Suami saya seorang raja. Tetapi seorang raja yang kej4m

#Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Terima kasih kalau kisah saya disiarkan. Tujuan saya cerita ni cuma nak share yang lelaki seperti ini wujud. Mana tahu ada juga yang senasib dengan saya.

Bekas suami saya seorang raja. Tapi raja yang tyr4nny, raja yang kej4m. Saya berpisah dengan dia selepas 12 tahun bertahan. Masa kami bercinta dulu, dia agak terkenal di kampus. Dia memang jejaka pilihan idaman gadis – gadis. Sifatnya yang gentIeman, buat semua cair termasuk saya. Nak naik kereta, dia bukakan pintu. Kalau ada lumpur kat tengah jalan, “hati – hati awak nanti terkena lumpur”. Makanan semua dia belanja, senang cerita memang husband materiaI.

Disebabkan saya nampak dia macam boleh dibuat suami, saya pun setuju berkahwin dengan dia. Tapi semuanya berubah. Selepas kahwin, perkataan tak elok didengar semua dia lepas. Balik kerja, campak stokin, kasut, duduk di sofa tengok tv. “Air!” Bila dia jerit, saya kena cepat – cepat ambil kalau tak mahu kena marah.

Makanan, lauk, saya letak atas meja kecil dan angkat bawa ke dia kat ruang tamu setiap hari. Air basuh tangan, berus gigi, ubat gigi, semuanya lah. Bila saya minta dia ambil sendiri, dia meng4muk campak makanan tu semua kata yang seorang suami takkan pernah jejak kaki kat dapur. Tu kawasan isteri. Sepanjang kahwin, kami tak pernah makan sekali. Saya akan makan sorang – sorang di dapur selepas dia habis makan. Saya tak dibenarkan makan sebelum suami.

Masa saya mengandung anak pertama, sikap suami masih tak berubah. Setiap hari saya angkat meja kecil, yang agak berat untuk saya masa mengandung tu hidang makanan dia. Saya sangat penat, bila saya bagitau bekas suami yang saya tak larat, dia kata saya kena tahan sebab itu tugas saya. Tugas dia cari nafkah untuk keluarga. Tapi…. saya pun kerja juga… separuh barang rumah saya yang bayar.

Lepas anak sulung lahir, masa dalam pant4ng, saya terp4ksa masak, hidang, angkat meja, air, berus gigi, gosok baju, mop, sapu, dan banyak lagi kerja saya terp4ksa buat. Sampai saya masuk wad, suami suruh balik sebab tak ada orang nak buat semua tu untuk dia. Saya terp4ksa menurut. Hampir setiap hari saya dibrainwash,bekas suami selalu ulang, orang lain yang berkahwin pun hidup macam ni. Setiap hari dengar mcm tu, saya macam betul – betul menyangka orang lain mcm kami.

Lepas anak kedua lahir, masa dalam pant4ng, sama juga saya tak dapat berehat. Saya buat semua kerja, kalau ada yang tak kena, dia akan tengking saya, marah saya depan anak – anak. “Kau ni isteri tak berguna! Urus rumah pun tak pandai! Baik aku kahwin lain je!”. Setiap hari bekas suami marah saya, sehinggakan sampai besar anak – anak merendahkan saya. Kalau saya tegur anak – anak buat salah, mereka akan jawab, “berani mak marah along, along rep0rt kat ayah. Siap mak kena dengan ayah nanti.” Allahu… anak sendiri buat begini kat ibunya. Saya kecewa sangat.

Beberapa bulan selepas saya lahirkan baby ketiga, saya dimasukkan ke wad disebabkan k4nser payud4ra. Anak ketiga saya masih lagi menyusu badan. Waktu itu saya tak tahu cara nak pam bagi anak kat rumah. Bekas suami telefon, saya gembira sangat. Saya ingat dia mahu tanya khabar. Tapi dia suruh saya balik sebab tak ada orang jaga anak. Disebabkan perasaan rindu pada anak bayi saya, saya balik.. dan terus buat kerja – kerja rumah. Saya rasa lebih hin4 dari binatang. Sedangkan orang yamg pelihara binatang, mereka akan bawa ke veterinar kalau s4kit. Tapi saya?

Setiap hari bekas suami tekankan isu ketaatan isteri. Suami itu raja. Isteri kena menurut perintah suami. Saya bagaikan kena brainwash. Setiap malam suami saya akan main futsal, dia kata bila raja str3ss, kena ada hobi untuk release tension. Tapi bila saya str3ss, saya cuma mampu bertahan. Bila kawan – kawan kampus saya dulu invite minum sejam dua ataupun wedding, saya tak boleh pergi. Pernah sekali saya persoalkan, kenapa masa bercinta dia lain, lepas kahwin lain. Dia jawab, “sebab kau dah jadi isteri aku. Buat apa aku nak susah – susah senangkan kau”. Bila saya tanya dia cintakan saya atau tak, dia jawab “kau dah macam keluarga. Buat apa nak cintakan kau bagai nak rak. Buang masa je”.

Suatu hari waktu tahun ke 11 berkahwin, saya terserempak dengan kawan saya kat pasar, lama kami tak jumpa, dia tanya kenapa saya nampak muram je. Saya dah tak tahu nak bercerita pada siapa, saya luahkan semua pada dia. Saya menangis dihadapan kawan. Dia peIuk saya, dia bacakan saya ayat Al-quran tentang tanggungjawab sebenar seorang isteri, tanggungjawab seorang suami. Dia juga tekankan bahawa tiada raja untuk manusia selain Allah. Ini adalah saat di mana saya tersedar yang selama ni bekas suami brainwash saya. Saya teruskan kerja seperti biasa.

Saya buat pinjaman beli rumah lain senyap – senyap. Saya memang dah ada kereta. Saya upah peguam untuk uruskan perceraian saya. Anak kedua dan ketiga perempuan, saya bawa keluar ikut saya. Tapi anak pertama lelaki tak mahu. Dia masih merendah – rendahkan saya, ibunya. Betul – betul tolak untuk tinggal dengan saya. Kelakuannya pun sama seperti ayahnya. Jadi saya akur dan redha.

Pada awalnya bekas suami saya meng4muk macam orang hilang arah, suruh saya pergi tanpa bawa anak – anak. Dia herdik saya kata saya ni hanya h4mba dia. Dia tengking kata saya hanya mengandungkan benih dia, itu adalah 100% anak dia. Dia hanya menggunakan badan saya untuk lahirkan zuriat dia.. saya terkedu.

Sebelum keluar, saya pandang bekas suami lama – lama.. saya kata, “di mana lelaki yang saya kenal dulu.. yang baik hatinya, solatnya dijaga, baik budi pekertinya? Tengok ibu kepada anak – anak abang ni, tatap wajah ni, betul ke abang tak cinta perempuan ni?” Dia tak menjawab. Sebaliknya, dia tamp4r saya dan suruh saya pergi. Inilah saat di mana pemerintahan Raja ni berakhir.

Saya hidup dengan 2 orang anak saya seperti biasa. Setiap hari saya ubah mindset anak – anak perempuan saya. Saya pesan jangan jadi macam ibu. Taat pada suami sekiranya suami baik. Banyakkan bertanya pada orang, bagaimana hidup mereka masa berkahwin. Bukan untuk membawang, tapi untuk kita belajar dari kesilapan. Dulu saya dan anak – anak perempuan makan di lantai dapur. Tapi sekarang kami makan bersama – sama di atas meja.. saya tahu tak semua lelaki seperti bekas suami saya. Tapi bila orang tanya saya tak mahu kahwin lagi ke? Saya tak mahu.

Saya sayang diri saya. Saya sayang anak – anak saya. Saya takut sebelum kahwin baik macam malaik4t, tapi selepas kahwin berubah. Ada ke perempuan lain yang macam saya, terpaksa jadi h4mba kepada Raja syok sendiri? Saya harap, perempuan2 di luar sana… janganlah cepat menilai. Entahlah, tak ada pun spesifik cara untuk tahu lelaki tu baik ke tak.. ikut nasib dan takdir. Hmm..

– H4mba sementara

Komen Warganet :

Annynawati Syamsurizal

Tahniah puan kerana telah berjaya keluar dari kekej4man. Sesungguhnya saya sedih bila melihat ada wanita yang memperh4mbakan diri, merendah-rendahkan diri kepada seorang lelaki. Kita wanita yang istimewa, yang ada hak dan cintailah diri kita dahulu untuk kita mampu mencintai yang lain.

Lavender Rhea Hana

Paling tak suka kalau lelaki anggap wanita ni h4mba and semua kena taat kat depa.

But sometimes dalam masyarakat kita sendiri pun asyik tekan pasal betapa berd0sa seorang isteri andai tak ikut cakap suami.

Tapi kurang nak sentuh berd0sa juga suami tak jaga hati isteri, tak bagi nafkah and banyak lagi sebenarnya tanggungjawab suami sebenarnya. Nasib jugalah sekarang Ustaz Ebit Lew banyak cerita tentang betapa penting suami layan isteri dengan baik. Semoga masyarakat kita lebih terdidik tentang ini.

Apa pun syabas sebab Puan ambil keputusan untuk lepaskan diri daripada manusia macam tu. As for me kalau kita pun memang ada career, ada education and ada kudrat, sekali lelaki naik tangan pun rasanya memang dah angkat kaki.

Sorry kita bukan pvnch bag untuk dipukuI and kita bukan h4mba nak buat semua kerja untuk dia.

Masaniza Ibrahim

Kalau puan hadap selama 12 tahun, ada kenalan saya bertahan lebih dari itu. Dia  pernah minta pendapat saya, saya hormat dia seperti makcik saya, dan dalam berlapik, saya suarakan untuk dia tinggalkan suaminya dan bawa anak yang 5 orang tu tinggal dengan dia, jawapannya anaknya yang bongsu masih belum putus susu dan manja dengan ayahnya, sedangkan die bekerja 1/2 hari saje anaknya dah merengek dan suaminya dah telefon untuk pulang ke rumah segera.

Suaminya lagi banyak masa jadi biawak hidup daripada keluar bekerja. Bila dapat kerja sebulan kerja, sebulanlah tak diendahkan isteri dan anak – anak di rumah ada duit belanje atau barang nak masak. Ada duit gaji lebih pun berkira, sikit pun berkira.. Allahu.. belum lagi kes yang melibatkan suami dia keluar masuk penj4ra. Saya tak kuat nak dengar kisah dia hari – hari, cuma seingat saya ramadhan tahun lepas ada rakan sekerja saya terserempak dengan dia dan anak – anak berjalan kaki ke masjid yang paling dekat tapi jauh untuk berbuka puasa.

Cik Aimie

Speechless. Tapi alhamdulillah puan dapat lepas daripada suami. 12 tahun tempoh yang lama dapat bertahan. Kalau puan free nanti, puan buat lagi confession boleh? Teringin nak tahu macam mana keadaan anak lelaki, bekas suami dan kehidupan puan sekarang.

Radin Arishah

Alhamdulillah, puan berjaya lepaskan diri dari cengk4man kuku besi dia. Pernah baca pasal characteristics of abus1ve, controlling men, memang classic la dorang sangat – sangat  baik masa c0urting, dah dapat memang berubah terus. So, dalam fasa bercinta, kena waspada kalau nampak pasangan tu terlalu baik. Bukan nak kata kita perlu cari b4d boys, just be extra careful. Actually, some of them ada jugak tunjukkan ciri – ciri jahat tu semasa c0urting lagi, tapi perempuan kan sangat pemaaf dan then blame themselves and say kalau dia marah tu mesti salah aku sebab dia kan baik, takkan tak pasal – pasal nak marah.

Apa kata anda?