Dah 10 tahun ayah ulang alik balik kampung beIah dia. Ayah dah tak bagi nafkah tapi mak yang kena bagi nafkah dekat ayah. Baru ni kantoi ayah skandal dengan janda dekat kampung. Ayah mula jadi penunggang agama..
#Foto sekadar hiasan. Pertama sekali aku ucapkan ribuan terima kasih kepada admin sekiranya kisah aku ini disiarkan. Cerita nie sangat panjang tapi aku cuba ringkaskan dan padatkan ya. Aku perkenalkan diri aku sebagai Ashraf (bukan nama sebenar).
Aku anak sulung dari 5 adik beradik dan ya ayah aku seorang n4rsistik dari aku kecil sehingga besar. Segala perbuatan yang dilakukan olehnya hanyalah untuk impres orang dan dipuji – puji orang lain. Misalnya dia sentiasa bercerita pada orang lain tentang kehidupan dia yang terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan dan hobi berkebunnya.
Tapi pada akulah, pekerjaannya tidak sesibuk mana dan memang dia berkebun tapi sampai sekarang hasilnya Ke Laut. Kalau kami family teringin nak makan buah apa – apa, kami selalunya beli sendiri. Kalau nak harap hasil dari kebun dia memang sampai bila – bila tak ada.
Dulu masa aku kecil, aku selalu kagum dengan cara percakapan ayah aku yang serba tau dan serba boleh. Namun, bila aku dan adik beradik lain dah besar, baru kami tau yang ayah sebenarnya cakap pandai sahaja dan suka berlebih – lebihan apabila bercerita dengan orang lain.
Aku pun tak faham kenapa dia suka bercerita hal – hal yang kononnya nak buat orang lain kagum tentang perihal dirinya. Kami sekeluarga yang dengar pon dah meluat dengar cerita projek sawit la, projek pisang la yang padahal tak wujud pon.
Nak kata dia tiada didikan agama, dia jenis orang yang ke masjid dan suka mendengar kuliah dan sebagainya. Tapi wataknya bila dengan ahli keluarga sendiri sangat berbeza dengan orang luar. Kami adik beradik selalu di kondem oleh ayah.
Paling terkesan adalah mak. Segala kesalahan yang dilakukan ayah, akan dihempuk atas kepala mak. Mak adalah punca segala yang berlaku baginya. Sampai satu tahap mak makan hati berpuluh tahun dengannya. Macam kes adik bongsu kami kahwin, ayah senyap – senyap tambah order pada pihak catering sebelum berbincang dengan kami.
Akhirnya, duit catering RM6k perlu ditambah dan makanan banyak terbuang disebabkan lauk yang berlebihan. Hutang – hutang itu semua ditanggung oleh mak. Ayah aku tanpa rasa bersalah pulang ke kampungnya tanpa memberitahu kami berkenaan penambahan order itu.
Untuk pengetahuan semua, sudah lebih 10 tahun ayah selalu berulang alik balik ke kampungnya di utara. Sekarang ini, kami adik beradik dan mak bekerja untuk menyara keluarga. Beliau lepas tangan dan tidak memberi nafkah kepada mak. Sekarang mak yang perlu beri nafkah kepada dia.
Baru – baru ni ayah aku kantoi bercinta dengan janda di kampung nya. Masa tu perasaan marah sangat membuak – buak. Aku terus cakap yang dia seorang yang n4rsistik dan giIa perhatian. Aku cakap, kalau ayah ugvt – ugvt mak lagi tentang cerai, aku tak akan teragak – agak untuk bawa mak ke pejabat agama untuk uruskan perceraian. Hati mak h4ncur sangat masa tu.
Mak cakap sekarang dia cuma ada anak – anak sahaja. Banyak perkara yang ayah buat meIukakan hati mak. Segala herdikan, cacian yang dilemparkan oleh ayah kepada mak memang tak boleh dimaafkan. Ayah selalu cakap pada mak, mak orang tiada didikan agama, b0doh, tak tahu berdunia dengan orang, orang tua nak m4mpus tak reti jaga cucu, dan macam – macam lagi herdikan.
Semasa kejadian kes kantoi, mak call janda tu dan mem4ki hamun. Ayah juga turut dim4ki pada ketika itu. Pada mulanya ayah tidak mengaku perbuatannya itu. Tapi bila aku sendiri yang mesej cakap aku akan bawa mak ke pejabat agama barulah dia mengaku kesalahannya.
Mak cakap, masa tu dia mem4ki hamun ayah macam orang giIa kerana banyak makan hati dan memendam perasaan dengan perbuatan ayah. Dari kami kecil sampailah kami besar, ayah tak pernah berubah. Aku katakan kepada mak, kita perlu move on.
Orang macam ni kita perlu silent treatment dan buat tak tahu je. Pekakkan telinga dan ignore apa sahaja percakapan dan perbuatannya. Ayah ada cakap kepada mak, anak – anak tak sepatutnya berkata atau menegur perbuatannya kerana dianggap anak derh4ka.
Ayah juga cakap, segala mesej di whatsapp bersayang – sayang dengan si janda itu sebenarnya tiada sebarang niat dan cuma berkawan. Ayah cakap kepada mak zaman rasulullah dulu nabi bersayang – sayang dengan sahabat.
Setahu aku nabi bersayang – sayang dengan sahabat lelakinya, bukannya sahabat perempuan. Aku katakan pada mak, ayah adalah penunggang agama. Dia akan memanipulasikan cerita untuk menunjukkan yang dia tidak bersalah.
Akhirnya ayah cakap kalau orang lain tau berkenaan hal ini, yang bersalah adalah mak kerana tidak tahu melayan suami. Sekarang ni ayah dah tidak whatsapp si janda tu lagi selepas diugvt oleh mak. Sekiranya ayah buat per4ngai lagi, mak cakap bye – bye dan akan meninggaIkan ayah. Kami anak – anak akan berada di sisi mak.
Selepas kejadian kes kantoi dengan janda, ayah buat – buat sedih dah minta simpati. Dia cakap dia selalu doakan anak – anak berjaya dan sekarang ni dia cuma mengejar akhir4t dan bukannya dunia. Aku katakan pada mak, sebelum – sebelum ni ayah cuma mengondem pekerjaan anak – anaknya dan mengatakan bisnes keluarga yang ditinggalkan olehnya akan lingkup apabila diusahakan anak – anak.
Ni terbalik pula bila dia cakap dia doakan anak – anak berjaya. Aku tahu, berd0sa sekiranya kita sebagai anak meIawan cakap orang tua. Tapi dengan ayah terus terang aku katakan aku dan adik – adik yang lain hilang rasa hormat. Kami adik beradik memang dari kecil tidak dipeduli oleh ayah.
Aku ingat lagi, ketika aku dihantar ke asrama tahfiz dan dibiarkan terkontang kanting di sana. Ayah sedikitpun tidak bertanya tentang pelajaran dan kesihatan aku yang ketika itu merosot. Asrama yang aku duduk tu sangat daif.
Pada ketika itu aku menangis ketika ditinggalkan. Mak pun sama menangis kerana aku terp4ksa tinggal di situ. Itu belum lagi dengan kes buIi aku di asrama sehingga menjadi kes polis. Alhamdulillah nyawa aku panjang.
Ayah?? Dia tidak peduli tentang aku. Yang dia tau, aku tetap kena sekolah di asrama jugak. Ya aku berpindah ke sekolah asrama lain. Pada waktu itu hati aku memang geram dan s4kit dengan dia yang suka mengatur kehidupan. Mak pun tidak setuju aku di hantar ke asrama. Tapi mak terp4ksa akur dengan kata ayah ketika itu.
Sorry cerita ini agak panjang. Insyaallah kalau aku rajin menulis, aku akan sambung part 2 pula ya. Aku harap sangat pembaca dapat berkongsi pendapat tentang situasi aku sekarang. – Ashraf (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Siti Zaleha Ummu Hafiz : Biar sahajaIah ayah awak ceraikan mak awak daripada ibu awak terp4ksa menyara ayah awak. Awak adik – adik bahagiakan mak awak hingga ke hujung nyawa. Pasal ayah awak, pandai – pandailah yang menguruskan kehidupannya.
Siti Khadijah D’Jah : Narcis ni dia play v1ctim saja, takkan mengaku salah. Baru padan ibu kau mem4ki hamun dia, mingkin lah berd0sa tapi n4rcistic ni memang nak kena buku dengan ruas saja. Sekurang – kurangnya buat buta buat pekak buat b0do terhadap dia.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.