Ayah aku kaki perempuan. Tahun depan ayah pencen, dah ada janda datang menyendeng sebab tahu tahun depan ayah kaya. Aku tak sabar tunggu ayah bankrap

Ayah banyak kali kantoi dengan perempuan – perempuan lain. Anak d4ra, andartu, janda, semua dia sapu. Sekarang lain macam sikit. Lebih berani. Bertemu pula janda, seorang ustazah yang dah berkali – kali kahwin cerai. Dengar kata, janda ni kaki kikis. Aku tak sabar tunggu tahun depan, biar ayah terduduk..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca. Terima kasih admin sudi kongsi. Aku kat sini nak cerita dan minta pendapat dan nak cari jalan penyelesaian bagi masalah yang sedang keluarga aku hadapi sekarang ni. Masalah ayah aku ni jenis lelaki gatal. Ayah aku lelaki miang. Ayah ada kerja bagus. Dah nak pencen pun tahun depan.

Ayah sebenarnya banyak kali dah kantoi dengan perempuan – perempuan lain. Anak d4ra, andartu, janda, semua dia sapu. Yang tak kantoi tak tahu lah. Dulu dah kantoi dia berhenti lah kejap. Sekarang lain macam sikit. Lebih berani.

Bertemu pula janda, seorang ustazah yang dah berkali – kali kahwin cerai. Ini cerita dari orang sekeliling la. Kahwin masa lelaki tu tengah kaya, berharta, suami orang kebanyakannya. Yang ada bisnes, bila dah lingkup bercerai berai. Aku tak salahkan perempuan tu 100%, aku tahu masalah ni punca dari ayah aku sendiri. Dia yang cari. Dia yang mulakan dulu.

Siapa sangka dah tua masih nak menggatal. Dengan bini sendiri, yang halal tak ada pula nak buat macam tu. Sekarang mak dan ayah saja berdua kat rumah. Aku, kakak dan adik ada yang dah kahwin, bekerja jauh negeri lain. Jauh dari rumah mak dan ayah.

Tapi masih tak mengaku. Kami berg4duh besar dan marah – marah ayah. Mak pula minta kami jangan marah ayah. Cakap baik – baik dengan ayah. Atas semua kebaikan mak, mak berk0rban, bersabar, ayah tak hargai langsung. Mak anak yatim piatu.

Ayah langsung tak ada hormat kat dia. Siap cakap,”mak kau tahu dia tak buat apa pun, korang saja lebih – lebih.” Apa perasaan korang bila ayah sendiri cakap macam tu? Aku rasa nak ambil pis4u kat dapur saja masa tu. Allah. Tapi aku masih w4ras. Mak cakap sabar.

Tapi yang aku tak tahan, mak sendiri bagitahu ayah buat tu, ayah buat ini, ayah menipu. Mak luah perasaan. Setiap hari telefon, mengadu, menangis. Setiap kali solat menangis. Mak cakap macam nak jadi giIa duduk rumah sorang –  sorang.

Ayah buat dia macam tunggul kayu. Duduk menghadap telefon saja. Rasa nak cakap, cakap. Kalau tak sunyi sepi. Ayah keluar kerja awal pagi. Dah tak balik makan tengah hari kat rumah. Yelah dating dengan janda kan. Makan sama – sama.

Mak pula aku ajak tinggal dengan aku dia tak mahu. Tak nak tinggal ayah. Ayah aku pula ada s4kit tiga serangkai. Sekarang peny4kit masih terkawal. Aku bukan nak doakan dia jatuh s4kit. Tapi aku rasa baik dia s4kit dari dia sihat. Masih tak sedar diri lagi.

Aku pun tak kisah kalau dia nak nikah seorang lagi. Aku tahu dia mampu. Sekarang ni macam lebih kepada teman tapi mesra. Bersayang – sayang dalam WhatsApp. Orang tua ni bila bercinta lagi dasyat. Umur dah separuh abad masih nak bagi hadiah teddy bear. Tapi tak ada tanda – tanda nak nikah atau apa lagi.

Baru – baru ni ayah tutup akaun ASB, akaun tu atas nama mak. Kad ATM dia pegang. Aku rasa dah licin dah duit tu. Senyap saja dia. Tak cakap apa – apa pun pasal duit tu dengan mak. Mak tak dapat apa – apa pun. Janji nak tebus barang kemas kat Ar Rahnu. Janji tinggal janji saja aku rasa.

Tak ada apa dah barang kemas kat mak aku tu. Tapi tak apa lah. Mak cakap harta boleh cari. Cuma aku kesian kat mak aku. Kesian sangat. Ayah janganlah buat mak macam tu. Kalau tak nak, lepaskanlah. Jangan siksa hati dan perasaan dia.

Aku boleh jaga mak aku. Mak sekolah sampai darjah tiga saja. Tak ada pelajaran tinggi macam ustazah tu. Mak anak yatim. Takkan tak ada sikit perasaan belas kat mak tu. Dulu gaji ayah aku berapa sangat. Mak setia hidup susah dengan ayah.

Ni dah senang Tuhan uji sikit saja ni. Ayah jadi buta semua mata hati. Mak nak ikut ayah solat kat masjid sebab dia tiap – tiap malam solat kat masjid, dia tak bagi ikut. Dia kata tak ada jemaah wanita kat sana. Allahuakbar. Sedih tak. Alasan tak logik langsung. Aku tak nak fikir buruk. Tu urusan dia dengan Allah.

Aku sekarang dah benci sangat kat ayah. Kami tak nak duit pencen atau harta dia tu. Aku tahu janda tu sanggup tunggu sampai tahun depan. Tak lama dah tahun depan tu kan. Aku sangat gembira kalau sangkaan yang ayah aku akan bankrap tahun depan jadi kenyataan. Duit habis licin dikikis. Mungkin baru terduduk. Masa tu kami tepuk tangan je.

Bukan nak hina, ustazah mengajar satu sesi saja, gaji berapa sangat. Nak bayar kereta, rumah sewa, anak – anak masih sekolah. Cukup ke dengan kos hidup sekarang ni. Kau rasa mampu. Harta suami dulu dulu masih ada. Gunung pun kalau hari – hari ditarah, lama – lama rata juga jadi dataran.

Ada yang pernah bagitahu pasal janda. Dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan apa yang dia nak. Aku tahu bukan semua janda jahat. Ustazah ni seorang saja janda jahat yang aku kenal. Adakah ayah aku dipengaruhi oleh janda ni. Adik aku pernah cadangkan bawa ayah pergi berubat. Tapi nak ikut ke dia. Satu lagi aku tak percaya b0moh. Kalau ustaz aku okey.

Jadi apa yang aku dan adik beradik patut buat sekarang ni. Ditanya tak mengaku. Nak bawa lari mak, aku rasa makin dia seronok. Aku cuma nak ayah aku yang dulu. Tak menipu, yang sangat caring dengan mak. Macam mana nak didik balik ayah aku yang tak sedar diri tu. Terima kasih pada yang sudi baca luahan yang panjang lebar ini. Assalamualaikum.

Ulasan Pembaca :

Fitri Rahman : Bukan nak sembang lah. Dulu ada janda leher hitam, betis parut kudis, paha selulit kacau ayah aku dalam kumpulan reunion sekolah. Kononnya kumpulan dicipta untuk eratkan silaturahim. Ayah aku jenis tak layan sebab sayang kat mak aku.

Anak dah tujuh orang. Anak dah besar dan bekerja. Jadi dia akan fikir dua tiga kali untuk curang. Lagi pun adik aku yang lelaki dua puluhan panas baran, ayah takut. Dulu pernah berg4duh sebab perempuan tu hantar mesej sayang – sayang kat ayah aku. Mak aku tak cemburu pun, cuma mengadu kat anak – anak dia.

Kakak aku yang sulung seorang yang tegas. Dia minta aku hantar dia rumah janda tu. Aku terk3jut kakak aku meng4muk dan Iempang janda tu depan mak dan anak – anak dia. Aku terpana. Ayah aku tak berapa risau sebab dia seorang lelaki yang menjalankan tanggungjawab dia.

Cuma perempuan dalam kumpulan reunion sekolah saja menggatal usha dia. Maklumlah ayah pencen askar, masih kacak lagi dan sentiasa di rumah, tak pernah keluar. Kalau keluar pun dengan mak. Kami anak – anak tegas dan melindungi keluarga, takut ada orang ketiga.

Cuma pesan pada mana – mana lelaki dan perempuan, kalau tahu dia dah berpunya janganlah sibuk nak mengadu masalah supaya orang simpati. Kalau kau perempuan nak mengadu sangat, mengadu lah sama perempuan. Jangan mengadu dengan suami orang.

Memang kena lah sebab mak aku pun kawan sekolah kau juga. Nampak sangat menggatal. Nasib baik ayah aku jenis takut pada anak – anak. Facebook ayah aku aku yang kawal. Aku tahu ada janda – janda mesej tepi. Bapak aku tak pandai buka Messenger sebab aku tak pasang pun.

Jadi janda – janda tu semua mesej aku dan WhatsApp dengan aku. Bukan apa, aku nak mainkan korang saja supaya jangan kacau hak orang lain lagi. Dah terang dalam Facebook status seseorang dan gambar mak pun ada, masih nak kacau.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :