Mama aku doktor, patutnya dah ada 4 biji banglo dengan 2 Ferrari tp hutang byk sbb bapak

Mula dari awal kahwin lagi semua gaji mama sebagai doktor bagi dekat bapak. Sesen pun dia tak pegang duit gaji dia, mama aku nak beli baju baru pun dia tak bagi. Ada satu hari tu mama aku beli barang dapur, dia bayar guna kad, kad ditolak. Bila mama cek, terk3jut tengok jumlah hutang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Thank you admin kalau cerita aku disiarkan. Semalam aku nangis sepanjang malam lepas sembang dengan mama aku pukuI 1 pagi. Aku umur 19 tahun. Mama and baba dah bercerai sejak aku berumur 12 tahun.

Semalam aku baru tau semua rahsia yang bapak aku pernah buat dekat mama aku. Selama ni aku tak rasa apa apa sebab kitorang 8 adik beradik walaupun ibubapa aku dah bercerai, tapi masih dapat kasih sayang secukupnya dan mama dan bapak masih boleh bercakap macam biasa.

Mama baba baik sangat. Banyak tolong kitorang kalau ada masalah. Duit tak pernah kedekut. Kalau outstation mesti tinggal duit. Selalu bawa makan. Aku happy sangat, serious aku happy. Aku sayang giIa keluarga aku.

Cuma dalam aku happy tu tak sangka ada yang pernah s4kit dulu. Diorang kahwin masa mama aku umur 26 tahun, bapak aku 27 tahun. Ketika itu mama aku baru lepas habis practical and dah mula jadi doktor.

Bagi mama aku, bapak aku tu segala – galanya. Biasalah isteri. Kalau pergi pasar, isteri akan beli apa yang suami suka makan. Tapi kalau suami pergi pasar, dia beli apa dia nak je. Jadi bila mula kahwin, gaji mama aku semua dia bagi kat bapak aku.

Sesen pun dia tak pegang duit gaji dia. Jadi bapak aku yang selesaikan duit bil rumah, duit belanja anak – anak, duit kereta, duit segala hutang. Mula – mula tu okay, bapak aku buat kerja dia. Tapi dia punya kedekut tu sampai mama aku nak beli baju baru pun dia tak bagi.

Mama aku pernah nangis minta nak baju kerja baru sebab dia pakai baju kerja dia dah 5 tahun. Gaji doktor weh mama aku cakap, gaji pertama dah dapat RM 4000 – RM 5000. Tapi nak beli baju kerja baru tak dapat!

Lepas dah 14 tahun kahwin macam tu jugak, bapak aku ada perempuan lain and perempuan tu budak office dia sendiri. Masa ni mama aku tengah mengandungkan abang aku. Entah macam mana mama aku jumpa perempuan tu dan cakap terus terang.

Akhirnya perempuan tu tinggalkan bapak aku. Korang nak tahu tak, bapak aku konon kemurungan tak makan nasi sebab putvs dengan perempuan tu padahal isteri kat rumah tengah mengandung. Perempuan tu akhirnya keluar dari office tu dengan ada lagi dua kawan dia yang baik dengan mama aku.

Tapi cerita tak habis kat situ. Tahun 2006, bapak aku buat per4ngai lagi bercinta dengan budak office dia. Bapak aku boss kan, padahal naikkan perniagaan dia pakai duit gaji mak aku juga, tak sedar diri.

Waktu ni mama aku cakap dengan bapak aku, ni dah kali kedua and akan jadi lebih teruk, kalau nak teruskan, teruskan. Mama aku dah penat, kalau orang dah tak nak kita buat apa mama aku nak merayu lagi kan? Cukup sekali.

MaIangnya bapak aku tak kesah pun and teruskan berscandaI dengan janda office dia tu. Masa ni banyak sangat perubahan bapak aku. Mama aku habis kerja pukuI 2 petang, pukuI 5 – 6 petang baru bapak aku ambil.

Kadang – kadang bapak aku hantar kakak aku pergi sekolah, lepas tu gayut dekat handphone dengan janda tu, bila mama aku nak cepat, nak pergi kIinik, call tak dapat. Padahal ntah – ntah beli handphone pun guna duit mama aku.

Mama aku penat, setiap kali g4duh, mesti bapak aku yang menang. Sepanjang tahun 2007, diorang g4duh, akhirnya nanti mesti mama aku yang akan kalah dan rasa bersalah dengan ayah aku. Apa – apa mama aku cakap, ada je dia nak tepis, lepas tu Iawan.

Jadi mula tahun 2008 and 2009, mama aku dah malas g4duh and biar je bapak aku nak buat apa. Masa dua tahun ni banyak benda yang mak aku baru sedar. Ada satu hari tu mama aku beli barang dapur, dia bayar guna kad, kad ditolak.

Mama aku try lagi satu kad, kad ditolak. Sebaik kad lagi satu valid. Waktu tu mama aku dah risau sebab kad dia semua kena tolak sebab hutang dah banyak sangat. Mama aku mula check balik semua hutang dia dan sump4h mak aku terk3jut giIa dan tak tau nak buat apa.

Hutang banyak, simpanan takde padahal mama aku doktor patutnya dah ada 4 biji banglo dengan 2 Ferrari tapi tak mak aku masih pakai baju kerja yang sama. Tahun 2010 mama aku dah tekad untuk pegang duit gaji dia sendiri.

Bapak aku perasan sebab mak aku dah stop bagi duit gaji. Dia marah, dia kata macam mana dia nak bayar duit rumah, duit hutang kereta semua, padahal semua tu tanggungjawab dia bukan mama aku. Mama aku mula bayar semua hutang yang bapak aku dah buat.

Mama aku jual semua rantai gelang emas dia, menangis mama aku cerita ke aku. Aku pun nangis sama. Mama aku berjaya habiskan hutang banyak – banyak tu lepas 4 tahun macam tu. Waktu ni aku kecil lagi jadi aku tak terasa dipinggirkan ke apa, tapi kakak abang aku terasa.

Bapak aku sebok dengan betina tu, mama aku cari duit nak bayar hutang. Oh bapak aku dah kahwin dengan perempuan tu tahun 2010 macam tu rasanya. Tahun 2012, mama baba cerai. Itu pun lepas naik turun mahkamah banyak kali sebab bapak aku taknak lepaskan mama aku.

Tahun 2014, alhamdulillah mama kahwin dengan lelaki lain. Dan sekarang 2019 aku dah umur 19 tahun. Mama aku dah tak s4kit hati, bapak aku walaupun macam tu masih bagi anak – anak duit, bayar duit yuran anak – anak.

Aku tak rasa kurang kasih sayang atau tak cukup makan ke apa. Mama aku pun dah maafkan bapak aku, dan dah berbaik dengan bini bapak aku. Adik beradik aku semua dah boleh terima bapak tiri aku dengan hati yang terbuka.

Bila dengar cerita mama aku semalam, sump4h aku sedih giIa sampai aku rasa tak nak kahwin. Mama aku kuat dan aku tak macam mama aku. Aku mungkin mer0yan dan letak r4cun tikus kat makanan laki aku nauzubillah.

Aku tak nak bagi pengajaran, aku rasa korang semua tau apa pengajaran dia. Aku cuma nak bapak aku tau yang aku serius sedih dengan apa dia buat. Hormat aku pada dia takkan aku lupa. Tapi tengok mama aku nangis semalam aku betul – betul terkesan.

Aku tau benda yang lepas biarkan berlalu, aku tak dend4m pun. Aku cuma terkesan. Terima kasih yang sudi baca. – Od

Komen Warganet :

Irma Hazwanis : Tak, apesal mama awak bagi gaji kat bapak awak? Sepatutnya, gaji dia hak dia, bayar – bayar tu semua tanggungjawab suami. Isteri nak tolong boleh, tapi bukan semuanya jadi bebanan isteri.

Hurm, apa – apa pun benda dah jadi, masing – masing pun dah happy. Semoga awak dapat pasangan yang betul – betul bertanggungjawab.

Sal Fa Rina : Saya ada kenal sorang suami yang pegang kad bank isteri. Isteri langsung tak reti nak keluarkan duit daripada ATM. Masa hayatnya, dia uruskan segala – galanya. Selepas meninggaI, isteri terk3jut sebab harta yang ditinggalkan terlalu banyak.

Tapi dia 1 dalam sejuta. Sampai sekarang budi baiknya masih disebut – sebut isteri dan ipar duai. Walau anak – anak suruh maknya kahwin lain, tetap tiada pengganti dalam hati si isteri

Tiin We’en : Benda yang aku tak akan buat pun, bagi semua gaji dekat suami? Belanja, bagi hadiah ok la. Tapi bagi SEMUA gaji is a BIG NO NO ladiess. Tanggungjawab suami cari nafkah. Apa para suami nak jawab depan Allah esok – esok, sedangkan tubuh badan sihat, punya upaya tapi menghabiskan duit isteri?? Sangat memalukan!

Intan-Lynn Hazellyinn : Ibu masa keje dulu, kad ATM ibu, abah yang pegang. Bila abah keluarkan duit gaji, dia bagi semua dekat ibu. Tak pernah ambik sesen pun, ibu sendiri tak tau no pin dia, no akaun, nak cucuk duit pun tak tahu.

Hahaha. Abah pula lepas dapat gaji, dia bagi semua kat ibu, untuk ibu agih – agihkan untuk bayar semua hutang sebab abah boros sikit macam anak dia Gaji sikit, kena pandai uruskan.

Orang nampak ibu macam queen control sebab pegang gaji abah, sedangkan abah yang bagi semua duit kat ibu untuk ibu uruskan dengan rela. Ibu accountant family no 1. Sekarang ibu jadi tukang simpan buku account saya dan anak – anak.

Ibu tau anak dia boros.. Jadi, buku-buku account dia yang pegang sebab kalau nk keluarkan duit, ibu akan tanya dulu, tujuan semua. Sama jugak buku account anak – anak saya. Takut saya terguna, jadi dia simpankan buku – buku account cucu dia.

Alhamdulillah, ibu ngan abah amanah. Tahu main peranan masing – masing. Abah cucuk duit gaji ibu,  ibu pulak uruskan semua duit gaji untuk kelangsungan hidup untuk bulan seterusnya. Sekarang ni dua – dua dah pencen.

Duit gaji saya, kad ATM saya, saya pegang sendiri, urus sendiri. Jumlah gaji saya pun husband tak tahu sebab saya pegang prinsip, gaji aku hak aku, gaji laki ada hak aku jugak. Berbeza dengan ibu dan abah.

Norizan Mamat : Salam, Sedihnya jadi isteri gitu. Makcik dapat rasakan keinginan untuk jadi isteri yang terbaik. Kekadang ada sejenis perempuan yang fikir, jika ada orang nak uruskan masalah kewangan, buat apa kita nak pening.

Sorang jer kontrol. Hmmm.. Makcik ada kenal seorang kawan. Dia kahwin suka sama suka. Lelaki yang baik. Jadi, dia serahkan kad bank supaya suami uruskan segala bayaran hutang motor, kereta dan sebagainya.

Duit belanja pun dia minta dengan suami. Mereka tinggal berjauhan. Pjj. Kemudian, suami beritahu yang motornya dah kena tarik. Kawan makcik kelam kabut balik. Hmmm… Dapat selesaikan dengan bayar cash, pinjam kat keluarga isteri.

Kemudian, dia dengar suami ada skandaI dengan orang sekampung. TerIukanya dia. Selepas itu, dia mula tidak percaya. Dia minta semula kad bank. Suami dia memang marah, tapi dia tak peduli. Panjang kesahnya, tapi, endingnya bahagia la.

Sebab dia sedar awal, bukan 14 tahun, tapi dua tiga tahun lepas kahwin. Dia berusaha untuk kekalkan perkahwinan dan suami juga cuba berubah. Yer, ada yang boleh berubah. Cuma, makcik nak beritahu, sekarang ni semua benda boleh urus secara online.

Jangan lagi harap suami urus dengan memberi segala gaji kita pada mereka. Ada kebarangkalian untuk suami berp0ya – p0ya dengan pompuan lain guna duit kita. Hampes ? Memang pun. Semoga kita tabah dan bahagia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.