
Pagi tu aku s4kit sangat perut, menggigil hampir pitam. Aku minta suami hantarkan anak – anak tapi dia terus marah dan menyumpah aku. Aku hilang sabar dan terus jerkah suami. Tiba – tiba anak aku umur 5 tahun cakap, dia boleh pergi sekolah sendiri jalan kaki. Aku terkedu dengar..
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin kerana sudi siarkan luahan aku. Aku dah lama pendam benda ni, tapi kali ni aku rasa dah terlalu penat. Aku cuma nak tahu, normal ke kalau seorang isteri rasa taw4r hati sebab terlalu lama memikul semua beban rumah tangga seorang diri?
Ramai orang nampak seorang suri rumah duduk di rumah dan ingat hidup kami senang. Hakikatnya, dari celik mata sampai pejam mata, kerja tak pernah habis. Kadang – kadang bila s4kit pun, tetap kena gagahkan diri sebab kalau bukan kita yang buat, siapa lagi?
Khamis lepas, anak – anak ada sekolah. Seawal jam 5.30 pagi aku dah bangun walaupun badan rasa tak sedap. Perut aku memulas teruk dan aku ulang alik ke tandas berkali – kali. Kepala pun rasa pening dan badan mula menggigil. Tapi macam biasa, aku tetap bangun siapkan sarapan, sediakan bekal anak – anak, gosok baju sekolah dan pastikan semuanya siap.
Dalam keadaan menahan s4kit, aku cuba kuatkan diri sebab aku tahu kalau aku tak uruskan semua ni, memang tak ada orang lain yang akan buat. Suami aku pula hanya bangun sekitar jam 6.45 pagi. Masa tu aku dah tak larat sangat. Aku rasa macam nak pitam. Jadi aku minta tolong dia hantar anak – anak ke sekolah.
Aku ingatkan dia akan faham keadaan aku pagi tu. Tapi sebaliknya yang aku dapat. Dia terus marah dan menyumpah aku. Katanya dia nak pergi kerja, mana sempat nak hantar anak sekolah lagi. Aku terkedu. Dalam keadaan s4kit macam tu pun, dia langsung tak nampak apa yang aku dah buat sejak awal pagi.
Aku hilang sabar dan terus jerkah dia. “Tu anak – anak kau juga.” Dia terus terdiam. Mungkin selama ni dia ingat dia seorang saja yang boleh naik angin. Setiap hari aku yang ulang alik hantar dan ambil anak sekolah. Bukan sekali dua, kadang – kadang sampai enam atau tujuh kali sehari sebab anak bongsu aku masih di prasekolah.
Paling buat hati aku h4ncur bila anak bongsu aku yang baru berumur lima tahun bersuara. “Tak apa mama, adik jalan kaki saja. Papa asyik marah, tak reti istighfar.” Masa tu, aku terus diam. Aku tak tahu nak sedih atau kecewa. Anak kecil pun dah boleh nampak per4ngai ayah dia.
Aku mula terfikir, seteruk mana keadaan dalam rumah tangga kami sampai anak sekecil tu boleh faham dan perasan semua benda? Hakikatnya, selama ni memang aku yang uruskan hampir semuanya. Dari bangun pagi sampai tengah malam, aku buat kerja tanpa henti.
Uruskan anak – anak, kemas rumah, masak, basuh baju, lipat baju, uruskan sekolah anak, beli barang dapur dan pastikan semua orang cukup makan. Suami aku pula cuma pergi kerja dan balik rumah. Sampai rumah, dia boleh berehat, main telefon dan tengok televisyen. Aku pula sambung buat kerja rumah sampai lewat malam.
Kalau aku minta tolong sikit, mesti ada alasan. Kadang – kadang aku minta dia mandikan anak pun dia jawab penat bekerja. Bila hujung minggu, dia keluar minum dengan kawan – kawan atau tidur sampai tengah hari. Pernah beberapa kali aku demam dan suara hilang, tapi aku tetap kena bangun masak sebab kalau aku tak masak, dia akan tanya kenapa tak ada makanan.
Pernah juga aku balik dari klinik dengan ubat penuh dalam tangan sebab gastrik aku teruk. Sampai rumah, dia langsung tak tanya keadaan aku. Sebaliknya dia tanya, “Makan malam ada apa?” Benda – benda kecil macam ni yang buat hati seorang isteri makin lama makin taw4r.
Lepas anak – anak balik sekolah hari Khamis tu, aku terus kemas pakaian dan balik kampung. Hari Jumaat, aku pergi ke klinik sebab s4kit perut aku masih tak hilang. Doktor terus masukkan aku ke wad sebab keadaan aku makin teruk.
Masa tu baru aku sedar, nasib baik aku balik kampung. Kalau tak, siapa nak jaga anak – anak? Sepanjang aku di wad, suami aku tak datang pun tengok keadaan aku. Pagi Sabtu, dia hantar mesej dan telefon berkali – kali. Bukan sebab nak tanya aku macam mana. Dia cuma nak tanya stoking dia letak dekat mana.
Masa tu aku rasa nak gelak pun ada, nak menangis pun ada. Nampak sangat selama ni dia langsung tak ambil tahu pasal urusan rumah. Dari sekecil – kecil benda sampai sebesar – besar benda, semua aku yang uruskan. Dia tak pernah ambil tahu.
Aku tak balas mesej dan tak jawab panggiIan dia. Akhirnya mak aku yang jawab telefon. Bila mak aku tahu keadaan sebenar, mak terus marah dia. Aku tak pernah cerita semuanya dekat mak sebab aku tak nak dia risau. Tapi kali ni, aku dah tak mampu nak pendam lagi.
Aku sengaja balik kampung sebab aku nak dia rasa macam mana susahnya bila aku tak ada. Selama ni bila aku s4kit, dia selalu cakap aku manja. Katanya s4kit sikit pun nak mengadu. Sedangkan aku ni jenis yang tahan s4kit. Kalau tak betul – betul teruk, aku tak akan minta tolong.
Aku cakap dekat dia yang aku penat uruskan semua benda seorang diri. Aku penat secara fizikal dan mental. Aku ugvt nak terus duduk di kampung dengan mak sebab aku dah tak larat. Dia merayu suruh aku balik, tapi aku cakap aku nak rehat dulu. Tubuh aku penat. Mental aku pun dah terganggu.
Mak aku pesan, jangan balik selagi dia tak datang ambil aku sendiri dan berbincang secara baik. Aku ikut saja nasihat mak. Bila aku luahkan semua yang terbuku dalam hati, dia tetap ulang ayat yang sama. “Nasib baik aku bagi kau makan.” Ayat tu yang paling s4kit.
Seolah – olah segala peng0rbanan aku sebagai isteri dan ibu langsung tak bernilai sebab aku tak bawa balik gaji setiap bulan. Aku cakap dekat dia, aku tak kisah kalau jadi janda. Dia terus jawab, “Kau jangan cabar aku.” Bila mak mertua pula masuk campur, lagi bertambah kecewa aku rasa.
Katanya, hanya sebab hal hantar anak sekolah sampai nak bercerai berai. Mereka nampak isu hantar anak sekolah tu saja. Mereka tak nampak bertahun – tahun aku bertahan, bertolak ansur dan memendam rasa. Hakikatnya, aku bukan penat sebab satu kejadian. Aku penat sebab terlalu lama berju4ng seorang diri dalam rumah tangga ni. Aku cuma nak tahu, salah ke kalau seorang isteri minta suami tolong hantar anak ke sekolah sekali sekala ketika dia sedang s4kit?
Ulasan Pembaca :
Ummi Solikha : No 1, kenapa isteri pandai kurang ajar dah dengan suami? Sebab per4ngai suami lah. Lepastu semua ko letak atas kepala isteri kau. Kerja kau tau cari duit ja. Hal lain kau tak ambik tahu pun. Memang padan lah isteri kau tinggalkan kau. Memang betul cerai adalah jalan terakhir. Sebelum rumahtangga tu berakhir better berbincang dulu. Kalau itu pun keras kepala masih nak letak permasalahan tu atas kepala isteri baik angkat kaki ja lah. Cari laki baru.
Eyna Muhd : Jantan macamni dia tak sayang isteri dan tak hargai isteri. Plus solat pun tak iman takde dan tak tahu tanggungjawab seorang suami. Dia berasa diri dia hebat sangat cari duit untuk anak bini. Dia rasa terbeban. Tanya diri sendiri.
Jika kita cintakan seseorang semua sanggup kita gadaikan untuk dia. Tak sanggup kita tengok apa – apa jadi kat dia. Jantan macamni tak sayang keluarga. Sis fikirlah kata – kata saya ni dan buat keputusan sendiri. Plus dia ada back-up mak yang mulut durjana clearly dia pun rasa menantu membebankan anak dia. Inilah kesan kalau isteri tak bekerja dipandang rendah dan tidak dinilai tinggi atas peng0rbanan terhadap suami dan anak – anak. Anak – anak membesar jadi pembuIi rumahtangga.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.