah tengok dia menangis.
Disebabkan dengar perkataan ‘menangis’ tu lah Mami jawab panggiIan dia. Berkobar – kobar perasaan Mami nak tahu, kenapa menangis? Apa yang buat dia rasa sedih sangat tu? Sejak bila dah jadi hati tisu? Sebenarnya sebelum Mami masuk bilik air, dia dah telefon banyak kali tapi Mami tak rasa pun nak bercakap dengan dia.
Berulang – ulang kali dia telefon, langsung Mami tak jawab. Mami balas balik apa yang dia buat dekat Mami dulu. Baru dia tahu bagaimana perasaan bila telefon tidak dijawab, mesej tidak dibalas. Bila Mami tak jawab, dia telefon anak Mami pula.
Waktu tu Mami baru masuk bilik air nak mandi. Rupa – rupanya dia menangis sebab baca nota yang Mami tulis pada hari terakhir Mami berada di sana. Dia telefon Mami sambil menangis baca balik nota tu. Ada kesedihan dalam diri dia sebab kami dah tak ada dalam rumah tu.
Manusia curang pun pandai juga bawa watak sedih ya. Ingatkan watak manja – manja nak g0da orang saja dia reti. Selama berkahwin hampir dua puluh tahun, itulah pertama kali Mami dengar tangisan dia. Sebelum turun dari rumah tu, Mami sempat tulis nota pendek untuk dia. Mami tampal dekat suis lampu.
Dengan harapan, bila dia balik rumah, dia terus nampak nota tu. Tak sangka pula secepat itu dia balik ke rumah bila Mami dan anak – anak dah tak ada. Dia memang dah tahu Mami akan pindah. Pada hari kami pindah, anak Mami mesej bagitahu dia. Nota pendek yang Mami tulis tu bunyinya lebih kurang begini..
“Jika kau rindu anak – anak, lihatlah di segenap penjuru. Bayangan anak – anak masih di situ.. Jika kau rindu baby, lihatlah di depan pintu. Baby akan berlari – lari ke situ setiap kali jiran sebeIah mengetuk pintu sambil baby memanggil Appa Appa”
Appa tu panggiIan anak Mami yang berumur dua tahun waktu tu memanggil papa. Si bongsu selalu berlari – lari pergi depan pintu bila dengar ketukan pintu dari papa masa papa dia balik. Bayangkan rindu seorang anak yang tiada penghujung.
Berbulan – bulan bapa bertuah tak balik.Memang sedih saat anak berlari – lari tu. Setiap hari keadaannya macam tu bila jiran sebelah ketuk pintu rumah mereka. Baby rindu tapi dia tak pandai nak bagitahu. Dari perbuatan dia, Mami tahu dia rindu papa.
Masih lagi di hari pertama di kampung halaman. Malam gelap sudah tiba. Tengah malam kami dah masuk bilik nak tidur, tiba – tiba telefon berbunyi. Rupa – rupanya dia yang telefon. Mami abaikan saja. Memang tak nak jawab. Tuut tuuut lagi. Mami ambil keputusan tak nak jawab dah panggiIan dia.
Kami pun dah pindah, nak bercakap apa lagi. PanggiIan demi panggiIan tak berhenti, silih berganti dengan mesej yang masuk. Dari tengah malam berlarutan sampai ke subuh, tak berhenti telefon berbunyi. Macam orang giIa talak keadaannya.
Padahal kami belum bercerai lagi. Dia baru nak rasa apa yang Mami dah rasa empat bulan yang lalu. Kifarah tu memang wujud. Lambat atau cepat saja ia berlaku. Dulu Mami dengan anak – anak macam orang giIa telefon dia tak berhenti, tapi dia tak jawab pun panggiIan kami.
Berbulan – bulan kami tunggu dia balik dengan penuh sabar. Anak – anak semua rapat dengan dia. Dia buang kami begitu saja. Dia tak pilih anak – anak dan Mami yang dah lama hidup bersamanya. Dia pilih perempuan yang dia baru kenal. Ada satu mesej dari dia yang buat Mami nak balas. Mesej merayu, ringkas saja tapi cukup buat Mami rasa ‘padan muka kau’. Mesej dia begini
“Mami tolonglah jawab panggiIan, tolonglah” Mami jawab. Ringkas juga.. “Apa yang kau rasa malam ni, aku dah lama rasa” Puas hati! Bulan keempat di kampung halaman. Bermakna dah lapan bulan kami tak berjumpa. Proses fasakh dah berjalan.
Entah apa mimpi dia, suami balik jumpa Mami. Dia masuk ke kedai tempat Mami tumpang berniaga. Allah bagi kekuatan pada Mami. Mami langsung tak bercakap dengan dia. Satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut Mami. Mami diam seribu bahasa. Pandang muka dia pun tidak. Rasa dah sangat jauh.
Lagipun proses cerai dah Mami buat. Dia bercakap sorang – sorang. Tak ada tindak balas dari Mami. Rasakan! Masa dia datang jumpa Mami, dia bawa mainan anak dan tinggalkan duit empat ratus atas meja Mami. Lepas dia pergi, barulah Mami ambil duit tu.
Dia memang selalu masukkan duit dalam akaun Mami walaupun Mami dah tak tinggal dengan dia. Ciri – ciri bapa bertanggungjawab tu masih ada walaupun dia dah ada perempuan lain dalam hidup dia. Bila dia keluar dari kedai, Mami menangis sepuas hati.
Perasaan sedih tak dapat Mami tahan. Perasaan tu datang bila dia balik kampung jumpa Mami lepas lapan bulan kami tak berjumpa. Kami bukan dua tiga tahun kahwin, tapi hampir dua puluh tahun. Bukan senang nak lupa semua kenangan masa masih bersama.
Mami menangis bukan sebab rindu, tapi sebab kecil hati dan terIuka kerana dikhi4nati. Mami nekad. Bila Mami dah buat keputusan, Mami akan teruskan sampai selesai. Setahun berlalu. Mami dah dapat pengganti. Adegan giIa talak pun terhenti jua akhirnya lepas Mami berkahwin.
Alhamdulillah. Beberapa bulan lepas Mami kahwin, anak bongsu Mami masuk hospital. Bekas suami Mami balik melawat. Dah jadi bekas dah hehe. Dia tak kahwin – kahwin lagi masa tu. Waktu bekas suami sampai di hospital, kami berbual – bual macam biasa, terutama pasal anak – anak.
Kami sama – sama berada di katil anak. Si bongsu perlukan kami masa tu. Tak lama lepas tu, dia keluarkan kertas dari dompet dan hulur pada Mami. Mami cukup kenal kertas tu sebab itu tulisan Mami. Wahhh bertahun – tahun dia masih simpan nota tu.
Kertas tu ialah nota kecil yang Mami tulis masa nak pindah. Nota tu lah yang buat air mata jantan dia menitis. Pejam celik pejam celik, dah sembilan tahun Mami bercerai. Sudah sampai masanya anak sulung Mami bertemu jodoh. Dalam keterpaksaan, Mami kena hadap juga muka bekas suami Mami.
Jujur Mami dah tak ada hati dan perasaan langsung dekat dia. Mungkin sebab dia buat Iuka Mami terlalu parah. Tengok muka dia, macam Mami tengok lelaki yang tak Mami kenal, yang lalu lalang depan Mami. Begitulah lebih kurang. Masa perkahwinan anak Mami, kami sama – sama tak bawa pasangan ke majlis.
Kami raikan majlis anak perempuan kami dengan penuh kasih sayang. Seolah – olah kami masih satu keluarga. Anak – anak semua gembira sangat terutama si bongsu. Kami bergambar kenangan bersama anak – anak, menantu dan besan. Demi anak – anak, Mami turunkan ego, tahan rasa benci dan s4kit hati.
Momen tu sebenarnya untuk anak – anak rasa macam masih hidup bersama Mami dan Papa. Mami dan bekas suami sama – sama layan tetamu yang datang. Bab meluat, menyampah dan seangkatan dengannya, Mami tolak tepi. Teruskan majlis sampai habis.
Hari ini genap dua puluh tahun Mami bercerai. Panjang betul cerita Mami. Harap tak jemu membacanya. Ini pun Mami dah lompat – lompat. Mami sendiri pun dah letih menaip sambil nak susun ayat bagi mudah faham. Kita wanita ni, jangan mudah lemah longlai dengan suami sebegitu. Kalau Mami lembut hati, rasanya sampai hari ini kami masih belum bercerai.. Mami (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Suria Garden : Lelaki patut amek iktibar. Dah dapat bini herlok setia tak menyusahkan, bawa bawalah bersyukur. Jangan ikut kata nafsu kejahilan serta hasutan setan bahawa takde istilah curang bg lelaki. Lelaki leh kwen 4 sbb tu dia leh meliarkan mata melihat perempuan sana sini dan tak jaga ikhtilat. Hukum poligami pun tak tau.. ada hati noh.
Once buat t4ik macam ni.. kau terjun bangunan lom tentu ex kau peduli, apatah lagi nak nangis. Masa dia merayu kau buat b0doh. Kau fikir dia akan kekal merayu? Dia merayu bukan sebab b0doh tapi nak habiskan sisa sayang yang ada. Lagi kau Iukakan, lagi hilang sayang tu sampai kau akan m4ti dalam hidupnya. Masa tu, kau merayu sampai cucuk mata dengan garpu pun dia tak kesah. So dont be that idiot. You have a good life and wife and u let it go because u dont have self control. Looser.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.