Ayah aku selalu hasut suami aku untuk poligami, ikut jejak dia. Tak sangka suami ikut cakap ayah. Saat aku mengandung anak sulung, suami kahwin lain. Aku menangis mengadu dekat ibu. Saat itulah, kali pertama aku dengar ibu menjerit pada ayah..
#Foto sekadar hiasan. Hai kepada semua yang tengah baca. Nama aku Tina dan aku rasa nak kongsi tentang kisah hidup aku ni. Tajuk aku tu adalah berkaitan dengan ibu aku dan cerita ni bercampur jugak tau dengan rumah tangga aku.
Masa aku mula mula berkahwin dengan suami happy sangat sebagai husband and wife hidup kitorang bahagia alhamdulillah tapi ujian aku bila dah sampai masa untuk balik jenguk ibu dan daddy aku rasa happy tu tak ikut sekali tertinggal kat rumah
Sebab setiap kali aku balik rumah. Daddy aku selalu hasut suami aku untuk madukan aku sedangkan aku ni anak perempuan dia. Daddy aku buat macam tu sebab katanya hidup berpoligami ni indah baik bagi suami baik bagi isteri.
Daddy aku ada 4 isteri dan aku adalah anak dari isteri pertama. Aku tak boleh hadam bila daddy aku buat macamtu tambahan pulak dengan sebab dia. Aku tak faham macam mana boleh sepanjang 23 tahun dia madukan ibu, dia tak perasan sebenarnya ibu sedih, ibu penat, ibu tersiksa.
Dan daddy ada cakap jugak pada suami aku jangan risau aku akan setuju punya sebab ibu aku dulu pun setuju, turutkan saja segala kehendak daddy. Jadi daddy ingat aku pun akan sama la macam ibu. Tapi sama sekali tak ya. aku saksi pend3ritaan ibu selama ni, sepanjang aku masih dalam jagaan keluarga aku dan adik beradik aku lah penguat peneman ibu,
Kami lah yang tengok hari – hari ibu menangis di sejadah, kami hanya tengok, kami tak dibenarkan datang pujuk ibu sebab ibu cakap ibu nak mengadu hanya pada Allah. Dan sebenarnya aku sebagai anak ada rasa benci dekat daddy aku. Kenapa? Korang nilailah apa yang bakal korang baca ni.
Daddy aku kahwin lain atas sebab dia mampu dan isteri dipilih sem4kin muda faham kan? Yang kedua muda dari ibu yang ketiga muda dari yang kedua dan yang keempat muda dari yang ketiga. Dan tarikh dan bulan yang daddy aku nikah dengan diorang semua sama dengan ibu aku 24.7 tahun ja la yang beza sebabnya daddy aku nak senang ingat. K3jam kan!
Bila anniversary macam mana pulak? Haha ni kelakar daddy aku akan transfer duit berjumlah 15 ribu setiap sorang kepada semua isteri untuk bercuti seminggu ke mana saja diorang nak pergi tanpa daddy aku. Jadi daddy aku ke mana?
Daddy aku duk hotel dan kerja macam biasa, pergi office macam biasa. Kalau hari raya macam mana pulak? Contoh tahun tu turn untuk balik rumah second wife hanya second wife ja sepanjang raya aidilfitri, di rumah second wife sepanjang raya haji pun di rumah second wife.
Jadi kami hanya dapat beraya dengan daddy 3 tahun sekali ja. Macam mana dengan jadual balik rumah isteri? Daddy aku akan menetap sebulan di rumah isteri – isteri dia contoh. Bulan 1 penuh dah di rumah ibu aku, bulan 2 penuh di rumah yang kedua, jadi turn ibu bulan 5 pulak.
Kalau daddy ada pun kat rumah daddy macam takda. 24 jam dengan kerja dia. Jarang aku nampak ibu bersembang, bergelak tawa, bergurau senda dengan daddy dan kami pun tak pernah berborak kosong sama sama sebab daddy asyik dengan kerja. Bila cuti daddy keluar dengan kawan.
Kami dari segi duit alhamdulillah terlebih cukup Allah bagi syukur sangat, tapi rasa macam kurang bila seorang bapa sendiri bina jurang dengan kami. Rasa jauh sangat walau kadang – kadang ada depan mata. Balik pada cerita aku yang mula mula tadi.
Bukan suami aku sorang ja yang kena hasut tapi suami kakak dan adik aku pun kena jugak. Kalau ikutkan hati aku memang taknak balik rumah tapi kalau aku tak balik, aku tak dapat jumpa ibu. Jadi aku baliklah jugak sebab aku rindu dekat ibu.
Tapi Allah tak akan kirimkan ujian melampaui batasan h4mbanya kan. Akhirnya suami aku termakan hasutan daddy aku dan suami aku bernikah baru pada tarikh dan bulan anniversary kami seperti mana yang daddy buat.
Aku menangis sekuat kuatnya masa tu aku tengah pregnant anak pertama 7 bulan. Aku balik rumah ibu daddy untuk nangis diriba ibu aku. Bila ibu aku tahu ja sebab kenapa aku nangis. Ibu jadi macam bukan ibu aku yang selama ini suaranya lembut.
Aku terk3jut bila ibu aku jerit – jerit panggil daddy dan kata pada daddy, yang dia seorang ayah yang tak guna! Aku masih ingat ayat ibu yang berbunyi macam ni, “Saya bertahan dengan abang selama ni sebab anak – anak kita tapi sekarang ni abang dah s4kitkan anak tu lebih meny4kitkan saya 10× ganda dari abang s4kitkan saya selama ni! Jadi saya mintak abang lepaskan saya dengan cara baik!“
Masih segar kata – kata ibu dalam otak aku sebab tulah pertama kalinya aku tengok ibu marah. Daddy bersetuju untuk cerai sebab bagi daddy ibu dah kurang ajar dan hilang rasa hormat pada suami. Dan aku jugak bercerai selepas melahirkan anak pertama sebab aku tak sekuat ibu aku.
Selepas 3 tahun aku berjumpa dengan suami aku yang sekarang alhamdulillah sekarang aku dah ada 3 orang anak. Alhamdulillah hidup aku bahagia. Sejak dari daddy dan ibu bercerai aku dah tak jumpa daddy sebab daddy sendiri yang cakap tak nak tengok muka aku dan h4ramkan aku berjumpa dengan dia.
Sekarang ni dah 9 tahun berlalu aku masih tak jumpa daddy. Pernah aku call tapi daddy cakap aku bukan anak daddy lagi. Ibu pulak dah 2 tahun lebih tinggalkan aku. Al-fatihah ibuku. Kakak rindu ibu sangat – sangat. Alhamdulillah ibu dah happy kat sana nanti kakak jumpa ibu kat sana ya. Ibu tunggu kakak tau. – Tina (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Hazwani Mohd Dah : Memang ada lelaki pendek akal yang AJAR lelaki lain untuk kahwin ramai. Padahal bukan mampu pun. Nasihat yang selalu dengar, kawen je ramai – ramai masa anak kecik – kecik lagi. Anak – anak takkan benci kita sebab diorang tak faham. Dia tak tahu, kesannya pada jiwa isteri dan anak – anak. Okay geram!
Siera Haiyi : Tak pernah saya baca confession saya nangis. Tapi yang ni saya nangis. Saya doakan tt bahagia dengan suami dan anak – anak tt.Bahagia hingga ke syurga.Dan semoga ibu tt tenang di sana dan di tempatkan bersama para solihin.
Zie Ana : Hug for u tt, pengalaman hidup yang mematangkan, alhmdullilah tt kuat sangat, ingat 1 jer, apa yang kita dapat atas dunia ni bukan kekal, hanya pinjaman Allah. Senangnya menduakan, tapi ingat setiap 1 orang tanggungan akan dipertanggungjawabkan ke atas kamu wahai suami, jangan nanti kayanya di dunia tapi muflis di akhirat.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.