
Ayah orang kuat surau. Orang puji ayah kata ayah lemah lembut, tak pernah marah. Tapi bila balik rumah, suara dia yang paling kuat. Bila ibu masak terlebih masin sikit, dia akan Iudah balik dalam masakan dan cakap, “Duduk dapur bertahun – tahun b0doh lagi ke masak?”
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku tak tahu sama ada luahan aku ni akan disiarkan atau tak, tapi aku tetap nak menulis. Sudah terlalu lama aku pendam semua benda ni sorang – sorang. Kadang – kadang bila tengok orang lain boleh gelak dengan keluarga, boleh keluar makan bersama, boleh bercerita pasal ayah dengan bangga, aku cuma diam.
Aku tak tahu macam mana rasanya ada ayah yang jadi tempat berlindung. Yang aku tahu, aku cuma nak ibu aku bahagia walaupun sekali dalam hidup dia. Ramai orang selalu cakap, “Syurga di bawah tapak kaki ibu, hormat ayah walau apa jadi.” Aku faham semua tu. Aku tak pernah nafikan ayah tetap ayah. Tapi pernah tak orang fikir macam mana rasanya bila orang yang sepatutnya melindungi keluarga, jadi punca keluarga sendiri hidup dalam ketakutan?
Aku menulis bukan sebab nak buka aib sesiapa. Aku cuma dah penat jadi pendengar kepada tangisan ibu setiap kali malam. Penat tengok ibu tahan malu depan orang. Penat tengok ibu pura – pura kuat sedangkan hati dia h4ncur sedikit demi sedikit.
Aku N, perempuan, umur baru 18 tahun. Cukup tu sahaja pengenalan diri. Aku tak tahu nak luahkan pada siapa, jadi aku luah di sini sebab sekurang – kurangnya aku tahu ada yang baca. Hari demi hari, perasaan benci pada ayah semakin menebal.
Ayah aku bukan pembvnvh orang, tetapi ayah pembvnvh jiwa dan emosi aku sekeluarga. Hanya kerana dia ayah dan suami, dia rasa dia boleh buat apa sahaja yang dia nak. Menengking ibu di depan orang ramai. Mengutuk ibu bersama adik beradik dia yang lain. Layan ibu macam babu.
Kadang – kadang aku persoalkan, walaupun aku sedar aku tak layak untuk persoalkan. Kenapa ayah hari – hari ke surau, mengaji hari – hari, tapi masih begitu sikapnya? Pernah satu hari kami pergi rumah saud4ra. Tengah tengok televisyen, ada pelakon perempuan cantik muncul. Ayah terus cakap dekat pakcik aku, “Best ada bini macam ni, tak macam kak kau tu.”
Masa tu ibu duduk betul – betul sebelah dia. Aku nampak muka ibu terus berubah. Dia senyum p4ksa, tapi mata dia terus tunduk. Balik rumah malam tu, ibu senyap saja. Aku tahu dia menangis dalam bilik air sebab aku dengar suara dia tersekat – sekat.
Kayu tiga usah dicakap. Makin meningkat umur, makin menjadi – jadi. Aku pernah cakap dekat ibu, “Ibu, saya dah ada lesen kereta. Kita pergi senyap – senyap urus fasakh.” Aku teringin sangat nak tengok ibu bercerai dan hidup tenang, tapi ibu masih fikirkan anak.
Ibu tak bekerja. Ayah pesara tentera. Tiap kali duit gaji masuk, ayah bagi ibu duit beli lauk. Kadang – kadang RM300, kadang – kadang RM250. Itulah duit untuk beli lauk, itulah juga duit yang nanti dia minta balik. Aku tak tahu ayah duduk di zaman bila.
Pernah dia jerit dekat ibu di pasar sebab katanya ibu boros. Padahal ibu cuma beli barang dapur untuk seminggu. Orang sekeliling semua tengok. Ada makcik sebelah aku pun pandang kesian dekat ibu. Balik rumah, ayah masih marah – marah. Dia campak resit atas meja dan suruh ibu kira satu – satu. Aku nampak tangan ibu menggigil.
Kadang – kadang aku rasa aku nak bvnvh ayah. Aku terbayang aku berjalan dan bvnvh ayah. Kenapa hanya ada istilah anak derh4ka? Isteri derh4ka? Ke mana hilangnya istilah bapa durjana? Kalau salah sedikit, bersedia sajaIah dengan makian yang keluar dari mulut dia.
Orang kuat surau. Orang puji ayah kata ayah lemah lembut, tak pernah marah. Kadang – kadang aku sendiri terapung dalam mimpi, membayangkan ayah memang macam yang orang cakap. Tapi bila balik rumah, suara dia yang paling kuat.
Ibu pun dia maki. S4kit betul hati aku tengok syurga aku dimaki dari mulut lelaki tua tu. Aku pujuk ibu, “Cerai sajaIah. Aku akan ada dengan ibu.” Tapi aku masih tak faham macam mana berbezanya pemikiran ibu dan aku. Aku selalu cakap dengan diri sendiri, kalau ibu tak ada nanti bila aku dah bekerja, siaplah ayah aku tinggalkan di pusat kebajikan. Biarlah dia. Aku benci ayah. Sangat.
Ayah bercakap soal agama seolah – olah dialah orang paling betul. Kadang – kadang kalau ibu masak terlebih masin sikit, dia akan ludah balik dalam masakan dan cakap, “Duduk dapur bertahun – tahun b0doh lagi ke masak?” Aku pernah nampak ibu berdiri lama depan sinki sambil pegang sudu. Dia tak makan malam tu.
Lebih s4kit, pernah masa kecil aku diberi RM5 untuk tutup mulut supaya tak beritahu ibu yang ayah keluar makan dengan perempuan lain. Naifnya aku masa tu, aku ingat ayah sekadar belanja kawan. Bila besar sikit, aku terbaca mesej ayah dengan perempuan lain. Bersayang – sayang, siap mengutuk ibu sekali.
Pernah satu malam ibu jumpa lipstick dalam kereta ayah. Bukan w4rna yang ibu pakai. Ayah terus marah dan tuduh ibu sengaja cari g4duh. Akhirnya ibu pula yang minta maaf walaupun bukan salah dia. Kalian tahu, aku anak luar nikah.
Demi Allah, aku tak salahkan ibu ayah tentang taraf aku. Ibu dah minta maaf dan bertaubat. Ibu baik. Ibu selalu doakan ayah dan selalu pesan, “Itu ayah.” Cukup dua perkataan tu, aku terus faham maksud ibu. Tapi ayah? Dia akan ungkit ibu dengan istilah “murah”. Bersyukur juga aku tak berbintikan lelaki tu.
Doakan ibu aku. Ibu tak bagi aku kerja part time, katanya fokus saja belajar. Ibu memang tak bekerja, cuma kadang – kadang ambil tempahan nasi dan kuih. Kalau ada tempahan, barulah ibu ada duit sendiri. Nak menjual hari – hari? Mimpi sajaIah.
Ayah akan mula mengungkit, katanya gaji dia cukup setakat nak menyara “tiga ekor” ni. Kalau ibu ambil tempahan pun, ayah akan cakap, “Kebulur sangat ke? Tak cukup ke apa yang aku bagi?” Aku pernah nampak ibu menangis sebab terp4ksa tolak tempahan besar. Bukan sebab tak mampu buat, tapi sebab takut ayah marah.
Tuan puan, usahlah menyalahkan satu pihak sahaja bila ada ibu bapa ditinggalkan anak – anak di pusat kebajikan. Kadang – kadang sikap ibu bapa sendiri yang buat anak rasa begitu. Fikiran aku celaru sampai jalan cerita aku pun berterabur.
Tapi satu benda aku pasti. Aku masih ada hari ni sebab aku nak teman ibu berjuang. Kalau tak, mungkin aku dah lama hilang dari dunia ni. Semoga segala keperitan ibu diganti dengan kebahagiaan yang melimpah, walaupun bukan bersama ayah. Itu saja. Anak Ibu (bukan nama sebenar)
Ulasan Pembaca :
SyarifahBonita : Allahuakbar… Aunty doakan adik dipermudahkan urusan hidup, dikurniakan kesihatan yang baik untuk jaga ibu. Dimurahkan rezeki one day bawa ibu duduk jauh – jauh pergi overseas. Sentiasa di bawah lindungan, rahmat dan kasih sayang Allah. Lari pergi overseas tau bawa ibu. Huuggsss.
Ami Aidl : Pedihnya membaca… Yang mengalami tentulah lagi. Moga sinar bahagia menjadi milik adik dan ibu. Andai mampu pergi suatu hari nanti, bawalah ibu pergi. PergiIah cari bahagia tu. Ibu dan adik berhak bahagia. Insya-Allah. Satu hari tu akan tiba…
Bea Ramirez : Awak macam anak – anak saya. Bezanya saya bukan ibu awak. Saya lain. Saya dan anak – anak sama – sama panjat law firm failkan fasakh. Kami berempat (saya dan 3 anak) sama – sama beri keterangan pada peguam. Dan kemudiannya anak – anak juga jadi saksi di mahkamah. Alhamdulillah d3rita kami berakhir. Dan bahagia yang sebenar – benar bahagia apabila lelaki tu tiada dalam hidup kami. Syukur sangat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.