Anak saya tak ada adab, depan ayah mereka pij4k semut tak m4ti. Solat main2, mengaji tipu2

Anak dan suami tak menghargai saya dan tak hormat saya. Saya malu bila cikgu selalu komplen, saya jugalah yang menghadap cikgu bila ada apa – apa masalah. Kalau tegur buat muka, banyak buat masalah kat sekolah dan jugak kat kawasan kejiranan. Semua ni salah suami saya sebab..

#Foto sekadar hiasan. Salam warga FB. Apa saya buat untuk suami dah jadi tak ikhlas sebab saya banyak memendam rasa dengan sikap suami saya. Bab duit nak berkongsi tapi bab pengurusan anak, hal kerja rumah, kerja sekolah anak segala berkaitan anak semua terletak di bahu saya seorang sahaja suami tak membantu pun.Saya minta nak berhenti kerja sebab letih pagi kerja, balik kerja pun tak dapat rehat, saya mintak nak berhenti dan jaga anak kami di rumah, boleh jimat duit pengasuh untuk 2 orang anak juga tapi suami tak setuju sebab tak cukup duit katanya kalau dia bekerja seorang.

Saya terlalu letih kadang – kadang saya tak sempat bangun awal sediakan sarapan untuk suami dengan anak sebab terIajak tidur, betul – betul saya letih. Duit beli barang dapur pun suami berkira kalau saya ambil apa – apa kadang dia jeIing, balik dari beli barang dapur tak bercakap dalam kereta, saya tau dia marah saya ambil barang dapur lebih. Ambil pun untuk dia juga makan dengan anak – anak, kadang – kadang saya malas nak beli barang dapur guna duit dia sebab suka buat muka.

Lagi lebih keluar duit saya dari suami sampai saya sendiri nak belanja pun tak ada. Saya mengandung kadang – kadang saya lapar tapi terp4ksa tahan perut balik kerja masak baru merasa makan nasi tapi dia duit dapur keluar tak sampai RM100 tapi nak makan sedap – sedap tiap hari. Saya masak apa yang ada sahaja tapi bila dia tak suka makanan tu dia akan buat muka untuk terp4ksa makan. Saya kecik hati sangat, dia nak makan sedap tapi tak nak keluar duit lebih.

Sebenarnya banyak lagi yang saya simpan tapi terlalu sedih dan saya pun tak tau nak cerita macam mana. Saya harap suami yang ada di luar sana hargailah isteri sebaiknya. Kesiankanlah isteri korang bantulah dia sama – sama dalam urusan hal rumahtangga. Jangan malas nak gaIas tanggungjawap sebagai suami dan bapa. Perjalanan hidup suami juga perlukan redha seorang isteri. Susah nak didik anak – anak sekarang tambahan pula suami tak ambil kisah. Untuk berseronok dengan anak, memang suamilah juara tapi untuk didikan agama pelajaran kebersihan dan beberapa perkara lain suami tak ambil kisah.

Semua saya kena tegur kena urus, kadang – kadang saya penat sangat dengan anak tak dengar kata, tak ambil kisah tentang pelajaran, solat, kebersihan diri. Adab pun tak ada bila pergi mana – mana. Anak lelaki yang sulung umur 12 tahun. Saya minta izin suami nak hantar anak lelaki belajar kat tahfiz, kebetulan anak pun nak. Saya perhatikan dia seorang yang suka hati je nak buat apa, tak boleh ditegur. Saya malu bila cikgu selalu komplen, saya jugalah yang menghadap cikgu bila ada apa – apa masalah.

Kalau tegur buat muka, banyak buat masalah kat sekolah dan jugak kat kawasan kejiranan. Bila jadi macam ni saya terp4ksa tahan malu minta maaf dengan cikgu dan orang lain. Solat main – main, mengaji tipu – tipu, bila depan ayah pij4k semut tak m4ti. Bila saya marah dia tak suka. Biarlah dia belajar agama supaya dalam diri terisi dengan agama Islam, biarlah dia membesar dengan ilmu agama penuh di d4da supaya bila dewasa dia tak jadi manusia leka.

Tanggungjawap dia bila dewasa nanti amatlah berat, tanggungjawab dengan ibu bapa, isteri dan anak – anak. Kalau tak didik dari sekarang macam mana dia nak handle urusan hidup bila dewasa nanti. Anak perempuan umur 10 tahun. Saya ajar kerja rumah dia tak suka buat, selalu nak main, suruh belajar baca buku buat home work pun tak jalan, solat, kebersihan tak jaga. Suami tak pernah suruh anak perempuan tolong saya kemas rumah, Iipat baju ke apa. Saya bukan d3ra tapi saya nak ajar sebab dia perempuan.

Saya bagi kerja – kerja rumah asas je tu pun Iiat sangat nak tolong buat. Masing – masing bangun pagi nak ada makanan, yang penting perut kenyang lebih dari tu dorang tak peduli termasuk lah suami saya sendiri bersikap macam tu lepas kenyang mengadap hp tengok movie. Semua ni salah suami saya sebab dari awal takde bagi didikan dan contoh yang baik untuk anak – anak. Anak – anak dah terbiasa bersikap macam tu.

Dia tak tahu macam mana saya str3ss setiap hari fikir pasal anak – anak, saya cuba bentuk anak – anak saya tapi tak menjadi sebab takde sokongan dan galakan dari suami. Saya terlalu letih dengan sikap anak – anak dan suami sangat – sangat tak membantu saya dalam urusan rumah tangga. Anak – anak pun lebih suka dengan ayah dorang sebab ayah dorang tak marah tak tegur hanya biarkan je apa anak buat. Saya sorang je bertungkus Iumus nak bentuk anak – anak.

Anak – anak pun kalau nak apa – apa baru cari saya, selebihnya dorang tak berapa dengan saya. Susah baru cari saya, nak duit cari saya, nak minta apa – apa cari saya sebab ayah dorang pun selalu cakap, “mintak kat mama.” Suami jarang marah anak – anak tapi sekali j3ntik telinga pun dorang dah nangis, suami tak gunakan kelebihan tu untuk mendidik anak. Anak – anak pun tak hairan dengan saya, saya tanya anak perempuan saya boleh ke buatkan mama air, anak perempuan saya angkat bahu je depan ayah dia, suami saya pun diam tak cakap apa – apa. Saya terasa sangat bila anak buat macam tu.

Kadang – kadang saya rasa dah tak ikhlas nak buat apa pun kat rumah ni, rasa macam h4mba untuk senangkan dorang je. Hari ni bangun pagi saya tak buat sarapan pun, saya tak ada mood sebab penat. Saya sedih sebab semua urusan saya kena fikir. Saya hanya tunggu masa nak bersalin je tak lama lagi. Saya duduk sorang – sorang saya menangis kenapa suami saya tak ingat dan tak fikir tanggungjawab dia sebagai ayah. Saya tak nak generasi saya r0sak.

Letih saya cuba buat itu ini untuk kebaikan anak – anak tapi tak ade sokongan dari suami, suami tak ambil peduli. Bila suami tunjuk sikap macam tu depan anak, anak pun takkan dengar cakap saya. Saya marah dorang tak suka, saya str3ss dengan keadaan sikap anak dan suami saya. Saya tegur baik – baik tak jalan, kecewa dengan sikap suami saya, langsung tak ada sesungguhan nak didik anak. Anak dan suami tak menghargai saya, tak hormat saya cuma anak – anak tak pernah meIawan kalau saya marah.

Komen Warganet

Irwanie Farizan : Hanya yang penah lalui tau macam mana sikap suami yang sebegini. Hidup semua nak sempurna, makan nak sedap, rumah nak kemas, hidup asyik nak merungut. Semua tak kena di mata, duit ringgit lagi la, malas nak bising. Si isteri sanggup keluarkan duit ringgit sendiri untuk kesedapan kesenangan keluarga. Orang luar termasuk keluarga tak tau apa yang belaku. Akhirnya isteri jugak diberi gelaran tak elok.

Contoh, “ala suami dia kerja bagi duit dah kat dia, jadi dok rumah buat je la kerja rumah.” “Ala makan sedap – sedap tu mujur suami bagi duit belanja.” Padahalnya, semoga isteri – isteri yang macam ni diberi kekuatan dan semoga diberi ganjaran pahala berIipat kali ganda.

Reen Asm4raa : Tinggalkan anak – anak dengan laki tu… Biar padan muka dia orang.. Awak fokus kat baby yang lahir tu jer.. Lepas ni kalau boleh… tolonglah jangan mengandung lagi puan… Keluarga awak penuh bermasalah… Dari laki, sampai ke anak kesiannya awak.. Cuba lari bawak diri tu… biar diorang rasa susahnya bila tiada seorang isteri dan ibu di sisi mereka. Allahu.. anak – anak puan pun meIampau sungguh. Kalau aku jadi mak. Budak – budak tu dah lama makan penyapu, diorang dengan laki sekali aku tib4i! Ingat kita orang perempuan ni bukan h4mba kepada suami dan anak – anak.

Aulia Medina Anaqi Harith : Kesiannya tt. Saya dapat rase macam mana em0sinya bile anak – anak tak dengar kata. Saya ni tengah didik anak – anak saya yang masih kecik – kecik lagi ni supaya bile besar nanti hormat ibu bapa dan orang yang lebih tua. Dengar kata dan bantu membantu terutama dengan saya. Orang lelaki ni dia akan bertindak bila kita dah m4kin tawar hati. Saya camtu lah sebelum nie. Suami banyak gak buat saya terasa hati.

Tapi lama – lama dia sendiri ubah diri dia. Sekarang alhamdulillah. M4kin sayang. Hilang dah rase tawar hati tu pada dia. Kita ni isteri dan ibu doa kita senj4ta paling mujarab. Allah akan perkenankan. Awak jangan putvs harapan. Sentiasa berdoa pada Allah jangan berhenti doa. Supaya suami dan anak – anak awak berubah. Percaya pada qada n qadar. In sha Allah one day awak akan dapat juga kebahagiaan.

Aika Zulkifle : Kalau aku dah mog0k tak masak dah hahahaha Iantak korang ah nak makan apa.. Bukan nak ajar jadi kej4m tapi kadang – kadang terp4ksa jadi isteri pemalas dariapada isteri rajin supaya ayah dan anak tau buat keje.
Cubalah sesekali tu akak stop masak rehat betul – betul. Nak bersalin tu sediakan dan uruskan persiapan nak bersalin jer kak. Fokus pada diri akak dan baby baru jer. Anak – anak akak dah cukup besar boleh masuk dapur dan masak sendiri. Biarkan jer diorang tak makan. Akak panggil tukang urut siap sekali bawak makan untuk akak makan masa berp4ntang nanti. SettIed untuk diri sendiri dulu..

Kalau ayah dan anak – anak boleh pentingkan diri kenapa akak  tak boleh. Takyahlah nak cakap pasal syurga bawah tapak kaki suami sekarang ni. Akak ni dah penat mentaI sangat – sangat tau. Kalau dia depr3ssion bagi kesan pada kandungan dia weh. Kalau lepas bersalin dia mer0yan. Satu apa pun tak guna dah. Baik kau pulangkan jer TT nie dekat family dia dan kau amik orang gaji lagi bagus ah.

Kau bayar orang gaji kau untuk masak sedap – sedap dan kemas umah. Jangan nikahkan isteri kalau nak dikuIikan macam h4mba abdi. Isteri bukan kuIi b4tak suami okay. Nak jadi suami pimpinlah anak dan isteri tu elok – elok. Ni keluar duit belanja dapur pun berkira. Apa punya lelaki lah zaman sekarang ni. Buat malu jer!

Syafiqah Shahari : Mintak fasakh. Tu je jalan terakhir. Bagi hak penjagaan tu sepenuhnya pada suami. Biar dia rasa macam mana letihnya jaga anak. Penat kerja tak sama dengan penat jaga anak. Kerja dapat duit, jaga anak untunglah kalau laki kau bagi, kalau tak bagi, jadi b4bu. Kerja, 1 jam rehat. Balik kerja pun ada rehat mengadap phone. Jaga anak, rehat 1 jam pun belum tentu.