
Selama 2 tahun kami kahwin, kami terp4ksa bersembunyi sampai ada seorang anak dan suami berterus terang dengan mak mertua tentang kami. Mak mertua meng4muk, suruh ceraikan aku dan halau suami. Makcik suami datang bagitahu, mak mertua pergi jumpa b0moh..
#Foto sekadar hiasan. Salam. Admin tolong hide profile adik angkat aku. Salam w4rga FB. Begini, aku dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Cerita aku ialah sebelum berkahwin kami pernah bercinta 2 tahun. Mak mertua mengajak tinggal dengannya sekali gus menolong jaga adik tiri suami berusia 11 tahun pada masa tu.
Ya, masa ni aku dan suami masih belum kahwin tapi aku dah pun duduk rumah keluarganya. Untuk makluman, mak dan ayah suami aku sudah bercerai dan masing – masing dah berkahwin baru. Suami aku dan kakak ipar tak berjumpa dengan mak mertua sejak dari kecil sampai umur dia 16 tahun dan kakak ipar 18 tahun baru jumpa mak mertua.
Tapi kakak ipar sudah dihalau mak mertua kerana dia dituduh memukuI adik tiri suami. Mak mertua melarang suami contact kakak ipar. Mak mertua hanya percaya cakap adik tiri. Pada mulanya mak mertua sangat okay dengan aku.
Selama 6 bulan duduk di situ, dia sayang aku macam anak dia dan layan aku dengan baik. Tetapi adik tiri suami aku jadi cemburu dengan aku sebab mak mertua layan aku lebih baik daripada dia. Kemudian dia buat cerita cakap aku selalu menyuruh suami aku marah dia.
Padahal suami aku marah dia tanpa disuruh kerana memang jelas adik tiri dia melakukan kesalahan tu, jadi suami marah dengan niat untuk menegurnya terus. Dia juga buat cerita aku mencuri barangnya sedangkan dia tersalah letak barang tapi cari tak jumpa.
Bila dah jumpa pun, dia takde pun nak minta maaf dan tetap menuduh aku. Salah satu sebab dia buat cerita mencuri kerana ada setengah benda dalam rumah tu aku tahu di mana sebab hanya aku yang mengemas rumah tu setiap hari, jadi aku tahu susun atur barang tu.
Contohnya seperti tempat jarum benang jahit baju, lilin dan ruang tamu dan dapur. Tapi tak bermakna semua barang aku tahu kerana aku tak selongkar barang sesuka hati kecuali apa yang patut dikemas sahaja. Mak mertua lebih percaya cakap adik tiri daripada suami aku kerana adik tiri duduk dengan dia dari kecil.
Hasil hasutan, lama kelamaan mak mertua jadi benci dekat aku. Sehinggalah mak mertua meng4muk suruh suami hantar aku balik rumah keluarga aku dan minta suami pilih antara aku atau dia. Kalau pilih aku, suami pun kena keluar dari rumah tu juga dan tinggalkan segala harta.
Untuk makluman, mak mertua kalau marah dia suka menyumpah seperti anak derh4ka, tak halalkan susu dan rahim, dan memaki hamun dengan kata – kata yang sangat kasar. Mak mertua mengungkit cakap suami sama macam bekas bapak mertua yang tak guna, anak tak kenang budi. Menyesal aku jumpa dengan kau katanya.
Pada masa tu suami aku kecewa kerana mak mertua lebih percayakan adik tiri dan kami dimaki hamun hanya kerana mulut adik tirinya. Suami memilih aku dan keluar dari rumah tu. Aku terp4ksa balik rumah keluarga dan dia terp4ksa menumpang rumah kawannya.
Kehidupan pada masa tu susah. Satu sen duit pun tiada. Suami ada buka gerai dengan abang angkat dia. Tapi setelah setahun peristiwa tu, kami merancang untuk berkahwin. Kemudian mak mertua dapat tahu daripada abang angkat suami.
Mak mertua cuba mengambil hati keluarga abang angkat suami. Mak mertua rasuah abang angkat dan keluarga abang angkat cuba memisahkan kami kerana dia nak suami aku balik kepada mak mertua dan mendapat kesenangan. Mak mertua beri syarat jika mahu kahwin dengan aku, dia kena balik rumah mak mertua tapi tak boleh contact aku selama 3 bulan.
Lepas 3 bulan, mak mertua tak tunaikan janjinya dan memaksa suami aku terus tak contact aku. Tapi jodoh kami kuat. Kami tetap berkahwin senyap – senyap. Selama 2 tahun kami kahwin senyap – senyap, kami terp4ksa jarak jauh sampai mempunyai seorang anak dan suami berterus terang dengan mak mertua tentang kami.
Mak mertua meng4muk, suruh ceraikan aku dan halau suami. Tapi suami tak nak dan dia keluar dari rumah tu sehingga sekarang. Anak kami dah dua orang dan suami tak pernah balik situ lagi. Makcik suami ada beritahu yang mak mertua ada jumpa b0moh dan menuduh aku bagi nasi kangkang. Ya Allah, sampai macam tu sekali aku kena tuduh.
Adik tiri suami selalu buat profil palsu untuk stalk kami. Tujuannya tak nak kami berbaik dengan mak mertua sampai bila – bila. Pernah ada satu post tak private pasal artikel tidak baik mengamalkan ilmu hitam dan adik tiri tunjuk pada mak mertua.
Mak mertua terus call suami maki hamun, cakap kami tuduh dia guna ilmu hitam dalam bisnes. Pada masa tu baru kami tahu adik tiri suami selalu stalk kami. Sejak tu kami sentiasa privatekan status kami dan tapis semula kawan – kawan di profil kami.
Aku nak minta pendapat w4rga FB. Jika begini, suami aku dikira anak derh4ka ke. Adakah suami aku patut ceraikan aku. Bagaimana nak buat mak mertua percaya kami dan membuka pintu hatinya. Kami pernah datang ke rumah untuk meminta maaf tapi mak mertua tetap halau kami.
Suami aku selalu marah aku jika aku menyuruh dia call mak mertua untuk berbaik. Aku selalu memikirkan hal ni kerana aku tak mahu suami aku jatuh sebagai anak derh4ka. Pada masa yang sama aku tak sanggup bercerai. Aku sayang suami aku.
Ulasan Pembaca :
Maw4r Berduri : Seorang ibu yang baik yang taat pada Allah sentiasa mendoakan kebahagiaan anaknya. Kalau dah puas berusaha berdamai tapi mak mertua masih keras hati, itu terpulang pada dia. Allah lebih mengetahui niat seseorang.
Faizal Zafri Idrakhi : Apa pula sampai nak bercerai. Doa banyak banyak agar mak mertua kau berubah jadi orang dan adik tiri tu dapat balasan dekat dunia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.