
Terus terang aku katakan, isteri aku tak menarik. Dia tak mekap, boleh nampak kulit kusam, baju macam tomboi. Tudung bawal kusut. Cara jalan macam g4ngster. Dia pergi kuliah naik motosikal dengan baju kurung dan seluar trek. Ramai perempuan selalu gelakkan dia. Sindir dia. Cakap dia low class..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan para pembaca. Terima kasih kepada admin juga kerana telah menyiarkan confession aku. Sebenarnya apa yang aku nak ceritakan ni bukanlah satu masalah. Tapi lama kelamaan menjadi masalah juga.
Aku berkahwin dengan isteri sejak 2 tahun yang lalu. Setakat ni kami tiada cahaya mata. Mungkin bukan rezeki lagi. Isteri aku ni sebenarnya senior aku ketika aku masih belajar di kolej. Aku kenal dengan dia ketika orientasi dan dia adalah fasilitator.
Sebenarnya terus terang aku katakan, isteri aku tak menarik. Masa kali pertama jumpa dalam dewan, isteri aku ni muka garang, mak ai. Tak senyum, tak sengih. Serius muka dia. Dia tak mekap, boleh nampak kulit kusam, baju macam tomboi. Tudung bawal kusut. Cara jalan macam g4ngster. Seorang pun tak berani nak tegur.
Memang kawan – kawan dia pun kata dia ni tegas. Yang penting satu perkataan yang aku tak boleh lupa, dia SINGLE. Aku tak tahu bahagian mana yang buat aku boleh cair dekat dia. Masa tu aku rasa ingin tahu sahaja. Yelah, selalunya bila kita jumpa orang baru sebagai pelajar baharu, selalu akan ada yang suka dekat senior kan?
Bila aku cakap dekat kawan – kawan, mereka gelakkan aku. Kata aku giIa boleh cair dekat isteri aku. Tapi aku tak berani tegur dia. Pernah beberapa kali terserempak dengan dia dalam kampus. Dia pergi kuliah naik motosikal. Dengan baju kurung, dengan seluar trek.
Ramai perempuan di kolej selalu gelakkan dia. Sindir dia. Cakap dia kelas rendah dan macam – macam lagi. Aku selalu dengar dalam kuliah aku. Rupa – rupanya walaupun dia diam – diam, orang ambil tahu juga pasal dia. Dia bukannya dekan, bukan anak emas pensyarah. Cuma orang bercakap pasal isteri aku hanya kerana sikap ala – ala g4ngster dia.
Bila aku semester 3 dan dia semester 5, aku beranikan diri ajak dia keluar. Jawapan dia, tidak. Dia tak nak aku. Kawan seangkatan dia yang aku kenal siap cakap dia memang macam tu. Walaupun kawan ramai, dia tak suka bercinta dan keluar berjalan – jalan. Tapi aku masih ajak dia keluar.
Sampai satu hari dia naik bosan. Dia cakap dekat aku, selagi mak ayah dia tanggung dia, dia tak nak keluar berjanji temu. Terkedu aku sekejap. Lepas tu aku cuba lagi. Tapi cara haluslah. Aku ajak dia berbual dengan guna alasan nak beli buku rujukan daripada dia.
Sejak daripada tu, kalau belajar, kami pergi perpustakaan sama – sama. Itu pun dengan kawan dia lima orang jadi pengawal peribadi. Tapi selalunya ke perpustakaan sahajaIah. Tempat lain dia tak mahu. Dan lama kelamaan dia sendiri cakap jangan ganggu dia sebab dia dah janji pada mak ayah dia yang dia tak akan bercinta masa belajar. Masa tu lagi sebulan dia nak pergi praktikal.
Bila dia dah tinggalkan kampus, kami jarang berbual. Rupa – rupanya tak lama kemudian, masa aku masuk semester akhir, aku baru tahu ramai juga gosip pasal kami. Siap cakap aku mereng dan terdesak nak bercinta dengan g4ngster. Hahaha… cemburu betul korang ya.
Bila aku dah habis praktikal dan dapat kerja, aku cuba hubungi dia. Dia dah bekerja dan masih bujang. Aku ajak keluar. Dia tolak. Sebab kawan aku kata aku ni dah macam m4buk k3tum, aku buat solat istikharah. Gambar dia keluar? Taklah. Tak ada gambar apa – apa pun. Cuma rindu makin menebal.
Kami masing – masing duduk jauh. Aku di Kedah, dia di Johor, tapi kami bekerja di Negeri Sembilan. Satu hari aku cakap nak nombor ayah dia, jadi dia bagi. Ayah dia sebenarnya pensyarah universiti lain. Aku telefon, ayah dia jawab tegas sahaja.
Dengan berbekalkan surah – surah pilihan, aku minta kebenaran nak keluar dengan dia. Ayah dia marah. Cakap kenapa tak ajak kahwin terus sahaja. Jadi aku cakap, aku nak, tapi dia tak nak. Lepas habis berbual, ayah dia suruh tunggu dia telefon semula. Dua hari kemudian, dia telefon. Cakap aku dah giIa.
Tapi mungkin jodoh. Bila mak ayah aku hantar rombongan meminang masa hari raya, dia setuju. Laju sahaja. Kami bertunang dan bernikah pada hari yang sama. Bersanding seminggu kemudian, lima orang pengawal peribadi dia tetap ada. Jadi pengapit. Nasiblah pentas persandingan asalnya batu, kalau tak memang r0boh.
Korang mesti tertanya – tanya kenapa tajuk aku macam tu kan? Sebab sebenarnya lepas kahwin baru aku tahu per4ngai sebenar isteri aku. Apa faktor masa aku ajak pergi perpustakaan dulu dia laju sahaja. Masa ajak keluar berjalan – jalan dia tak mahu.
Sebab apa? Aku bukan cinta pertama dia. Malam pertama sudah tentu aku duduk dalam bilik dia. Rupa – rupanya dalam bilik dia banyak benda berkaitan dengan cinta pertama dia. Terk3jut juga aku. Tapi aku redha. Dekat rak buku dia siap ada banyak buku dan maklumat pasal cinta pertama dia. Aku terkedu.
Hampir setiap malam dia ajak aku tengok video yang ada cinta pertama dia. Kadang – kadang aku geram. Kadang – kadang menangis juga. Komputer riba dia ada satu, tapi dia ada lima cakera keras. Dalam tu semua filem dan video cinta pertama dia dengan kesayangan dia yang lain. Ya, aku bukan yang pertama atau ketiga. Tetapi yang terakhir. Malah kami bulan madu dekat tempat kelahiran cinta pertama isteri aku. Aku rasa korang kenal siapa cinta pertama dia. Siapa?
Naruto. Hahahaha. Aku tak reka, wei. Memang aku diduakan oleh Naruto. Kesayangan dia yang lain semua tu anime. Sampai lima cakera keras, ya semua. Aku pun layan sama ikut isteri aku tengok siri dan filem anime ni. Patutlah masa belajar dulu nak duduk di perpustakaan sahaja. Rupanya kerja memuat turun anime banyak – banyak. Hahaha.
Aku tak pernah merungut sebab bukan aku sahaja sayang dekat isteri aku. Selain pandai masak, rajin solat dan pujuk aku yang suka merajuk ni, dia juga pandai cosplay. H4ng fikir lah. Lagipun makin lama makin cantik isteri aku ni. Awww… Terimalah pasangan anda sebaiknya. Seperti mana aku menerima isteriku dan isteriku menerima aku yang giIakan permainan PES. Assalamualaikum. Jangan marah ya. – Boruto’s Dad
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.