Saya yakin suami takkan tipu mak dia, tapi hati rasa tak sedap saya bukak HP suami

Saya minta mak mertua tanya suami pada hari kejadian. Saya mendengar jawapan mak mertua, saya lega kerana saya tahu suami saya tak akan menipu mak dia. Selang dua hari, saya tergerak nak check phone suami. Setelah dibuka, saya menggigil..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, sila hide profile saya, saya nak tanya pendapat, harap jangan dikecam. Saya nak meluahkan tentang kemelut yang melanda rumah tangga kami. Kisahnya bermula, ada satu hari tu, suami saya cakap nak keluar dengan kawan tempat kerjanya dengan alasan nak teman kawan untuk ambil barang.

Saya pon ok la, saya pergi kerja sendiri dari kebiasaan yang dia hantar. Ceritanya pada hari yang sama petang tu dapat mesej dari kawan saya cakap ternampak suami dengan wanita lain berdua – duaan. Saya tanya kepada kawan saya, kalau betol nampak dia pakai baju warna apa seluar warna apa.

Kawan saya pon bagi tahu dan ternyata itulah pakaian suami saya pakai untuk keluar dengan kawannya itu. Saya masih positif, mungkin kebetulan. Tapi hati ni masih tak tenang, seolah- olah tuhan ingin tunjukkan sesuatu, saya minta mak mertua bertanyakan pada suami pada hari kejadian pergi mana bersama siapa.

Suami pon menjawab pergi teman kawan nak ambil barang. Saya mendengar jawapan tu saya lega kerana saya tahu suami saya takkan menipu mak dia. Malam tu juga hati macam tak sedap, saya ambil no telefon kawan dia, esok saya tanye, ada tak pergi tempat sekian – sekian untuk ambil barang.

Ternyata kawan dia cakap takde pergi tempat tu. Hati saya jadi lagi tak tenteram. Saya berbincang dengan suami, mana awak pergi? Dengan siapa? Akhirnya dia jujur dia cakap dia pergi dengan seorang perempuan bernama zati (bukan nama sebenar) tapi hubungan mereka hanyalah sekadar KAWAN tidak lebih dari itu.

Selepas tu saya cakap dia, “Jadi apa yang kawan saya nampak awak jalan berduaan di tempat tu betol la ye?’ Dia hanya angguk. Suami saya menjelaskn dia hanya keluar atas dasar kawan. Manakan seorang isteri tidak sedih jika dapat tahu suami keluar berduaan dengan bukan mahram di khalayak ramai.

Tambahan yang nampak tu kawan saya, lagi malu saya. Dia dah minta maaf dan saya pon dah maafkan, kami pon berbaik. Selang 2 hari kami berbaik, hati saya tergerak nak check phone suami. Setelah dibuka, betapa luluh hati saya bila saya lihat suami ada simpan video mereka berz1na.. Allahu.

Saya nampak apa yang suami buat, saya menggigil lepas tengok video tu. Hati saya h4ncur berkecai. Allahu.. Tergamak dia melakukan perbuatan tu. Saya tanya sejak bila macam tu, dia kata sejak saya mula berkerja (5 bulan lepas).

Tujuan saya minta izin nak kerja sebab nak bantu suami rupanya, di kala saya sedang bekerja dia buat benda terkutuk tu dengan perempuan tu. Perempuan itu juga tahu akan status suami saya tapi masih ingin meneruskan perbuatan h1na itu.

Saya cakap dengan suami, sampai hati buat saya macam ni. Saya terima suami saya di kala dia hanya ada SEBIJI moto, dia takde saving, takde kerja tetap. Saya terima dia seadanya sebab saya percaya rezeki lepas kahwin tapi bila sampai dia buat hubungan terIarang ni.

Saya tergamam dan tak sangka dia akan pergi sejauh tu. Saya tanya kenapa tergamak macam ni? Dia cakap sebab dia sunyi dan kurang mendapat layanan dari saya. Saya cakap dekat dia, saya ni kerja untuk bantu suami. Balik dah la 10 malam, lepas balik nak kemas rumah, nak basuh bju atau lipat baju, nak masak untuk esok, nak siapkan 2 budak untuk tidur (tukar baju pampes).

Saya balik kerja, mandi terus buat kerja rumah. Esoknya kena bangun awal pagi lagi untuk kerja lagi. Dia dah la tak membantu untuk buat kerja rumah, semua saya buat sendiri. Jadi saya memang sangat penat dengan nak uruskn kerja rumah anak – anak.

By the way admin, suami saya hanya menumpang kesenangan saya, kerana saya bergaji lebih besar dari dia. Dia langsung tidak mempunyai apa – apa aset selain motor. Duit simpanan pon tak ada, maaf bukan nak mengh1na tapi ini realiti.

Dia masuk rumah baru hanya cuci kaki sahaja, segala peralatan perabot barang elektrik semua saya dah belikan. Hanya sebab saya tiada masa untuk melayan dia, dia sanggup berz1na dengan peremmpan lain. Saya ada juga bagitahu.. tolong la sama – sama buat kerja rumah tapi dia tak nak.

Jadi saya jugak la buat semua sendiri sebab tu saya penat. Sekarang ni, saya ada simpan video z1na dia dengan perempuan tu untuk bukti minta fasakh tapi atas nasihat staff pejabat agama suruh saya cuba la berbaik – baik dahulu kerana fasakh memakan masa yang sangat lama dan tidak mudah untuk menang lebih lagi melibatkan hak penjagaan anak.

Tapi masalahnya suami tak nak lafazkan cerai walaupun saya minta dilepaskan cara baik dan anak kami masih kecil. Sorang 2 tahun dan sorang lagi 7 bulan. Sekarang ni, suami pon sudah mengakui kesilapan dia dan dia pon sudah buat taubat nasuha.

Suami minta saya balik rumah mak saya dulu untuk tenangkan fikiran dan dia pon akan duduk rumah mak dia untuk tenang fikiran dan lebih mendekatkan diri pada Alllah kerana dia rasa perbuatan yang dia buat selama ini adalah kesilapan besar dan teguran dari Allah.

Jadi dia mula bertaubat dak duduk rumah family dia kerana family dia orang – orang yang islamik. Suami cakap bagi tempoh dia sebulan untuk berubah dan dia akan kembali kepada saya dan anak – anak. Dia akan kembali menjadi orang yang baru.. Dia betul – betul  insaf kali ni.

Saya menceritakan masalah ini kepada family saya, family minta saya berpisah je dengan dia tapi saya plak masih ada rasa sayang padanya. Iyelah suami kita. Siapa tak sayang. Tapi admin saya dalam kekeliruan, saya boleh terima dia kembali, sebab saya kasihankan anak -anak saya nanti membesar tanpa kasih sayang seorang bapa tapi saya masih tak boleh lupakan apa dia lakukan.

Nak lagi setelah saya sendiri yang melihat video tu. Saya rasa jijik, jadi sebab itu la dia minta saya balik rumah mak saya untuk tenang fikiran, jangan marah – marah atau str3ss. Jadi ke saya terima dia kembali tapi saya masih teringat video tu??

Adakah dia betul – betul dah berubah atau benda ni akan berulang kali. Sebab saya banyak kali dengar, kalau sekali da buat tak must4hil untuk seterusnya. Tapi admin, nafkah duit makan, duit dapur, untuk anak – anak, susu pampers semua dia sediakan.

Saya akan buat solat istikharah untuk mintak petunjuk sama ada ingin meneruskn lagi atau tidak. Tapi saya juga ingin tanya pendapat pembaca patut atau tidak untuk terima dia kembali.

Komen Warganet :

Wan June : Anak – anak dibawa umur jika berpisah akan jatuh hak pada ibu. Sama ada dia ikhlas bertaubat atau tidak. Cuma Allah yang tau. Minta petunjuk dari Allah. Dia yang terbaik yang memberikan ilham. Cuma cakap kat suami sekali kepercayaan h4ncur sukar untuk dipulihkan.

Andai jdoh masih panjang, minta dia tolong dalam urusan rumah tangga. Biar dia uruskan perbelanjaan. Start ada tabungan rahsia. Jangan bantu kewangan suami. Biar dia meminta baru bagi. Bila dia lebih tu akal jadi panjang. Moga tabah.

Puan Salasiah : Percaya la.. Lebih baik bercerai. Maaf.. Bukan nak menghasut.. Awak cuma ada dua pilihan bercerai atau berhenti kerja. Kalau pendapat saya la lebih baik bercerai. Sebab nanti bila bersama awak. Dia bayangkan bersama dengan perempuan tu.

Sekali dia buat dia akan buat lagi. Sebab puan berkerja. Dia bagi alasan sebab puan takde masa layan dia. Puan beritahu penat nak uruskan semua benda. Lelaki ni kalau sekali dah curang. Selamanya akan curang. Sebab dah berbulan lamanya dia buat perbuatan terkutuk tu. Ini pendapat saya. Maaf kalau terkasar bahasa.

Hazel Hairi : Laki kau yang pilih untuk curang. Nangis la dia nak kena cerai nanti siapa nak tanggung biawak hidup kalau bukan kau. Kalau pun tak sanggup hidup tanpa si busuk tu redha la yang terbaik buat kau.

Norwani Namza Harun : Berat dugaan sis. Bagi saya solat istiqarah sehingga dapat jawapan sebab hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Tanya pendapat others boleh tapi ketahuilah manusia penuh dengan em0si.

Jalan hidup serta epgangan juga berbeza. Jadi mungkin pendapat diberi based on apa yang terbaik bagi mereka. Solat istiqarah je sis sebab memang Allah sangat faham dan tahu masalah awak dan Allah ada solution. Saya doakan urusan awak dipermudahkan dan diberikan kesabaran serta keimanan yang terbaik buat awak, ameen.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.