Gaji beribu tapi nafkah anak mampu bagi RM300 je. Sekali kantoi bekas suami berhabis duit belanja GF baru!

Gaji bekas suami beribu – ribu, tapi dia cakap hanya mampu bagi anak RM300 je sebulan. Paling teruk sekali, dulu masa baru – baru cerai dia bagi RM300, kemudian beli susu anak 3 kotak dan bakinya dia beli biskut baby tu. Aku terus bagitahu dekat bapak mertua, sekali ini yang bapak mertua aku buat..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Ini kisah aku seorang ibu tunggal, aku ada seorang anak lelaki yang berumur 3 tahun. Aku berkahwin pada tahun 2017 dan bercerai pada tahun 2019 pada ketika anak lelaki aku berumur sekitar 6 bulan.

Tak perlulah nak diceritakan punca dan sebab penceraian kerana bagi aku penceraian aku merupakan perkara terbahagia dalam hidup aku. Aku dah cukup gembira dan bahagia dapat bebas dari hubungan yang sangat t0ksik dan lelaki penunggang agama.

Jadi, selepas kita becerai, tentulah la aku terima duit nafkah untuk anak. Untuk anak sahaja ye RM300 sebulan. Oh, ya bekas suami aku bekerja dalam bidang professional bukan kerja biasa – biasa atau tidak bekerja. Family mertua pun bukan biasa – biasa, jadi bagi aku dia mampu untuk bagi anak lebih dari RM300 sebulan.

Sekurang – kurangnya cukup la untuk tampung duit pampers dan susu anak. Bukan tak bersyukur dengan RM300 sebulan untuk anak, tapi terasa macam RM300 saja untuk anak dari beribu gaji yang diterima. Okay baik, aku buat keputvsan untuk pertahankan hak atau nafkah anak.

Each and every time I ask more for the nafkah, ayat dia will be macam ni, “awak tahu tak nafkah anak ialah tanggungjawab awak sebab awak penjaga sah anak (hadhanah) aku ni hanya menolong atau ihsan dengan membantu awak.”

Okay now let’s talk what is Nafkah. Nafkah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang samaada isteri atau anak atau orang orang yang berada di bawah tanggunganya. Ianya termasuk dari segi keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan keagamaan dan perubatan.

Okay sekarang, siapa yang bertanggungjawab ke atas nafkah anak. Jawapan yang paling tepat ialah BAPA. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali. Dah terang lagi bersuluh masih lagi nak letak nafkah atas bahu bekas isteri seorang.

Seorang ayah hendaklah menafkahi anaknya sehingga anaknya itu berupaya untuk menafkahi dirinya sendiri. Sekarang kita dah dalam tahun 2022, senang cerita sehingga anak berusia 18 tahun atau sehingga anak masih bersekolah atau menuntut ilmu.

Paling teruk sekali, dulu masa baru baru cerai dia bagi RM300, kemudian beli susu anak 3 kotak dan bakinya dia beli biskut baby tu. Aku terus bagitahu dekat bapa mertua aku via whataspp cakap. Salam ayah RM300 tak cukup dapat beli ni saja.

Dia pun seen saja wey.. Apa la salah reply, nak bincang dengan anak dulu ke atau nak bagi nasihat dekat anak tu tentang nafkah ke. Pernah juga sekali berg4duh minta bill rawatan anak. Masa tu turn dia ambil anak dan serah kan resit bill kIinik pada bekas suami.

Dia boleh cakap dia tak nak bayar and siap sound aku, “kau tak faham Bahasa ke!?” Yang pelik nya ayah kepada bekas suami  aku ni relax saja duduk kat tempat pemandu tanpa bercakap apa – apa. Padahal bapa mertua aku tu bukan orang biasa – biasa saja, dia seorang yang berjawatan juga la, tapi sayang mungkin kerana benci kan aku sampai sanggup lupa tanggungjawab pada cucu lelaki sendiri.

Jangan sampai nanti da tua baru nak claim cucu dari hasil keturunan sendiri tapi soal besarkan cucu serahkan 100% pada bekas menantu. Bila kes da masuk court dia tak pernah bunyi lagi yang nafkah anak tu bukan tanggungjawab dia tapi dia kerap cakap yang, “aku tak mampu, hanya itu yang aku mampu bagi. Kalau ada lebih aku bagi lebih.”

Tapi nak kahwin boleh pulak ada duit. Musykilnya aku dengan lelaki yang macam ni. Soal anak semua tiada duit tapi kalau soal GF ada pula duit. Well sepandai – pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah. Aku terjumpa online transaction history S*** dia.

Dia beli kan GF dia Bra! Itu kata tak ada duit?? Baju anak kau tak beli tapi BRA GF boleh pula kau beli! Tak silap aku la 3 pasang dia beli masa tahun 2020, huhu kami bercerai 2019, 2020 da ada tanggungjawab beli bra untuk GF.

Apa perasaan kau sebagai bapa ye, utamakan perempuan yang belum tentu jadi milik kau dengan anak yang memang dah jadi da4rah daging kau? Ini ke lelaki yang kononnya datang dari keluarga baik – baik. Muka suci kau tu.

Sejak akhir – akhir ni isu yuran sekolah anak pula, aku minta dia untuk berkongsi yuran anak, alasannya lagi bukan tanggungjawab dia dan dia hanya menafkahi anak dari segi perbelanjaan sekolah sahaja contoh beg sekolah, peralatan tulis, kasut sekolah dan lain – lain.

Bayaran bulanan ialah tanggungjawab aku seorang. S4kitnya hati ini hanya Allah yang tahu, dari segi pendidikan anak pun masih berkira aku hanya minta share sorang 50% bukan minta dia bayar seorang. Itu pun masih menolak, aku tidak tahu mana ilmu yang yang dia belajar sampai macam ni sekali pemikiran dia.

Semua yang buruk hal anak dik4tanya mengikuti jejak aku, tetapi yang baik – baik semua mengikuti jejak dia. Jika bukan aku yang mengajar anak ABC, 123, Doa siapa lagi yang ajar anak. Bukan penghargaan yang aku minta tapi cukup untuk tidak menjengkelkan aku dengan percakapan yang keluar dari mulut pu4ka dia tu.

Aku berharap sangat next perbicaraan aku, hakim dapat menerangkan dia apa tanggungjawab sebenar dia seorang bapa, bukan hanya bapa di atas kertas tapi sebagai seorang bapa yang sebenar dan tahu tentang tanggungjawab pada anak.

So, end of the story, walaupun anak aku kekurangan nafkah dari ayah kandungnya sendiri tapi anak aku sentiasa dimurahkan rezeki dari kaum keluarga aku sendiri. Banyak perbelanjaan yang aku tidak mampu untuk menunaikan tapi digalas oleh adik dan kakak aku.

Aku selalu mengingatkan diri sendiri untuk mendidik anak aku menjadi seorang anak lelaki yang bertanggungjawab dan menjalankan tanggungjawabnya sehabis baik. Tolong doakan agar case tuntutan nafkah anak aku berjalan dengan lancar nanti. – Puan Kim (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ainn Ibrahim : Aku nak share arw4h abang ipar aku, dia tak perlu pakai songkok 24 jam, ke masjid pun setahun sekali (yang aku nampak), tak pernah citer pasal hukvm halal h4ram, tapi since dia bercerai isteri pertama, anak – anak dari kecil dia sponsor semua sampai anak – anak kawen. Bekas isterinya pun tak susah. Macam tu jadi lelaki, tahu erti tanggungjawab.

Nor Farahin : Dapat ex macam ni elok anggap halimunan je. Berdiri atas kaki sendiri. Ayah cerai dengan mak saya sebab ayah biawak hidup. Mahkamah tetapkan bulanan rm50. Rm50 untuk 6 orang anak kau rasa? Sebab dia takde pekerjaan tetap padahal sado sihat tubuh badan takyah cite siap kahwin tambah lagi 3 anak.

Mak aku dah maleh lantak kau la. Mak aku kerja je besarkan kitorang adik beradik. Kerja promoter watson je wey. Sampai aku kerja, mak tiri aku whatsapp ingat – ingatlah ayah tu dah tua tak sihat. Datang – datang la jeguk, siap ajak sambut birthday bagai. Hello. Aku s4kit ade kau kesah? Birthday aku bukan takat bagi hadiah, wish pun tak penah. Jangan harap aku bagi satu sen pun.

NurAz Wan : Sebut dan ulang – ulang yang awak tak halalkan setiap sen yang awak terp4ksa keluarkn sebab keengganan ex menanggung anak dia tu. Kalau dia sebut dia tak mampu awak aminkn saja. Sebut mudah – mudahan Allah kabulkn dan buat awak betul – betul tak mampu.

Beritahu awak akan tuntut setiap sen, tidak dapat di dunia tuntut kat akhir4t nanti. Ulang – ulang sis. Kalau ada iman dalam d4da dia, lambat laun patut terkesan juga, tambah kalau ada bapa dia kat situ juga, sebab kalau ex tak mampu, keluarga dia yang wajib keluarkan nafkah untuk anak itu.

Miey-Zah Mazlan : Aku menyokong kalau ada undang – undang untuk auto tolak gaji bagi nafkah pada anak – anak. Nak kahwin baru kena tengok dari segi kewangan layak ke tak. Baru luluskan perkahwinan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.