Ayah aku kesian bagi makcik duduk rumah sewa percuma. Pelik makcik siap buat kabinet dapur, letak wallpaper kaison.

Ayah aku siap bagi makcik pakcik aku duduk free. Satu hari, ayah aku cadangkan suruh mereka minta zakat, untuk bayaran duit sewa rumah. Rupanya mereka tipu, ayah aku tanya orang zakat..

#Foto sekadar hiasan. Alang – alang tengah hangat isu asnaf ni kan, aku nak kongsi lah satu kisah benar yang terjadi dalam keluarga belah mak aku. Ayah aku ni alhamdulillah, keluarga dia agak senang. Sebenarnya masa muda – muda dulu tak adalah senang mana pun, ada je banyak kali terp4ksa pinjam duit anak bini untuk macam – macam benda termasuklah beli peti ais baru tapi ayah aku akan ganti balik semuanya lepas tu.

Bila dah umur 40-an macam tu, rezeki ayah m4kin mencurah. Bisnes pun dah m4kin stabil dan maju. Waktu ni pakcik aku (biras ayah) lama menganggur. Nenek aku banyak membebel suruh cari kerja. Jadi, ayah aku pun ambillah biras dia ni bekerja sekali.

Bila dah kerja tu, dia ponteng banyak, mengelat buat kerja (ni apa yang ayah aku bagitahu la), dan banyak g4duh dengan rakan sekerja. Staf – staf ayah aku banyak complain pasal pakcik aku ni. Asyik MC, EL, lepas tu mengelat tak nak buat kerja.

Ayah aku pun tanya pakcik aku, apa plan jangka panjang dia. Minat bisnes tak? Pakcik aku kata minat. Jadi, ayah aku pun guide dia lah untuk buat bisnes. Ayah aku bagi pinjam salah satu ofis ayah aku untuk dia buat kerja dan simpan barang – barang kerja.

Van pun ayah aku bagi pinjam senang nak angkut barang. Dan ayah aku tolong dia dapatkan projek. Tup – tup projek banyak terbengkalai dan pelanggan cari ayah aku sebab ayah aku yang recommend pakcik aku ni. Lepas tu tak tahulah apa jadi, tapi bertahan dalam dua tahun je rasanya bisnes pakcik aku ni.

Tak lama lepas tu, dengarnya pakcik makcik aku ni jual air jamu. Terk3jut aku bila kat rumah ada tiga kotak air jamu, dalam setiap kotak ada dalam 20 botol kot. Alasan ibu aku, saja nak try, tapi tu lah try apa nya sampai tiga kotak… Aku tahu ibu nak support bisnes je tu. Tapi tak apalah, bab ni aku tak ambil port sangat, ikut sukalah.

Tak lama lepas tu, entah macam mana, tiba – tiba pakcik makcik aku duduk salah satu rumah sewa ayah aku (ayah aku ada tujuh buah rumah sewa). Mereka satu keluarga duduk dengan empat orang anak tanpa bayaran. Waktu tu ayah aku kata tak apalah, duduk je lah rumah tu sebab rumah tu kosong kan.

Waktu mereka duduk tu, dengarnya makcik aku keluarkan duit KWSP dia untuk buat kabinet dapur, wallpaper satu rumah. Tak lama lepas tu, ayah rasa macam rumah tu banyak jugak kos – kos macam cukai pintu, dan macam – macam lagi, jadi ayah pun sarankan pakcik aku ni apply zakat supaya zakat boleh bayarkan rumah tu. Pakcik dan makcik aku kata okay.

Bila ayah aku follow up sebab takde khabar berita selepas enam bulan macam tu, pakcik makcik aku kata permohonan masih pending. Ayah aku pelik, jadi dia tanya in-charge zakat kawasan pakcik makcik aku. Rupa – rupanya takde pun borang permohonan dihantar.

Ayah aku pun hangin lah dan pergi ke rumah tu sambil bawa borang tu. Waktu tu aku dan ibu pun ada. Ayah aku terangkan dengan baik ye, kos – kos rumah tu bla bla bla. Makcik aku respon: “Malu nak minta sebab takut ambil hak orang lain. Bukannya cac4t nak minta zakat.”

Ayah aku: “Masalahnya Yaya (bukan nama sebenar) kan ada peny4kit jantung, gaji sebagai rider pun banyak mana, anak – anak sekolah, memang layak.”

Pakcik: “Ingatkan free duduk rumah ni. Dulu kata free.” Ayah aku dah mula hangin: “Bukan nak suruh bayar, tapi suruh zakat yang bayarkan.” (Terangkan kos – kos dengan suara agak tinggi dan macam – macam lagi la ayah aku cakap tapi aku keluar sebab tak sanggup nak dengar.)

Makcik pakcik aku senyap je dan sign borang tu. Ayah aku hantar borang tu ke zakat. Tak lama lepas tu zakat pun approve. Tiba – tiba dapat tahu makcik pakcik aku nak keluar dari rumah tu. Dia pindah ke rumah lain yang dibayar oleh zakat.

Apoo… tepuk dahi aku… lepas tu emo – emo sebab dah keluar duit untuk kabinet dapur dan wallpaper. Habis tu selama empat tahun dorang duduk tanpa bayaran tu? Wallpaper pun wallpaper Kaison je pun… ayah aku malas nak g4duh, jadi ayah aku bayar balik kabinet dapur tu.

Tak lama tu dapat WhatsApp, dari makcik suruh ambil kereta ayah dan van ayah dah rosak katanya dan dia tak mampu nak repair. Ayah aku ada bagi pinjam van untuk kerja dan kereta MPV, sebelum tu elok je. Bagi kat mereka terus lunyai, mereka biar je van dan MPV tu tersadai.

So, dah enam tahun rasanya sejak pakcik makcik keluar dari rumah tu. Dan mereka pun nampak sangat menjauhkan diri, kenduri semua tak nak mai. Ada sekali kitorang mai beraya, layan nak tak nak je dengan muka masam. Kalau raya pun mereka memang tak akan balik kalau kitorang ada.

Mak aku masihlah backup adik dia ye dan support, setiap bulan transfer duit lagi dekat mereka. Sekian perkongsian cerita. – Lela (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Donna Karan : Nanti dir4cun plak otak anak – anak yang depa disisih sebab miskin, makcik pakcik kaya taknak tolong. Anak – anak tak tau mak pak dah dibantu tapi pemalas pon percaya cerita disisih. Mulalah d3ndam tak puas hati. Sekian

Faezah Za : Ya kalau jumpe orang macam ni, memang tak boleh brain la.. Nak kesian tapi diri sendiri tak kesian. Apapun, bapak awak memang baik, mulia hatinya. Kalau mak awak nak backup adik pon, biarkan jela.. asalkan dia tak nyusahkan awak.. huhu

Medina Hannan : Bukan asnaf la kalau beli wallpaper kat kaison. Kalau asnaf pi beli kat kedai rm2 je. Orang macam ni kadang – kadang berduit (tak banyak) tapi sorok, pura – pura miskin sebab nak orang tolong. Orang macam ni juga suka dipandang miskin supaya dapat bantuan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :