Anak langsung tak pernah keluar, hari – hari pandang dinding, baju pun langsung tak pernah beli

Wahai suami tiada beIas kasihankah untuk kami? Salahkah awak beri saya duit untuk belikan baju atau mainan untuk anak kita? Baju anak semua dah kecil. Awak tak pernah beli sehelai pun baju untuk saya dan anak. Andai kata ini adalah kata – kata saya yang terakhir, saya nak sangat awak tahu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamuailakum admin… mohon share kisah saya dan hidekan profil ye.

Buat suami ku yang tercintai, saya tahu awak suka baca kisah – kisah di facebook, jadi saya harap awak baca kisah saya, isterimu. Andai kata ini adalah kata – kata saya yang terakhir, saya nak sangat awak tahu, saya tak pernah merungut bila awak tak bawak saya dan anak (umur 1 tahun 9 bulan) berjalan selama saya kahwin dengan awak. Dan selama anak kita hadir dalam hidup kita. Saya selalu renung anak semasa dia tidur, tiap kali itu juga air mata saya mengalir. Saya sedih, saya sudah gagal jadi ibu yang terbaik.

Saya tak boleh bahagiakan masa kanak – kanak dia. Saya tak mampu buat hidup dia macam anak – anak orang lain. Saya tak boleh bawak dia berjalan walaupun hanya ke taman. Wahai suami tiada beIas kasihankah untuk kami? Kami hanya ingin rasa dihargai, dikasihi dan disayangi. Saya malu bila isteri kawan – kawan awak tanya saya kenapa saya tak ikut awak pergi main bola. Awak malu ke nak bawak saya?

Kenapa awak lebihkan kawan awak dari saya dan anak? Tiap kali saya ajak awak ke pantai untuk anak bermain terlalu banyak alasan yang awak beri. Kalau kawan awak ajak lepak awak terus on je. Yee selama ni saya diam, tarlalu banyak makan hati. Saya ingat lepas ada anak awak akan berubah. Tapi tak. Saya nak pinjam kereta pun awak tak pernah bagi. Saya hanya nak anak saya bergauI tengok dunia luar. Hari – hari hanya tengok dinding rumah. Awak tak pernah bagi saya duit, saya tak pernah merungut, salahkah awak beri saya duit untuk belikan baju atau mainan untuk anak kita? Baju anak semua dah kecil. Awak tak pernah beli sehelai pun baju untuk saya dan anak.

Kenapa suami kenapa? H1na sngatkah kami di mata mu? Awak hidup macam awak bujang. Keluar lepak malam – malam. Saya hanya nak rasai dihargai. Wahai suami, saya telah halalkn setiap air mata saya yang mngalir kerana perbuatan mu. Semoga ada keajaiban Tuhan untuk kita, nak.

Untuk pengetahuan semua, saya tiada tempat untuk berg4ntung. Saya berg4ntung pada suami, beli susu pampers anak. Ibu dan ayah saya sudah bercerai. Ayah saya kerja jauh. Ibu saya pula hanya jual nasi dan menanggung adik 2 orang yang sekolah.

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikuInya. Walaupun mungkin penulis ini tidak did3ra fizikalnya tetapi jelas em0sinya tercaIar tambah lagi memikirkan anak kecil yang tidak dapat membesar dan merasai nikmat bermain di luar bersama – sama rakan sebaya. Pelbagai komen dan nasihat yang diberikan buat penulis, semoga dia dapat bangkit untuk mencari pendapatan sendiri demi anaknya.

Komen Warganet :

زوالكفل بين ايجوه : Mungkin ini adalah satu dari berjuta kehidupan di luar sana yang hidup bertemankan air mata, berdoalah dan teruskan berdoa agar ada sinar baharu buat puan dan si anak kami yang di luar ini sentiasa mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan Segala Urusan dan masalah yang puan lalui, biar pun hidup dengan berbagai – bagai masalah ingatlah cuma satu saja yang harus kita buat seringkali diabaikan iaitu kewajipan kita terhadapNya yang Esa. Selalulah kita mengadu kepadaNya insyaallah pasti ada satu sinar bahagia pasti ada. Wallahualam

Nurul NaByha : Bersuara jaa depan muka dia sis. Kalau nak harap dia kesiankan sis, lebih baik sis bersuara dan ambil tindakan dengan cari kerja serta cari babysitter untuk jana pendapatan. Baju anak ?? Masa beli barang dapur, seIit sekali baju anak dalam tu, biar dia bayar, kalau dia marah bagitahu dia, “Tanggungjawab awak kan? Ke nak saya tuntut di akhir4t nanti “. Akhir sekali, doakan suami sis di lembutkan hati, jadi suami dan ayah yang bertanggungjawab. Setiap kali lepas solat doakan dia ya sis.

Hasida Binti Rahya : Sis, jalan cerita yang sama dengan saya. Cuma bezanya saya ada kerjaya… Pendapat saya lebih baik sis buka fb dan jual barang preloved atau apa – apa sahaja yang boleh mendatangkan duit.. Betul, kita ni dah macam h4mba, macam kandang peliharaan. Sis, kena cari duit sendiri, pandai bawa kereta slow – slow dan boleh beli apa yang sis nak. Manusia bergelar suami spesis ni tak akan serik dan simpati dengan kita.. Hanya tunggu kifarah Allah datang. Sis kena jaga diri sis dulu, dari meIutut pada spesis suami begini

Fara AfiQa : Kenapa nak beli semua kena tunggu duit suami, usahalah selagi boleh. Kerja, kalau tak nak nak berpisah dengan anak, boleh buat kerja online. Kenapa nak berg4ntung hidup dengan orang kalau awak sendiri masih mampu, ada kudrat dan usaha. Sekarang ni semua perempuan boleh cari duit.. Dengan online je dah boleh jadi dropship tak perlu keluar duit apa pun.

Duk rumah sambil jaga anak buat jual online, jangan harapkan sesiapa walaupun suami.. Jangan jadi wanita dan isteri yang lemah. Kesian sangat, semua benda nak beli kena tunggu ihsan orang biarpun suami sendiri.. Bila – bila masa je dia akan pergi tinggalkan kita terk0ntang – kanting dengan anak. Kena pikir macam mana awak nak hidup untuk diri sendiri.

Azie Mahmud : Ramai je lelaki yang pentingkan orang luar dari anak dan isteri. Tak cerita orang tak tau. Nasihat saya, cari kerja dik, anak hantar pengasuh, kalau tak boleh kerja di luar rumah, cari kerja yang boleh buat di rumah. Jangan lupa ambik perancang keluarga. Dah kerja ada duit sendiri nanti cantikkan diri. Semoga dipermudahkn urusanmu. Si suami kalau tak reti nak galas tanggungjawab seorang suami, jangan kahwin. Buat naya hidup orang je, kahwin untuk bahagia bukan untuk d3rita.

Nurul Aini Haris : Banyak je yang macam ni, bila isteri berg4ntung sepenuhnya dengan suami, diorang akan pandang kita sebeIah mata jer. Tapi kalau kita berkerja dan berduit tau pulak layan elok – elok, padahal tu semua tanggungjawab dia. Isteri kerja ke isteri tak kerja ke, keperluan isteri dengan anak memang suami kena bagi. Walaupun bukan pend3raan fizikal tapi ni dah jadi pend3raan mentaI buat isteri. Jangan tanya kenapa isteri anda berubah, sebab benda ni jadi bukan sehari dua tapi dia makan masa dok simpan sampai satu tahap hye hye bye bye. Sebab dah tak sanggup nak tanggung sorang – sorang..