Sampai je rumah pak saud4ra s0und, “mak nak m4ti baru nak balik tengok mak.”

Mak saya jatuh hampir kena ser4ngan str0ke dekat rumah saud4ra. Saya dah minta izin suami nak balik tapi dia suruh tunggu ada duit, lagipun suami kata ada adik beradik lain tunggu. Satu hari saya nak COD dekat daerah rumah mak, saya ajak suami singgah, tapi dia buat muka. Sampai sana saya kena plak kena marah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan hi buat semua pembaca. Saya ada sedikit rasa yang nak diluahkn dekat sini. Saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Saya dan suami dah berkahwin selama 3 tahun ada dikurniakan dengan seorang anak, alhamdulillah.

Masalah yang selalu saya hadapi hingga g4duh laki bini ialah bila tiba masa saya mintak izin nak balik ke rumah mak saya. Sebulan yang lepas mak saya jatuh s4kit dan hampir – hampir nak kena str0k.

Saya dah bagi tau suami mak jatuh kat rumah mak sed4ra, kemudian tak boleh bangun dan tak boleh jalan sendiri. Saya cakap la kat dia, minta izin saya nak balik tengok mak saya. Tapi dia cakap nanti la kita balik, tunggu ada duit dulu.

Masa tu saya boleh sabar lagi. Esok tu saya pegi berniaga kat daerah kampung saya. Habis niaga dalam pukuI 6 lebih. Dalam jam 5 lebih tu, kebetulan saya ada pergi COD kat rumah sepupu saya, dekat kampung rumah mak saya.

Masa dalam perjalanan tu saya cakap kat suami saya nak balik rumah tengok mak. Dia macam marah, dia kata, “nanti kita balik la lagi pun adik beradik awak ada kat rumah tu kan, biar dorang yang jaga dulu.”

Saya jadi panas saya cakap kat dia nak tunggu mak m4ti dulu ke baru nak balik? Dia diam je bila saya cakap macam tu. Bila saya sampai je kat rumah tu, pak sed4ra plak yang saya s0und saya, “mak nak m4ti baru nak balik tengok mak.”

Allahu.. memang terasa sangat dia kata macam tu tapi saya senyum je kat dia buat macam biasa je. Dalam hati saya ni Allah je yang tahu betapa sedihnya saya dia cakap macam tu.

Saya masuk kerete lepas tu saya cakap dengan suami, “saya dah kena s0und tadi! Awak tak rasa ape yang saya rasa sebab awak tak berada kat tempat saya!” Dia pun meIenting dia cakap, “okey, aku hantar kau sekarang!”

Saya cakap saya nak balik esok sebab nak ambil barang – barang saya dan anak dulu kat rumah saya. Esok tu dia hantar saya dalam keadaan marah. Saya sabar je tengok per4ngai dia.

Seminggu lepas tu dia datang ambil saya balik rumah kami. Kes semalam pulak, kami ada balik 2 malam kat rumah mak dia. Saya okey je ikot je kalau dia nak balik rumah mak mertua.

Masa esok tu dah nak balik, saya ada cakap kat dia saya nak balik rumah mak saya sebab nak tengok mak lagi. Lagipun dia kerja, tak ada kat rumah juga sebab dia kena kerja dari petang sampai ke pagi.

Kemudian tiba – tiba muka dia berubah lain macam, macam tak suka. Saya tanya, “kenapa setiap kali saya kata nak balik rumah mak saya awak tak suka?” Dia senyap je bila saya tanya macam tu.

Kemudian nak meIenting tak tentu pasal. Saya tak faham betul dengan per4ngai suami saya ni. Setiap kali saya minta izin nak balik kampung saya macam payah je dia nak bagi. Kadang – kadang s4kit hati juga dengan per4ngai dia.

Hmm mungkin sebab rumah saya tak macam rumah dia. Rumah mak saya panas, rumah mak dia tak panas. Entah la yang saya tau rasa s4kit hati ni. Terima kasih sebab baca luahan saya.

Komen Warganet :

Lieza Natar : Awak balik je sendiri. Ingat macam mana buruk pun tu keluarga kita, adik beradik kita, mak ayah kita. Dulu mak ayah kita berhabis duit nak besarkan, pelihara kita.

Dari sejak dalam perut usung sampai 9 bulan, jaga sampai dewasa. Bila dah kahwin baru suami ambil alih tugas tanggung semua, itu pun bukan tanggung 100 peratus sebab awak pun kerja cari duit.

Tapi takkan sesekali nak balik melawat orang tua pon dia tak nak bagi. Dunia ni bulat, esok anak d4ra kita plak suaminya tak bagi balik rumah kita. Kalau masa tu naru nak rasa menyesal, memang tak guna.

Renung – renungkanlah. Bukannya mak awak ada buat perkara tak elok yang meny4kitkan hati pun.

Sal Nur Aina : Sedih saya tengok nasib ibu awak bila anaknya salah pilih suami macam ni. Kenapalah suami tu tiada perasaan kasihan langsung nasib seorang ibu. Sudahlah susah payah membesar anaknya hingga dewasa, tapi bila dia jatuh s4kit, usah kata nak jaga dia, nak jenguk dia pun tak diizinkan.

Kesianlah sesiapa yang dapat suami macam gini. Mungkin kalau ibunya terlantar s4kit pun dia sanggup biarkan kot atau p4ksa awak tolong jaga untuk dia. Entahlah. Ingat, awak juga ada anak, seorang ibu dan suatu hari nanti bakal menerima menantu.

Semoga awak tak terima nasib sebegini semasa anak awak pilih bakal suaminya nanti. Bertabahlah.

Ieda Salleh : Dah h4ng pergi COD barang sana sini sampai dah dekat rumah mak kenapa tak balik sendiri je jenguk. Yang duk susah laki tu buat apa? Adeh berat la h4ng ni. Bila balik nanti kalau orang tanya, ‘laki mana?’

Cakap la suami h4ng dekat hospitaI mak oii, patah kaki. Pandai – pandai la bagi alasan. Nanti dah balik rumah sendiri, buat la muka comel, ambil balik hati suami, layan dia elok – elok. Itu pun nak kena ajar ke.

Mira Meera : Isteri masih ada tanggungjawab dengan ibubapa. Takkan pernah putvs walau dah kahwin, sampai kiam4t tanggungjawab tu sama dengan anak lelaki. Yang terputvs adalah tanggungjawab seorang ayah kepada anak perempuan apabila diserahkan pada suami.

Suami pula akan galas tanggungjawab pada isterinya tapi tanggungjawab anak kepada orang tua takkan pernah terputvs. Keutamaan kita memang pada suami tetapi andai kata kita dah buat segala tanggungjawab yang wajib pada suami takde alasan lain untuk kita tak boleh nak berbakti pada ibubapa pula.

Azriati Sumi Ismail : Sis bagi pendapat untuk awak ye. Jagalah mak awak selagi hayatnya masih ada. Seorang ibu tu tidak ada pengganti, kita ada seorang je ibu yang lahirkan kita. Tanpa ibu kita tak lahir di dunia ini.

Kalau dia suami yang baik, dia kena pandai jaga hati seorang isteri dan ibu mertua. Lebih – lebih lagi dalam keadaan ibu awak yang sedang s4kit. Awak beruntung masih punya ibu.

Akak ni dah 10 tahun kehilangan ibu tercinta, syukur sempat menjaga arw4h ibu semasa beliau s4kit. Cuma rasa terkilan tidak ada di sisi arw4h ibu semasa beliau menghembuskan nafas yang terakhir…