Aku tak pandai dekat sekolah, selalu dapat surat amaran. Setiap kali posmen datang aku akan ambik surat aku dan sorok dalam bilik. Suatu petang aku nampak ayah dekat bilik tengah belek – belek surat amaran dari sekolah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Rambutan. Aku nak cerita pasal ayah aku. Pada zaman abang dan kakak aku, ayah sangat sibuk dengan kerja dan kawan. Jadi ayah memang tak rapat dengan mereka.
Abang dan kakak berdikari naik bas masa sekolah rendah, masuk asrama masa sekolah menengah. Tapi bila tiba giliran aku, ayah dah agak berumur, ayah dah ada masa nak menjaga anak. Kiranya aku satu – satunya anak yang banyak luangkan masa dengan ayah aku berbanding abang dan kakak.
Ayah aku seorang ayah yang terbaik, orang luar selalu kagum dengan ayah. Tapi orang yang gagah dan hebat itu bukan 24 jam hebat. Ada je per4ngai tak semenggah mereka yang orang lain tak nampak. Sebagai contoh ayah aku, aku ceritakan peristiwa aku dengan per4ngai tak semenggah ayah.
Peristiwa 1 : Darjah satu, pertama kali ayah nak hantar anak ke sekolah. Beliau dengan muka tak mandi dan mengantuk tunggu aku dekat motor. Mula – mula semuanya normal, sampai dekat traffic light jalan besar, ayah bertegur dengan jiran yang naik motor juga.
Kemudian, “Butan, pegang ayah kuat – kuat.” Ayah berIumba dengan jiran, segala I0pak, s3mak samun semua ayah Ianggar, aku dekat belakang peIuk ayah aku kuat – kuat, rapat – rapat. Seat belakang aku boleh isi lagi 6 orang.
Awalnya masa dekat rumah, mak dah gosok baju aku nipis – nipis, t4jam-t4jam macam kertas A4. Sampai sekolah, aku dah seiras sampah sarap. Macam baru lepas kena b3ncana alam. Sebulan dua kemudian, mak suruh ayah bawa perlahan sikit sebab aku mengadu.
Aku tak tahu la ayah aku sent4p ke terasa ke apa. Tapi lepas tu memang perlahan beliau bawa. Bila lalu depan rumah jiran, sempatlah aku tengok jiran sidai kain 7 – 8 helai.
Peristiwa 2 : Masih di sekolah rendah, ayah nak hantar aku ke sekolah macam biasa. Dalam perjalanan, tiba – tiba ayah nampak kawan beliau dekat kedai. Ayah parking sebeIah, ayah borak dengan kawan dia. Aku masa kecik pendiam sikit, aku senyap je duduk belakang motor tu.
30 minit lepas tu, ayah pergi round kampung sambil nyanyi lagu Sandarkan pada Kenangan, Jamal Abdillah. Sampai dekat rumah, ayah nak turun motor, kaki beliau s4ngkut dekat aku,
Ayah: Eh Butan, buat apa ni? Kenapa tak pergi sekolah?!
Butan: Ayah tak hantar Butan pon.
5 minit ayah garu kepala.
Ayah: Ha takpa, kita cakap dekat mak hari ni sekolah tutup.
Peristiwa 3 : Cuba tanya ayah pasal anak – anak beliau, ayah memang tak tahu sangat. Pernah aku ikut ayah pergi makan, ada seorang pakcik tanya,
Pakcik: Comel anak kau, apa namanya?
Ayah: Aku panggil Butan je, nama penuh Siti Butan.
Aku: Ayah, nama Butan, Nur Rambutan laa.
Ayah: Ooh ayah lupa. Ni anak aku nombor 4, insya Allah last kot.
Aku: Ayah, Butan anak nombor 5 la. *ayah kira guna jari.
Ayah: Ha yang kelima. *pakcik tersebut garu kepala..
Ayah: Tahun ni UPSR la dia.
Aku: Ayah, Butan darjah 3 la..
Sampai sekarang pon, cuba lah tanya ayah aku nama aku. Kadang – kadang ayah jawab Siti Nurhaliza la, Awie la apa laa.
Peristiwa 4 : Sekolah menengah, aku nakal sikit. Belajar pon tak pandai mana. Aku selalu dapat amaran dari sekolah. Surat amaran tertubi – tubi datang rumah aku. Bila aku dengar posmen datang, aku cepat – cepat ambil surat lepas tu asingkan aku punya.
Aku simpan dekat bilik. Aku tak nak mak ayah aku nampak. Suatu petang, aku balik dari koko. Aku nampak ayah aku dekat bilik aku, tengah belek – belek surat amaran dari sekolah yang aku kumpul.
Ayah: Surat apa ni Butan?? *Ayah pandang tepat ke muka aku, aku dah geIabah,
Aku: Tak ayah, Butan cuma nak kumpul setem dia je. *Ayah buka semua surat tu, aku dah ketakutan. Sampul surat tu ayah letak tepi, ayah pegang isi surat tu.
Ayah: Surat ni penting ke tak?? *aku senyap je…kriik krikkk krikkk
Ayah: Kalau tak guna, ayah nak buat bakar sampah dekat tepi tu. *ayah berlalu pergi, kemudian dari jauh,
Ayah: Butan, nak setem tu, rendam dalam air baru dia tercabut.
Aku dah lega, aku yakin ayah tak sempat baca. Aku harap ayah bakar terus surat tu. Aku cuba int4i ayah dekat tempat sampah tu dari dalam rumah. Aku nampak ayah dengan pakcik Sudin. Pakcik Sudin tengah belek – belek surat tu.
Sudin: Surat ape ni?
Ayah: Surat Butan, surat amaran dari sekolah. Kau tahu la anak aku tu, ikut per4ngai mak dia.
Sebelum tu mak aku ada jugak nampak surat amaran aku, mak aku cakap aku ikut per4ngai ayah.
Peristiwa 5 : Masa sekolah menengah, aku ambil lesen kereta. Gagal test JPJ tu merupakan kenangan pahit dalam hidup aku. Waktu aku gagal tu, kecewa ya amat. Orang yang pernah gagal je faham perasaan tu.
Balik tu, ayah ambil aku. Dalam kereta ayah tanya lulus ke tak, aku tak jawab, aku terus menangis. Kemudian ayah,
‘Takpa Butan, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya, ayah akan tolong sampai Butan lulus”, ayah tersenyum.
Masa tu aku rasa tenang sangat, sedih aku hilang serta – merta. Dalam perjalanan balik, ayah masuk lorong rumah pakcik Sudin, berhenti depan rumah pakcik Sudin, ayah bukak tingkap kereta,
Ayah: Sudin oooo Sudin.!!
Sudin: Ha macam mana?!! *boleh bayangkan tak situasi dua orang pakcik, sorang dekat halaman rumah, sorang dalam kereta. Sembang jerit – jerit sampai kampung jiran boleh dengar.
Ayah: Gagal Sudin oiii kahkahkah!!
Sudin: Gagal kat mana?!!! *ayah pandang aku
Ayah: Gagal apa Butan?
Aku: Bukit.
Ayah: Bukittt!!!! Gagal bukit!!!
Sudin: Apa Butan oii, pakcik dulu dorang tak bagi bukit, dorang bagi gunung!!! Pakcik lulus dapat dekan lagi!!
Lepas tu ayah aku singgah 5 buah rumah lagi, buat perkara yang sama. Aku sebeIah tu duduk berzikir dan berdoa agar diberi ketabahan.
Peristiwa 6 : Suatu hari, aku masak tengah hari dekat rumah. Ayah pon makan, ayah panggil aku,
Ayah: Butan, Butan. Kenapa kau masak tak sedap?? *ayah berkata sambil tambah lauk.
Ayah: Tadi ayah beli daging lembu, kenapa kau masak jadi rasa zirafah ni. *sambil tambah lauk
Ayah: Masin la Butan, kau nak kawin ke? *sambil kaut nasik tambah
Ayah: Kau ke buat sirap selasih ni Butan?
Aku: Ye ayah.
Ayah: Ayah tak suka la, nampak macam telur katak. *sambil tuang air dalam cawan dan minum
Ayah: Kau kena belajar masak ni Butan. *sambil cedok lauk
Ayah: Bila masak, kita kena ikhlas Butan baru terjadi kesedapan dekat masakan tu. *sambil kaut nasik tambah, sambung makan, sendawa.
Ayah: Hmm Butan, Butan. Kenapa la masak tak sedap.
Peristiwa 7 : Aku merupakan pengguna Milo yang setia, walaupon Milo dih1na dan dikecam, aku tetap setia, susah sangat nak tinggalkan. Bila sejuk dia sedap, bila panas dia sedap. Suatu hari bekalan Milo habis dekat rumah, aku nampak ayah nak keluar, aku pon pesan kat ayah aku suruh belikan.
“Butan, Milo tu tak elok. Kandungan gula tinggi. Butan nak ke nanti kaki kena p0tong? Jantung tersumbat nak? Minum air masak je Butan, ayah bukan kedekut cuma ayah nak yang terbaik untuk kau.” Kata ayah sambil tepuk – tepuk bahu aku dan berlalu pergi.
“Hmm baik ayah,” aku duduk dekat kerusi, termenung. “MINTAK MAAF AYAH, BUTAN TAK MAMPU”, aku cakap dalam hati. Aku ambil duit, ambil kunci motor. Aku pergi warung, aku ingat nak beli milo ais ik4t tepi je.
Sampai warung, dari jauh aku nampak ayah dengan pakcik Sudin tengah makan ais kepal Milo. Elok aku sampai dekat meja ayah, ais kepal ayah dah takda. Dekat pakcik Sudin ada 2 ais kepal. Pakcik Sudin, “Pakcik suka ais kepal ni Butan, tu pakcik beli sampai dua.”
Peristiwa 8 : Hari tu aku nak tengok H4ntu Kak Limah, aku nak ajak ayah,
Aku: Ayahhh, jom tengok H4ntu Kak Limah.
Ayah: Tak payah la, ayah dah hari – hari tengok.
Aku: Bila ayah tengok? Kenapa tak ajak Butan?
Ayah: Ayah tengok kau je, cuba Butan tengok cermin, apa beza Butan dengan h4ntu Kak Limah?
Aku: Ayah..! Sampai hati ayah cakap macam tu, ayah tu warga emas kan, Butan gadai ayahh nanti tengok laa….
Aku merajuk masuk bilik, duduk termenung. Kemudian aku toleh tepi aku, aku ternampak h4ntu!! Aku terk3jut sangat. Bila aku tengok betul – betul, tu cermin rupanya. Betul la ayah aku cakap aku ada iras h4ntu Kak Limah.
Aku minta maaf kat ayah sebab cuba nak gadai ayah. Malam tu aku dengan mak ayah pergi keluar tengok wayang. Selagi ada nyawa, hargai yang sentiasa bersama.. Terima kasih admin, terima kasih yang dah baca cerita pasal mak Butan. – Rambutan
Sambungan.. Assalamualaikum, nama aku Rambutan. Seorang perempuan cantik. Dekat sini Butan nak cerita pasal kucing baru Butan. Cerita ni pendek saja. PKP 2020. Bermulanya PKP pada bulan Mac tahun lepas, aku pon bercutilah di rumah.
Impian aku nak guling – guling, makan, tidur, makan, tidur akhirnya tercapai. Tapi lepas 3 hari aku mula bosan. Aku kacau mak lepas tu kena marah. Aku kacau ayah tengah menyimen batu – bata belakang rumah. Ren0vate sikit – sikit.
“Butan, hari ni giliran kau masak kan, pegi kutip bahan – bahan sendiri kat kebun, ayah busy ni jangan kacau ayah.” Aku pon pergi la bersiap – siap nak ke kebun belakang rumah. Aku kutip la, bawang, kunyit, cili, serai, pucuk ubi.
Lepas tu aku capai kelapa yang ayah dah siap kait. Cuba teka aku nak masak apa? Aku ternampak pankin di bawah pokok ceri. Baru seminggu ayah buat pankin ni. Aku pon baring hirup ud4ra segar. Tiba – tiba aku nampak ada benda terbeIit – beIit warna hijau dekat dahan pokok ceri tersebut.
Tanpa sempat otak aku memproses, aku bangun berlari dan mel0mpat parit kecil yang memisahkan kebun aku dan kebun Pak Dollah. Ni pertama kali aku nampak ular daun. Ular kan banyak jenis. Tapi aku takut semua, ular mainan pon aku takut.
Bahan – bahan gulai lemak pucuk ubi aku semua dekat pankin tu. Tapi biar la sana. Aku sekarang berada di kebun Pak Dollah. SebeIah rumah Pak Dollah, rumah Mimi. Mimi ni kawan aku dekat kampung. Aku pergi dekat kebun rumah Mimi. Mimi ada jenguk aku dekat tingkap atas rumah,
Mimi: Woi Butan, PKP ni!!
Butan: Aku nak balik la ni nak ikut depan. Belakang rumah aku ada ular.
Tengah aku nak balik, ada suatu makhluk kelabu gesel – gesel kat kaki aku. Dia ikut aku.
Butan: Mimi, anak kucing kau ikut aku.
Mimi: Bawak la balik Butan. Aku ada banyak lagi ni. Tapi kucing tu bisu, bye Butan.
Belum sempat aku cakap apa – apa, dia tutup tingkap. Aku tak boleh beIa kucing tuan puan. Mak ayah aku tak bagi. Aku ambik anak kucing tu, aku letak dekat rak kasut Mimi. Aku lari laju – laju balik sebelum mak seb4t aku.
Sampai rumah aku tengok anak kucing tu ada dekat kaki aku. Kemudian aku dengar suara mak memanggil. Aku cepat – cepat sorokkan anak kucing tu dalam baju. Aku lari masuk bilik, aku letakkan anak kucing tersebut.
Aku tutup pintu dari luar. Aku pergi ke dapur. Bahan – bahan yang aku tinggal dekat pankin tadi ayah aku dah bawak masuk rumah. Aku mula memasak. Aku keluarkan ikan kembung. Sekor aku rebus bagi anak kucing tersebut.
Tengah aku masak, aku fikir siap – siap nama anak kucing tu. Nama dia Kiki. Misi aku sekarang ialah elakkan mak ayah tahu aku bawak balik Kiki. Marilah Butan flashback sedikit kisah kenapa mak ayah Butan tak suka kucing.
Kucing terakhir kami bela ialah Jojo. Mula – mula Jojo merupakan kucing yang baik tetapi lama kelamaan Jojo mula k3ncing di dalam rumah. Orang cakap Jojo ni tanda kawasan tapi satu rumah Jojo tanda. Risau lama – lama Jojo halau kami dari rumah sebab semua dah jadi kawasan Jojo.
Katil Butan, sofa baru mak, sejadah ayah dan pelbagai lagi semua jadi m4ngsa k3ncingan Jojo. Akhirnya Butan tak bagi Jojo masuk rumah dah. Kemudian Jojo lari rumah. Sejak tu mak ayah tak bagi kucing masuk rumah. Tapi Kiki masih baby lagi. Umur dalam sebulan lebih. Aku kesian dekat Kiki.
-Hari Pertama : Aku bagi Kiki makan ikan rebus yang dibuang tuIang. Aku bagi makan dalam bilik aku. Kemudian masa mak ayah leka tengok tv. Aku ambik pasir kat luar rumah. Aku letak dalam besen untuk Kiki buang naj1s.
Aku letak elok – elok dalam bilik. Kiki ni bisu, comel, warna kelabu terang, mata biru cair. Macam sayang pulak nak pulangkan ke Mimi.
-Hari Kedua : Disebabkan PKP tak boleh keluar, aku pesan dekat ayah beli ikan banyak – banyak sikit. Mak ayah aku tak syak apa – apa sebab aku kuat makan. Kali ni aku bagi dia makan ikan bakar. Lepas tu aku teringat mak ada minum susu kambing bancuh – bancuh tu.
Aku bancuhkan untuk Kiki. Banyak Kiki minum. Aku tukar pasir Kiki 2x sehari. Yang bert4ik aku pulang balik, aku ambil yang bersih. Dia pandai k3ncing b3rak situ. Aku bangga dengan Kiki sebab dia dengar cakap aku.
Bila tidur, Kiki akan tidur atas kepala aku. Manja Kiki ni. Kiki ni tak kotor. Dia rajin jiIat badan dia. Kadang – kadang dia jiIat aku sekali.
-Hari Ketiga : Aku rebus ikan, aku tak buang air rebus tu. Rupanya Kiki suka minum air rebus tu. Dia jiIat – jiIat sampai habis. Tiap kali aku bagi makan, Kiki akan habiskan licin. Aku suka kucing jenis yang bersyukur apa adanya ni.
Macam biasa la aku tukar pasir. Nasib la ayah aku tengah renovate rumah. Adalah pasir aku nak remb4t. Aku bawak Kiki pergi kebun belakang walaupon aku masih tr4uma dengan penampakan ular dekat situ. Aku bagi Kiki main lari – lari.
Kemudian aku nampak Mimi melintasi kebun Pak Dollah. Dia menuju ke arah aku. Dengan muka tak bersalahnya, “Best lah kebun ayah kau ni Butan, bersih. Banyak pokok. Ayah kau tanam apa – apa semua menjadi kan. Elok hidup sihat pokok – pokok kau. Ayah aku tanam tak ada yang hidup, m4ti semua.”
Kenapa lah dia nak samakan ayah aku seorang pekebun dengan ayah dia seorang penggaIi kubvr. “Butan, mak ayah kau marah tak? Kalau marah biar aku bawak dia balik.” tanya Mimi sambil usap – usap Kiki. “Tak payah lah Mimi. Biarlah aku jaga. Mulai sekarang Kiki ni anak aku.”
-Hari Keempat : Aku bangun nak solat subuh. Dalam keadaan mamai, aku lupa tutup pintu. Aku solat dekat ruangan solat dengan mak ayah. Siap solat aku baru perasan Kiki ada sebeIah aku. Mak ayah nampak. Mereka terk3jut. Aku cepat – cepat bawak Kiki masuk bilik. Kemudian mak panggil aku.
Mak: Mana kau dapat tu Butan? Jantan ke betina?
Butan: Betina kot. Kucing Mimi dia ikut Butan balik.
Mak: Pulangkan la balik kucing orang. Nanti besar beranak – renek susah nak jaga.
Ayah: Patutlah ayah bancuh simen ada t4ik kucing.
Aku masuk bilik. Aku nangis. Kiki ni comel macam aku, seiras sebab tu aku sayang dia. Aku tertidur. Dalam pukuI 8 aku terbangun dengar ayah hon kereta. Ayah minta aku tolong angkat barang. Aku nampak ayah beli bekas pasir kucing, pasir kucing, susu kucing, wetfood dengan mainan kucing.
Betapa gembiranya aku bila tahu ayah aku dh mula terima cucu dia. Tapi mak aku macam tak gembira, “Semua simpan dekat belakang, pasir – pasir letak dekat belakang. Jangan simpan dalam bilik kau. Biar kat dapur semua.”
-Hari Kelima : Aku dah mula jaga Kiki secara open. Mak jeling – jeling je.
-Hari Keenam : Aku dengan mak pergi dekat stor rumah, mengemas. Aku bawak Kiki sekali. Masuk je stor, melompat mak aku sebab nampak seekor tikus tengah menggeIabah. Maka Kiki dengan beraninya pergi kejar tikus tu sampai hilang ke mana tah tikus tersebut.
“Butan bagi Kiki makan, letih dia tu. Bagus Kiki ni. Tak macam Jojo dulu, tikus lalu sebeIah dia buat dek je.” Nampaknya mak dah mula suka si Kiki.
-Hari Ketujuh : Malam tu aku terdengar mak gelak – gelak dalam bilik. Apa lah yang mak bergurau dengan ayah tu. Kemudian baru aku teringat ayah tengah dalam jamban. Aku masuk bilik. Aku tengok mak tengah bergurau senda dengan Kiki. Oow patutlah Kiki malas layan aku sekarang.
-Hari Kelapan : Kiki tak nak layan aku.
-Hari Kesembilan : Mak ayah aku asyik main dengan Kiki, bagi Kiki makan sedap – sedap. Kiki pon dah malas layan aku. Kiki, mak dan ayah dah jadi satu keluarga bahagia. Diabaikannya aku ni.
-Hari Kesepuluh : Aku menyelinap ke kebun rumah Mimi. Aku nampak Mimi kat tingkap dapur. Aku terus jumpa dia dengan jarak yang selamat.
Butan: Mimi, kau ada anak kucing lebih tak?
Mimi: Ada kejap.
Mimi ni rumah dia banyak kucing, dia memang suka bagi orang sebab kucing – kucing dia subur sangat asyik beranak je. Mimi datang bawak kucing warna putih nampak sebaya dengan Kiki tapi Kiki dah gemok. Dia bagi aku.
Mimi: Ni adik beradik Kiki ni. Ada lagi sekor warna kelabu putih kalau kau nak. Mak dia beranak 3 ekor hari tu.
Butan: BagiIah semua sekali.
Aku pon bawak balik anak kucing yang aku beri nama Kaka dan Koko. Sampai dekat rumah, berebut mak ayah aku nak Kaka dan Koko. Bila Kiki tengok mak ayah dapat anak kucing lain, barulah si Kiki ni nak ajak bergurau senda dengan aku.
Dipujuk – pujuknya hati aku yang terIuka kena abai ni. Itu jelaa aku nak cerita. Kiki, Koko dan Kaka dah gem0k sekarang sebab dorang tak puasa. – Rambutan (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Iza Yanti : Lagi sekali, aku terhibur dengan cerita ko Butan.. Bapak ko, mak ko.. Dedua kelakor sebab tu ko pun kelakor.. Berkali – kali gak la aku gelak dengan cerita ko. Well, pakcik sudin pun antara watak sampingan yang kelakor gak.
Eija Liza : Hahahhahahah butan oh butan family ko memang ceria kan, terhibur aku membacanya. Dari kisah sebelum ni, bawa ke kisah mak ko, skang ni kisah ayah ko pulak. Ko buat la apa – apa cerita butan, aku tetap jadi pembaca setia kisah – kisah ko hahahaha. Terima kasih butan ceriakan hari aku.
Cheryl Sha : Butan, tolonglah sambung apa – apa cerita. You are really gifted. Just love all your stories especially pasal your Mom. Rupa – rupanya dari nenek, parents sampailah ke Butan.. sama je kepala.. SeIamba giIer and kelakar.
Cerita kucing pun best sangat. Thanks Butan sebab menceriakan hari saya ni. You are really awesome and cute. Stay safe ya.
Nozie Abdullah : Butan ko memang lawak lah. Terima kasihlah kat ko butan sebab aku happy lepas baca cerita ko ni. Pesan aku 1 je sayangiIah bapak dan mak masa mereka ada lagi.
Sheira Nordin : Butan ni cerita pasal kucing pun kelakar. Apa – apa cerita dari butan semua memang tak sah la kalau tak ketawa. Up la cerita banyak – banyak lagi.