Kami dih1na bagai anjing, dan hanya dibenarkan makan sesenduk nasi dan seketul ayam sehari

Kami suami isteri duduk bersama keluarga mentua. Pada mulanya kami disayangi dan ditat4ng kerana suami berduit banyak projek masuk. Sehinggalah perniagaan suami jatuh akibat ditipu. Ketika itu layanan mentua dan keluarga berubah. Kami digelar bagai anjing yang hidup menumpang..

#Foto sekadar hiasan. Hi. Aku Laila. Just nak share pengalaman hidup aku selepas mendirikan rumah tangga dan hidup bersama keluarga mertua.

Kisahku begini, setelah mendirikan rumah tangga beberapa tahun lepas semua elok dan wangi saje tinggal dengan mertua, biras, dan ipar yang lain di dalam sebuah rumah yang sama.

Masa tu suami aku orangnya memang berduit, banyak projek sana sini. Aku kerja gaji agak lumayan jika untuk hidup seorang diri di Kuala Lumpur ini. Macam biasalah kan, orang berduit ni semua orang sayang dan suka.

Ibu mertua aku hari – hari masakkan kami makanan yang sedap – sedap untuk kami. Ahli keluarga lain semua baik dengan kami. Suami dan aku tidak pernah berkira soal belanja barang dapur untuk seisi rumah.

Hampir ribuan ringgit kami tanggung setiap bulan. Adat orang berniaga, pasti akan ada satu tempoh cab4ran. Ya, termasuk juga suami aku. Dia ditipu oleh kawan baik sendiri. Nilainya ratusan ribu ringgit.

Aku terp4ksa minta advance gaji dari majikan dan gajiku dipot0ng separuh setiap bulan selama setahun. Semua sebab nak bantu suami aku yang setiap hari diganggu pembekal minta bayaran.

Barang kemasku habis tergadai termasuk cincin nikah. Aku redha, bagi aku jadilah apa pon, isteri perlu bantu suami dalam keadaan sebegini. Setelah kami tak lagi mampu nak menanggung makan minum orang dalam rumah tu, kami dih1na.

Ibu mertua dan yang lain tak lagi cakap baik – baik. Yang ada hanya perIi, m4ki, h1na, dan dik4takan anjing. Kenapa anjing? Sebab kami keluar bekerja tak mampu nak beli makanan.

Kami tahan lapar sampai balik rumah, sebab tahu ibu mesti masak. Lama kelamaan, bila balik rumah tak ada lagi nasi dan lauk untuk kami. Ibu hanya masak cukup – cukup untuk dia dan anak menantu yang lain.

Yang ada hanya kerak nasi. Alasan dia, bukan kami yang beli barang dapur di rumah itu. Aku menangis mengenang apa yang berlaku. Sungguh aku lapar seharian tak makan. Nak makan tengahari di pejabat, harga bukannya murah.

Alhamdulillah ada kawan – kawan yang bantu masa aku susah dulu. Mereka belikan makanan tanpa berkira sedikit pun. Suami aku dah tak lagi keluar bekerja pada masa itu. Dia seperti hilang semangat.

Duduk rumah saja main telefon dan tidur. Sama juga tak makan. Ibu cakap dengan kami, kalau nak makan, nasi satu senduk dan ayam satu ketul sahaja sehari. Dia tak nak beIa orang susah katanya.

Ya, kami sedar kami miskin dah tak berduit. Kau orang buat kami macam anjing. Aku ingat perbuatan korang sampai bila – bila. Aku nekad, tak boleh hidup saja begini mengenang nasib ditipu orang.

Aku dan suami mula berniaga kecil – kecilan di instagram. Kadang tak tidur malam uruskan st0k untuk pelanggan. Pagi esok aku perlu ke pejabat lagi. Duit untung berniaga sikit – sikit tu aku buat makan suami isteri dan simpan.

Setiap hari aku berdoa pada Allah tunjukkan aku jalan bagaimana nak bangkit kembali dan bantu suami aku. Memang betul, kalau kita tawakal dan usaha, pasti Allah beri.

Aku tak sanggup dah dih1na setiap hari oleh mereka. Walhal dulu waktu kami senang, sikit pon kami tak berkira dengan kalian. Itu semua jadi pengalaman hidup, kini dah dua tahun berlalu.

Sekarang Suami aku dah senang macam dulu, dan bertambah – tambah lagi. Aku usaha mencari projek untuk dia dan prom0te dia. Kami berkenalan dengan seorang jutawan.

Kebetulan dia nak bina sekolah pondok untuk anak – anak tahfiz. Dia upah suami aku. Jutawan budiman tersebut banyak beri nasihat dan rahsia kejayaan dia kepada kami. Kami ambil dan cuba setiap nasihat dan tunjuk ajar.

Sekarang kami memang dah tak macam dulu. Kami dah mampu pergi melancong ke luar negara, pergi umrah, dan suami aku ada belikan barang kemas yang lebih bagus dari yang dulu aku gadai nak bantu dia.

Allah gantikan dengan lebih baik. Keluarga mertua aku? Mereka hanya mampu melihat. Yang kata kami anjing dahulu? Masih lagi begitu hidupnya. Aku juga masih duduk di rumah tu, buat macam biasa.

Tapi aku dah beli dua biji rumah lain tanpa pengetahuan mereka. Mereka terk3jut kami ni senang dan berduit tiba – tiba. Barulah mereka nak bercakap – cakap dengan kami, berbaik – baik, dan siap bertanya tips macam mana nak berniaga macam kami.

Aku hanya senyum dan kata Alhamdulillah, berkat doa kalian semua…. Memang benar orang tua – tua kata, kalau kita ada duit semua orang cinta, apa kita buat semua wangi.

Tapi kalau kita ni susah, maka memang mereka buat kita mcm anjing! Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup aku. Yang buat aku nak sentiasa berusaha untuk berjaya dan sem4kin berjaya. – Siti Laila

Komen warganet :

Fransisca Sisca : Baik buruk tinggal dengan mertua apatah lagi klau adik ipar tinggal bersama. Memang makan hati saja jawapnya. Lebih baik tinggal berasingan buat rumah tinggal berdua saja. Susah senang kita suami isteri saja yang tahu.

Norliza Jalil : Di sini banyak kisah memburukkan mak mertua. Bagaimana ya yang menantu lelaki mngambil kesempatan atas keluarga mertua ya. Sebab mertua malas nk menegur.

Sikap menantu yang suka berhenti kerja. Mertua hanya ada seorang anak perempuan sebab tak nak anak perempuan duduk sekali dengan mertua yang majority ipar duai lelaki yang ramai.

Lantas pelawa ank perempuan tinggal bersama keluarga sebab suaminya memang tak mampu. Isteri disuruh bekerja. Suami kerja suka hati dia. Lepas tangan tanggungjawab seorang suami duit isteri tak pernah diberi.

Tapi isteri bernasib baik sebab keluarga kira senang juga. Jadi suami terus leka bila tinggal dengan mertua. Kata orang b3rak cangkung hidup ditanggung. Oleh tu jangan menunding jari pada mertua.

Sampai menantu turut pengaruhi anak perempuan dan mengungvt isteri syurga bwah tapak kaki dia bila mertua tegur benda yang tak betul. Kaji – kaji dulu. Bukan semua mertua tu lepas cakap pada menantu.

Mertua sanggup terIuka hati bila menantu meIarang anak perempuan menyambut hari kelahiran maknya. Menantu apa tu.

Douglas Les : Cerita hal ni dalam FB. Dengar sebeIah pihak dan awak kena ingat bukan mak mentua saja boleh tidak puas hati dengan awak sekarang tetapi keluarga itu kalau baca FB awak ini akan terasa.

Moga awak berdua sudah bersedia hadapi perkara yang telah dimulakan oleh awak sendiri. Untuk kebaikan usaha duduk berasingan dan jaga hati masing – masing dan cubalah berbaik sebab kisah hidup kita semua masih panjang. Sebab kita boleh musn4h sekelip mata. Bukan mudah hendak bina satu keluarga.

Sabariah Hamid : Kita ni dah berumah tangga eloklah duduk rumah sendiri. Jangan dudok rumah mak mertua atau mak sendiri ke. Susah senang elok duduk rumah kita walaupon duduk rumah sewa. Ada banyak kebaikan dari keburukkan.

Robiahria Robiah : Baik pindah je cari keluarga sediri baik macam mana pun mak ayah kita mentua kita lagi baik kita duduk rumah sendiri. Nak masak ke tak nak. Nak kemas rumah ke ke lambat kemas ke dah rumah sendirikan. Demi kebaikn kita bersama sebelum ada yang berkecil hati nanti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.