
Aku mula pandai dating. Mula ponteng kelas. Al-Quran dah lama aku tak baca. Aku dah mula tinggal solat. Baju semakin ketat. Teman lelaki dah tengok semua badan aku. Masa tu aku rasa bangga sebab dia selalu puji badan aku. Satu hari, dia ajak putus, bosan katanya..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan. Aku Cik Gadis. Berusia 20-an. Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang faham agama. Ayah aku bukan ustaz. Tapi dari kecil lagi dia ajar aku al-Quran. Ingat lagi, malam – malam balik dari surau dia sendiri akan ajar aku mengaji al-Quran.
Umur aku 5 tahun aku dah mula baca Muqaddam. Masuk sahaja Tahun 1 aku dah mula baca al-Quran. Jejak umur 10 tahun, aku dah khatam al-Quran. Alhamdulillah. Masa aku sekolah rendah, aku selalu masuk pertandingan hafazan al-Quran. Pernah dapat johan. Masuk sekolah menengah ayah aku hantar aku masuk sekolah agama.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Sampailah bila aku mula masuk universiti. Tu pertama kali aku berjauhan dengan keluarga. Sebulan bulan pertama semuanya baik – baik sahaja. Bangun awal tahajud. Sebelum kuliah baca al-Quran. Solat Maghrib dan Isyak di surau kolej. Sebelum tidur baca al Mulk. Petang lepas Asar baca Mathurat.
Masuk bulan kedua aku mula culture shock. Aku mula dapat kawan baru. Aku mula keluar malam. Habis kuliah lepak dengan kawan – kawan. Kadang – kadang pukuI 2 atau 3 pagi baru balik. Hujung minggu lagiIah. Kadang – kadang Subuh baru kenal jalan pulang.
Tapi pengajian aku tetap padu. Aku dapat dekan untuk semester pertama. Masuk semester kedua, aku mula kenal cinta. Bercinta dengan senior. Fuhhh. Masyuk. Rasa bahagia. Dunia tu aku yang punya. Mula dating. Mula ponteng kelas. Al-Quran dah lama aku tak baca. Surau dah lama aku tak jejak. Lagi teruk, aku dah berani bertepuk tampar dengan pakwe aku.
Pakaian aku pun dah up to date. Tudung labuh aku makin singkat. Stoking dan sarung tangan hilang entah ke mana. Tapi pengajian aku tetap cemerlang. Masuk tahun kedua aku bercouple. Pakwe aku makin berani. Dia dah habis belajar. Dia selalu video call.
Mula – mula aku pastikan aku pakai tudung setiap kali nak bervideo call dengan dia. Lama – lama dia request nak tengok rambut aku. Cantik katanya. Tak lama lepas tu dia suruh aku buka baju. Sampailah tahap yang paling teruk sekali. Dia dah tengok semua badan aku.
Masa tu aku rasa bangga sebab dia selalu puji badan aku. Aku tak rasa bersalah langsung tunjukkan badan aku pada dia. Walaupun hanya dalam telefon. Sebab aku yakin nanti dia yang akan jadi imam aku. Masuk tahun akhir, aku makin jauh.
Aku dah mula tinggal solat. Tudung aku menampakkan aset berharga aku. Baju semakin ketat. Aku bangga bila semua mata pandang aku. Mak ayah aku dekat kampung tak tahu. Sebab aku jarang balik. Bila cuti semester, aku balik sekejap sahaja. Alasan nak bekerja cari duit lebih.
Mak ayah aku tak risau. Sebab mereka dah bagi cukup bekal agama untuk aku. Lagipun aku kalau dekat rumah memang tak keluar rumah. Pengajian aku baik sahaja. Setiap semester dapat dekan. Bila aku graduasi, aku dapat anugerah diraja. Mak ayah aku bangga. Sebulan lepas graduasi aku terus dapat kerja. Jauh dari keluarga.
Aku masih bercouple dengan si dia. Tempat aku kerja berjiran negeri dengan dia. Setiap hujung minggu kami akan jumpa. Setiap kali jumpa ada adegan manis. Semua badan aku dia pernah sentuh. Aku tak menghalang sebab yakin dia akan jadi imam aku.
Sampailah awal tahun hari tu, dia minta putus. Katanya dah bosan bercouple. Dia nak fokus bekerja. Banyak kali aku merayu untuk sambung balik. Tapi dia tak nak. Sejak tu, kerjaya aku makin teruk. Aku dah tak dapat fokus. Aku selalu punch kad dan ponteng kerja. Gaji setiap bulan selalu tak cukup. Mungkin sebab tak ada berkat.
Aku buat dua tiga kerja. Secara logiknya lebih daripada cukup untuk tampung belanja aku. Tapi yang hairannya, belum sampai gaji duit dah habis. Aku buntu. Kawan – kawan aku yang dulu semua dah menjauh diri daripada aku. Bila jumpa kawan – kawan sekolah menengah aku, aku malu. Mereka masih istiqamah dengan tudung labuh dan pakaian yang menutup aurat.
Aku dah lama tak balik kampung. Aku malu dengan keluarga aku. Aku rasa hidup aku kosong. Sampailah suatu hari, masa aku tengah memandu balik ke rumah. Minggu lepas aku terbuka radio IKIM. Salah seorang penceramah jemputan sebut, “Kalau sesat jalan, kembali pada Tuhan.”
Tak semena – mena air mata aku jatuh laju. Aku malu dengan Allah. Aku dah lama tak solat, dah lama tak mengaji. Kebetulan azan Maghrib berkumandang. Aku tak tahu macam mana aku boleh pusingkan stereng masuk dalam kawasan masjid. Aku malu nak keluar kereta. Rasa malu dengan Allah. Dah dua tahun aku tak solat.
Aku nampak ada satu pasangan suami isteri parking sebelah kereta aku. Sweet sahaja nampak mereka pimpin tangan anak jalan ke masjid. Aku gagahkan kaki ikut dari belakang. Aku dah lupa cara berwuduk. Aku ikut akak di sebelah berwuduk. Pertama kalinya aku menangis sambil berwuduk. Aku rasa diri aku kotor giIa.
Masa solat, aku duduk belakang sebab nak tengok cara orang solat. Aku takut aku lupa cara untuk solat. Mula dari angkat takbir sampai salam, aku tak berhenti menangis. Satu perasaan yang tak mampu aku nak ceritakan. Dan Alhamdulillah, sekarang aku perlahan – perlahan untuk berhijrah.
Tujuan aku ceritakan kisah aku bukan untuk buka aib semata – mata, tapi untuk sama – sama kongsi iktibar. Nikmat iman dan Islam tu nikmat paling besar atas dunia. Hargailah. Nikmat taufik dan hidayah milik Allah. Bila bila masa Allah boleh tarik. Sementara Allah bagi hidayah, perbanyakkan buat kebaikan dan minta Allah sentiasa pelihara taufik dan hidayah pada kita.
Bila nampak orang berubah bukan ke arah kebaikan, jangan dikecam ibu ayah mereka. Kadang – kadang bukan salah ibu yang mengandung apatah lagi bapa yang membesarkan, tapi salah diri sendiri yang belum kuat imannya. Dunia adalah tempat ujian. Setiap ujian pasti ada hikmahnya.
Dulu sebelum masuk universiti, aku rasa aku dah cukup kuat untuk tempuh cab4ran dunia luar dengan berbekalkan ilmu agama yang diberikan keluarga dan ustaz ustazah. Tapi siapa sangka aku lalai. Tak ada istilah terlambat dalam berhijrah.
Selagi nyawa belum sampai kerongkong, selagi tu pintu taubat akan terbuka. Apa – apa yang jadi, jangan pernah tinggal solat. Bila aku fikir – fikir balik, aku mula berhijrah bukan ke arah kebaikan bila aku mula solat lambat. Kadang – kadang nak habis waktu baru solat.
Dan lama – lama aku dah tak rasa solat tu penting, sampai aku sanggup tinggalkan solat selama dua tahun. Berada dalam suasana jahiliah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Luaran orang nampak happy, tetapi dalaman dia tersiksa. Sungguh aku rasa tak tenang langsung.
Orang tengok aku hampir sempurna. Keluarga yang bahagia, mengamalkan agama, pelajaran cemerlang. Tapi Allah uji dengan tarik nikmat hidayah seketika. Dan sungguh hidayah tu sangat mahal. Jagalah elok – elok. Dalam hidup ni, bukan kuantiti yang dicari, tapi kualiti.
Bukan soal banyak atau sikit gaji, tapi soal berkat. Sikit kalau berkat pasti cukup, tapi banyak kalau tak berkat pasti tak cukup. Hidayah tu datang dari pelbagai cara. Siapa sangka, dengan hanya sebaris kata dari corong radio, menyedarkan aku kembali ke pangkal jalan.
Siapa sangka dengan hanya melihat sepasang suami isteri dan anak – anak berjalan ke masjid bagi aku kekuatan untuk ikut sama. Jangan pernah penat untuk bercakap yang baik – baik, fikir yang baik – baik, buat yang baik – baik. Sebab kita tak tahu usaha kecil kita yang mana satu yang boleh menyentuh hati orang.
Maaf. Aku terp4ksa tulis panjang dekat sini. Aku tak tahu nak cerita pada siapa. Aku malu. Doakan aku istiqamah ya. Jangan kecam aku. Aku cuma mohon kata – kata yang baik – baik daripada kalian semua. Moga dalam reda Allah selalu. – Cik Gadis
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.