Suami reka cerita pada keluarga dia yang aku ada kekasih gelap. Sampai bekas mertua ser4ng aku. Maki hamun, hina aku, dan minta kami bercerai.

Suami kantoi bermesej dengan bekas kekasih dia, seorang nurse. Aku baca tiap – tiap mesej antara suami dan perempuan tu. Saling sayang, saling cinta. Yang paling aku s4kit hati bila suami burukkan aku dekat perempuan tu. Cakap aku b0doh, gemuk, tak cantik, tak berkerjaya, menyusahkan dia…

#Foto sekadar hiasan. Assalam min. Hide profile aku ya. Aku nak share kisah aku. Aku berumur 29 tahun. Pernah pegang status miss j pada usia 23 tahun. Dan alhamdulillah tahun 2018 kembali menjadi isteri kepada suami aku yang sekarang ni.

Perkahwinan pertama aku pada usia 21 tahun dan rumah tangga aku hanya bertahan selama 1 tahun 9 bulan kerana campur tangan mertua dalam rumah tangga kami. Bekas mertua aku cukup cerewet. Tiap – tiap minggu dia akan datang rumah aku untuk spotcheck.

Rumah sewa kami berdekatan dengan rumah mertua dan rumah family aku. Tiap – tiap bilik dia akan masuk termasuklah bilik kami. Apa yang tak kena pada mata dia semua dia akan complain. Tingkap tak boleh berhabuk walaupun sikit. Lantai kena mop sentiasa.

Aku hanya ikutkan saja kehendak bekas mertua. Lap tingkap 2 kali sehari. Mop lantai 3 kali sehari dengan harapan dia akan suka dan sayangkan aku. Tapi apa yang aku harapkan tak akan tercapai. Dia tak akan suka dan sayang aku. Hobi dia sentiasa mencari salah aku.

Cerita buruk aku dekat saud4ra mara dan adik beradik dia. Bila aku mengadu dekat bekas suami, bekas suami aku pertahankan mak dia. Bekas suami cakap apa yang mak dia cakap betul ke tak betul tetap jadi betul sebab tu mak dia, syurga dia.

Aku diam dan pendam dalam hati. Lalui hidup hari – hari dengan hati yang kosong. Dari sayang dan cinta, hati aku jadi benci pada bekas suami. Tapi aku masih berdiam diri dan jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Sampai suatu hari bekas suami kantoi berhubung semula dengan bekas kekasih dia, seorang nurse.

Aku baca tiap – tiap mesej antara bekas suami dan perempuan tu. Saling sayang, saling cinta. Yang paling aku s4kit hati bila bekas suami burukkan aku dekat perempuan tu. Cakap aku b0doh, gemuk, tak cantik, tak berkerjaya, hanya menyusahkan hidup dia.

Agaknya dia lupa aku makan ubat subur atas permintaan dia. Dia nak zuriat. Allah maha mengetahui dan aku tahu kenapa Allah tak bagi aku zuriat masa tu. Hal kecurangan dia aku sembunyikan dari keluarga mertua dengan harapan dia akan berubah. Tapi dia tak berubah.

Dia reka cerita pada keluarga dia yang aku ada kekasih gelap. Sampai bekas mertua datang ser4ng aku. Maki hamun dan hina aku, dan minta kami bercerai. Tahun 2015 kami sah bercerai. Pelbagai tohmahan aku terima dari orang – orang kampung. 3 bulan aku berkurung dalam bilik. Depr3ssion. Malu jadi janda pada usia muda. Berkat doa mak, adik – adik, sepupu dan kawan – kawan aku kembali sihat dan mulakan hidup baru.

Aku bekerja selepas 6 bulan bercerai. Aku rasa bebas. Hati aku tak s4kit. Tak perlu fikirkan tentang manusia – manusia yang tak sukakan aku. Dan aku sedar jadi janda bukan buruk seperti yang aku sangkakan sebelum ni. Aku bahagia sangat jadi janda. Aku tak pedulikan kata – kata orang. Aku jalani hidup dengan family aku.

Oh, lupa nak beritahu. Bekas suami aku berkahwin dengan nurse tu masa aku masih dalam edah dan aku sign borang poligami tu. Dekat sini aku beritahu ya, suami – suami yang curang tu jangan ingat korang tak ada edah ya. Lepas cerai terus boleh kahwin. Tidak.

Korang tak boleh kahwin tanpa tanda tangan bekas isteri yang korang ceraikan tu. Kalau bekas isteri korang tu tak tanda tangan untuk korang kahwin dalam edah, korang tunggu saja sampai habis edah. Setelah 5 tahun aku pegang status miss j, pada tahun 2020 aku berkahwin dengan suami aku sekarang. Seorang tentera, bujang.

Alhamdulillah suami aku baik sangat. Tiap – tiap hari jatuh cinta dengan suami walaupun dah setahun usia perkahwinan kami. Bekas suami dengan suami aku sekarang sangat – sangat berbeza. Bekas suami tak pernah bantu atau tolong aku buat kerja rumah, alasan dia tu semua tanggungjawab isteri.

Suami aku sekarang ni pula jenis suka bantu buat kerja rumah. Memasak pun sama – sama. Kadang – kadang aku kesian tengok dia baru balik kerja tapi tetap nak tolong aku. Padahal aku tahu dia penat. Bila aku tanya kenapa tetap juga nak tolong buat kerja rumah, suami aku akan jawab tu semua tanggungjawab dia, aku cuma membantu sahaja.

Terima kasih Allah hadirkan seorang suami yang sayangkan aku, yang melindungi aku. Keluarga mertua yang baik dan sayangkan aku. Alhamdulillah. Betul kata – kata dari sepupu aku dulu, Allah ambil yang aku rasa baik untuk aku dan gantikan dengan yang lebih baik untuk aku.

Maaf min panjang cerita aku. Buat wanita – wanita yang teraniaya macam aku tapi takut untuk move on dan jadi janda, aku nasihatkan jangan takut untuk jadi janda. Jadi janda tak seburuk yang kita sangka. Kita bahagia dengan cara kita.

Yang penting jaga maruah dan diri kita. Semua orang akan respect bila kita janda yang bermaruah. Buat mertua mertua dekat Malaysia ni, mohon sayangi lah menantu – menantu perempuan anda. Tak kisah lah dia bekerja kerajaan atau suri rumah. Jangan pilih kasih. Menantu juga manusia yang berhak disayangi.

Buat jantan atau suami curang yang rasa diri tu hot, ingatlah karma Allah tu ada. Tak kena sekarang mungkin kena akan datang. Aku dah melalui nya. Aku pernah teraniaya dan aku tahu karma tu ada. Buat bekas suami aku, mohon stop ganggu aku.

Stop mengaku aku isteri awak. Aku bukan lagi isteri awak. Aku sekarang isteri kepada suami yang aku amat cintai. Dan aku bakal jadi ibu tak lama lagi. Aku bukan mandul macam awak dan mak awak cakapkan. Aku doakan isteri awak pun akan mengandung nanti. Sekian, terima kasih min.

Ulasan Pembaca :

Nadz Razak : Move on macam ni lah kita mahukan. Berusaha happy dari diri sendiri dulu dan jauhi t0xic. Open new chapter bak kata orang putih. Ini tak, asal kena pujuk saja cair, kena pujuk saja cair. Suami suruh fikir pasal anak bagai tapi perbuatan ambil d4dah, pukuI, hari – hari kena maki hina.

Lepas tu rujuk mengandung. Ulang balik benda sama. Kalau dapat kaki perempuan, adoi koyak mental. Itu pun nak juga cair.Semoga Allah kekalkan jodoh akak sampai bila – bila. Akak baik, dapat suami pun baik. Dapat zuriat soleh dan solehah.Amin.

Nhyati Zabar : Alhamdulillah. Suami baru awak ada kebersamaan dan perkongsian dengan awak dalam tugasan rumah tangga yang mana itulah kunci perkahwinan bahagia yang sebenar. Bukan nya tugasan rumah tangga hanya pada sebelah pihak sahaja. Semoga awak dan suami bahagia hingga ke jannah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :