Anak murid darjah 1, dah la nakal, buku setiap hari tak bawak. Satu hari aku ‘m4ki’ dia sampai dia menangis

Baru darjah 1 tapi level nakal pelajar aku ni memang tak boleh nak Iawan. Aku biar je dia tak bawak buku, tapi dia pergi kacau kawan – kawan yang lain dalam kelas. Aku dah tak boleh sabar, aku meletup sambil petik nama mak ayah dia. Sehinggalah dia bangun angkat tangan dengan muka takde perasaan..

#Foto sekadar hiasan. Please don’t judge people. You don’t know what it took someone to get out of bed, look and feel as presentable as possible and face the day. You never truly know the daily struggIes of others. -Karen Salmansohn-

Tadi aku scroll fb, aku terjumpa kata – kata ni. Memori aku terus teringat satu kejadian yang buat aku sebagai pendidik kecewa dengan diri aku sendiri. Aku rasa aku teruk giIa. Aku cuba kongsikan dekat sini untuk dijadikan pengajaran.

Ada seorang anak murid aku ni, aku namakan dia sebagai Danial, pelajar tahun 1. Dia ni selalu tak bawa buku. Hari pertama aku tanya, “kenapa tak bawa buku?” Dia senyum je tanpa jawapan. Hari berganti hari, masih berulang kali juga dia tak bawa buku.

Itu satu hal, aku tak kisah sangat. Tapi Danial ni lengkap pakej nakal dan suka buat suka hati dia. Aku cakap pada dia, “awak ni dah lah buku tak bawa, lepas tu bising kacau kawan – kawan lain yang bawa buku”. Sekali dua je aku marah, lama – lama aku tak marah dah, aku hanya bebel biasa je.

Sebab aku pernah rasa macam mana downnya aku bila cikgu marah sebab tak bawa buku. Kena marah depan kawan – kawan. Tanpa sedar boleh beri kesan mendalam pada perkembangan psik0logi. Aku tahu jiwa kanak  -kanak ni diorang nak main.

Jadi aku biarkan. Ada juga kawan dia yang lain sama – sama geng tak bawa buku dan nakal. Tapi dia ni next level. Aku cuba untuk faham. Cuma kalau dia bising sangat je aku marah, lepas tu aku tak marah dah. Kalau dia nak main aku bagi main, kalau dia nak belajar, aku ajar.

Aku sangka aku dah jadi cikgu yang baik untuk dia. Tapi aku silap. Suatu hari Danial buat per4ngai berkali ganda kurang adab. Aku tak boleh tahan. Sebab dia jadikan sesi P&P pada hari tu kelam kabut. Aku marah dia sampai dia menangis.

Aku suruh dia berdiri depan kelas. Aku geram sangat. Aku rasa dia macam c4bar aku. Aku cakap pada dia dan beberapa kawan dia yang turut sama nakal, “Awak ingat saya suka ke marah – marah? Saya tak suka, penat nak marah – marah ni. Saya tahu awak tu budak – budak, baru darjah 1, saya tahu dalam kepala awak tu nak main je. Memang saya tak boleh halang kemahuan awak sebagai budak – budak untuk main, tapi berpadalah”.

“Mentang – mentang saya tak marah, awak pij4k kepala saya. Saya cuba faham awak, saya bagi awak main. Saya faham kalau awak belum bersedia nak belajar betul – betul, saya tahu, saya faham, sebab tu saya biar je kalau awak nak berjalan, nak lari dalam kelas, tak bawa buku, kerja tak siap. Saya diam je tak marah, cuma saya kata jangan bising”.

“Awak buat kerja lain masa saya tengah mengajar. Awak main botol, awak melukis gambar raksasa lah robotlah, awak main pencil box Smiggle awak tu, awak main pembaris, pemadam ke apa ke saya tak marah pun. Saya ambil je dan cakap nanti nak balik nanti baru ambil kat saya. Saya cuma nak awak belajar adab, sebab tu saya ambil”.

“Ada saya marah? Ada saya denda awak? Tak. Saya tak marah. Saya tak denda. Tapi, macam ni awak buat kat saya?” Danial dah meleleh air mata dia. Aku cakap, “Oo reti menangis? Ingatkan takda perasaan. Tadi bukan main meIawan saya, kenapa sekarang awak nak nangis pula?”

Ya Allahh aku tak tau macam mana aku boleh ucap kata – kata macam tu, aku rasa k3jamnya aku sindir dia macam tu . Dia budak – budak lagi. Tapi aku, aku tak boleh tahan. Aku tercakap. Lepas tu, lama aku diam. Aku serba salah.

Aku cuba rendahkan nada aku. Aku ceramah satu kelas. Lepas tu, aku cakap pada Danial, “Nanti balik rumah, awak minta maaf pada mak dan ayah awak sebab awak nakal hari ni. Kesian mak ayah awak hantar awak pergi sekolah, ingatkan awak belajar, tapi tak, awak main.

Cakap pada mak ayah awak, Danial minta maaf sebab nakal hari ni sampai buat cikgu marah”. Dia angguk je sambil kesat air mata. Lepas tu, aku cakap juga pada anak murid aku yang lain, “Awak yang lain ni pun sama, siapa rasa dia datang sekolah, lepas tu nakal, balik rumah nanti minta maaf pada mak ayah awak”.

Sayu je suasana, semua senyap. Tak tahu lah diorang faham ke tidak. Yelah, baru darjah satu. Lepas habis marah tu aku dah tak boleh nak mengajar, aku cakap pada semua, “Saya minta maaf saya dah tak boleh teruskan. Tunggulah waktu balik”.

Aku takut aku marah lagi, jadi aku pilih untuk diam dan minta diorang buat kerja sendiri. Aku rasa pertama kali aku marah macam tu. Ya Allah. Selang beberapa hari lepas tu, aku ajar pada anak – anak murid aku, Sirah Nabi Muhammad.

Aku cerita kisah kefawatan ayahanda baginda nabi, Abdullah. Lepas habis cerita tu, aku soal jawab dengan anak – anak murid aku. Aku tanya, “Kesian kan Nabi? Kecil – kecil dah takda ayah. Belum lahir lagi, ayahnya dah meninggaI dunia”. Anak murid aku semua jawab, “kesiann” (dengan reaksi muka).

Aku sambung, “haa jadi awak semua ada mak ayah kan? Jadi, kena bersyukur. Kalau bersyukur ucap apa? Alhamdulillah. Macam mana nak tunjukkan rasa bersyukur? Kena selalu terima kasih pada mak dan ayah, dengar kata, kalau mak ayah awak minta tolong, pergi tolong, jangan Iawan.

Kalau awak tengah main game mak ayah awak panggil, tinggalkan game tu. Kena selalu buat baik pada mereka, sebab nabi tak sempat nak buat baik pada ayahnya sebab tak sempat jumpa. Kecil lagi dah tak ada ayah. Umur nabi 6 tahun ibu nabi pula meninggaI. Dah jadi yatim piatu. Kasihan nabi kita”.

Guess what? Tiba – tiba Danial bersuara, “cikgu, saya pun takda ayah”. Dia ucap tanpa perasaan. Sekadar memaklumkan sahaja. Naif wajahnya. Aku terkedu. Ayah dia bercerai ke? Aku monolog sendiri. Aku tanya, “betul ke Danial?”.

“Ya”. “Ayah awak s4kit ke?”, saja aku tebak. “Haah”. “Bila ayah awak takda?”. “Masa saya dalam perut, ayah saya dah meninggaI cikgu”. Pap! Aku rasa macam ada batu hempap atas kepala aku. Aku rasa aku cikgu yang teruk giIa.

Aku teringat aku marah dia sebab per4ngai dia yang lain daripada anak – anak yang lain. Aku silap percaturan. Walaupun aku tak pasti pun, betul ke Danial jadi macam tu sebab dia tak ada ayah? Tapi aku percaya, itu mesti salah satu penyebabnya.

Aku, kita yang ada ayah tak akan tahu macam mana rasanya orang yang tiada ayah. Macam mana struggIenya hidup dia. Ya, Danial tak pernah dapat kasih sayang seorang ayah sepertimana aku dan kawan – kawan dia yang lain. Mungkin sebab tu dia berbeza.

Mak Danial pula seorang guru sekolah menengah, dah tentu sibuk. Dia lah ayah, dia lah ibu. Ya Allah kasihannya kau anak. Maafkan cikgu sebab pernah menghakimi Danial sebagai anak yang nakal, anak yang tak dengar kata, walhal bukan awak pinta pun jadi begitu.

Siapa je yang tak nak jadi baik kan? Cuma awak tak jumpa jalan sebab tak rasa kasih sayang seorang ayah dan hidup bersama ibu yang struggIe menguruskan segalanya. Mungkin nakal awak tu cara untuk awak dapatkan perhatian dan kasih sayang.

MaIangnya, saya k3jam dan tak cuba memahami awak. I felt so bad. Aku sangka, aku yang ajarkan Danial dan kawan – kawannya tentang syukur. Tapi sebaliknya, dia yang ajar aku. Aku betul – betul insaf. Sejak kejadian itu, aku cuba tanamkan dalam diri aku bahawa setiap orang ada way of life mereka yang tersendiri, yang kita tak pernah tahu.

Sebab tu sebelum judge orang, khususnya anak murid (dalam kes aku), fikir dulu. Walaupun dia ‘hanya’ anak murid. ‘Kanak – kanak’ pula tu, tapi kesan pada em0si dia kita tak tahu. Jangan selalu sangka buruk pada orang.

Cuba kuatkan hati untuk terima kekurangan orang sebab cara kita masing – masing dibesarkan adalah tak sama. Kata orang, cuba duduk dalam kasut dia dulu sebelum kita nak judge dia. Walaupun selalu juga aku tersasar untuk su’uzhon.

Tapi kena cuba juga untuk betulkan balik tanggapan. Belum cerita lagi anak – anak yang hidup dalam serba kekurangan, kelaparan, br0ken family, yang kena hadap pelbagai har4ssments, yang ibu ayah sibuk tiada masa untuk mereka.

Kasihan mereka, datang sekolah kena marah lagi, kena palau lagi. Bagai keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Mungkin sekolah adalah satu – satunya tempat untuk mereka bebas dan rasa disayangi, kita tak tahu. Sebab tu tak salah nak marah, tapi kena berpada – pada dan beringat. Aku cuba belajar itu.

Aku ni tak sampai setahun jagung pun sebagai pendidik. Banyak lagi yang kurang. Sebelum ni aku hanya belajar teori sahaja, macam mana nak interpret seseorang melalui kata dan perbuatan. Macam mana tinggah laku seseorang dipengaruhi oleh komuniti dan persekitaran mereka.

Macam mana nak capai komunikasi yang berkesan. Aku rasa aku dah cukup faham dan boleh jadi pendidik yang baik. Namun aku silap, aku jauh lagi untuk capai tahap itu, banyak benda lagi aku kena hadap dan belajar.

Benarlah memang tak cukup sekadar faham teori selagi kau tak hadapinya secara realiti. Pengalaman adalah sebaik – baik pelajaran. Aku tak tahu lah cerita aku ni related ke tidak dengan apa yang cuba aku sampaikan daripada quote yang aku jumpa tu.

Tapi aku betul – betul rasa terpukuI dengan apa yang aku dah buat pada Danial. Maafkan cikgu, Danial. Please don’t judge people. You don’t know what it took someone to get out of bed, look and feel as presentable as possible and face the day. You never truly know the daily struggIes of others. -Karen Salmansohn-

Doakan aku jadi pendidik yang baik untuk anak – anak murid aku. Doakan juga Danial dan anak – anak murid aku yang lain dilembutkan hati, dilapangkan jiwa untuk terima ilmu. Ya Allah ampuni aku, bimbing aku untuk menjiwai anak – anak ini dan bantu aku untuk bantu mereka. Sekarang bila cuti lama je aku akan rindu anak – anak murid aku. – Teacher S (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Anita Ramlah : Seorang kawan pernah share kisah dia. Dia cikgu disiplin. Jadi, segala mala kenakalan pelajar dia kena handle. Setelah beberapa tahun, dia jumpa kaedah ini; bila kena handle apa jua kes, dia akan tanya soalan berkenaan family dahulu.

Kata kawan saya ni, kaedah ni banyak menyelamatkan em0si para pelajar dan dia sendiri sebagai cikgu. Kaedah ini membantu dia melihat para pelajar ‘nakal’ sebagai anak kecil yang perIukan panduan; bukan straight away hukvman. Dan kadar pelajar tidak mengulang kesalahan juga sangat baik. Maybe kaedah ini berkesan. Wallahualam.

Nor Nabilah : Teringat kawan saya di ipg pergi sekolah lepas tu buat aktiviti melukis. Dia suruh lukis gambar family tapi tiba – tiba ada sorang budak perempuan menangis. Rupanya mak ayah dia dah meninggaI dan budak tu tak tau nak lukis mcm mana. Sayu sekejap. Balik ipg bila cikgu tu cerita balik kitorang semua rasa sayu.

Ummu Abbud : Budak – budak ni kalau nakal, salah satu cara yang saya buat, waktu dia buat baik walaupun sekali je, puji dia depan kelas. Selalu sebut nama dia, kalau kita nak minta tolong, minta tolong dia buatkan sesuatu tu untuk kita, then cakap thank you. Lama – lama dia boleh respect kita insyaallah. Sebab dia merasa perhatian dari kita. Tak kisah lah dia nakal sebab ada mak ayah ke tak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?