Keluarga pasangan tak restu kami kahwin sbb aku hanya penjual burger tapi diorang tak tahu gaji aku 9k sebulan

Aku saja je nak test bakal isteri dan bakal mertua. Mereka hanya tahu aku kerja tukang masak dan kerja jual burger. Bila aku bagitahu nak masuk meminang, terang – terang keluarga ditolak. Aku geli hati baca semua mesej diorang ‘h1na’ aku. Tapi aku buat ni ada sebab..

#Foto sekadar hiasan. Bismillah, Assalamualaikum para pembaca sekalian, Nama aku Ahmad, umur 24 tahun. Lahir tidaklah dengan keadaan keluarga yang susah. Tapi, sederhana saja. Apa yang ingin aku luahkan pada kalian adalah mengenai kisah aku yang tidak direstui oleh keluarga pasangan aku.

Sebabnya aku tiada pelajaran tinggi, takda gaji tetap dan sekolah pun sampai tingkatan satu saja. Mahu persoalkan pekerjaan aku? Yaa, Aku seorang peniaga dan pemilik di sebuah stall burger dan memang tidak mempunyai gaji sebabnya akulah yang membayar gaji – gaji pada pekerja aku.

Hendak dijadikan cerita aku dan pasangan memang sudah lama kenal. Dan keluarga pasangan aku tu pun sememangnya kenal aku juga. Tapi, waktu dorang kenal aku tu aku hanya seorang pekerja tukang masak di restoran sepupu keluarga pasangan aku ni lah.

Yah, pekerja waktu tu gaji tak lah tinggi sangat dan keluarga pasangan aku ni, kenal aku setakat yang aku ceritakan di atas tu lah. Takda pelajaran dan sebagainya. 2 tahun kemudian setelah aku berenti kerja direstoran tu, aku dapat contact balik dengan pasangan aku yang sekarang ni.

So, kitorang pun terus jalinkan hubunganlah niat memang nak kahwin sudah. Kemudian, pasangan aku ni bagitaulah dekat keluarga dia yang aku nak masuk minang. Dan dorang tanya juga dengan awek aku ni, apa kerja aku sekarang dan aku bagitau pasangan aku pun aku cuma pekerja di stall burger saja bukan pemilik.

Saja nak test kan. Soalan pertama yang keluar dari family dia adalah, “Si ahmad tu ada gaji tetapkah? Bolehkah dia jaga kau?” “Kau tu berpelajaran, ada diploma. Kau boleh cari yang lagi bagus dari si Ahmad tu. Kalau si ahmad berhenti tempat dia kerja sekarang apa kau nak makan?”

Dan yang last sekali dorang sendiri kata. Dorang memang tak nak terima aku sebab tidak mau anak dorang tu hidup susah. Yaahh, Aku baca whatsapp yang pasangan aku tu bagi dengan aku. Tapi, hati tu tidaklah s4kit sangat.

Tapi, terkilan dan geli hati rasa mau ketawa saja. Ya memang aku tak ada gaji tetap, memang aku tak ada pelajaran. Tapi, aku yang memberi gaji pada pekerja aku dan ya memang pendapatan niaga aku tidaklah sebanyak mana pun.

Nak kata berapa sebulan? Untung bersih aku boleh dapat dalam 8 – 9K tu memang untung aku dah. Nak kata komitmen lain? bayar sewa, bayar kereta?? Tu semua dah tolak. Pasangan aku sendiri pun aku tak cerita sebab kitorang ni hanya berhubung dari jauh, dia sendiri pun tak nampak apa yang aku usahakan.

Aku sengaja tak bagitau pasangan aku sebab tak mau dia terima aku dengan keadaan aku senang. Dan alhamdulillah pasangan aku ni terima aku walaupun aku susah dan dia cuba pert4hankan aku dekat family dia. Dan aku nak tanya korang lah, bagi pendapat korang perIukah aku datang sendiri jumpa family dia atau aku lepaskan saja pasangan aku tu?

Atau aku bagitau saja pasangan aku tu yang aku ni sebenarnya pemilik stall burger tu? Dan h1na sangatkah dengan orang – orang yang takda gaji tetap?? Lagi – lagi yang memang tak bergaji ? Korang rasa apa patut aku buat?

Aku sayang pasangan aku tu. Dan dia? Aku tak tahulah. Harap faham lah apa yang aku tulis ni. Terima kasih. Aku si peniaga burger, – Amad (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Bismillah. Assalamualaikum para pembaca sekalian Alhamdulillah aku dah baca pendapat dan komen – komen para pembaca sekalian. Terima kasih. Aku nak ceritakan antara sebab dan kenapa aku berbuat demikian tidak berterus terang pada pasangan dan family dia.

Aku sebenarnya seorang duda yang mana bekas isteri aku kant0i curang disaat aku sedang nak mulakan perniagaan burger aku tu. Dan yaa, kenapa aku saja test family dan pasangan aku tu, sebab aku tak nak kejadian yang lepas berlaku pada aku balik di mana waktu aku mula – mula kenal dengan ex wife aku tu, aku hidup senang, yaa.

SENANG, kerja restoran tukang masak biasalah gaji boleh tahan walaupun bagi aku tak seberapa sebab tanggung segalanya kemahuan ex wife aku tu. Ex wife nak apa saja aku cuba belikan. Dan saat pandemik PKP ni lah aku jatuh, jatuh merangkak kedai aku kerja tutup.

Simpanan semua habis, sewa rumah, bill elektrik, bill air waktu tu 2 bulan tertunggak. Siapa sangka orang yang paling aku harap hidup susah senang sama – sama curang dengan aku geng. Nak kata sedih? Yes s4kit sampai ulu hati giIanya bila dapat tahu dia ada scandal lain, tempoh perkahwinan aku dengan ex wife tu tak sampai setahun hahaha. 7 bulan saja.

Sebab apa? sebab dia nampak aku senang boleh hidupkan dia dengan harta. Waktu aku susah tu lah aku nampak segala per4ngai sy4itan ibIis dalam jiwa dia. aku taknak cerita lebih sebab aku dah move on. Dia kahwin dengan aku pun bukan sebab cinta, tapi sebab duit, nak bayar hutang – hutang family ex wife aku tu.

Yah, duit hantaran tu la sebagai bayaran untuk dorang cover hutang – hutang dorang. Lagi – lagi saat tu adik lelaki ex wife tu mengandungkan anak d4ra orang lain waktu tu aku taktau lagi. Dan duit hantaran aku tu jugalah dorang buat duit hantaran adik lelaki dia,

Lepas ja aku bagi duit hantaran 2 hari sebelum nikah, mereka cuba nak batalkan tarikh pernikahan, sebab nak duIukan adik lelaki ex wife aku tu nikah dulu, Korang rasa macam mana? Tapi, aku tak nak dan aku tetap teruskan juga sebab segala kad dan jemputan dah aku hebahkan.

Dan lepas 3 hari kitorang nikah tu, barulah adik lelaki dia nikah plak dan aku pelik waktu aku nikah tu majlis aku tak seberapa nak gah sangat tapi, aku tak nak tanya dorang sebab jenis aku memang tak berkira soal duit waktu tu aku bersangka baik sebab mungkin  dorang nak berjimat.

Berapa duit hantaran? Tak banyak mana pun RM10110 ja. Tak banyakkan? Hahahaha.. Yang aku tahu segala – galanya waktu wife nak sangat minta ceraikan dengan aku, semua dia ceritakan dari A – Z r3muk, kecewa hati. Lagi – lagi waktu tu dia mengaku yang sebelum kitorang nak nikah dia tidur dengan lelaki lain.

Korang tak rasa s4kitnya macam mana. Aku rasa wei, s4kitnya sampai mana. Nak pukuI isteri tak sampai hati. Pintu bilik dan almari tempat aku lepaskan segala kemarahan. Waktu tu dia memang kant0i sebab aku nak pinjam fon dia kejap, aku pelik dia tak bagi terus.

Aku p4ksa juga sebab memang urgent nak call kawan hp aku masa tu kouta dan kredit dah habis yelah, waktu PKP kan semuanya dah habis nikmat senang Allah tarik balik. Then dia bagiIah, dia off data. Selama aku nikah dengan dia tak pernah langsung aku pinjam or nak chek fon ex wife aku tu tak pernah langsung (asbab percaya).

Waktu tu saja lah aku pinjam sebab terdesak sangat. Kemudian naluri hati aku rasa macam tak sedap dan tertanya kenapa dia off data internet dan macam – macam ragam dia bila aku nak pinjam fon? Aku on data then ada noti whatsapp dia pandang aku terus dan dia cuba nak ambil fon tu dari tangan aku, aku kata kejap.

Aku buka dan baca. Hati siapa yang tak luluh bila whatsapp yang tak di save no nya dan bunyi ayat dia lebih kurang macam ni “lepas si mad jalan sayang call ya?” Korang rasa macam mana? Waktu PKP tu aku duduk rumah segalanya aku tau.

Waktu aku keluar cari nafkah dia boleh bervideo call dengan scandal dia dan semua dia mengaku vc waktu mandi apa semua. Korang rasa? Tak s4kit ke hati tu?? Pedih weii. Semua dia cerita, sebab kenapa dia nikah dengan aku pun dia ceritakan.

Waktu kitorang nak cerai tu aku baru nak merancang jual burger tapi tertangguh sebab masalah ni lah. Aku cerai selepas raya aidilfitri tahun lepas. Waktu tu memang dia dah balik – balik minta cerai dah sebab tu lah tak boleh hidup susah.

Yes aku lepaskan dengan sebab dia curang dan berscandal. Dan dia memang tak boleh mengandung sebab – sebab dia aku taktau. Aku cuba move on dari perkara ni dan sebab tu aku nak bernikah dengan pasangan aku ni.

Hubungan kami sekarang pun baru sebulan lebih, sebab niat aku nak bernikah saja taknak g4ntung hubungan tu lama – lama. Dan aku start berniaga burger 2 bulan lepas aku cerai aku bangkit balik, bulan november 2020.

Alhamdulillah berkat kesabaran, usaha dan doa perniagaan aku Allah permudahkan, berjalan dengan baik, member – member, keluarga semua support dan sampailah saat ini aku masih bertahan. Kedai restoran yang dulunya tutup sebab PKP panggil aku semula berkerja tapi aku tolak sebab nak cuba benda baru. Alhamdulillah.

Jadi, itulah sebab – sebabnya kenapa aku berbuat demikian pada part yang pertama tu, Alhamdulillah apa yang aku dapat sekarang pasangan aku yang sekarang terima aku walau dia tau aku duda dan susah. Then, dia siap nak sponserkan modal untuk aku buka bisnes lain tapi aku kata stall burger ni aku yang punya.

Dan family dia pun dah tahu sebenarnya aku berniaga burger, sebab pasangan aku yang bagitau tapi family dia tetap taknak terima sebab dalam family dorang semua kerja gov saud4ra, menantu semua cikgu, kerja jabatan dan sebagainya lah yang confirm – confirm ada gaji tetap.

Cuma aku saja yang bukan kerja gov. Sebab tu family si dia taknak terima aku tapi pasangan still pert4hankan aku. Korang rasa apa patut aku buat? Sebab 1 kenapa aku tak nak lepaskan dia sebab aku hargai apa yang dia buat dengan aku waktu aku kata aku cuma seorang pekerja burger saja, makan minum aku, semua dia tanyakan.

Siap nak hulurkan lagi kewangan kalau tak cukup. Sebab tu aku hargai dia sangat. PerIukan aku bagitau segala untung perniagaan aku dengan family dia?? Itu saja sebenarnya, aku taknak riak tapi ini luahkan. Kenapa masih ada family – family yang memilih anak menantu kerja – kerja kerajaan?

Yang tak kerja kerajaan ni rendah sangatkah? Nak kata dih1na?? Yess. Sebenarnya family dia siap h1na aku, bersangka buruk dengan aku. Siap kata lepas aku dapat semua dari dia aku tinggalkan dia. Korang rasa? Semoga ada pendapat dan kot – kot ada yang sama kisah hidup dia dengan aku, boleh lah korang share juga. Aku si peniaga burger, – Amad (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Busseroa Abd Jalil : Akak suka bercerita. Jadi mai nak cerita sikit kot – kot boleh dijadikan inspirasi. Ada kawan akak putih, gebu, comei dan dari zaman sekolah lagi orang dah berebut nak buat menantu. Tapi mak dia tak memilih dan terus terima seorang pen0reh getah yang mengambil upah men0reh di kebun mereka untuk dibuat menantu.

Lelaki itu berkulit hitam legam, berasal dari Siam dan miskin amat. Kutukan keluarga dan orang kampung tak payah cakap. Macam – macam tuduhan liar ada. Tetapi apa yang lelaki tu buat? Dia kerja sungguh – sungguh untuk baIas jasa isteri dan mak mentua yang sudi terima dirinya.

Dia sewa banyak kebun getah. Pagi petang men0reh. Dari men0reh dia berjinak beli getah orang kampung. Kemudian dia mula jadi pembekal getah. Kemuncaknya dia bawa masuk getah dari Thailand dan supply di hampir semua kilang tayar besar di Malaysia.

Bayangkan betapa kayanya dia sekarang. Bila kaya dia makmurkan isteri, mentua, ipar – duai, kawan – kawan, orang kampung dan sebagainya. Orangnya memang sangat baik hati, pemurah dan merendah diri. Kemewahan untuk isteri tak payah cakap.

Jadi anda jadilah macam tu. Jika sudah tahu ada jasa yang patut dibaIas, maka berju4ng. Makmurkan isteri atas peng0rbanannya. Bila dah senang nanti iangan menunjuk pula. Kenangan – kenangan silam yang pahit atau manis kubvrkan semuanya.

Bina hidup baru. Lagi satu jangan cepat berbangga. Daripada luahan yang ditulis ada ayat yang nampaknya keuntungan daripada kedai burger tu dah ada rasa ‘hebat’. Jangan macam tu ya. Ingat, syukur dengan rasa megah adalah dua warna yang berbeza.

Hati – hati ya. Reda, ikhlas, bangkit dan tunduk ke bumi. Insya-Allah satu persatu masalah akan dapat anda hadapi. Take care dan jaga bakal isteri baik – baik ok.

Nurul Hazwani : Sebenarnya status TT ni memang k0nflik sikit. If saya jadi bakal mertua tt pun saya takut nak serahkan anak saya. Selain TT sembunyikan status TT yang ada duit tu konon – konon nak uji. Tu pun dah buat saya bakal mertua takut.

Then lagi – lagi status TT yang duda tu pun tak berapa jelas. Bagi saya kejujuran penting dalam hubungan. Even TT tr4uma pun, TT patut jelaskan pada bakal wife dan bakal mertua tentang keadaan TT yang sebenar. Siapa tak sayang anak?

Siapa yang takmau anaknya hidup senang dan bahagia? Saya harap TT janganlah bersangka terlalu buruk pada keluarga perempuan tu jika hubungan TT tak dapat direstui. Mungkin dia bukan j0doh yang terbaik untuk TT. InsyaAllah TT akan jumpa wanita yang lebih baik dan mertua yang terima tt seadanya. Aminn.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.