
Makcik pakcik aku dah larang ibu kahwin dengan adik ayah tapi ibu degil. Bapak tiri masuk rumah kami sehelai sepinggang tapi buat rumah ibu macam harta dia. Arw4h ayah tak pernah naik suara dekat ibu tapi bapak tiri awal – awal lagi dah naik tangan. Dasar ayah tiri ibIis!
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tujuan aku ceritakan semua ni adalah kerana aku dah terlalu sedih, s4kit hati dan nak meluah apa yang terbuku dalam hati ni. Aku berumur 26 tahun. Aku anak tunggal. Ayah aku meninggaI masa aku darjah 1.
Selepas tu, mak aku bekerja siang malam untuk membesarkan aku. Dan mak aku dimurahkan rezeki untuk buat rumah sendiri di atas tanah arw4h nenek aku. Pakcik aku sendiri yang tolong buatkan rumah. Lama juga mak aku menjanda.
Sampailah aku dapat tahu, mak aku dan pakcik aku iaitu adik tiri kepada arw4h ayah aku, ada hubungan. Masa tu, aku hanyalah seorang budak yang tak tahu apa – apa. Hubungan aku dengan pakcik aku ketika tu amat baik dan sangat rapat.
Sehinggalah pada hari di mana mak aku buat keputusan untuk berkahwin dengan pakcik aku. Pada mulanya, ramai adik beradik mak aku yang menentang sebab mereka tak berapa suka dengan pakcik aku tu, kerana dia kerja tak tetap, rumah tak ada, harta pun tak ada.
Sikap dia jauh berbeza sekali dengan arw4h ayah aku di mana semua adik beradik mak aku sayangkan arw4h ayah aku. Usaha makcik dan pakcik aku untuk memujuk mak aku supaya tak berkahwin dengan pakcik aku tak berjaya sebab mak aku tetap berkeras untuk berkahwin juga dengan lelaki tu.
Aku pernah memujuk mak aku supaya tak meneruskan perkahwinan tu sebab hati aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena dan aku dapat rasa yang hidup aku dan mak aku akan berubah. Tibalah majlis nikah mak aku dan pakcik aku.
Semua makcik dan pakcik aku rasa sangat sedih dan aku boleh lihat dari wajah mereka yang hiba. Apatah lagi aku. Masa mak aku nikah dekat masjid, aku tak pergi pun. Aku menangis dalam bilik. Aku tak tengok langsung pun masa mak aku bersanding.
Makcik aku ada yang menangis sebab kata mereka, mereka teringat waktu mak aku dengan arw4h ayah aku kahwin dulu. Selepas tu, satu persatu dugaan yang Tuhan uji. Pada mulanya pakcik aku ataupun ayah tiri aku menunjukkan sikap yang baik.
Tetapi tak lama selepas tu, satu persatu sikap dan belang dia mula keluar. Dia buat macam – macam pada mak aku. Dia ambil kesempatan atas kesenangan mak aku. Walhal masa dia berkahwin dengan mak aku, dia tak ada apa – apa, masuk rumah mak aku sehelai sepinggang.
Segalanya mak aku yang sediakan dan tanggung hidup dia. Padahal dia suami, dia ketua keluarga dan patut bertanggungjawab! Selain tu, dia pernah men4mpar, memarahi dan menengking aku dengan menggunakan kata – kata h1naan. Sedangkan arw4h ayah aku tak pernah angkat tangan walaupun cubit pada aku.
Dia tak pernah hargai segala peng0rbanan mak aku pada dia. Bila dia tak kerja, dia tak ada duit, tahu pula dia minta duit dekat mak aku. Bila tak bagi, dimakinya, dimarahinya, dipukuInya mak aku! Harta benda mak aku, dia buat macam harta dia. Dia buat sesuka hati dia! Tak sedar diri menumpang atas harta mak aku, ambil kesempatan saja. Dasar ayah tiri ibIis!
Selalu aku dengar mereka bertengkar, tapi aku tak berani meIawan sebab aku perempuan. Aku tak nak dia buat yang teruk teruk pada mak aku. Tapi sampai bila aku harus bertahan? Dari dulu aku perhati saja sikap dia, tapi aku tak mampu nak meIawan.
Ada satu tahap, aku suruh mak aku bercerai dengan dia sebab aku dah terlalu benci dengan orang tua tu. Mak aku pernah luah pada aku yang dia menyesal kahwin dengan pakcik aku tu. Tapi dah terlambat! Oh ya, sepanjang dia jadi ayah tiri aku, aku tak pernah sekalipun panggil dia ayah sebab bagi aku dia tak layak jadi ayah aku.
Kadang – kadang aku pernah terfikir untuk lari dari rumah. Tapi aku sedar, aku anak tunggal. Mak aku hanya ada aku. Akulah harapan dia seorang. Tapi aku dah cukup menyampah dengan ayah tiri aku. Aku takkan pernah ikhlas, takkan pernah redha dan takkan pernah terima dengan hati yang terbuka dengan apa yang dia buat!
Aku takkan pernah halalkan segala duit aku yang dia makan. Aku takkan pernah maafkan dia. Ya, aku sangat bencikan dia! Kadang – kadang aku fikir, kenapa Tuhan ambil arw4h ayah aku cepat sangat. Aku hanya sempat untuk merasa kasih sayang dia sampai umur aku 7 tahun.
Tapi waktu tu, aku rasa bahagia sangat. Aku nampak ayah aku seorang yang rajin bekerja, bertanggungjawab. Walaupun masa tu ayah aku hanya ada motosikal, hanya mampu menyewa rumah sewa buruk, hidup pun tak mewah, tapi aku rasa dah cukup sangat ditambah pula dengan kasih sayang ayah aku yang tak berbelah bahagi.
Semua orang senang dengan sikap dia. Pakcik makcik aku semua sayangkan dia sebab dia juga seorang yang baik hati, suka buat orang terhibur dan peramah. Kenapa mesti Tuhan uji aku dan mak aku macam ni. Sekian, ni saja luahan hati aku. – Nurul Umairah (bukan nama sebenar)
Ulasan Pembaca :
Lorella Estee : Ceh. Pujuk sajalah mak kau suruh minta cerai cepat. Duduk sembang dalam ni nak tunggu sampai mereput ke? Dah elok sangat minta cerai. Patut dah lama cerai pun. Kumpul bukti dia minta duit dan pukuI mak kau. Selesai.
Jadi perempuan – perempuan dekat sini sila ambil pengajaran. Jangan kahwin percuma dan tanggung lelaki. Jangan kahwin dengan orang yang tak kerja. Allah dah bagi akal, dah bagi ciri – ciri pasangan yang patut kita pilih sebelum nikah, tapi pilih juga yang tak ada ciri – ciri Islam. Aduhai.
Ingat lepas kahwin boleh berubah? Konon hidayah turunlah. Hidayah dah lama turun, Al Quran dan Nabi Muhammad SAW lah hidayah yang dah lama turun. Sebelum kahwinlah kena berubah. Kena majukan diri. Bukan lepas kahwin baru fikir nak dapat hidayah, nak rajin kerja.
AbgBerdoa RabbiYassir WalaTuassir : Duduk sembang saja lebih. Padahal fasakh tu ada. Umur 26 tahun takkan tak tahu nak fikir lagi. Bila mak kena pukuI atau dimaki, kau rakam video. Kamera kan ada. Apa guna ada telefon? Lepas tu kau buat laporan polis. Lepas tu kau bawa ke pejabat agama. Mak kau kalau menyesal sangat kahwin tapi tak nak cerai, konon nak jadi isteri mithali, kau lap sikit mata mak kau biar terbuka luas.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.