Ayah kata kalau aku terima calon pilihan keluarga, baru ayah sayang. Baru berapa bulan kahwin bibir aku dah pecah

Satu hari aku balik dari kerja, tiba2 ibu bagitahu ada cincin risik atas almari dan hujung minggu aku akan bertunang. Langsung tak tanya pendapat aku. Masa awal honeymoon, aku bergurau dengan suami, aku suruh dia tolak aku ke tengah tasik. Aku tak sangka dia buat betul!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku adalah seorang isteri hanya atas nama tanggungjawab yang telah belayar jalani bahtera rumahtangga hampir 21 tahun. Maaf jika kisah aku kongsikan ini tidak sesuai untuk di ceritakan di sini.

Aku cuma ingin meminta pendapat dan pandangan untuk aku menilai dan membuat keputvsan yang betul dalam hidup aku. Aku ringkaskan pengenalan tentang diri aku untuk mudah memahami jalan cerita hidup aku.

Aku berkahwin dengan suami bukan atas dasar cinta. Malah tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Tapi kami disatukan oleh orang tua. Walaupun sejujurnya aku tidak setuju, tapi bila dengar kata – kata ayah, “kalau dengar cakap ayah, ayah sayang” aku jadi kesian dan akur dengan semua keputvsan.

Acara merisik berjalan tanpa pengetahuan aku. Balik kerja sahaja ibu aku cakap, “atas almari ada cincin merisik. sabtu ni tunang” aku terk3jut dan terdiam. Barang hantaran pula semua ibu dan ayah yang pilih dan sediakan.

Akhirnya kami pun mengik4t tali pertunangan. Selepas 2 bulan bertunang, kami sah menjadi suami isteri. Orang kata bercinta lepas nikah ni bagus. Awal perkahwinan baru nak mula lahirkan bibit – bibit sayang dan cinta.

Tapi ianya tidak terjadi dalam perkahwinan kami. Jarak umur antara kami adalah 10 tahun. Perasaan sayang pada suami mula hadir. Tapi aku tidak dapat merasakan yang dia juga menyayangi aku. Suami tidak romantik dan tidak pandai mengambil hati aku.

Beberapa bulan selepas nikah. Suami bawa aku riadah ke Tasik Biru. Kami main air dan menaiki bot pelampung yang kami bawa sendiri. Tak tahu di mana silapnya. Hanya kerana aku cakap, “tolaklah kalau berani” lebih kurang macam tu ayat nya.

Tapi aku tak sangka suami aku sanggup tolak bot ke tengah. Dan aku dalam ketakutan kerana sem4kin lama bot pelampung yang aku naiki itu sem4kin ke tengah. Suami hanya lihat sahaja aku tanpa melakukan apa – apa.

Waktu sampai ke tengah – tengah tasik yang dalam aku merasakan yang aku akan m4ti. Saat paling mengerikan kerana aku tidak tahu berenang. “Kalau aku jatuh ni, mesti aku m4ti!” Perasaan takut sem4kin kuat. Aku melambaikan tangan ke suami mohon tolong selamatkan aku.

Dia mula berenang tapi sampai ke tengah dia tidak boleh bertahan kerana air terlalu dalam. Mujurlah ada orang main jetski di situ datang tolong tarikkan bot ke tepi. Syukur sangat aku selamat. Tapi maIangnya suami memarahi aku kerana dia hampir Iemas untuk menyelamatkan aku. Ya Allah.. salah aku ke?

Dalam kes lain pula, aku tidak menyangka suami aku berani pukuI aku hingga pecah bibir hanya kerana aku belikan dia selipar tanpa minta izin. Allahuakbar, bukan nak berterima kasih, malah dimarahi. Dia halau aku keluar dari kenderaan pada waktu malam.

Tapi aku tak turun sebab waktu tu gelap dan aku takut. Ini semua terjadi pada tahun pertama perkahwinan kami. Kali ke 2 dia pukuI aku hingga terh3ntak kepala aku di kereta. Puncanya aku dah lupa kenapa. Sejak itu aku mula takut dengan suami hingga sekarang.

Apa saja yang dia cakap dan suruh aku perlu buat dan ikut. Sehingga sekarang suami tidak pernah memujuk dan meminta maaf atas apa yang dia telah lakukan terhadap aku. Aku tahan dan p3ndam perasaan s4kit sendiri.

Banyak sikap dan per4ngai dia yang aku tak suka tapi aku terp4ksa ikut. Aku tak ada hak untuk bertanya. Apa saja yang aku tanya dan bagi pendapat selalu tidak di dengar lalu dimarahi. Aku s4kit tapi aku diam. Selama 20 tahun menjadi isterinya, sekalipun dia tidak pernah memberikan aku hadiah harijadi.

Bila aku tanya. Dia cuma bacakan Al Fatihah sahaja. Aku dah lali dan berhenti berharap. Tapi adakalanya aku teringin. Bukan dia tak mampu. Apa saja yang dia suruh buat, dia nak sekarang jugak walaupun ketika itu aku sedang makan atau melakukan kerja lain.

Kalau lambat dia akan naik angin. Tapi kalau aku yang minta dia buat sesuatu dia tak pernah nak cepat sampai aku terp4ksa buat sendiri. Aku penat. Penat nak tahan sabar dengan per4ngai dia. Apa yang dia nak beli kalau aku pertikaikan yang benda tu tak penting dia akan marah aku balik.

Tapi kalau aku minta apa – apa dia cuma angguk saja tanpa bertindak. Alasan belum sampai masa dia. Aku?? Tahan dan tahan perasaan aku. Aku bukan jenis pandai meIawan cakap suami. Aku diam dan pendam. Apa aku nak semua kena ikut selera dia, cara dia.

Kat mana dia letak perasaan aku. Sampai bila nak simpan. Bukan aku tak pernah luah, pernah tapi tak jadi apa. Aku selalu doakan dia lembut hati dan layan aku dengan hati. Aku memang tak rasa disayangi suami malah rasa tidak dihargai.

Kalau aku balik kampung seminggu. Dia tak pernah ambil tahu tentang aku dan anak – anak. Call atau wasap tanya khabar pun tak pernah. Dia tak ambil peduli pun. Chat di wasap kami penuh dengan barang – barang yang dia suruh aku order di lazada dan shopee.

Suami aku seorang yang sangat menjaga solat dan agama. Dia jaga hubungan dia dengan Allah tapi dia lupa jaga hubungan dia dengan aku isterinya. Dia tidak mendidik kami tapi dia hanya mengarah dan mengaturkan. Masa pandemik ni kami tak ada kerja jadi kena belanja dengan jimat.

Tapi suami aku belanja macam biasa. Bila tegur dia marah. Aku cakap banyak duit makan guna duit aku, sebab aku kesian kat dia. Harapkan duit dia saja, aku rasa dah lama duit dia habis. Aku dapat duit i-sinar banyak aku habiskan untuk belanja makan dan anak – anak.

Aku tak kisah pun. Aku order makanan food panda untuk dia jugak tak pernah sekali pun minta dia bayarkan. Aku ikhlas. Tapi apa yang aku dapat, ini jawab dia, “Tak suruh pun”, “berapa semua. dia boleh bayar sekarang!!”

Ya Allah, hati aku s4kit ya Allah. Dia langsung tak hargai apa yang aku buat untuk dia. Aku menangis dalam hati. Hati aku bagai di hir1s – hir1s berjuta kali, Iuka yang tak pernah sembuh. Di s4kiti berkali – kali. Aku masih bertahan selama 20 tahun ini.

Aku takut kehilangan dia hanya sebab aku tahu aku mesti hidup susah kalau dia tak ada sebab aku tak ada kerja dengan income yang tetap. Baru – baru ni aku ada minta dia belikan sesuatu yang aku tak mampu nak bayar semua.

Cuma minta tambahkan sikit saja. MaIangnya ini dia cuma cakap, “semua yang orang ada, aku nak!!” Ya Allah aku sentap sangat dengar dia cakap macam tu. Apa saja yang aku minta. Kalau betul pun aku mintak macam – macam, apa saja yang aku dah dapat?

Satu pun tak pernah dapat ya Allah. Menangis lagi hati aku. Aku tegur dia pakai mask salah pun dia marah aku. Dia cakap, “tahu lah!!”. Aku s4kit. S4kit yang tidak pernah di rawat malah aku rasakan Iuka hati aku sem4kin parah.

Senang cakap dia ni jenis tak boleh kalau aku tegur apa – apa. Dan kemuncak cerita aku ni, bulan lepas aku suarakan yang aku tak pernah rasa bercinta dengan dia, aku tak rasa pun yang dia sayangkan aku. Aku jadi takut dengan dia sebab dia garang.

Dia jawab tu bukan takut tapi “taat” dan tanggungjawab. Korang faham tak maksud dia. Aku taat dan dia cuma jalankan tanggungjawab dia saja. Penuhi nafkah zahir tapi batin aku tersiksa. Batin bukan s3ks yang aku maksudkan tapi dari segi r0hani.

Masalah dalam hubungan kami adalah tiada perasaan kasih sayang. Bernikah sekadar mengikut keinginan tanpa perasaan!! Cukup sekadar melengkapi kehidupan!! Wujud ketika tidur sebantal. Sehingga hari ini tiada 1 perkataan maaf pun dia ungkapan untuk aku.

Sebenarnya ini hanya sebahagian dari apa yang berlaku dalam hidup aku. Aku mohon korang bagi pendapat apa lagi yang aku perlu lakukan kerana Iuka di hati sem4kin p4rah dan sudah bern4nah. Sama ada aku perlu bertahan atau tinggalkan. Kalau bertahan aku hampir sampai ke penghujung, kalau aku tinggalkan.. aku malu. Sekian, Terima kasih.. – Aida (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Karya Kayra : CADANGAN PERTAMA: Mohon kaunseling kat pejabat agama Islam terdekat. Suruh suami datang bersama. Luahkan semuanya depan ustaz kaunselor. Tengok jika suami tu ada perubahan atau tidak. Kalau takde perubahan, faham – fahamlah yang suami tu tak heran dengan you.

CADANGAN KEDUA: Tinggalkan suami tu dua minggu dengan anak – anak. Biar suami jaga anak. Buat alasan apa sahaja. Yang ini hati kena terjal untuk dapat result. Kalau suami cari you Alhamdulillah. Kalau suami tak cari Faham SahajaIah Betapa You Tak Penting Langsung Dalam Hidupnya.

Ibarat you ada tak menambah harta, you takde pun dia tak berkurangan apa. Setiap isteri BERHAK dapat suami seperti Nyna Harizal itu. Suami yang tunjukkan dia sayang isteri. Suami yang BERJU4NG untuk isterinya.
Ada guy macam Suami Nyna Harizal? pm tepi. Ramai ni dalam team saya single cantik manja bergaya pengasih penyayang sedang cari suami baru.

Aza Yati : Sedih baca.. 20 tahun tanpa ehsan dan sayang suami. Ada extra h4rsh words dan pukuI jugak. Wake up sis.. rezeki Allah itu luas, Allah Maha Baik, Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Apa pun yang jadi, nafkah anak wajib atas bahu suami. Lepas istikharah, bincang and luahkan semua pada ibu / ayah sis. Saya baru 11 tahun kawen, kalau suami buat macam nih memang seminggu aku tak tegur and masak.

Sherri Hazmi : Disclaimer : aku bukan marah dengan TT. Kadang – kadang aku rasa bosan dan menyampah baca confession macam ni. Bukan aku marah dengan confessor. Tapi aku meluat dengan sistem patriarki yang diagung – agungkan masyarakat Melayu ni.

Lelaki berhak ke atas macam – macam, berhak ke atas bini. Tapi bini takde hak. Nak bersuara pun takde hak. Nak ada perasaan pun takde hak. Sebab tu aku selalu shouting out untuk perempuan di luar sana. Jaga hak kau orang.

Jangan terper4ngkap dengan dunia patriarki macam ni. Jangan tenggelam dalam Stockh0lm syndr0m. Aku selalu je perhati confessor yang megah sangat, “suami saya tak benar buat itu ini,” “kita kena taat tanpa berbeIah bagi”
“setiap inci tubuh adalah milik suami”

Haaaa.. Megah kau tu tak bawak ke mana. At the end suff3r sendiri bila laki kau ambik kesempatan. Contoh macam confession ni la. Girls, kau kena tahu macam mana nak pr0tect diri kau. Buat baik pada ibubapa dan suami tu perlu. Tapi bukan sampai kau jadi k0rban pend3ritaan pulak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.