Arw4h ayah tak pernah puasa, solat, jadi biawak hidup. Ibu jadi tekanan sampai aku jadi m4ngsa amarah, h1naan ibu..

Adakah saya ini seorang anak kepada seorang manusia? Kenapa saya dilayan seperti anak haiwan? Pernah sekali saya k3jutkan abah untuk bersalaman sebelum ke sekolah dan meminta duit belanja. Apa yang saya dapat?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Harap cerita saya disiarkan. Saya Mira. Di sini saya ingin minta nasihat kepada pembaca semua tentang sepanjang kehidupan yang saya lalui.. Saya datang daripada “Broken family” yang mana arw4h abah saya seorang yang panas baran.

Arw4h abah meninggaI pada tahun PKP akibat k4nser tuIang. Arw4h abah tidak mempunyai kerja yang tetap ini bermaksud pendapatan arw4h abah juga tidak tetap untuk menanggung kami 6 orang beradik. Manakala ibu saya berkerja sebagai seorang guru di sekolah menengah dengan gaji yang agak stabil. Oleh itu, ibu yang mengambil alih semua tugas arw4h abah menanggung kami 6 orang beradik.

Pada mata saya ibulah ketua keluarga, ibu jugalah seorang bapa kepada saya. Ibu menanggung dan mengambil alih tanggungjawab arw4h abah dari sekecil – kecil perkara hingga sebesar – besar perkara. Ibulah bayar bil, ibulah beli barang dapur, ibulah yang bayar segala komitmen dan ibu jugalah yang menanggung perbelanjaan sekolah kami hingga ke universiti.

Ibu juga la yang memberi didikan agama kepada kami dari aspek solat, puasa, pergaulan dan sebagainya. Sepanjang saya membesar tidak pernah sekalipun arw4h abah berpuasa penuh dan solat penuh 5 waktu. Arw4h abah tidak pernah berpuasa dan akan makan sesuka hati pada waktu siang di hadapan kami adik beradik.

Tetapi alhamdulillah kami 6 beradik tetap berpuasa penuh dan solat hasil daripada didikan ibu. Arw4h abah tidak pernah ambil tahu mahupun ambil berat soal kami adik beradik lagi – lagi bab agama. Yang arw4h abah tahu hanyalah meminta duit daripada ibu untuk beli r0kok.

Arw4h abah suka berhutang keliling pinggang dan yang akan melunaskan hutangnya adalah ibu dan abang saya akan tolong bayarkan separuh menggunakan duit biasiswa pelajarannya. Sikap arw4h abah yang panas baran dan lepas tangan memberi kesan kepada ibu.

Ibu juga menjadi seorang yang pemarah dan baran. Yang menjadi m4ngsa untuk ibu dah arw4h abah melepaskan marah kepada kami 6 orang beradik. Saya dipukuI hingga ced3ra jika buat salah walau sedikit, saya diherdik jika saya tidak memasak.

Saya sudah diajar memasak sewaktu sekolah rendah lagi. Jika saya tidak memasak saya akan dimarah dan diherdik.. Zaman kanak – kanak saya tidak begitu bermakna seperti kanak – kanak yang lain. Saya pernah digelar sundal dan betina oleh ibu dan juga arw4h abah hanya kerana saya nakal.

Normallah seorang kanak – kanak tidak pernah lari daripada sikap nakal kan? Saya juga pernah dianggap anak yang tertukar di hospitaI sewaktu melahirkan saya oleh ibu. Sungguh kata – kata itu saya tidak boleh lupa sehingga hari ini walau sudah berbelas tahun berlalu.

Ini semua akibat daripada sikap arw4h abah yang memberi kesan kepada ibu menjadi seorang yang pemarah. Mungkin ibu str3ss. Ibu juga pernah beberapa kali tidak bertegur sapa dengan saya selama 3 hari berturut – turut hanya kerana saya nakal dan tidak mengemas rumah.

Hal ini, hanya jadi kepada saya tapi tidak pada adik beradik yang lain. Saya dip4ksa memasak, mengemas rumah jika saya tidak melakukannya saya akan dipukuI, diherdik, dim4ki. Mungkin kerana saya satu – satunya anak perempuan.

Saya ada seorang adik perempuan bongsu tapi ibu melayannya baik. Adik perempuan saya tidak boleh dimarah atau ditegur jika saya melakukannya pasti saya dipersalahkan oleh ibu. Saya sangat cemburu dengan layanan ibu terhadap adik saya.

Sikap arw4h abah yang juga panas baran tidak lari daripada memukuI kami adik beradik sehingga ced3ra. Layanan ibu dan arw4h abah memberi kesan kepada saya sehingga hari ini. Pernah sekali arw4h abah meng4muk hanya kepada abang – abang saya tetapi ibu tetap menyuruh arw4h abah memukuI saya tanpa sebab yang saya tidak tahu.

Mental dan emosi saya juga tidak pernah ibu dan arw4h abah ambil tahu. Jika saya ada masalah atau str3ss ibu tidak pernah menyokong sebaliknya dimarahi. Setiap kali ingin berangkat ke sekolah saya tidak pernah lepas daripada dim4ki, dicaci dan diherdik setiap pagi.

Pernah sekali saya k3jutkan arw4h abah untuk bersalaman sebelum ke sekolah dan meminta duit belanja, yang saya dapat hanyalah tangan dimuka dan dim4ki sepuasnya oleh abah kerana mengganggunya tidur. Ibu juga tidak pernah memujuk saya jika saya dipukuI, dim4ki sebaliknya ibu akan memarahi saya juga.

Adakah saya ini seorang anak kepada seorang manusia? Kenapa saya dilayan seperti anak haiwan? Kesan daripada layanan arw4h abah dan ibu memberi kesan kepada mental dan emosi saya sehinggalah saya sudah berkahwin sekarang ini.

Pernah sekali sebulan sebelum berkahwin ibu hampir ingin men4mpar muka saya hanya kerana saya bertengk4r kecil dengan adik perempuan bongsu saya. Dan yang paling membuat saya terkesan dengan kata – kata ibu sehingga kini ibu mengatakan “ibu serahkan kau sepenuhnya pada mak mertua kau, kau hiduplah dengan mak mertua kau lepas kahwin nanti” seolah – olah ibu tidak mahu aku lahir sebagai anaknya.

Adik saya seperti biasa ibu tidak akan memarahinya. Saya tidak pernah mendapat kasih sayang sebagai seorang anak daripada ibu dan abah. Saya sangat cemburu melihat rakan – rakan saya yang mendapat sepenuhnya kasih sayang sebagai seorang anak daripada ibu bapa mereka.

Alhamdulillah selepas berkahwin saya mendapat seorang suami yang sangat penyabar dan amat mengambil berat soal saya sepenuhnya. Kini saya mendapat sebuah kasih sayang yang saya dahagakan selama ini walaupun kasih sayang saya hanyalah sebagai seorang isteri.

Akibat daripada layanan ibu dan abah saya juga menjadi seorang yang pemarah dan panas baran kepada suami dan anak saya. Setiap kali saya teringat peristiwa layanan ibu dan abah kepada saya, saya akan menjadi marah, sedih, benci dan berd3ndam dengan ibu dan arw4h abah.

Suami dan anak saya lah yang menjadi tempat untuk saya lepaskan marah. Kesian suami dan anak saya. Suami saya sangat penyabar dialah yang menasihati saya agar buang sifat d3ndam, pemarah dan panas baran agar anak kami tidak menjadi seperti saya.

Setiap kali saya teringat perbuatan ibu dan juga arw4h abah setiap kali itulah saya akan jadi pemarah, pend3ndam dan benci kepada ibu. Dan setiap kali itu jugalah hati saya berbisik yang saya bencikan ibu dan arw4h abah sehingga saya menganggap ibu dan arw4h abah tidak layak menjadi ibu bapa.

Astaghfirullahaladzim. Derh4kakah saya jika saya terfikirkan macam tu sekali sedangkan saya tidak ada niat untuk menderh4ka kepada mereka. Namun setiap kali lepas solat saya sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagian buat ibu dan arw4h abah.

Asbab daripada perbuatan ibu dan arw4h abah saya hilang keyakinan, saya menjadi baran, pend3ndam, pemarah yang menjadi m4ngsa saya adalah suami dan anak saya. Kasihan suami dan anak saya menjadi m4ngsa untuk saya lepaskan d3ndam saya. Allahuakbar.

Kini saya celaru dengan diri saya sendiri adakah saya derh4ka dengan ibu dan arw4h abah kerana terbitnya rasa benci dan d3ndam? Saya takut saya tidak dapat masuk syurga hanya kerana saya membenci ibu dan arw4h abah.

Bila saya sudah mempunyai seorang anak tidak tergamak saya melayan anak saya seperti ibu dan arw4h abah melayan anak – anak mereka. Saya perIukan nasihat dan bimbingan daripada pembaca sekalian. Adakah saya depr3ssion, tr4uma atau derh4ka? Saya sangat celaru. Terima kasih, Wasalam… – Mira (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Aini Nasir : Tt cubalah tanam dalam hati dan diri untuk hentikan cycle ibubapa tt. Jangan ulang parenting method yang sama. Doa supaya jadi ibu yang baik untuk anak – anak. Jangan sekali – kali samakan diri tt dengan ibu tt, sebab memang takkan sama walaubagaimanapun.

Tt bukan ibu tt dan anak tt bukan tt jadi tidak seharusnya beri dan terima layanan yang sama. Terakhir sekali, rabbi yassir wala tuassir. Semoga Allah lindungi dan permudahlan urusan tt sekeluarga.

Mashanis Mohamad : Seek for professional help. Belajar untuk terima takdir yang dulu. Belajar lepaskan walau bukan maafkan. Supaya benda tu tak mengh4ntui kehidupan sekarang. Kesian suami dan anak. Kalau u tak f1ght benda ni… kitaran tu takkan pernah putus.

Benda tu akan beri kesan kepada anak pulak nanti. Memang susah nak maaf tapi kalau berd3ndam pun, benda tu takkan mengubah apa – apa yang berlaku tetap dah berlaku. Tapi kita boleh ubah untuk masa akan datang. Cuba pergi jumpa kaunselor. Moga lebih membantu.

Its not your fault. U pun m4ngsa keadaan. Sebab tu tuhan buat cantik dah. Dia bagi u suami yang sabar supaya u boleh belajar dan bina hidup yang lebih baik dari sebelumnya… u can sis.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.