Anak saud4ra curah air dekat TV saya, tabur pasir dekat katil. Saya ambil pasir luar rumah, saya baIing dekat dia yang tengah baring

Bapak mertua terlalu manjakan anak saud4ra sampai jadi besar kepala. Dia fitnah saya d3ra dia dekat cikgu. Kesabaran saya hilang bila anak saud4ra, curah air dekat TV saya, dan tabur pasir dekat katil. Depan bapa mertua saya baIas..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin.. Saya harap dapat siarkan luahan saya ini. Nama saya Azlin, saya balu 13 tahun lalu dan mempunyai seorang anak tunggal berumur 14 tahun. Kisah ini bermula, saya bernikah baru setelah saya sem4kin berumur.

Suami baru saya orang kampung, tiada pelajaran, tiada rupa mahupun kekayaan. Tapi kerana sifat suami saya yang menjaga arw4h nenek yang nyanyuk, arw4h mak yang s4kit, anak saud4ra 2 orang perempuan yang lahir tanpa ayah, dan ayah yang masih hidup membuatkan saya terima suami biarpun tanpa kenal, tanpa bercinta, tanpa bercakap.

Suami memang tidak pernah bercinta biarpun masa kami bernikah umur suami 42 tahun. Untuk makluman semua, suami saya ini merupakan abang kepada sahabat saya. Saya berhenti kerja dan pindah ke kampung suami.

Bermulalah kehidupan saya sebagai anak kampung. Saya bahagia dan alhamdulillah anak saya dapat rasai kasih sayang seorang ayah. Kami menyewa di kampung, tidak jauh dari rumah bapak mertua dengan harapan dapat menjaga bapak mertua biarpun berlainan rumah.

6 bulan saya ulang alik pergi masak, kemas rumah, cuci baju rumah bapak mertua, saya jadi tersangat penat. Pagi siapkan anak suami, anak dah pergi sekolah, suami dah pergi kerja, saya terus bersiap pergi rumah mertua. Siap urusan rumah mertua balik untuk siapkan rumah sendiri.

Suami tidak pernah minta saya buat semua ini tapi saya kesian pada suami yang urus sorang – sorang. Saya berbincang dengan suami, bawa la bapak mertua dan 2 orang anak saud4ra duduk sekali dengan kami agar saya tidak perlu terkejar – kejar uruskan semuanya tapi bapak mentua tidak mahu keluar dari rumah peninggalan arw4h isterinya.

Saya jadi buntu, saya mengalah dan buat kata putus untuk pindah ke rumah mertua. Di sini la segalanya bermula. Dalam rumah keseluruhan 8 orang termasuk saya, saya seperti biasa menjadi tukang masak, kemas dan sebagainya.

Saya tidak kisah semua itu, saya gembira dapat berbakti pada keluarga suami saya. Tapi masalah timbul dengan anak buah suami yang dijaga dari kecik hingga besar. Dua beradik yang tidak tahu siapa bapa mereka dan mak mereka yang tidak mahu menjaga mereka setelah nikah baru.

Dia tinggalkan anak – anak dengan suami dimasa itu masih bujang. Saya namakan si kakak dan si adik. Si kakak umur dah 14 tahun dan si adik 12 tahun. Si kakak setiap hari kena pukuI dengan si adik, ada saja barang kakak, adik rosakkan dan hilangkan.

Kakak hanya menangis tanpa baIas. Si adik tidak boleh dimarah atau ditegur, bapak mertua akan backup sehabisnya cucu yang kecik itu. Si kakak selalu diminta mengalah dengan si adik. Sahabat saya yang dulu dan sekarang adik ipar saya, selalu tegur si adik dengan harapan memberi pengajaran juga disalahkan oleh bapak mertua.

Sampailah, khabar berita tersebar, si adik reka cerita kata saya dan adik ipar d3ra dia, pukuI dia. Rekaan ini sampai ke sekolah. Saya dan adik ipar pergi sekolah tanya cikgu adakah benar si adik cerita begitu. Cikgu kata betul tapi cikgu tidak percaya kerana tiada kesan d3ra atau tr4uma dari si adik.

Cikgu bagitau kami, si adik memang suka reka – reka cerita, mencuri, menipu di sekolah. Saya rasa terkilan yang amat sangat kerana segala urusan duit ringgit, semua saya berikan. Kerana saya anggap sebagai anak saya sendiri tapi itu baIasan saya terima.

Saya mula tidak selesa lagi duduk dalam rumah begini. Suami usaha cari rumah sewa, Alhamdulillah kami dapat rumah sewa. Semasa dalam proses cuci rumah sewa, barang – barang saya di rumah bapak mertua si adik jah4namkan.

Katil saya ditaburkan pasir, TV saya dicurahkan air. Malam itu saya betul – betul hilang sabar, hilang kawalan, depan suami, pak mertua, adik ipar. Saya keluar ambik pasir di luar rumah masuk ke rumah, baIing kepada si adik.

Masa itu dia atas katilnya, saya jerit sekuat hati, saya cakap, “ape yang h4ng tak puas hati dengan aku! KO cakap sekarang! KO jangan c4bar kesabaran aku! Selama ni aku diam bukan aku takut dengan korang tau, sebab aku hormat korang, aku terima kekurangan keluarga korang. Aku berhabis duit ringgit bantu korang. ini baIasan aku dapat ke?” Semua diam termasuk suami saya yang sejak azali selalu penyabar.

Saya cakap dekat suami, “ape guna ada suami kalau tidak dapat pert4hankan saya bila diperlakukan begini? Tak guna ada suami kalau saya sendiri bertahan diri sendiri. Tindakan kita berbeza, andai ini berlaku pada abang, yang buat itu anak buah beIah saya, tindakan saya tidak begini.”

Budak 12 tahun tu! Saya nekad nak jadi ape malam tu jadi la. Saya cakap pada suami, “terserah pada abang, saya nak keluar dari rumah ini malam ni juga dengan anak saya. Saya tak halang kalau abang nak terus duduk sini. Tolong izinkan saya keluar.”

Suami merayu pada saya dan berjanji esok pagi – pagi dia akan bawa saya pindah. Saya cakap dekat suami, saya pegang janji dia dan esok paginya, sebelum lori sampai, saya cakap terus, “selepas saya keluar dari rumah ini. saya tidak akan pij4k lagi rumah ini.” Si kakak menangis, minta saya bawa dia pindah sama.

Sambil saya menangis, saya tanya si kakak, “kakak tak takut nanti kena d3ra?” Sambil menangis kakak cakap, “umi tak macam tu pun, adik yang suka buat cerita. Kakak nak ikut umi.” Aku bawa kakak duduk dengan aku. Alhamdulillah kami tenang duduk 4 beranak, biarpun kami tak kaya tapi kami bahagia.

Ingatkan sengsara dah berakhir, sekali lagi kami dipij4k. Adik beradik suami mula cari pasal, tanah bendang mereka tidak bagi lagi suami saya buat. Duit sawit mereka ambik. Suami ada 6 orang adik beradik, suami anak ke -2.

Suami saya tidak berg4duh atau meng4muk, suami mengalah. Saya menangis suami saya diperlakukan begitu, suami hanya cakap satu dengan saya, “biarlah depa nak makan, nak buat apa pun, abang ingat dua benda je. Yang di atas dan arw4h mak. Biarlah Allah yang baIas segalanya. Apa yang umi rasa sekarang tidak seteruk abang telan selama ini.”

Suami saya tidak tahu membaca tapi rajin kerja membantu orang tuanya. Adik beradik tidak seorang pun menjaga orang tua. Duit simpanan suami habis mereka guna sebab suami tidak tahu guna kad atau cara nak simpan duit dalam bank.

Suami saya selalu adik beradiknya h1na. Mereka cakap suami saya b0doh kerana senang dipergunakan oleh orang kampung. Hakik4tnya suami saya b0doh dunia tapi kaya di sana. Dia nampak b0doh sebab tolong orang kampung baiki rumah, p0tong pokok dengan bayaran yang sikit tapi niat suami saya menolong sambil sedekah.

Suami dih1na sebab sedang tidur pun bangun untuk tolong orang gali kubvr jika ada kem4tian di kampung. Suami dik4ta tidak berguna, sebab h4mbakan diri dari kecik hingga tua menjaga orang tua di kampung dan bayar segala hutang – hutang adik beradik di kampung. Harap saud4ra saudari doakan saya, agar saya tabah harungi dugaan ini. Saya sayang suami saya, saya sayang perkahwinan ini.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.