
Setiap kali balik kerja, anak – anak yang sambut aku depan pintu. Rumah tak pernah nak kemas. Jarang aku dapat makan masakan isteri. Dia bila bangun tidur terus menghadap handphone sampai ke tengahari. Aku yang mandikan anak dan uruskan semua benda.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Harap admin kongsikan luahan aku ni pada umum. Tapi tolong hide profile aku ya. Kenapa zaman sekarang ni, wanita yang bergelar isteri makin hari makin berani dan hilang rasa hormat pada suami masing – masing?
Aku perhatikan banyak perkara macam ni berlaku sekarang, malah benda ni berlaku pada diri aku sendiri. Aku dan isteri dah lama berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak. Tapi aku tak pernah rasa macam mana nikmat hidup berkeluarga macam orang lain.
Terus terang aku cakap, isteri aku memang jenis panas baran dan ego. Bila timbul masalah atau berg4duh, dia memang hilang kew4rasan sampai sanggup memaki hamun suami sendiri dengan ayat yang tak sepatutnya macam b4bi, siaI, h4ram jadah dan b0doh.
Malah, dia pernah Iempang dan tend4ng kepala aku depan keluarga aku. Yang paling aku terkilan, anak – anak pun turut jadi m4ngsa. Rasanya dah berpuluh kali dia minta cerai daripada aku. Kenapa tak fikir panjang sebelum nak keluarkan ayat – ayat yang tak senonoh pada suami sendiri?
Tak takutkah dengan azab daripada Tuhan kerana menderh4ka? Setahu aku, benda macam ni dah boleh dikira nusyuz. Benda ni dah bertahun aku alami. Syukur sebab aku masih diberi kekuatan dan kesabaran untuk lalui semua ni. Muka aku pun dah tak tahu nak letak mana.
Setiap kali berg4duh, memang isteri akan maki hamun aku dengan suara yang kuat sampai jiran – jiran boleh dengar apa yang dia cakap. Yang paling aku tak boleh terima, depan anak – anak pun dia sanggup buat macam tu. Sikap panas baran dan ego dia memang cukup tinggi.
Setiap kali berg4duh, walaupun punca masalah datang daripada dia, tetap dia nak menang juga. Mungkin Tuhan nak tunjuk sesuatu pada aku bila aku terbaca mesej dia dengan lelaki lain. Aku yakin mana – mana lelaki pun tak boleh terima kalau isteri sendiri mesra dengan lelaki lain walaupun hanya dalam mesej. Dengan aku takde pula dia layan macam tu.
Aku tegur dia dengan cara yang baik sebab aku dapat tahu dia berkenalan dengan lelaki lain. Aku cuma nasihatkan dia, kenapa perlu nak berkenalan dengan lelaki lain sedangkan dah ada suami? Sepatutnya tak boleh buat macam tu pada suami walaupun sekadar nak berkawan.
Admin, aku lelaki juga. Jadi aku tahu macam mana cara lelaki berfikir. Kalau nak berkenalan dengan seorang wanita yang berstatus isteri orang, mesti ada niat yang tak baik. Aku tanya dia kenapa buat macam ni. Sepatutnya bila dah ada suami, dia tak boleh berhubungan dengan lelaki lain selain suami.
Berd0sa besar membelakangi suami sendiri. Nauzubillah. Tapi bila berg4duh, pusing macam mana pun aku juga yang dipersalahkan. Aku juga yang kena mengalah dan kena minta maaf dekat dia. Dia memang tak suka setiap kali aku tegur atau nasihatkan dia.
Mulalah dia naik baran, maki hamun aku sampai aku malu dengan jiran – jiran. Aib dan maruah aku dah terlalu murah bagi dia. Ada sebab kenapa suami tegur, kenapa benda ni tak boleh dan benda tu tak boleh. Bukan suka – suka nak tegur. Kenapa tak fikir dan ambil benda tu dari sudut yang positif?
Setiap kali balik kerja, anak – anak yang sambut aku depan pintu. Teringin sangat nak isteri sendiri yang sambut aku dan bukakan pintu bila aku balik kerja. Rumah pula tak pernah nak kemas. Berselerak sana sini. Pasal makan pula tak payah cerita. Jarang aku dapat makan masakan dia. Lebih kerap beli makanan dekat luar.
Bila aku tanya kenapa rumah tak kemas dan kenapa tak masak lagi, jawapan dia tetap sama. Penat. Penat. Penat. Aku tertanya – tanya juga apa yang dia buat seharian dekat rumah sampai penat sangat macam tu. Aku tahu apa yang berlaku dekat rumah sebab bila cuti dan ada dekat rumah, aku perhatikan saja rutin dia.
Bangun daripada tidur, mesti cari telefon dulu. Lepas tu sampai tengah hari menghadap telefon. Aku pula yang mandikan anak dan uruskan semua benda. Lepas makan tengah hari, yang selalunya beli dekat luar, dia akan tidur sampai petang. Bangun, mandi, siap – siap, lepas tu sambung balik menghadap telefon sampai tengah malam nak tidur.
Bukannya nak layan berbual dengan suami, uruskan anak atau kemaskan rumah. Bagus dia kahwin je dengan telefon dia tu. Jadi, kat situ aku tak faham apa yang dia maksudkan dengan penat seharian dekat rumah. Aku tak pasti sampai bila aku boleh bertahan dilayan macam sampah macam ni.
Tapi demi masa depan anak – anak, biarlah aku yang hadap semua ni. Biarlah aku yang hidup mend3rita. Aku tak nak anak – anak jadi m4ngsa. Kepada para isteri di luar sana, fikir sejenak kalau pernah buat suami terasa hati atau terguris. Cepat – cepatlah civm tangan suami dan minta maaf.
Hargailah dan horm4tilah suami kamu. Jangan disebabkan ego, syurga kamu pada suami hilang kerana perkara macam ni. Azab Allah tu cukup perit dan ngeri bagi isteri yang menderh4ka kepada suami. Buat isteriku, aku maafkan apa yang kamu buat dari dulu sampai sekarang. Semoga Allah beri hidayah dan petunjuk kepada kamu, sayang, sebelum suami kamu pergi. Kejarlah syurga jannah kamu pada suami. Terima kasih admin.
Ulasan Pembaca :
Aeliyana Isman : Ceraikan dia talak satu sebagai pengajaran. Sebelum tu, bincang lagi sekali buat kali yang betul – betul terakhir. Kalau dia masih buat per4ngai juga, ceraikan dia talak satu. Kalau nak rujuk balik, suruh dia minta maaf dan janji tak buat lagi semua tu. Kalau dia masih ikut kepala dia juga, carilah je mummy baru. Bawa anak – anak sekali. Jadi dia tak payah sibuk – sibuk minta nafkah untuk anak – anak. Tu je jalan yang aku rasa paling baik.
Eifa Mizie : Apa fungsi awak sebagai suami sampai biarkan isteri awak bermaharajaIela macam tu sekali? Sepatutnya dari awal awak dah bertegas dengan dia. Tapi awak silap. Awak biarkan dia sewenang – wenangnya memaki hamun, t4mpar dan tend4ng kepala awak. Ni bukan sebab sayang isteri. Ni dah takut bini.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.