Awal kahwin aku dah cakap dekat isteri nak anak ramai. Setiap kali isteri mengandung, buka je buku pink, aku terus pergi kedai emas, beli hadiah untuk isteri

3 minggu aku ambil cuti untuk jaga isteri dalam pantang. Sebelum aku masuk kerja, aku ambik gelang emas isteri, aku pergi pajak dekat kedai emas. Duit tu aku tambahkan dengan duit orang bagi dekat anak, aku belikan gelang emas untuk baby yang baru lahir..

#Foto sekadar hiasan. Hari ni bukan aku nak cerita masalah tapi nak cerita apa yang aku buat bermulanya selepas bini aku bersalin. Min macam biasa tolong hide profile aku ni sebab nanti kena kecam dengan pakcik bawang.

Alhamdulillah lahirnya puteri kedua pada 170326. Jadi sekarang baru aku start masuk kerja semula selepas tiga minggu aku bercuti bini bersalin. Awal – awal kahwin lagi aku dah minta dengan bini aku nak anak ramai. Jadi apa yang perlu aku buat adalah kena bagi bini aku seronok untuk beranak lagi.

Bila dapat saja buku pink, aku akan pergi kedai emas tanpa bawa bini belikan dia barang kemas ikut kemampuan aku. Kali ni gelang. Kalau bawa bini mungkin tak jadi beli. Faham – faham saja lah kan. Aku bawa balik bini aku berpantang kat rumah mertua.

Jadi anak sulung aku pun walau masih prasekolah empat tahun terp4ksa pindah sekolah. Tahu – tahu lah kan zaman sekarang ni kalau awal – awal tak sekolah nanti darjah satu takut tertinggal pembelajaran. Pagi – pagi lagi pukuI 0630 aku dah bangun.

Kadang – kadang terlajak juga pukuI 7 tengok pada keadaan performance baby malam tu. Walau aku duduk rumah mertua tapi aku buat macam rumah sendiri. Buka peti tengok apa yang boleh aku buat. Selalunya nasi goreng lah sebab ada nasi lebihan malam tadi.

Kemudian, siapkan anak sulung mandi, pakaian, breakfast dan hantar ke sekolah. Balik saja terus aku basuh baju baby dan pakaian family dan siapkan segala daun untuk rebusan bini aku mandi. Sambil tu terus masak bubur beras ditumbvk atau blender untuk bini aku lunch nanti. Untuk breakfast, bini aku suka makan biskut butter cracker cicah susu saja.

Siap basuh baju saja aku bawa pergi dobi untuk dryer. Tak perlu jemur sebab buang masa. Cuma baju baby aku jemur sendiri, tak nak berkongsi basuh dan dryer takut ada hama atau gatal. Aku bersiap dan terus packing baby dalam bakul kecil untuk bawa checkup klinik sebab kuning.

Tujuh kali berulang alik klinik. Berbekalkan susu ibu dalam botol, aku bawa anak aku sorang tanpa bini aku. Pergi pukuI 11 orang dah kurang. Nurse hari – hari puji aku sebab pergi sorang. Semakin bersemangat. Aku tak nampak sebab untuk aku bawa bini aku sedangkan tak ada keperluan pun dia datang dengan berjahit – jahit kat celah tu, buat siksa saja.

Jadi dengan pantasnya proses di klinik selalunya ambil masa 40 minit saja. Kat klinik memang selalu makcik, kakak, nenek pandang aku sebab mungkin diorang terpegun dengan cara aku bawa anak dalam bakul dan handle anak sorang tanpa bini.

Tapi aku bagi alasan bagi peluang bini kat rumah untuk rehat, tok bidan nak datang mengurut, nurse desa datang melawat. Balik dari klinik aku singgah beli ikan tepi jalan. Balik rumah aku siang ikan tu dan kunyitkan, kemudian bakar.

Sambil bakar ikan, bini aku dah siap mandi. Jadi tiba masa untuk aku kunyitkan tempat jahit bini aku pula dengan ubat kuning tu, yang ni memang ngeri. Lepas tu bekungkan bini aku dan lunch. Lepas tu kalut pula aku nak pergi ambil anak sekolah.

Bila petang aku cari daun daun untuk bini aku mandi esok. Daun inai, serai wangi, daun pandan, daun tu, pucuk ni. Malam pula aku jenis tidur awal. Malam – malam jarang bini aku nak kacau aku tidur sebab dia tahu aku letih seharian menguruskan rumah tangga.

Tapi ada juga masa baby berak atau bini aku nak patah pinggang sebab menyusu anak, aku akan takeover sekejap. Jadi itulah rutin yang berlaku semasa aku bercuti. Nampak ringkas tapi jadual memang padat. Tiga minggu berlalu tak terasa.

Bila nak habis saja cuti, aku pun ambil pinjam sekejap gelang emas yang aku hadiahkan pada bini aku tu. Aku pergi gadai kat pajak. Kikiki. Bukan elok pakai barang kemas masa tengah pantang ni. Tapi duit tu bukan untuk aku buat hantaran.

Duit pajak tu aku tambah dengan duit sedekah saud4ra kawan – kawan yang melawat baby dan sedikit duit poket aku yang dah tak berapa nak ada ni, aku pergi beli gelang emas untuk baby girl aku pula. Jadi itulah coretan aku semasa bercuti bini bersalin.

Untuk pakcik bawang janganlah kecam aku bila bini korang tag atau share coretan aku ni yang akan mengubah cara hidup korang. Kikiki. Hargailah beliau sebab beranak ni lagi perit daripada bersunat. Untuk makcik bawang janganlah mengeluh laki anda malas dan tu ni kerana kadar metabolisme setiap orang berbeza.. Apa yang penting pujilah beliau sebelum orang lain yang puji.

Sepuluh keburukan anda diam, satu kebaikan anda puji. Lama – lama lembutlah hati suami anda hingga yang buruk pun menjadi kebaikan. Doakan aku dan isteri dapat anak yang seramai mungkin ya makcik pakcik. Dan aku ada satu soalan, habis berpantang 40 hari aku nak bawa bini pergi spa atau mengurut. Kat mana spa yang sesuai untuk beliau dan poket aku yang dah berlubang ni.

Admin mohon bagi sambungan untuk kisah aku ni. Ramai tertanya – tanya kenapa aku gadaikan gelang bini aku, sebab aku nak buat pelaburan untuk baby yang baru lahir ni. Dengan izin isteri aku pergi gadai gelang dia dapat dalam dua ribu, tambah duit sedekah dari saud4ra mara dan kawan – kawan dapat sembilan ratus.

Jadi aku tambah dalam dua ratus, alhamdulillah dapatlah aku beli gelang emas anak aku bernilai tiga ribu satu ratus. Benda ni pun aku buat untuk anak aku yang sulung. Makcik pakcik bawang boleh buat macam yang aku buat. Bagus cara ni sebab bila tak ada duit boleh pergi gadai.

Dari pinjam dengan orang rasa tergadai pula maruah, tambah – tambah bila tak boleh nak bayar. Tak ada adat atau hukvm tak boleh pakai gelang emas masa berpantang, tapi untuk keselesaan bini aku dan baby takut nanti tertusuk benda tajam atau loceng jatuh masuk dalam mulut anak tanpa disedari. Pernah ada kes kerongsang ditelan anak masa dukung.

Jadi lepas pantang 100 hari nanti insyaAllah aku akan tebus balik. Itulah jasa yang aku mampu beri buat isteri dan hadiah untuk baby aku. Biar aku dicop suami tak berdarjat tapi aku bangga dengan apa yang aku buat. Walaupun bini aku tak pernah puji aku, tapi dengan kata – katanya yang nak beranak lagi, itulah kesan yang aku nampak.

Masa pantang memang aku takut dengan satu benda ni, mer0yan. Sebab tu aku cuba hilangkan str3ss bini aku supaya dia rasa macam permaisuri untuk 40 hari sebab aku dah jadi raja selama 327 hari. Buat si isteri, dalam kata – kata anda haruslah berkata minta tolong.

Jangan arahkan suami tu ni dan mengeluh sebab suami memang tak boleh lari dari egonya. Aku cakap apa yang aku rasa sendiri. Buat sang suami, memang di alam perkahwinan kita semakin jauh dengan isteri tak seperti di alam percintaan.

Yang dekat memang sudah tentu skandal dan orang luar yang mengganggu. Tapi bila apa yang kita buat sebab tanggungjawab dan amanah, percayalah semakin lama kita akan semakin dekat dengan isteri dan anak – anak dan cinta tu datang kembali. Buat admin terima kasih kerana menyiarkan cerpen aku ni.

Ulasan Pembaca :

Ucu Combie : Murah rezeki kau. Laki aku sebaik kau. Tapi tak ada lah hadiahkan emas permata. Dah cukup dia layan aku masa berpantang. Alhamdulillah. Aku doakan kau cepat – cepat pergi tebus barang kau gadai tu. Sebab tahun depan tinggal sebulan lebih saja lagi. Tahun depan boleh beranak lagi.

Zakiah Mahadi : Ni lah suami mithali yang memahami, yang sanggup ambil cuti dan membantu urus anak, urus isteri. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan jodoh, dikurniakan anak – anak yang ramai dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Srikandi Aziey : Bagus seorang suami tahu tentang mer0yan. Tapi tak semestinya semua isteri lepas bersalin nak barang kemas. Cukup bahagiakan isteri dengan kata – kata dan tindakan. Paling penting bukan dengan keluhan dan buat perbandingan duduk rumah mertua dengan rumah mak sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :