Masa aku umur 15 tahun, kawan aku datang nak belajar sekali. Kawan aku ni bertudung litup. Lepas kawan aku balik, ayah aku selamba je cakap dekat pakcik aku.. ‘Mantap!’
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, hi semua pembaca. Terima kasih admin sekiranya confession aku disiarkan. Maaf kalau karangan berterabur, tulis dalam keadaan marah juga. Berbalik kepada tajuk, ya, Iucah yang telah dinormalisasikan.
Confession ni terpakai untuk mereka yang BENCI sekecil – kecil isu Iucah, kalau korang rasa “alah, biasalah tu, bual kosong”, sila ber4mbus daripada confession aku ni. Aku Z, seorang isteri berusia lewat 30-an dan dah punya 4 orang anak, perempuan semua.
Suami aku A, alhamdulillah seorang lelaki budiman yang dipinjamkan Allah seketika ini, semoga panjanglah jodoh kami. Straight to the point, aku membesar dalam suasana keluarga yang agak harmoni, punya ibu yang solehah serta baik budilah, ayah aku je yang aku masih sampai sekarang punya ‘gap’ untuk apa – apa hal,
Pada aku, dia wujud sebagai figura yang terlihat baik dengan masyarakat tapi dengan keluarga sudah tentu tidak. Bab Iucah ni juga normal ye untuk ayah aku, dah kalau korang rasa, “macam mana pun, sebab dia ko lahir kat dunia”, korang boleh baca confession lain sebab apa?
Sebab, figura ayah dengan anak perempuan sangat terkait rapat dalam pelbagai sudut. Bermula dengan waktu aku darjah 6, ayah aku pernah letak pakaian dalam mak aku dalam beg adik lelaki dia, tujuan dia? Nak bagi adik lelaki dia kahwin cepat.
Macam tu lah lebih kurang alasan ayah aku, b0doh tak kelakuan dia? Macam mana aku tahu? Sebab pakcik aku dah nak gerak balik kampus (dia cuti hujung minggu dan tumpang bermalam rumah kitorang), dia terk3jut ada pakaian dalam perempuan dalam beg dia, panggil aku untuk tanyakan kat mak aku.
Dah tentu – tentu mak aku punya sebab mak aku sorang je wanita dewasa dalam rumah tu. Kedua, masa aku sekolah menengah, seingat aku tingkatan 2 atau 3 gitu, aku adalah sorang kawan kelas, kami kena buat kerja kumpulan waktu tu dan dia pernah datang rumah aku untuk siapkan kerja kami bersama – sama.
Lepas dia balik, kebetulan pakcik aku yang stay kampus sampai (masa ni kami janji nak gerak balik kampung sama – sama, so dia nak tumpang), terus on the spot ayah aku cakap, “ko lambat sikit je, kawan kakak (merujuk aku) baru balik, pergh badan dia mantap”.
Aku sebagai anak dan kawan kepada kawan aku tadi, MALU. Malu berbapakkan dia, dahlah kawan aku bertutup litup ye bukan jenis menayang body. Bila dah berkahwin, aku akui, bab – bab Iucah ni memang menakutkan aku, nak – nak lagi, pada aku, bapak aku pun ‘giIa’, aku nak harapkan suami aku jaga aku?
Memang tr1ggered giIa, tapi alhamdulillah sepanjang 15 tahun pernikahan kami, aku belum pernah jumpa yang pelik – pelik kat suami aku dan aku terus doakan kesejahteraan keluarga kamilah sebab kami ada 4 orang anak perempuan meningkat dewasa kot.
Cuma sejak – sejak ada sosiaI media ni, terutama platform whatsapp, ber’group – group’ ni, aku tak nafi laa segelintir kawan suami aku memang sejenis makhluk yang tak hormat kawan – kawan lain dalam group. Mesti ada ja nak send benda bukan – bukan, means dalam handphone diorang memang saved benda merepeklahkan?
Tak terfikir ke eh kalau m4ti katak tengah jalan ke apa orang jumpa handphone kita dalam keadaan aib macam tu? Tak kesian ke kat anak isteri dengan kelakuan macam tu? Entahlah, eh aku rasa aku tulis pun macam tak berapa nak sampai, tapi aku harap, yang baca confession aku ni, boleh dapat sesuatulah antaranya JANGAN NORMALKAN BENDA LUC4H dalam kehidupan.
Fikirlah kita punya keluarga, setidak – tidaknya kita lahir daripada rahim seorang wanita bergelar ibu. Keluarga aku harmoni dengan adanya mak aku, tapi d3ndam kat bapak aku tu tak hilang ye, s4kit hati sangat sebab dua benda tu dia buat terhadap keluarga dia sendiri.
Ye, kisah lama, dia dah berubah etc, tapi D3NDAM aku tu tak luput sebab benda ni terkait rapat dengan mak dan kawan aku tanpa pengetahuan diorang pun. Aku simpan sorang – sorang sebab kenangkan mak dan kawan aku punya aib.
Kalau ikut jahat aku, biarlah bapak aku malu, tapi aku lebih fikir side mak dan kawan aku. Panjang dah aku menulis, pleaselah kepada lelaki akhir zaman, jauhilah benda Iucah apatah lagi nak mengajak orang lain menormalkan benda ni sama.
Aku faham nanti mesti ada yang komen “eleh benda macam ni pun nak buat confession, orang lain ayah dia itu ini bla3”. Aku buat confession ni sebagai aw4reness yang paling tipis je sebab benda ni bermula macam yang bapak aku buatlah, benda yang pada segelintir orang nampak ‘biasa’.
H4RAM TETAP H4RAM g3ng, sebab segelintir korang anggap biasalah benda – benda besar lain mudah jadi. Sekian, spread aw4reness no hated, – Z (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nurul Mohd : Malunya melihat aib ayah (atau ibu sendiri). Baru ni saya ke putrajaya untuk tengok perarakan merdeka. Ada orang lelaki yang meniaga air, letak nama air mereka ‘janda’, ‘single mom’. Boleh tengok gambar tu kat wall saya.
Balik rumah, saya down.. Rasa macam.. Kenapa mesti nak guna strategi begitu. Ingat jadi single mom ni seronok ke? Takde wanita yang bernikah hanya untuk berpisah sama ada berpisah hidup mahupun m4ti. Jah4nam punya per4ngai laki – laki yang suka meIucah ni!
‘Afifah Azam : Orang lelaki sendiri pun tak pandai educate kaum diorang untuk rasa jijik dengan per4ngai meIucah ni sebab tu jadi normal dalam kalangan diorang, juga sampai takde rasa hormat pada perempuan di sekeliling diorang. Kita yang perempuan boleh buat apa je. Paling – paling pun marah dan membenci sahaja.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.