Suami pernah taklik, kalau aku turun dari rumah ni, jatuh talak satu. Aku nak turun tapi dia pegang tangan aku dan tak bagi turun. Dia pujuk dan aku cair balik

Aku ada 3 orang anak. Yang sulung autism, ADHD. Yang kedua pun dah nampak ciri – ciri tu. Suami langsung tak membantu, dia sendiri pun susahkan aku. Baju kotor atas lantai. K3ncing tak flush. Aku rasa nak lari tapi bila sekerat jalan, anak sulung video call dengan aku. Mata dia bengkak sebab menangis..

#Foto eskadar hiasan. Assalamualaikum.. Aku pertama kali mesej kat sini. Aku tak tahu aku nak tanya dekat mana dan luah dekat siapa. Sejak dari kecil sampai dah kahwin dan ada anak, hidup aku sentiasa ada ujian. Aku rasa macam langkah kaki aku sempit sahaja atas dunia ni.

Dari kecil diuji dengan keluarga yang berpecah belah. Ayah kahwin ramai dan aku pula anak nombor tiga, anak perempuan sulung. Orang sekeliling pandang rendah pada aku. Mereka ejek aku, cakap aku b0doh dan macam – macam gelaran sebab aku suka termenung. Orang panggil pun lambat respon. Boleh faham kan?

Dengan mak – mak saud4ra pun selalu kena marah. Cakap sikit pun kena marah. Masa nak minta tolong baru baik. Dengan ibu aku pun tak bermanja. Sebab tu bila ada orang bergurau, aku tak pandai nak respon. Aku hanya ketawa sahaja kalau ada orang buat lawak.

Masa nak kahwin, aku dah beritahu dekat suami yang aku ni kurang kasih sayang daripada keluarga. Dia cakap tak apa, dia ada. Dia akan bagi kasih sayang pada aku. Tapi silap. Lepas aku kahwin tak sampai sebulan, kami dah berg4duh.

Macam ni ceritanya. Aku panggil dia balik makan nasi sebab hari tu dia cuti. Dia cakap sambil marah, “Nanti lah kejap, aku tengah bersembang ni.” Masa tu aku mula simpan sikit demi sikit rasa marah dalam hati. Bertahun – tahun aku sabar dengan kerenah dia sampai terdetik dalam hati, sikit pun dia tak hormat pada aku.

Dulu kalau dia ada depan mata aku, aku tak pernah main telefon dan akan layan dia cakap walaupun dia tak layan aku bercakap. Dia buat rumah macam tempat menyinggah. Naik untuk mandi, makan dan tidur. Jarang – jarang ada lah layan bercakap, cuma tak lama. Dan aku pun tak sempat puas lagi meluah pada dia. Bila ajak berbincang, tak pernah selesai masalah.

Pasti akan berakhir dengan perbalahan. Dan yang paling s4akit hati sekali, dia akan ungkit semula apa yang aku cakap masa kami berga4duh. Siap salahkan aku lagi atas apa yang berlaku. Dan yang paling aku s4kit hati sekali bila dia bagi ayat yang paling pedih, ibarat seperti t4hi lembu dibaling atas muka. Sampai aku terus senyap. Contohnya,

“Kau tu, nasib baik aku kahwin sahaja.” “Kalau ikutkan aku tak nak kahwin dengan kau, kau yang p4ksa aku.” Dan banyak lagi lah. Semua tu melekat dalam hati aku sampai sekarang. Aku kahwin tahun 2010. Tahun 2016 baru aku mengandungkan anak sulung. Mungkin Allah tahu aku tak mampu nak jaga anak, sebab tu Allah bagi lambat.

Awal – awal dapat anak dah kurang berg4duh, mungkin sebab gembira sebab tunggu lama kan. Tapi ujian datang balik lepas anak aku umur dua tahun ke atas. Dia bagi anak aku tengok telefon. Sepatutnya aku pecahkan telefon dia baru dia tak berani bagi telefon. Sekarang anak sulung aku umur sembilan tahun, masih lagi bagi telefon.

Depan aku memang dia tak bagi sebab dia tahu aku marah. Lepas anak sulung umur dua tahun lebih, dapat adik pula. Ajar telefon juga, bagi senyap – senyap. La hawla wala quwwata illa billah. Selepas dapat anak kedua, aku didiagnosis menghidap depresi. Sebabnya anak sulung dan anak nombor dua tu dua – dua lelaki dan masih aktif.

Yang sulung suka tantrum, ada ADHD dan autisme. Aku tengok anak nombor dua pun ada ciri – ciri ADHD, cuma sekarang dia masih darjah satu. Biasanya darjah dua atau darjah tiga baru cikgu boleh kesan. Lepas aku mengandung anak sulung, suami dah tak bagi aku kerja sampai sekarang. Jadi aku jarang ada masa untuk diri sendiri. Makin koyak rabak aku dekat rumah.

Dicampur pula dengan suami yang tak memahami. Jujur aku cakap, selama aku kahwin, dia belum kenal aku siapa. Tak nak cuba faham per4ngai aku macam mana. Walaupun kadang – kadang dia tahu, tapi saja malas ambil tahu.

Bayangkan, dia marah kaw kaw, aku pun senyap. Muka berkerut. Lepas habis marah, boleh pula dia suruh aku urut dia. Tanpa pujuk atau apa – apa. Langsung tak ada empati. Aku rasa dia tahu aku merajuk dengan dia, tapi boleh pula dia cakap macam tu. Dan banyak lagi benda lain. Dulu aku takut sangat kehilangan dia. Sekarang dah berubah.

Tapi selepas 16 tahun aku kahwin, perasaan hormat tu dah tak ada. Dia cakap, aku angguk sahaja. Aku main telefon depan dia. Dia perasan benda tu. Sebenarnya aku tak nak buat macam tu, tapi terlalu s4kit hati. Aku biarkan sahaja. Dan aku tengok dia pun dah lain dengan aku.

Mungkin sebab aku dah tak layan sangat dia. Sifat dia dari dulu sampai sekarang sama sahaja. Tak dengar kata, tak ada empati, suka marah dan suka cakap lepas atas muka. Sampai sekarang sifat tu masih ada. Dah banyak kali aku nak bercerai dengan dia.

Pernah pergi pejabat kadi dah, tapi sampai depan pejabat dia pujuk aku. Dia pernah taklik kata, kalau aku turun dari rumah ni, jatuh talak satu. Aku nak turun tapi dia pegang tangan aku dan tak bagi turun. Dia pujuk dan aku cair balik. Dan banyak lagi lah.

Dia pernah cakap kalau harapkan aku kerja, memang tak makan nasi lah. Sebab aku jenis kalau kerja tu tak ngam dengan aku, aku akan berhenti. Kerja yang aku suka semua tak tahan lama. Pertama, tauke tutup kedai. Kedua, taska sebab aku mengandungkan anak pertama dan alahan teruk. Dan suami aku sendiri yang suruh berhenti. Cuma sekarang dia tak ingat. Asyik salahkan aku kerja tak lama.

Sekarang aku ada tiga orang anak. Dua lelaki dan seorang perempuan. Yang nombor tiga sekarang umur nak masuk tiga tahun. Alhamdulillah dapat bantu aku sikit urus rumah. Abang dia dua orang lagi tu sangat susah nak urus sebab masih aktif.

Baju kotor masih lagi atas lantai. K3ncing tak flush. Berus gigi bersepah kalau mandi. Dan banyak lagi lah. Mungkin Allah tahu aku tak mampu, sebab tu Allah hadirkan anak perempuan untuk aku. Bagi aku, aku boleh urus emosi aku dengan anak asalkan suami faham aku.

Aku pernah beritahu dia, aku datang ke rumah ni sebagai isteri untuk dia jaga, bukan sebagai orang gaji yang kena urus semua benda. Bila ada kurang, marah aku. Contohnya, masak nasi sahaja dan tak sempat masak lauk sebab kadang – kadang aku janji dengan kawan nak keluar. Dia boleh kata, “Balik rumah pun bukannya boleh makan nasi.”

Apa salahnya dia masak lauk? Tapi dia rela masak mi segera daripada masak lauk. Sama juga masa nak keluar beli lauk malam. Dia tahu aku tak suka keluar selepas Maghrib. Aku akan solat Isyak dahulu baru aku keluar. Dia cakap lewat lewat pasar raya dah simpan lauk.

Hari tu ada jadi kes dia marah aku sebab dia ajak keluar beli lauk lepas Maghrib. Aku cakap tunggu lepas Isyak lah. Lepas Isyak, masa nak naik kereta, anak aku ber4k. Dia terus marah aku. “Orang ajak pergi lepas Maghrib tak nak. Mesti lauk dah simpan ni lewat lewat.” Aku meng4muk lah. Semua benda nak salahkan aku. Senang sahaja hidup awak, tahu salahkan orang.

Hidup aku terlalu str3ss dengan anak yang buat per4ngai dan suami yang tak memahami. Aku selalu cakap minta Allah m4tikan aku cepat – cepat. Aku tak mampu nak hadap semua ni. Aku tak kuat. Aku rasa macam nak lari dan tinggalkan semua anak.

Tapi bila aku pergi sekerat jalan, aku terus teringat dekat anak – anak aku. Anak sulung aku pernah menangis video call dengan aku. Mata dia bengkak sebab menangis. Aku balik rumah pun sebab anak aku. Tapi benda yang sama berlaku lagi dan lagi. Aku jenis susah sikit nak percayakan orang dan introvert. Sebab tu aku susah nak cerita masalah aku.

Aku nak tanya sahabat semua, apa yang patut aku buat sekarang? Dah banyak kali aku burnout. Anak – anak aku yang jadi m4ngsa. Aku kasihan dekat mereka. Ada tak sahabat dalam ni yang alami macam aku? Tolong kongsi apa yang patut aku buat. Maaf cerita aku panjang. Tolong komen yang baik – baik ya. Sebab emosi aku tengah tak stabil sekarang. Aku perlukan kata – kata positif daripada sahabat semua. Barakallahu fiikum.

Ulasan Pembaca :

AdiZul Semerbak : Penat membaca. Semoga terus kuat. Fokus untuk besarkan anak – anak. Ajar mereka elok – elok supaya anak jadi pandai dan berjaya. Jangan terlalu fikir soal hati, perasaan dan perhatian. Sebab bila terlalu mengharap macam – macam, itulah yang akan buat kita makan diri sendiri. Hidup ni akhirnya akan m4ti dan m4ti tu pasti. Nikm4ti hidup dan hargai apa sahaja yang baik dan buruk yang pernah berlaku dalam hidup kita. Masa akan mengubat segalanya. Aku bukan lelaki ya. Aku juga seorang isteri, ada tiga orang anak dan bekerja.

Ros Bunga : Kasihannya awak. Tapi itulah, Allah tahu awak kuat. Kuatkan mental dan fizikal awak. Jangan terlalu peduli dengan benda benda yang meny4kitkan hati awak. Buat tak tahu sahaja. Jaga kesihatan. Kasihan dekat anak – anak. Pastikan mereka ada didikan agama yang baik. Berdoalah. Semoga Allah beri awak ketenangan, kekuatan, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :