Aku dapat tahu papa bercuti dgn isteri kedua. Terk3jut aku nampak isteri kedua papa, patutlah muda tapi hodoh

Semua benda papa suruh kami buat sendiri, usaha sendiri. Semuanya sibuk, konon cari duit nak bagi kami makan. Tapi bila dengan anak – anak tiri, sanggup nak sponsor belajar dekat Universiti. Aku sempat cakap dengan perempuan tu, dia cakap bukan salah dia, papa yang ajak dia kahwin…

#Foto sekadar hiasan/ Aku dapat desas desus dalam whatsapp family sendiri bahawa papa, isteri kedua dan anak – anak tiri papa sedang melancong di luar negara. Aku (student) sedang melancong di Eropah dan bergegas turun ke city centre alang – alang menjenguk papa selepas mengembara.

Aku jadi terk3jut bila nampak dia bersama dengan family tiri dia. Aku dan papa beratur order kat Starbuck, masa tu papa bagitau,”Papa dah kahwin”. Uish, boleh rasa jantung gugur, teringat sampai sekarang. Aku tak larat nak bersembang, menatap mata family tiri pun tak boleh.

Aku alihkan perhatian aku daripada rasa sebak dengan menceritakan pengalaman aku mengembara. Kami bermalam di temporary accomodation, isteri kedua punya apartment. Kurang dari seminggu aku tinggal dengan mereka, niat aku hanyalah untuk luangkan masa dengan papa saja .

Alkisah (alhamdulilah mentaI aku dah sembuh dan cukup kuat untuk berkongsi) Pertama kali aku tengok papa mesra dengan seseorang. Depan aku mereka saling memanggil “sayang, abang”. Mereka berpegang tangan dan berpeIukan ke mana – mana mereka berjalan seperti pengantin baru.

Pertama kali tengok papa dengan penuh sopan, gentleman dengan keluarga baru dia. Cara papa berbicara dengan isteri kedua seperti orang yang tenang penuh kesabaran. Apabila anak – anak tiri buat per4ngai, mereka ditegur oleh papa dengan penuh kasih sayang dan segala jenis moral of the story diorang dapat.

Boboy (anak tiri, bukan nama sebenar) pernah cakap, “i wanna eat something halal only”. Isteri kedua terharu sangat dengan apa yang dia dengar, sambil cakap dekat papa, “Sebabkan you lah diorang tau beza halal h4ram.”

Aku ingat lagi d4da papa kembang kuncup bangga, yang dia berjaya mendidik anak – anak tiri tadi. Nak maklum yang gaya hidup keluarga isteri kedua ni tak Islamik (paham – paham saja le). Per4ngai sebenar papa baran, mulut takda insurans dan teramat eg0, very strict tetapi papa bukan jenis pergi kelab malam, minum, berjvdi atau cari duit sumber h4ram.

Itu yang isteri kedua nakkan papa pada awalnya sebab dia rasa hidup dia lebih tenang bila bersama papa berbanding dengan bekas suami dia sebelum ni. Hehe, aku dan adik beradik kenal per4ngai sebenar ayah, jarang kami hidup tenang ketika keberadaan dia, lama – lama sebati dan pasrah yang itu diri dia.

Sambung cerita, anak – anak tiri dah selesa dengan ayah dan sangat mengaIukan kehadiran dia sebagai papa tiri baru mereka. Masa tu kami tengah berjalan – jalan dan pasangan baru sedang menikm4ti kasih sayang sambil bercakap kadang – kadang bergurau senda.

Aku dengar papa ketawa. Selalunya papa tak gelak pun kalau aku buat lawak, macam lawak b0doh. Tiba – tiba, Boboy berpaut pada lengan aku dan Gegirl (anak tiri, kakak dia), hentikan langkah aku,”Biarlah dorang jalan berdua.”

Aku macam, “What an audacity!!!” Nak cepuk budak tu kang, report kat maknya, susah pulak aku. Masa tu aku sedar yang papa betul – betul dah dapat kepercayaan dari budak – budak tu. Aku sebagai anak kandung, aku tersinggung sebab em0tionally, dia selalu takde sebagai seorang ayah .

Dia seorang yang ‘zaIim’ dan dia tak pernah tonjolkan sisi ini pada kami keluarganya dulu. Aku ingat lagi buat karangan bab gejala sosiaI, anak – anak member0ntak kerana kurang masa diluangkan bersama ibu bapa. Papa kata, “Kalau papa tak kerja sebab nak habiskan masa dengan korang, macam mana nak cari makan?”

Hujah papa macam betul tapi macam ada yang tak cukup. Bila Boboy buat karenah dan Gegirl buat fashion entah apa – apa, papa tegur lembut saja . Papa sempat ambil hati family tiri (isteri kedua, anak – anak tiri dan mertua tiri).

Aku kena terima hakik4t yang papa memang berkemampuan dari segala segi, kewangan, intelektual tapi dia memilih untuk lebih bersama keluarga ‘tiri’ berbanding kami anak – anak kandung. Dengan pemikirannya yang masih ‘matang’, dia pilih orang lain walaupun besok – besok hanya doa anak – anak kandung sahaja yang sampai ke kubvr dia.

Masa tu dinner, entah hari keberapa, papa dan isteri kedua dekat ruang  aku dengan anak – anak tiri dia tengah makan dekat meja. Meja dngan ruang tamu tu sebeIah – sebeIah jek. Isteru kedua suapkan nasi pakai sudu. Aku duduk menghadap diorang.

Nak makan pun sebak, tahan saja airmata tuh. Skip ke esok malam, kitorang masuk arcade. Akhirnya isteri kedua tu dapat bercakap dengan aku, “I tau macam – macam benda berlaku sebab perkahwinan I ni.” Aku tak ingat sangat apa yang dia cakap sebab otak aku dah tak boleh terima sebab dah berhari – hari mentaI macam kena t0rture.

Apa yang aku boleh ingat, ayat ni yang paling terngiang – ngiang “kalau perkahwinan kami ni mengganggu benda yang penting macam hubungan korang atau macam ganggu makan minum korang, i boleh undur.” Kau dah kahwin kau nak undur sekarang buat apa, duit dah sapu, hubungan aku dengan papa dah sem4kin renggang, tak adil dalam nafkah(rezeki), “Papa yang ajak i kahwin, so salah siapa.”

Masa tu aku innocent, naif, belum dewasa bab asam garam hidup, like betullah, kenapa ayah ajak dia kahwin? No supply, no demand gitu. Tapi sebenarnya, terbukti perempuan tu yang mulakan dulu. Dinner kat hall, baru isteri kedua jelaskan yang papa rindu anak – anak dia, aku jeling ayah sambil tahan sebak. Raut wajah papa serba salah.

Kenapa isteri kedua yang perlu menjelaskan kasih sayang papa pada keluarga dia? Aku tak perIukan perantaraan. Kalau Papa sayang anak sendiri, Papa tak perlakukan anak – anak dia macam nih. Selama ni, kami kena buat jadual dulu segala aktiviti yang nak dilakukan bersama papa supaya tak mengganggu masa kerja dia.

Atau bebankan dia dengan benda – benda ‘remeh’ macam bil, hal pejabat pos, hal anak – anak dekat Universiti, nak plan pergi bercuti, atau hal – hal dalam rumah. Sebab bila mintak tolong, takde masa, pandai – pandai korang, benda kecik pun nak tanya.

Kami kena berdikari dalam semua aspek sebab papa sibuk sampai ‘tanggungjawab’ papa ‘jatuh’ ke bahu ibu dan kakak sulong. Pada aku, boleh terima kalau tanggungjawab ketua keluarga tidak dilaksanakan dengan sempurna jika dia dhaif atau b0doh, maknanya banyak halangan sana sini, jadi payah nak jadi papa mithali.

Tapi papa jauh dari tu. Dia mampu memberikan kehidupan yang mewah dan selesa. Tak tau nak cakap macam mana tapi kami diIarang hidup macam orang yang manja, sikit – sikit nak mintak tolong, semua tak tau, Tapi dia berikan keselesaan dan kemewahan pada keluarga tiri. Itu yang buatkan hati aku tergur1s sampai hari ini.

Lagi dia cakap, “There are decisions that your parents made and you don’t agree with them and you just cry behind the doors.” Aku ingat dengan jelas ayat dia, aku terdiam, koyak. Aku tak bercakap banyak sebab nak tahan sebak masa tu, tanya lebih – lebih takut aku nangis dalam hall, masalah nanti.

Aku tak boleh terima apa yang dia cakap. Aku terp4ksa terima keputvsan yang ayah aku dah kahwin dan aku tak layak pun nak bagi pendapat atau apa. Bengkak hati. I tak terima sebab banyak benda tak selesai seperti agihan nafkah, harta.

Macam mana papa nak berlaku adil kalau awal – awal dah layan baik family baru, family lama acuh tak acuh. Banyak benda tak adil. Esok – esok tu, selepas aku solat jamak, aku berbincang hal sangat – sangat peribadi dengan perempuan tu.

Conversation ni aku ingat tapi aku tak nak cerita dekat sini. Tapi aku nak bagitaw yang dia cakap, “takpe kalau kalau tidur dengan lelaki walaupun belum kahwin pun dengan lelaki tu.” Aku macam speechless, terus lupa perkara penting yang aku patut bincangkan.

Aku bagitahu papa tentang benda ni sebulan lepas tu. Papa cakap, “She’s open (liberal).” Papa marah pun tak, Aku ingatkan papa akan terk3jut tapi riak muka dia rilek saja. Aku memang kecewa macam mana papa boleh tersangkut dengan perempuan ni masa awal – awal dulu.

Airport, hari terakhir: Papa menghantar keluarga tiri balik Malaysia. Kan aku dah bagitahu, papa bukan jenis penyayang. Masa nak berpisah tu, sebelum masuk dalam immigration, perempuan tu cakap, “Before we go, FAMILY HUG.”

Runtun jiwa masa tu. Papa tak pernah peIuk aku (kecuali masa baby), tiba – tiba nak peIuk diorang ni semua. Aku kat tepi sekali. Dah berat hati giIa ni nak peIuk bagai. Papa peIuk semua orang termasuk aku. Semua orang happy kecuali aku.

Aku jauhkan diri dari papa beberapa langkah dan papa sedar. Dia tarik aku dekat dengan dia, aku mampu tersengih je. Balik dari airport ke apartment, papa mengeluh s4kit telinga sebab cuaca kat sana (musim sejuk) tapi aku jalan saja, tak endahkan papa. Masa tidur tu menangis diam. Esok pun papa berangkat ke Malaysia. Dalam train, aku termenung murung.

Papa: Eh, kenapa ni, pikir pasal apa?

Aku: Nothing, banyak benda?

Papa : I have gone thru a lot in my past life. I have reached here to give better life / starting block for you guys. I’m strict with you to make you guys strong.”

Aku tak setuju dengan apa yang dia cakap sebab you train me to be skillful, durable, independent, smart person. Banyak benda buat semua kena pandai – pandai sendiri. Tetapi bila isteri kedua ni hadir pada waktu yang papa senang, ada masa banyak untuk luangkan bersama

Bila aku b0doh bab ni, oh kena belajar, tapi bila anak – anak tiri atau b*tina b0doh bab ni, papa ajar dorang dari A sampai Z. Bila bab belajar, aku wajib score untuk dapatkan biasiswa tapi papa siap nak sponsor boboy punya perbelanjaan dekat Universiti.

Maknanya Boboy tak perlu pun study betul – betul atau join kurikulum macam aku dulu. Bila aku nak bercerita tentang apa yang aku lalui, papa pandang remeh je tapi bila isteri isteri kedua tu cerita masalah dia, papa tinggalkan family sendiri konon untuk selamatkan dia dan anak – anak tiri dia.

Takpa le, nak saja cakap papa rupa tak semenggah, b*tina datang kat papa sebab duit saja, bukan sebab papa imam dia, boleh ubah dia ke arah yang baik atau bukan sebab cinta konon. Solat pun aku belajar sendiri atau dengan atok aku.

Ada satu confession aku baca, zaIim apabila kita perlu catu makanan tetapi isteri kedua dimewahkan, Untuk kes aku ni, Aku kena catu masa dan tenaga aku yang sepatutnya papa mampu je nak bagi kalau dia nak. Tapi dia tak buat pun untuk anak – anak kandung dia. Last aku menangis dalam kafe depan dia, boleh lagi papa cakap, “Kenapa aku nangis?”

Me: “Patutlah ibu selalu moody je kan ” Dulu aku ingat per4ngai ibu memang macam tu. Ingatkan ibu kuat merajuk, sebab tu ayah menyampah. Dengan ibu ayah menyinga, semua serba serbi tak kena. Dengan b*tina tu, papa layan saja walaupun ada benda yang aku rasa menyampah macam habit dia atau jenis lagu yang dia suka, impian dia, papa kau gelak – gelak je.

Ghoper – ghopernya (i bukan orang ipoh peeps) ayah layan lebih kat perempuan ni, kononnya menepati ciri – ciri yang papa nak. Percayalah, aku tak jealous dengan pilihan papa. Muda tetapi hodoh rupa. Papa nak b*tina tu sebab b*tina tu terdesak.

Mana – mana perempuan yang nak menyondol pun mesti buat macam – macam dan apa – apa je yang pasangan nak. Yelah, bila hodoh, kena usaha lebih. Jadi kepada isteri – isteri pertama, jangan sedih, anda cantik. Ibu saya cantik sangat semenjak dijandakan.

Kami bahagia sekarang, ada lah masalah sana sini tetapi dah mampu selesaikan tanpa individu kurang bertanggungjawab. Saya dah report kat ibu saya. Kepada lelaki sekalian, semuanya ada harga. Kalau tau diri sendiri tak handsome macam tongkang pecah, percaya lah perempuan suka kau sebab benda lain. Tolong lah siasat sebetulnya apa motif sebenar dia.

Sebab masa dia pujuk rayu, memang bunyi macam cinta sejati tapi bila kau takde duit, takde kerjaya, takde kepimpinan / kewibawaan atau fail belajar atau kalah competition / sports, dia pun tak hadap kau, tinggalkan kau macam tu saja, cari laki lain pastu kau yang down.

Aku jenis perempuan yang berdikari, percayalah bila kita dah nampak je red flags kita terus jauhkan diri sebab kita wanita ni selalu yang tanggung bebanan em0si yang tinggi dalam perhubungan. Hanya kerana laki yang tanggung makan minum, jadi isteri tak boleh pertikaikan keputvsan dia. Takbur betul. Aku jumpa laki camni, aku sound, aku akan buat apa je untuk gagalkan keinginan dia tu. – Sofia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ezd Airaniez : Inilah realiti yang peny0ndol suami orang tak nampak. Dia nampak dia hanya r4mpas suami orang, tapi sebenarnya dia r4mpas kasih sayang seorang bapa kepada anak – anak kandung sekali. Ending pasangan macam ni selalunya sama je.

Isteri baru kena belajar hidup susah dengan suami yang dir4mpas tu sebab sebelum ni rezeki suami tu kaya – raya sebab isteri pertama dan anak – anaknya. Moga mak sis terus bahagia dengan anak – anak. Hidup tenang dan senang. Aamiin..

Fatin Tajudin : Antara calon – calon manusia yang bakal duduk rumah orang – orang tua dan nangis sorang – sorang sebab anak tak datang ziarah. Lepas tu masuk berita, play v1ctim. Sis, peny0ndol biasanya memang hodoh dari yang halal. Dan macam mana buruk pun, ayah tetap ayah. Moga dia sedar dan moga sis, ibu sis sekeluarga tetap kuat, lebih bahagia lepas ni.

Asilah Yusoff : Im crying. Semoga Allah permudahkan urusan tt. Sungguh, memang ramai lelaki yang melebihkan orang lain dari anak isteri sendiri. Kalau orang luar tengok, dialah yang sanggup berk0rban apa sahaja untuk orang lain. Hakik4tnya.. Saya doakan mak tt bahagia dunia akhir4t walaupun tanpa suami. Maybe lebih – lebih bahagia lagi daripada sebelum ni. Amiinnn…

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.