
Satu hari kami g4duh besar, kes aku tegur dia tak cuci peti sejuk sebab dah penuh dengan plastik air dan makanan bungkus sampai busuk. Dia marah aku balik, cakap tu bukan kerja dia, jadi dia minta orang gaji. Mana aku mampu. Lepas tu dia keluar me time dengan kawan dia.
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin. Aku seorang suami, aku nak luah apa yang selama ni terbuku dan rasa patut diberitahu pada isteri isteri di luar sana sebagai kesedaran. Dua tahun lepas aku ada bernikah dengan seorang wanita cantik yang sangat menjaga penampilan diri, seorang yang berkulit putih ala – ala Korea, jaga badan tip top orang kata belum ada anak.
Masalahnya sini, dia hanya tumpu pada jaga penampilan diri saja, usaha habiskan duit untuk putih, pakaian jenama serta produk kosmetik semua. Ya aku tak kisah min, aku tahu dia buat semua tu untuk aku tapi aku str3ss min, dia tak jaga makan pakai aku.
Bila aku balik kerja penat lapar balik rumah tak masak, kalau ada pun rumah asyik berzumba untuk kuruskan badan. Baju baju sampai naik bintik tak basuh. Aku juga bawa semua pergi dobi. Lepas tu hari – hari aku tapau saja nasi kat kedai kawan aku bawa balik makan kat rumah, setiap malam pergi dobi.
Jangan kata aku tak nasihat, dah puas aku nasihatkan tapi dia boleh tengking aku dan jadi g4duh. Dia duduk rumah pun rasa macam tak ada. Update Facebook lepak minum kopi la, kedai kafe hipster la, buat macam orang bujang. Aku dambakan isteri yang sentiasa ada di sisi macam ibu aku masakkan dan layan bapak aku makan.
Kalau dia ada di rumah pun asyik pegang telefon tengok live mekap. Ya, aku akui, kalau keluar mana – mana orang asyik puji aku bertuah dapat isteri cantik tapi dorang tak tahu cantik luaran saja tapi aku yang rasa tekanannya. Satu hari kami g4duh besar, kes aku tegur dia cuci peti sejuk sebab dah penuh dengan plastik air dan makanan bungkus sampai busuk peti.
Dia marah aku balik, cakap tu bukan kerja dia, jadi dia minta orang gaji. Mana aku mampu. Aku geram sangat, hari tu langsung aku tak pergi kerja sebab aku kemas dapur, isteri? Dia boleh nak keluar me time dengan kawan – kawan dia.
Dah tu aku dah tak tahan sangat, aku ceraikan dia hari tu juga. Dia sempat cakap, rugi la aku sebab dah tak dapat isteri secantik dia dah lepas ni. Selepas empat bulan bercerai, aku dijodohkan dengan gadis kat kampung. Orangnya gemuk dan berkulit sawo matang.
Memang jauh beza la kurang cantik dari isteri dulu tapi aku bahagia sangat. Sekarang min sebab isteri aku sentiasa ada dengan aku, bila balik kerja makanan dah siap terhidang, baju dibasuh dan rumah kemas. Alhamdulillah syukur sangat walaupun yang sekarang ni tak berapa cantik luaran tapi aku amat bahagia.
Hingga bekas isteri cakap aku dib0mohkan isteri baru ni sebab tu hodoh – hodoh pun aku suka. Tak min, aku sayang isteri aku sekarang sebab dia pandai ambil hati aku, pandai jaga makan pakai aku. Lagi satu dia tak pernah lupa untuk ingatkan aku waktu solat dan menghadiri kelas mengaji bukan kelas berzumba. Syukur ya Allah.
Ulasan pembaca :
Anoor Bilmas : Allah itu Maha Adil, diberi apa yang kita tidak sukai tapi terkandung banyak hikmah di sebalik pemberianNya itu. Jika kita sedang bahagia dengan apa yang telah Allah berikan pada kita sekarang ini, bersyukur lah.
Rose Adam : Terbaik TT, inilah yang kita mahu dalam perkahwinan. Kecantikan nih barang tak kekal lama dan wanita cantik yang spesis macam bekas isteri tt tu berIambak wei. Aku ulang berIambak dalam dunia akhir zaman nih.
Nak cari sebagaimana isteri tt sekarang nih, memang susah sebabnya ramai ibu – ibu yang gagal didik anak – anak perempuannya jadi macam isteri tt sekarang nih. Ramai ibu bapa yang didik anak – anak tak kira lelaki atau perempuan, kena pandai dalam pelajaran dan jaga penanpilan diri tapi bab ilmu rumahtangga, gagal. Itu yang timbul macam – macam masalah tu. Banyak kes macam ni dekat mahkamah sekarang. Kepada kaum lelaki yang baik, bertabahlah.
Rezza Ichlass : Alhamdullillah bro, ko buat keputusan yang tepat. Zaman sekarang banyak yang muka cantik, kulit cantik, body cantik, jalan ngalahkan super model tersohor tapi sayang r0hani tak cantik, ke laut bro. Biarlah isteri yang baru kurang dari segi penampilan tapi berakhlak mulia, pandai jaga makan minum. Sekarang ko balik rumah pun hati senang kan. Jadi semoga kekal ke Jannah bro.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.