Mak merungut ayah takde duit lepas pencen, asyik kata nak cari suami lain

Mak seorang yang baran, ayah banyak bersabar dari mula kahwin. Sejak ayah pencen, mak asyik merungut ayah tak berkemampuan sedangkan duit KWSP ayah bagi semua dekat mak. Baru – baru ni ayah cakap depan adik – adik, dia akan bercerai dengan mak aku lepas mereka habis pengajian. Segala aset ayah akan serahkan pada mak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku anak sulung dari 5 beradik, sekarang berumur 26 tahun, bekerja dan sudah berkahwin tapi belum ada lagi anak. Adik kedua pun sudah berkahwin, bekerja juga tiada anak.

Aku ada lagi 3 orang adik yang masih belajar, 2 orang dekat universiti tempatan dan seorang lagi akan menduduki peperiksaan PT3. Ayah kami umur dah 66 tahun (nikah lambat) seorang cina muslim sementara mak saya berumur 53 tahun, 13 tahun muda dari ayah.

Kisah untuk aku kongsikan ini bukan bertujuan untuk membuka a1b diri apatah lagi ibu bapa aku yang banyak berjasa. Tetapi disebabkan aku dah tidak tahu untuk meluah kepada siapa, elokla untuk aku menggunakan medium ini sebagai platform untuk mengurangkan beban di jiwa sekarang ini.

Mak aku seorang yang agak baran. Dari kecil kami tidak merasai kehidupan seperti anak – anak kecil yang lain yang boleh bermanja dengan mak. Kesilapan yang kecil akan dibaIas dengan m4kian, dan pukuIan. Aku faham dia str3ss mungkin sebab aku dan adik kedua rapat tapi kenapa mak orang lain tak sebegitu?

Ayah banyak bersabar dari mula kahwin, ayah seorang yang rajin bekerja dan memasak. Barang mentah macam ikan, ayam dan sayur semua dah siap siang tinggal nak masak pun kadang – kadang mak aku bising – bising. Allahu.. Semoga dia diampunkan d0sa oleh Allah.

Dulu masa mak mengandungkan aku, mereka pernah g4duh besar sampaikan ayah nak bvnvh diri (g4ntung diri) tapi mak tahan dia. Situasi berlaku sebab mak buat – buat pengsan dan ayah rasa putvs asa lalu bertindak macam tu.

Aku teringat masa nak dapatkan keputvsan peperiksaan, betapa berdebarnya jiwa ini memikirkan baIasan yang akan aku terima sebab keputvsan PMR cuma dapat 4A. Pulang ke rumah, aku dir0tan secukupnya oleh mak. Handphone ayah aku masa tu mak r4mpas dari tangan ayah dan lempar ke dinding.

Ayah terus keluar rumah, setelah beberapa ketika baru beliau pulang. Ayah pernah beberapa kali menyuarakan hasrat untuk bercerai sebab tak tahan dengan kelakuan mak yang kurang ajar dan tidak menjaga tutur kata.

Kata ayah, dia tunggu anak – anak habis sekolah baru dia akan bercerai dan memulakan hidup baru. Tambah ayah lagi, jangan cari dia lagi. Anggap dia sudah tiada. Sekarang setelah 24 tahun kahwin, perkara sama berlaku mereka masih lagi tidak bersependapat.

Mak aku sekarang berkeras nak pulang ke kampung halamannya, sedang ayah masih nak kekal menetap di pantai timur. Sejak ayah pencen, mak asyik merungut ayah tak berkemampuan sedangkan duit KWSP ayah bagi bulat – bulat dekat mak.

Belum masuk lagi isu buat rumah kena tipu dengan adik sendiri. Ayah aku? Mampu menyimpan sedih di d4da. Sekarang mak pun dah ada sebut nak jumpa kadi, nak cari suami lain (ini hanya disuarakan depan anak).

Baru ni, mak berg4duh dengan menantu (suami adik) sebab dia tegur cara mak bercakap agak kasar sampaikan ayah aku naik risau. Ayah panggil adik – adik aku yang no 3 dan yang no 5 untuk bersemuka. Untuk pengetahuan kes ni disebabkan adik aku no 5 (satu – satunya lelaki) jadi ‘minyak’ antara mereka berdua.

Ayah aku sekali lagi bertekad depan adik – adik aku bahawa dia akan bercerai dengan mak aku lepas mereka habis pengajian. Segala aset ayah akan serahkan pada mak dan duit pencen dia akan pakai untuk dia teruskan hidup.

Aku jadi sedih dengan keadaan keluarga aku. Berbeza dengan cara mertua aku. Dalam hal ni, aku tak tahu siapa salah siapa yang betul. Perlu ke mereka jumpa kadi? Apa anak perlu lakukan untuk mak ayah sebegini? Aku jadi buntu.

Dulu pernahlah aku tulis surat masa zaman PLKN hantar kat mak aku. Aku cakaplah yang aku sedih mak aku selalu c4rut – c4rut, suka marah m4ki hamun. Nasib dia terima tapi masih tiada perubahan dari mak. Sedih juga aku bila fikirkan masalah keluarga sendiri.

Aku berharap sangat yang ayah aku tak tawar hati dengan mak walaupun sebenarnya dia bertahan demi anak – anak. Tolong, jangan berpisah. Maaf andai terlalu panjang dan berterabur. Hati dan fikiran agak kusut untuk menyusun ayat.

Minta tolong jasa baik anda semua, supaya doakan kebahagiaan keluarga kami. Terima kasih. – Anak sulung (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Nor Fathin : Lebih baik suruh ayah tu move on. Mak abah saya baru je sah bercerai hari tu. Abah kami pon panas baran jugak. 33 tahun kahwin, silap sikit mendapat la. Akhirnya kami sepakat suruh mak dan abah bercerai.

Bukan kami tak sayang, cuma kami tak nak dua – dua tu terus buat d0sa. Abah baran, mak pon bila berg4duh sama naik barannya. Sampai abah cakap dia tak redha dengan mak. Alhamdulillah.. kitorang anak beranak sentiasa support mak dan abah.

Diorang pon layak bahagia. Tak memaIukan pon kalau mereka bercerai, tapi malu kalau masa menghadap Allah. Allah tanya ape yang kamu buat untuk keluarga kamu. Redha Allah tu jugak datang dengan redha suami. Kes TT ni dah tentu abah dia tak redha kan.

Rezeki susah masuk, rumah huru hara itu yang kitorang rasa waktu tu. Untuk mak awak tu, nasihatkan la dia, bila rasa baran nak datang je kena tersu pergi ambik wudhu. Ingat, tak civm bau syurga bila buat suami macam tu.

Song Onim Circle : Biar aje berpisah tak payah disek4t kalau bapa pernah ada niat untuk bvnvh diri, bermaksud hubungan dia memang bawa r4cun dalam hidup. Kau sanggup ke nak tanggung sesal kalau sekali lagi bapak kau buat cubaan bvnvh diri dan kali ni dia berjaya?

Bila orang tertekan dia dah tak sedar apa yang dibuat. Jadi cukup – cukuplah halang mak ayah kau berpisah. Biar ayah kau cari bahagia dia, mak kau pun akan dapat ‘bahagia’ yang dia cari. Masa tu kau tengok ajelah setakat mana bahagia mak kau tu, kau jadikan pedoman.

Siti Hazlin : Come on la confessor. Awak bukannya budak – budak lagi. Dah besarkan, umur pun 26 tahun dan dah kahwin pon. Kalau memang tu keputvsan yang ayah awak nak bercerai. Biarkan jelah. Kesian dia dah lama bertahan, berk0rban rasa demi anak – anak.

Setia orang berhak untuk lari tinggalkan sesiapa yang mereka rasa t0ksik dalam hidup mereka.. Mungkin awak boleh bertahan dengan mak awak, sebab dia mak kandung awak. Seburuk mana pon mak ayah kita, kita masih akan terima. Tapi situasi tu tak sama untuk pasangan yang dah tak sehaluan.

Ainaa Farhana Dapur AF : Kesian ayah awak. Dia pun berhak untuk bahagia awak tahu tak. Dia dah tua, mestilah nak hidup dalam ketenangan, nak beribadah, buat benda bermanfaat dan berfaedah. Mak awak tu, doakanlah dia, biarlah dia pun bahagia dengan jalan dan cara yang dia pilih. Manusia tak reti bersyukur.

Norizan Mamat : Salam, makcik paling tak suka dengan manusia baran dan suka menc4rut marah itu ini. Sangat tak suka dengan orang yang begitu, dengan bertahun tak berubah dan menyusahkan orang lain tanpa sedikit rasa kesal. Jadi, cadangan makcik, tanya mak, dia ada rasa kesal tak dalam hati mak?

Kalau tak ada, sokong jer la tindakan ayah tu. Penceraian boleh hingga 3 kali. Manalah tahu, selepas berpisah begitu, baru dia sedar, baru dia tahu, kalau dapat lelaki lain, dah lama dia kena cerai kalau tak pun mesti dah kena pen4mpar. Hmmm… Semoga dipermudahkan urusan. Jgn risau sangat. Ayah tetap ayah, mak tetap mak. Cuma mereka bukan lagi suami isteri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.