Awal kahwin aku tanya suami bila nak anak, dia kata tunggu 3 tahun. Lepas kahwin 3 bulan suami tak sentuh aku

Suami jenis friendly dengan semua orang, termasuklah kat perempuan yang entah sapa – sapa. Dia suka reply kat story perempuan lain contohnya minah tu ada buat story sedih ke. Suami akan bagi ‘motivasi’. Poyo nak jadi hero gadis, isteri merajuk takde plak nak pujuk..

#Foto sekadar hiasan. Salam sejahtera semua. Tak tahu nak mula macam mana, tapi nak luah jugak sebab s4kit sangat bila tak ada sesiapa yang menjadi telinga kita bila kita memerIukan. Aku berusia hujung 20-an perempuan. Dah berkahwin 2 tahun.

Tapi 2 tahun ni bukan momen yang indah buat aku. Orang kata setahun dua kahwin semuanya pasti akan manis belaka indah bahagia semua. Tapi aku beberapa bulan kahwin pun dah menangis. Menangis yang bukan biasa, lain perasaannya. Semua atas sebab per4ngai suami dan family mertua.

Kisah 1 : Dia jenis friendly dengan semua orang tak kisah jantina. Senang kata act of service. Suka mengfunctionkan diri walau di mana berada. Baik dengan family sendiri, family aku, tempat kerja, jiran, orang awam.

Termasuklah kat perempuan yang entah sapa – sapa entah, maksudnya orang luarlah kan. Suka reply kat story perempuan lain contohnya minah tu ada buat story sedih kecewa ke, suami aku tekan lah emoji itu ini, like itu ini, chat dengan itu dengan ini.

Bila aku buat story sedih atau memang tak bercakap takde pulak dia respond. Hati isteri mana je tak terasa? Bila dipersoalkan dia akan jawab tak ada sesiapa pun, tak berhubungan pun. Yerr memang sekarang tak, akan datang macam mana? Kamu yakin?

Sekarang pun dah ada bau – bau nak curang, mesti lah kena tegur, kena tegah. Dah kahwin buat cara dah kahwin jagalah batas tak payah poyo nak jadi hero gadis gadis. Masalah isteri sendiri, hati isteri sendiri tak nak jaga. Em0si dan mental isteri tak nak jaga sedangkan nafkah batin bukan sahaja di atas katil semata – mata.

Kisah 2 : Cakap pasal nafkah batin, aku ni bukan jenis perempuan gatal asyik nak fikir ke situ. Tapi nak cakap yang suami aku jenis tak sentuh aku, dalam 3 bulan sekali baru ada. Topik ni pernah masuk dalam perg4duhan walhal tu tengah g4duh pasal lain.

Dia jawab sebab tak beli c0ndom, aku sering s4kit, taknak k0rban tidur sebab nak kerja nanti kena mandi wajib. Sebab tu dia chat perempuan lain sebab ada layanan katanya. Mulanya aku terasa juga, macam ada yang tak kena ke kat aku sampai suami tak nak.

Lama – lama aku dah tak heran. Kau tahu ini d0sa jadi kau tanggunglah sendiri. Kalau dia nak kata aku isteri yang tak mampu jaga dia bab tu, terus terang je tak perlu salahkan aku balik. Dan jangan pernah mana – mana pihak menyalahkan aku terutama family mertua tentang takda anak sebab kami pernah berbincang masa awal kahwin dulu.

Aku pernah tanya dia nak anak cepat ke macam mana dan dia jawab 2 hingga 3 tahun lagi baru nak. Lagipun aku ada masalah kesihatan dan doktor sendiri tak galakkan untuk mengandung buat masa sekarang kasi aku settle dulu peny4kit ni. Jangan suami aku bring up point ni dalam diam dan jadi kan tiket untuk berlaku curang dah la.

Kisah 3 : Tiada komunikasi. Macam aku cakap kat no 1 yang hati isteri pun dia tak jaga disebabkan dia tak berkomunikasi dengan aku. Kami pasangan yang tak ada pillow talk sebelum tidur. Malah di masa – masa lain pun tiada. Tak wujud okeh.

Dia nak tidur, dia tidur je takde tangguh – tangguh, memang tak lah nak dengar luahan aku. Bila berg4duh masing – masing tak bercakap, buat hal sendiri. Paling best is dia boleh jalankan rutin harian seperti biasa malah lebih macam takde apa yang berlaku contohnya main game, tengok netflix sambil tergelak lagi padahal yang aku ni s4kit hati, taknak makan, muka moody. Memang terasa tak dihargai lah cerita dia. Dia tak pandai t4wan hati aku.

Maka menangislah aku sorang – sorang, tertidur sorang – sorang, update status kalau nasib baik ada lah kawan rapat atau family yang reply tanya kenapa ni. Kalau takde, menung jelah aku. Aib memang aib aku tahu itu, kita tak patut cerita kat luar tentang hal rumahtangga tapi aku sampai perit sangat otak dan hati bila tiada sesiapa yang peduli.

Sekurangnya bila aku buat macam tu lega lah sikit rasa, walau bukan 100% pun ceritanya. Aku bukan jenis cengeng, manja punya orang. Kadang – kadang tu terkeluar air mata tapi tahan je sampai boleh sedut balik sebab taknak orang nampak.

Aku tak macam perempuan lain nangis – nangis meluah sambil peIuk – peIuk bagai. Sangat perit terasa sebab dia dengan orang luar dia boleh rancak bercakap dan bergelak sebab dia sejenis extrovert. Aku pula jenis introvert, tak pandai nak blend dengan semua orang hanya yang rapat – rapat boleh nampak per4ngai aku gelak – gelak.

Jadi korang boleh rasa tak betapa membaranya hati aku menjadi seorang introvert yang terlalu banyak memendam rasa. S4kit kepala jangan cakaplah, telan macam – macam ubat, menjerit kuat giIa sebab tak tahan sangat str3ss lantaklah jiran nak dengar sekalipun.

Aku rasa macam aku tinggal dengan housemate bukan dengan suami. End up topik tu berlalu begitu sahaja tanpa perbincangan, apatah lagi penyelesaian. Bertambah lagi list untuk point g4duh yang seterusnya.

Kisah 4 : Family mertua. Sebelum kahwin lagi dah control macam – macam. Bab hantaran, bab bertunang, bab tempat tinggal. Demi Allah aku dan family bukan jenis have – have apatah lagi selera tinggi jadi bab hantaran tu patutnya tiada issue.

Suami menjanjikan RM1*k, jadi aku dan family setuju tapi bila family dia datang rumah terus kurangkan jumlah tersebut sambil perli mak ayah aku kesian giIa mak ayah aku time tu. Kat situ aku dah tak sedap hati dah. Dah lah datang terjah macam tu cakap nak merisik tapi diam – diam bawa wakil bawa cincin lebih untuk bertunang.

Like boleh bayangkan tak janji nak kenal – kenal je sesama keluarga sambil risik tapi tiba – tiba dia sarung cincin lagi 1 untuk tunang, aku dengan sakainya masa tu Allah je tahu perasaan. Pastu tanya mak ayah aku nak buat majlis tunang buat lah.

Apa kejadahnya weh kau dah sarung cincin kat aku nak bermajlis pulak habistu nanti nak kena berlakon ke depan orang sumpah sedih waktu tu. Aku memang tak nak majlis besar lagipun tunang tapi janganlah cakap macam pen4gih d4dah dari A ke B.

Lepastu boleh judge pula aku ni minta hantaran tu membebankan anak lakinya Allahu bukan aku yang minta, dia yang offer. Lagipun macam lah aku tak kumpul duit, tak keluar duit untuk kenduri. Wallahi semasa kenduri aku keluarkan banyak duit untuk topup sebab aku nak momen best aku ni anak pertama dalam family mesti diorang nak tengok aku bahagia.

Tapi bila jadi macam ni menangis mak aku mengenangkan. Sumpah aku pun menangis sama. Sebenarnya aku ada cakap kat mak ayah aku nak cancel sebab rasa macam tak best (ada benda lain lagi family in law buat) tapi diorang cakap tak baik lah macam tu, ok fine kalau dah berjodoh kan tak ke mana.

Tapi serius hati aku tak sehappy pengantin lain waktu tu. Tengok gambar kahwin pun aku elak. Selepas kahwin 1-1 family dia cari kekurangan aku. Perli aku tak pandai masak, asal jumpa je cakap pasal masak macam tak ada benda lain ke dalam hidup selain itu?

Nak cakap yang aku tak reti jaga anak laki dia sampai berlapar ke? Anak laki dia pun tak reti masak memang zero knowledge in dapur. Berbulan – bulan benda ni berlarutan ok sampai aku tak tahu nak rasa apa dah akhirnya aku jadi lebih pendiam dan mengelak berjumpa.

Atas sebab itu aku belajar lah memasak, bila dah pandai, suami aku bagitahu family dia. Respon dorang jelas nampak macam dengki, terus berubah reaksi muka. Aku pun cover semula lah cakap mana ada biasa – biasa je. Krik – krik weh time tu. Lepastu suruh tinggal serumah dengan diorang.

Aku ni sukakan privacy takkan nak bertudung dengan ipar, berkongsi itu ini, bukan cara aku ok. Alasan diorang is tak ada siapa nak jenguk kalau kami tinggal tempat lain. Aku berkeras waktu tu aku cari sendiri rumah dan alhamdulillah dapat pun stay sendiri.

Bermula lah episod perli memerli kami lupa jalan pulang ke rumah dah lupakan mereka. Allahu mak ayah aku pun tak berbunyi gitu ini diorang pulak yang berlebih. Kami ni laki bini kerja, hujung minggu pula uruskan rumah.

Ada masa ada lah, takde tu tunggu jelah jangan lah cakap macam tu lagipun memang kena terima hakik4t bahawa anak laki mu dah kahwin, mestilah masa dia akan lebih bersama isteri berbanding dengan keluarga sana. Aku ni bukan apa, kalau per4ngai dorang elok takpe jugak nak balik tiap weekend pun aku happy.

Ini tiap kali jumpa mesti mulut tu nak perli aku, like nak t0rturekan mental aku ke apa. Waktu tu aku ada masalah kerja sampai kena resign, maka keluarlah mulut mengatakan aku ni tak membantu suami. Bukankah semua benda suami yang memang kena tanggung?

S4kit sangat dengar benda tu depan – depan tau tak. Mula la send jawatan kosong itu ini kat whatsapp suruh aku apply, supaya aku ada gaji boleh tolong suami! Selepas beberapa bulan, aku pun kerja tapi bukan dari iklan jawatan kosong yang diorang hantar tu.

Ha senyap dah takde dah send – send vacancy. Yang ipar tu tak pula disuruhnya kerja? Semua benda pasal ipar, dipuji melambung. Tapi tang aku dibandingnya, selit perli sikit. Siapa yang tak terasa? Sekarang aku betul – betul dah buat kepalaku sendiri, laki aku nak balik rumah dia pergi jelah aku takyah.

Lagipun memang diorang nak anak laki diorang balik je setakat menantu serba kekurangan macam aku ni tak payah lah menunjuk muka kan. Sebabnya kadang aku ada ikut juga laki aku balik rumah tu tapi jalan belakang, mereka sambut anaknya dengan ceria pastu bila menantu muncul berbunyi lah seperti, “eh ada jugak, eh ada, eh eh dan segala eh”.

Banyak lagi lah malas aku nak cerita, aku pun tak tahu motif aku cerita kat sini? Sekadar release str3ss jela, walaupun tahu mesti ada yang akan komen – komen negative. Tapi takpe aku kalis kecaman hmm. Aku follow the flow.

Serius talk aku dah tawar hati. Bab cerai memang dah sentiasa dalam kepala aku dah. Bukan jenis lemah sikit – sikit nak cerai tapi setiap orang ada batasnya. Apa akan jadi ke depan hanya Allah yang tahu. Ye tahu 5 tahun pertama ujian perkahwinan.

Tapi ujian tu sepatunya dihadapi bersama bukan isteri je meratap hati dik0yak r4bak macam ni. Aku tak boleh terima ayat tu untuk apply kat semua marriage sorry to say. – Hanie (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Adlina Razif : Awak mungkin silap percaturan sebab tak putuskan pertunangan walaupun dah banyak red flag. Tapi jangan tambah kesilapan dengan terus stay dalam perkahwinan yang hanya menyeksa diri. Kalau keluarga mentua macam h4ntu sekalipun, tapi ada suami yang betul – betul backup kita, yang betul – betul jadi partner kita, insyaAllah perkahwinan masih boleh dipertahankan.

Tapi dah kalau keluarga pun tak suka kita, suami pun macam tak ada, awak pun dah tau jawapannya. Solat dan doa banyak – banyak supaya diberi kekuatan untuk awak pilih jalan terbaik untuk diri awak sendiri. Virtual hugs from me sis. Awak berhak bahagia.

Alina Said : Berhenti mengharap.. Bahagiakan diri sendiri. Letih la mental dan fizikal asyik nak cuba jadi yang ‘terbaik’ tapi takdak langsung komunikasi untuk nak membahagiakan rumahtangga. Tak tahan, angkat kaki dan belahhh.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.