
Kemuncak bila pagi subuh, kakak p4ksa aku untuk bagi duit atau dia nak ced3rakan diri. Duit aku dah habis, tabung aku pun dia dah kebas. Dia keluar rumah, pergi kebun getah tempat ayah aku sedang men0reh. Dia desak ayah bagi dia duit dan rampas semua duit dalam poket ayah yang tua tu sambil ugvt..
#Foto sekadar hiasan. Terutama sekali aku nak ucap terima kasih dekat admin kerana sudi post confession ni. Aku minta maaf kalau tulisan aku ni memang panjang dan tak mencapai piawaian pembaca sekalian. Tapi penulisan ni aku tulis dalam keadaan emosi yang dah tak dapat dibendung lagi.
Aku Mia, anak keempat daripada lima adik beradik. Keluarga aku memang keluarga miskin. Ibu bapa aku kerja sebagai pen0reh getah dan pesawah sahaja. Cerita ni bukan tentang aku. Tapi tentang kakak aku yang nombor tiga, aku namakan dia Ija.
Saat ni aku dan keluarga aku perlukan solusi. Pada aku keadaan semakin parah dari hari ke hari gara – gara kakak aku yang kaki jantan dan kaki hutang. M4ngsanya? Kami adik beradik dan ibu bapa aku yang tua, hampir mencapai usia 80 tahun.
Ija panjang tangan. Tabung syiling aku dan ibu habis dia sebat. Diselongkar seluruh almari baju ibu sehingga tak bersisa. Kelakuan dia sangat meny4kitkan hati. Berlagak kaya dan suka bergaya walaupun hakikatnya papa kedana. Pernah satu tahap dia berhutang dengan Ah L0ng sehingga puluhan ribu dan Ah L0ng ugvt nak bvnvh keluarga aku jika gagal bayar hutang.
Kakak aku yang sulung, suami dia dan kakak nombor dua terp4ksa buat pinjaman peribadi dan gadaikan segala barangan kemas untuk bayar hutang Ija. Bila ditanya apa yang dibuat dengan duit pinjaman tu, Ija dengan selamba jawab untuk modal berniaga. Tapi satu habuk pun tak ada.
Siasat punya siasat, kakak aku yang nombor dua, Ayu dapat tahu Ija sebenarnya berkawan dengan seorang duda anak tiga dan menanggung perbelanjaan keseluruhan keluarga lelaki tu, Farid. Termasuklah beli barang berjenama untuk seluruh keluarga dan kaum kerabat Farid. Padahal Farid tak bekerja.
Selepas selesai segala hutang Ija dengan Ah L0ng, dia pun berjanji tak akan berhutang lagi. Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Beberapa orang kawan Ija datang ke rumah untuk menuntut hutang. Kami sekeluarga terk3jut kerana kami sangka Ija dah berubah macam yang dia janji.
Kawan – kawan Ija maklumkan yang dia pinjam duit tapi tak pernah bayar balik pun. Ibu aku bayar apa sahaja yang ibu masih ada di tangan. Hari demi hari memang per4ngai Ija semakin menjadi – jadi. Semakin panjang tangan dan kerap memeras ugvt aku dan keluarga untuk duit sahaja.
Bila ditanya, Ija asyik jawab ni kali yang terakhir sambil mendesak dan kadang kala dia merayu – rayu bermain air mata. Tapi aku dah tak tahan. Aku tanya Ija siapa lagi yang dia hutang sebab asyik minta RM500 seminggu. Mana nak cekau duit? Ija cakap dia berhutang dengan Amanah Ikhtiar tapi cuma RM3,000.
Aku tak percayakan Ija. Aku telefon cawangan dan tanya mengenai hutang dia. Rupanya dia berhutang sebanyak hampir RM23,000. Tapi setiap kali dia minta duit, dia kata tu yang terakhir dan dah nak habis bayar hutang. Tapi benda ni dah berlanjutan sejak bulan Januari 2026 dan sekarang dah masuk Jun.
Dan setiap minggu jugalah kami sekeluarga dikerahnya untuk membayar hutang dia. Ketika kami berhempas pulas cari rezeki, Ija selamba keluar berjanji temu dengan teman lelaki dia, si Farid. Dan yang terbaru, dia bercinta dengan suami orang pula, Abu.
Abu ni penganggur dan Ija juga yang tanggung makan pakai dia. Berjanji temu di Pavilion dan McDonald’s. Lagak macam banyak duit. Ija tak sedar diri. Abu dan Farid cuma nakkan duit sahaja, bukan bersungguh – sungguh nakkan dia pun sebab Ija memang biasa – biasa sahaja.
Kemuncak segalanya bila satu pagi waktu subuh, dia p4ksa aku dan Ayu untuk bagi dia duit atau dia akan bvnvh diri sebab malu tak dapat bayar hutang. Aku berkeras tak nak bagi sebab aku memang tak ada apa – apa. Tabung pun dia kebas.
Dia keluar rumah dengan marah, lepas tu menuju ke kebun getah tempat bapa aku sedang men0reh. Dia desak bapa aku bagi dia duit dan rampas semua duit dalam poket bapa aku yang tua tu sambil ugvt lagi nak bvnvh diri. Bapa aku menangis sambil menceritakan betapa kurang ajarnya kelakuan Ija terhadap dia.
Aku cadangkan bapa aku buat laporan polis mengenai hal ni, tapi bapa aku kesiankan Ija dan tak nak tanggung malu kalau Ija masuk penjara. Sekarang ni aku buntu. Aku tertekan. Puas Ayu dan kakak sulung aku nasihatkan Ija, tapi dia buat tak endah sahaja.
Dia masih dengan per4ngai kaki lelaki dia, kaki hutang dia. Masih kurang ajar dan masih mendesak kami membayar hutang dia dengan Amanah Ikhtiar. Aku dah maklumkan kepada pihak Amanah Ikhtiar yang Ija penipu dan kami yang kena bayar hutang hutang dia walaupun dia tak hulur satu sen pun kepada kami.
Tapi pihak tersebut maklumkan kepada aku yang ni masalah keluarga. Mereka tak dapat bantu. Aku merayu sangat kepada pembaca. Sesiapa yang ada cadangan jalan penyelesaian, tolong aku. Kami dah cuba tak bagi dia duit, tapi dia peras ugvt ibu bapa aku ketika orang lain keluar bekerja. Ija siap p4ksa ibu bapa aku jual rumah dan tanah tempat tinggal kami. Ija akan terus meminjam lepas dia habis bayar hutang yang ni sebab Ija memang bayar ikut masa, tapi kami lah m4ngsanya. Tolong aku. ~ Mia M4ngsa (Bukan nama sebenar)
Ulasan Pembaca:
Cik Lila : Kita ni kadang – kadang perlukan sedikit kek3jaman untuk mengajar orang. Ni dah lah dengan mak bapa, adik beradik pun dia kurang ajar. Kau masih nak biarkan ke? Lepas ni jangan bagi dia duit lagi dan jangan bayarkan hutang hutang dia.
Setiap kali dia minta, kau dan adik beradik bagi. Sampai bila bila pun dia takkan berubah. Dia ugvt sahaja nak bvnvh diri banyak kali, m4tinya tak juga. Ish, menyirap betul aku dengan per4ngai musibat macam ni. Lapor sahaja polis biar dia ditangkap dan duduk dalam penjara. Jangan keluar – keluar.
Sebelum tu, kau adik beradik bagi pen4mpar ke, pener4jang ke dulu supaya dia ada akal sikit, lepas tu buat laporan polis. Kalau dah dengan mak bapa pun dia mendajaI, memang bukan manusia lah kakak kau tu. Macam s3tan rasanya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.