Anak2 selalu suruh sy bercerai, anak bongsu tanya knp sy kahwin dgn abah

Dari sebelum kahwin hingga sekarang umur dah 50-an, anak 5 orang suami tak kerja tetap. Semua harta adalah milik saya dan sekarang anak – anak desak suruh kami bercerai. Saya kesian kalau saya tuntut cerai, suami terp4ksa keluar rumah dengan sehelai sepinggang.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan para pembaca sekalian. Rosmah adalah bukan nama sebenar saya. Kisah saya bermula bila saya telah berkenalan dan mengik4t janji dengan seorang jejaka pilihan saya.

Saya nampak dia seorang yang baik, penyayang dan bertanggung jawab. Ketika itu saya merupakan seorang guru sand4ran tidak terlatih manakala lelaki itu tidak bekerja saya menerimanya seadanya memandangkan dia seorang yang baik dan sangat mengambil berat tentang diri saya.

Saya mengharapkan dia akan bekerja suatu hari nanti walaupun dengan gaji yang kecik. Tidak lama kemudian saya mendapat tawaran maktab perguruan (1993 – 1996). Saya mengambil keputvsan untuk bertunang kerana saya takut kalau saya akan berubah hati dan mengecewakan lelaki itu.

6 bulan kemudian kami berkahwin dalam majlis yang sangat sederhana. Satu semester kemudian saya disahkan mengandung dan terp4ksa menangguh dulu pengajian selama satu semester. Ringkas cerita, suami saya masih tidak bekerja tetap.

Dia bekerja on off. Sehinggalah sekarang ini usia kami sudah mencapai 50-an. Saya yang menanggung semua nafkah anak seramai 5 orang. Saya redha kerana itu adalah pilihan saya. Yang menjadi pokok permasaalah sekarang ni ialah suami saya seorang yang mulut jahat.

Sumpah seranah dia akan hamburkan, p4ntang ada silap sikit. Perkataan b0doh b4ngang adalah perkara biasa. Setiap hari kerja dia hanya berleter, tak boleh tengok silap sikit. Contoh kalau saya silap letak sesuatu barang dan cari tak jumpa, siaplah dia berIeter habis binatang disebutnya.

Sebulan sekali kena balik kampung dia melawat keluarga dan kena bawa barang – barang dan bagi duit pada keluarga dia termasuk anak – anak saud4ra dia. Dia ingat gaji isteri dia banyak. Dia tak tahu saya menanggung hutang bank beratus ribu untuk rumah, belanja anak – anak masuk U.

Setiap kali anak nak masuk U, saya akan pinjam duit bank. minyak kereta, yuran anak, semua perbelanjaan saya yang tanggung. Kerja dia mencari apa kesalahan anak isteri untuk modal dia menyump4h membebeI.

Silap dia tak boleh diungkit. Silap kita yang dicari hari demi hari. Anak – anak semua mengadu str3ss dan mengaku macam nak s4kit mentaI dibuatnya. Anak – anak suruh saya bercerai. Anak bongsu masih di sekolah menengah selalu mengungkit kenapa umi kahwin dengan abah.

Mereka semua mendesak suruh saya bercerai dengan abah mereka. Saya pun dah rasa benci yang amat padanya. Benci pada per4ngai yang meny4kitkan hati. Saya boleh je nak memfailkan cerai. Bukti semua dah ada. Satu lagi sikap buruknya, dia suka mend3ra anak – anak.

Tak kira walaupun anak sudah besar dia pukuI dengan sekuat tenaga dia. Penderaan mentaI dan fizikaI. Dengan saya pula tak ada pend3raan fizikaI kerana saya tak pernah menjawab walau pun s4kit hati. Tapi pend3raan mentaI itu setiap hari.

Saya seperti dirog0I oleh suami sendiri kerana kehendaknya setiap hari tanpa mengira perasaan saya. Bayangkan disiang hari dia menyump4h seranah saya, menjelang malam dia meneIanjangkan saya disaat hati saya hati masih berd4rah.

Tapi saya tak boleh menolak ketara dia adalah ‘king’. Saya pernah meminta cerai tetapi amat must4hil. Dia tak pernah ingin melepaskan saya. Rumah, kereta semua milik saya, segala benda dalam rumah tak ada satu pun milik dia.

Dari sekecil – kecil barang sehingga sebesar – besar barang. Rasa kasihan memikirkan seandainya saya menuntut cerai di mahkamah dah dia akan keluar rumah dengan sehelai sepinggang. Saya tak boleh melakukannya.

Nanti apa pula kata masyarakat dan sanak saud4ra. mesti mereka menuduh saya yang zaIim kerana menghaIau suami yang tak punya apa. Hanya seringkas ini yang saya dapat luahkan. Banyak yang berbekam di hati tapi saya tak pandai mengolahnya.

Saya bukan nak memburukkan sesiapa. Sebab itulah saya meluahkan di ruangan ini kerana di sini kalian tidak kenal kami. Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah mengadu masaalah saya ini kepada sesiapa hatta kepada ibu saya sendiri.

Saya tanggung sendiri semuanya pahit getir kehidupan ini. nasihat saya kepada yang belum berumah tangga, carilah bakal suami yang ada pendapatan dan berilmu agama. Saya lupa nak bagi tahu, suami saya tak pernah mengajar sepatah pun al-quran kepada anak – anak.

Semuanya dibahu saya dan dia tak pernah mahu menjadi imam solat kepada anak isteri. tak pernah walaupun sekali. Sekian harap jangan ada yang kecam. Sekadar meluah perasaan – Rosmah (bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.