Bila perniagaan emak maju, ayah mulakan permainannya. Dia cadangkan emak ambil pekerja dari seberang bantu emak masak. Kata ayah pekerja itu pandai masak, rajin dan cekap bantu berniaga. Tapi tiba – tiba mak dapat tahu ayah berniaga nasi waktu malam dengan pekerja tu..
#Foto sekadar hiasan. Beberapa bulan lalu saya terbaca di ruangan ini tentang aduan beberapa orang isteri tentang per4ngai suami mereka sanggup ceraikan isteri semata – mata kerana terpik4t dengan wanita seberang.
Saya tertawa terbahak – bahak sebab peristiwa yang sama juga berlaku dalam keluarga kami, emak ayah bercerai kerana warga seberang. Nama saya Khuzairah. Asalnya saya tak berani tunjukkan pada emak tentang apa yang saya baca, tetapi dalam diam emak pun baca, saya tak tahu hinggalah adik bercerita.
Kata adik dia tengok emak sedang kusyuk membaca. Mulanya kata adik dia tak perasan hinggalah dia tengok emak mengalir air mata. Bila adik curi – curi tengok barulah dia tahu apa yang emak baca.
Adik tak mahu tegur emak takut emak lagi sedih. Tetapi emak pulak cakap pada adik. “Macam nilah per4ngai bapak korang”. Habis baca tu emak suruh adik baca pulak. Belum habis adik baca emak tak sempat – sempat bercerita tentang per4ngai ayah.
Kata emak ayah tak sedar dek untung, bila susah suruh emak bantu, suruh emak berniaga kecil – kecilan. Bila dah senang dia senang – senang tinggalkan emak kahwin dengan orang seberang.
Patutlah suka sangat ambil pembantu seberang. Bila mengingatkan per4ngai ayah, memang kami langsung tak simpati pada ayah, malah kami berlima beradik berpakat ingin lihat apa akan jadi pada ayah bila dia tua nanti.
Sekarang ayah muda umur belum pun 50 tahun, tapi tunggulah bila sem4kin tua nanti. Kami tak dend4m, tetapi kami s4kit hati, sebab bila kami nak sambung belajar ayah suruh kami berhenti belajar dan cari kerja.
Kata ayah dia tak mampu nak tanggung makan minum dan pelajaran kami. Kalau kami berhenti ringanlah sikit beban ayah. Lagi pun ada 3 orang lagi yang hendak belajar. Ayah sarankan habis SPM berhenti cari kerja.
Sebab tak mampu hantar ke kolej ke atau politeknik apa lagi Universiti. Lagi pun ayah kata kami bukan pandai sangat macam anak orang lain, dapat tawaran belajar sekolah berasrama.
Tapi emak tak setuju, sebab apa yang dapat dengan kelulusan SPM. Emak pun ada SPM, dulu emak kerja kilang, tapi ayah suruh berhenti kerja, sebab anak – anak kecil sapa nak jaga ketika mereka keluar bekerja.
Sementelah kerja emak tak tentu masa, ayah pun sama. Jadi demi keselamatan kami yang masih kecil emak berhenti kerja. Emak berniaga jual kuih frozen, tapi tak mencukupi dan tak menguntungkan.
Ayah suruh berhenti niaga sebab buat habis modal aja. Tetapi bila emak jual nasi lemak bungkus baru nampak ada sedikit kemajuan. Sebab dekat rumah kami ada ramai pekerja kontrak sedang buat kerja pembinaan bangunan rumah.
Bermula dengan jual nasi lemak bungkus, akhirnya emak berniaga dekat depan rumah kami. Memang maju, dari lauk biasa -biasa emak tambah lauk rendang ayam dan kari daging.
Demi memajukan lagi perniagaan emak supaya kami dapat terus belajar, saya dan adik terp4ksa bantu. Kami tak kisah, sebab kalau ada lebihan rendang ayam kamilah tolong selamatkan.
Memang tak membazir, pendek kata memang kami mewah dapat makan sejak emak berniaga nasi lemak. Bukan setakat dapat duit, makan pun mewah, biarpun nasi lemak lauk sambal setiap hari.
Asal ada telor dah cukup selesa untuk kami adik beradik. Sebab sebelum emak berniaga, kami macam dah tau apa lauk kami setiap hari, telur d4dar, sup so’on dengan kentang dan sambal belacan, atau sambal tumis, ikan ada juga tapi bercatu.
Tapi sejak emak berniaga kami mewah makan. Sejak perniagaan emak bertambah maju ayah pun rajin membantu. Tapi masalahnya duit emak banyak yang hilang. Pada peringkat awal semuanya berjalan elok, emak dapat kumpul duit untuk belanja sekolah kami.
Pendek kata, tak perlu tunggu duit ayah lagi untuk bayar apa – apa sahaja yang sekolah minta. Semua emak sediakan. Memang ayah senang hati sebab kami tak menyusahkan dia lagi minta duit saku setiap hari.
Awal berniaga emak dapat simpan duit, tapi ayah selalu mintak katanya nak simpan duit sebab nak beli motor yang lebih baik sikit. Lepas tu nak bayar hutanglah, dan entah apa – apa lagi. Kalau emak tak bagi ayah buat bising.
Lagi teruk ayah ugvt emak kalau dia tak bayar hutang dia akan diberhentikan kerja oleh kerajaan, jadi macam mana nak hidup masa tua nanti. Nak tak nak emak terp4ksa bagi juga, motor belum habis bayar ayah nak tukar kereta pulak, katanya beli kereta untuk kemudahan berniaga dan senang balik kampung.
Nak jadikan cerita dari nasi lemak emak dapat berniaga di sebuah gerai kecil yang ayah cari. Kata ayah lebih baik emak buat berniaga betul – betul, biar ada gerai baru banyak benda boleh berniaga.
Ayah cadangkan bukan berniaga nasi lemak aja, boleh jual nasi dan lauk pauk. Gerai itu milik kawan ayah. Mulanya ayah kata kawannya nak jual, lepas tu tak jadi nak sewakan aja. Apa pun ayah setuju.
Tetapi masalahnya emak tak mampu nak buat sendirian. Di sini mula permainan ayah, dia cadangkan emak ambil pekerja orang seberang bantu emak masak. Kata ayah pekerja itu pandai masak, rajin dan cekap bantu kawannya berniaga.
Mulanya emak tolak, sebab masalah modal kena besar juga. Ayah cadangkan pinjam dengan kawannya. Maklum nak beli dapur paling kurang 2 buah, 2 tong gas, pinggan mangkok, bahan memasak.
Dan macam – macam benda lagi termasuk almari untuk display makanan. Kata ayah emak setuju aja, yang lain ayah usahakan. Setelah sebulan didesak oleh ayah, akhirnya emak terp4ksa setuju. Kami gembira lihat ayah rajin membantu.
Walaupun bekerja. Ayah datang ke gerai, jengok pembantu bernama Neng memasak makanan dan buat minuman petang sehingga jam 6. Emak berniaga dari minum pagi hingga tengah hari saja.
Jam 3 emak balik, sebab nak siapkan bahan masakan hari esok. Neng ambil alih bantu emak berniaga sebelah petang. Biasanya ayah yang bawa balik duit dan beli barang keperluan esoknya.
Awalnya saya fikir tentulah ayah jujur tolong emak berniaga, rupanya ada udang sebalik batu. Ayah suruh emak berniaga tengah hari, sebab petangnya ayah yang control jualan gerai dengan Neng. Hasilnya ayah ambil.
Tetapi gaji pekerja emak yang bayar. Dalam diam tak diam rupanya kami dapat tahu si Neng ini bukan main lagi melayan ayah. Saya tak tahu hubungan mereka lebih awal, yang saya nampak gurau senda ayah dengan Neng melebihi antara majikan dengan pekerja.
Tetapi kalau bekerja siang hari bila Neng bantu emak dia tak banyak cakap, muka masam. Selain Neng ada lagi seorang pembantu nama Jue. Setelah dua tahun berniaga emak mula sedar perubahan per4ngai ayah.
Tiap – tiap hari ambil duit kata nak simpan, bayar ansuran kereta, tetapi ada pulak orang datang nak tarik kereta. Itu satu bab, orang kedai juga datang minta duit kata ayah tak bayar. Mak naik pening, bila tanya ayah dia suruh emak bayar.
Nak bayar macam mana duit hasil jualan ayah ambil. Mulalah ayah tuduh emak ketepikan duit untuk simpanan sendiri. Ini memang kes berat. Sejak hari itu emak tak benarkan lagi ayah ambil hasil jualan, tetapi jualan petang pulak ayah pulun habis.
Lepas tu tanpa pengetahuan emak, malam hari ayah suruh Neng berniaga jualan nasi. Ini memang menaikkan d4rah emak. Pertengk4ran bertukar jadi perg4duhan membawa ke mahkamah syariah. Akhirnya emak diceraikan.
Bila dah bercerai ayah tak benarkan lagi emak berniaga di gerai, kata ayah dia sendiri nak berniaga dengan Neng. Lagi mendidih d4rah emak. Siasat punya siasat rupanya ayah nak nikah dengan Neng, Jue yang pecahkan rahsia.
Kerana terlalu s4kit hati, disebabkan lesen berniaga nama emak, emak buat laporan kepada majlis tempatan, maka ayah dan Neng keluar dari gerai emak. Tetapi mereka berniaga juga tak sampai setengah batu dari gerai emak.
Peristiwa itu membuka minda saya dan emak, bawa ayah memang dari awal sudah merancang hendak kahwin dengan orang seberang, ayah nak madukan emak, tetapi emak bantah. Sebab emak tak mahu lagi jadi macam lembu diperb0dohkan.
Peristiwa ini berlaku 5 tahun lalu, kini hidup emak taklah susah walaupun bukan kaya. Tetapi yang jelas ayah tanggung 4 orang anak tirinya dengan Neng, 3 perempuan 1 lelaki. Awal tahun ini 2 orang anak tiri ayah kahwin dengan lelaki Malaysia anggota keselamatan.
Mereka memang suka dengan lelaki beruniform sebab kata mereka ada kuasa dan mereka tak boleh diganggu sebaliknya boleh bawak masuk ramai lagi saud4ra dari seberang. Kini walaupun ayah belum lagi bersara, tetapi dia bukan lagi seperti ayah kami dulu.
Dari seorang ayah yang garang, kasar, bertempek marahkan kami dan emak, tetapi kini ayah berubah seratus peratus, dia jadi pengikut yang setia pada Neng. Adik pernah meninjau ke rumah sewa ayah, kata adik rumah ayah sentiasa penuh dengan tetamu.
Namun saya yakin hidup ayah tidak disia – siakan lagi sebab ayah ada pencen setiap bulan bawa rezeki kepada Neng.
Komen Warganet :
Fitriyah : Berjaga – jagalah kalau dengan orang seberang ni, tak kiralah laki ataupun perempuan. Selalunya memng ada la niat tersembunyi. Diorang memang suka sangat dengan orang tempatan ni sebab nak dapatkan keistimewaan dan kerakyatan tambah lagi kalau bab berniaga. Ada yang lagi teruk sampai sanggup guna cari kotor untuk dapatkan apa yang diorang nak.
Wan Alisa : Nak cakap padan muka dekat ayah confessor boleh, padan muka kena tanggung anak tiri. Selama ni malas nak jalan tanggungjawab dekat anak bini sendiri, kemaruk sangat dengan janda dapat sekali pakej 4 anak tiri.
Cakap dengan mak awak, jangan cair kalau ayah awak merayu nak balik. Nanti tak pasal kena tanggung si penyondoI tu plak.