
Aku tahu semua tu selepas aku ser4ng perempuan tersebut. Aku tak tahu sejak tahun bila mereka kenal. Dalam mesej tu, nauzubillah, luluh hati aku bila membaca. Mereka berjumpa, keluar bersama, pernah tidur sekali dan pernah meminta perkara yang bukan – bukan.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Minta tolong hidekan Facebook aku ya walaupun akaun palsu. Sekadar ingin meluah serta minta pendapat daripada w4rga fb. Isunya aku dengan suami. Dia badan beruniform. Rumah tangga kami hampir 7 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata. Isu kami ni dah lama sebenarnya, sejak bertunang lagi.
Dulu masa tempoh pertunangan, pernahlah dia kantoi dengan aku mesej bukan – bukan dengan seorang perempuan. Masa kejadian tu memang betul – betul pada tarikh hari jadi dia yang aku tengah nak sambut. Ikutkan hati nak sahaja putus tunang, tapi dia minta peluang kedua dan “terakhir”.
Katanya, andai nanti dah kahwin terjadi perkara sama, memang tiada peluang lagi dah. Jadi aku dan dia pun setuju dengan permintaan dia macam tu. Sampailah kami kahwin dan aku ikut dia berpindah menetap di sebuah negeri. Dalam tempoh aku mengandung tu, pernah juga dia kantoi di Messenger beberapa kali.
Ramai perempuan dalam tu yang dia chat. Tapi yang paling aku terkilan dalam perbualan mereka tu, suami ada cakap, “Kalau saya tak kahwin dengan dia, dah lama saya kahwin dengan awak.” Masa tu Allah sahaja yang tahu macam mana hati aku, tapi aku diamkan sahaja sebab fikirkan kandungan.
Aku bersalin secara pembedahan. Bila dah bersalin dan dalam pantang, dia macam endah tak endah sahaja. Kadang – kadang ada sahaja hal yang dia nak cari g4duh dengan aku walaupun benda kecil. Pernah satu hari, semua kerja aku buat sendiri sampai angkat benda berat dan akhirnya d4rah beku menyebabkan aku masuk hospital semula.
Sampailah satu masa aku tekad dalam hati nak balik berpantang di rumah orang tua dan nak cari kerja. Dia pernah cakap yang dia macam tak mampu jaga aku. Tak mengapalah, aku minta izin dan redha daripada dia. Dia izinkan.
Beberapa tahun kami hidup PJJ, tapi setiap bulan tetap berjumpa. Dia ni jenis introvert. Ada sahaja benda yang tak kena di mata dia bila kami berjumpa. Kami ni kurang sefahaman dan pernah juga dia nak lafaz cerai. Terjadi pula isu lain pada awal tahun 2024 lebih kurang.
Pernah juga aku dapat mimpi. Biasalah, hati seorang isteri ni walaupun PJJ, kadang – kadang boleh rasa bila ada sesuatu yang tak kena. Sebelum aku dapat tahu perkara sebenar, aku pernah berbual dengan dia. Aku tak menuduh, tapi naluri tu kuat.
Aku cuma tanya, “Kalau awak ada orang lain, saya minta jangan tipu saya. Jangan buat apa – apa di belakang saya. Kalau awak rasa tak bahagia dengan saya, cakap sahaja.” Dia cakap tak ada dan masih sayangkan aku. Sampailah satu hari, dia kantoi lagi.
Aku dapat tangkap mesej WhatsApp dia dengan seorang perempuan yang bekerja di sebuah pasaraya ketika dia balik berjumpa aku. Dia mengaku yang dia mengaku bujang kepada perempuan tu. Aku tahu semua tu selepas aku ser4ng perempuan tersebut.
Aku tak tahu sejak tahun bila mereka kenal. Dalam mesej tu, nauzubillah, luluh hati aku bila membaca. Mereka berjumpa, keluar bersama, pernah tidur sekali dan pernah meminta perkara yang bukan – bukan. Aku meraung menangis dan tanya dia melalui telefon selepas menghantar dia naik kerja semula.
Dia beri pelbagai alasan. Katanya kawan dia yang nak berkenalan menggunakan telefon dia dan macam – macam lagi helah. Masih juga nak menegakkan benang yang basah. Sampai aku kemurungan dan jadi terlalu emosi dengan anak. Ibu bapa aku nampak perubahan pada diri aku. Aku pun cerita kepada mereka.
Aku minta dia lepaskan aku dengan cara baik, tapi dia taknak lepas aku. Masa perjumpaan antara dia dan keluarga aku, dia boleh cakap yang apa dia buat tu sekadar seronok – seronok sahaja. Bayangkanlah macam mana hati aku masa dengar dia cakap macam tu. Dia minta aku maafkan dia.
Lepas kejadian tu sampai sekarang, sejujurnya aku cakap, dunia aku dah gelap. Dalam hati aku dah tiada apa – apa lagi. Aku sekarang dah tak fikir apa – apa pasal dia walaupun dia cuba berbaik semula dengan aku. Hati aku kosong. Aku dah maafkan dia, tapi sangat susah nak lupakan apa yang dah jadi.
Bila dia balik pun, kadang – kadang kami macam seorang di Kutub Utara dan seorang lagi di Kutub Selatan. Sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak sahaja. Macam berpura – pura di depan keluarga kedua – dua belah pihak.
Kalau bab hubungan suami isteri pula, aku dah macam tak mahu disentuh oleh dia. Dah lama kami tak bersama. Bab kewangan pula, dia suka buat keputusan sendiri. Kadang – kadang suka boros. Dia ada berhutang dengan duit raya anak dan juga duit nafkah aku. Sampai sekarang masih enggan bayar semula. Katanya nanti – nanti. Aku pun bekerja juga.
Perbelanjaan anak pula, kalau ikutkan hampir semua aku yang tanggung sejak anak kecil lagi sampai sekarang. Sumbangan dia sepanjang anak membesar ni boleh aku kira dengan jari. Keperluan aku pun dia tak pernah nak belikan. Setiap kali raya, dia tak pernah rasa nak belikan baju raya untuk aku dan anak. Apatah lagi nak beraya sekali dengan kami.
Nak bergambar sekali dengan kami pun susah. Guna telefon dia pun tak pernah. Aku jugalah yang terkial – kial cari baju untuk diri sendiri dan anak. Masa nak raya hari tu, awal – awal lagi anak dah cakap pada dia yang dia nak baju raya. Tapi dia buat tak tahu dan diam sahaja.
Awal lagi dia dah beritahu yang dia nak balik rumah mak ayah dia seorang diri. Aku dan anak beraya berdua sahaja di rumah orang tua aku. Alasannya dia dah lama tak beraya di kampung dan terlalu lama tak tinggal bersama orang tuanya.
Untuk pengetahuan semua, dia ni tak rapat dengan adik beradik aku. Kalau balik pun, dia bercakap bila perlu sahaja dengan ibu bapa aku. Entahlah. Apa pendapat korang? Perlukah aku terus bertahan atau minta dilepaskan dengan cara baik kalau tiada kesudahan antara kami? Panjang lagi sebenarnya cerita ni, tapi tak mengapalah. Ni pun rasa macam dah lega sedikit selepas meluah. Terima kasih semua. Minta jangan kecam aku ya. Wassalam.
Ulasan Pembaca :
Nor Azimah Abdul Rahman : Puan boleh buat keputusan sendiri. Sayangi diri puan dan anak puan. Puan bekerja dan ada pendapatan sendiri, jadi lebih mudah untuk membuat keputusan. Ada suami seperti tiada suami. Tanggungjawab terhadap puan pun tiada kerana semuanya puan buat sendiri. Suami pula suka mencari perempuan lain untuk berseronok.
Nor Atika Zainal Abidin : Aku rasa sis dah tahu apa keputusannya. Sis dah tahu apa yang sis nak sebenarnya. Cuma aku rasa sis nak meluahkan perasaan dan membaca pendapat orang lain dahulu. Mungkin sis sedang mencari kekuatan dan semangat untuk mengambil tindakan.
Apa – apa pun, kembalilah kepada Allah SWT. Buatlah solat istikharah. Kalau dah nampak jalannya, teruskanlah. Hidup hanya sekali. Biarlah hidup dengan tenang dan mendamaikan. Hidup berumah tangga melibatkan dua orang. Dua orang yang sama sama ingin membentuk keluarga. Andai seorang sahaja yang berusaha, itu bukan rumah tangga. Ini hanya pendapat aku.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.