Ayah pukuI 4 pagi bergayut telefon, katanya hal kerja cakap dengan ‘bos’. Sekali kantoi

Satu hari ayah tak nak ikut kami pergi rumah saud4ra mara. Ayah kata penat nak tidur dan s4kit kepala. Ayah tak perasan sorang pakcik aku ni, tak ikut. Jadi ayah aku cakap kuat – kuat dengan ‘bos’ di ruang tamu rumah. Pakcik aku dengar jelas apa ayah, terus ayah bagitahu nenek dan mak..

#Foto sekadar hiasan. Biasa baca pasal kisah isteri yang meluah kan bila suami curang? Aku pulak nak meluah dari sisi aku sebagai anak bila ayah aku curang dan burukkan mak aku. Kisah bermula tahun 2007, ketika aku berusia 17 tahun.

Sebelum tu, kisah ni nak menjawab cnfession seorang wanita bernama Amni yang menjadi orang ketiga dalam rumahtangga orang, yang banyak menyalahkan isteri. Konon isteri tak tahu jaga suami. Aku ada 2 orang adik lelaki. Masa tu umur mereka 14 tahun dan 4 tahun.

Adik bongsu aku jarak 13 tahun dengan aku. Kami tinggal di rumah flat 2 bilik. Mak aku ambil upah buat kuih dan jahit baju. Ayah kerja di kilang. Hidup kami tak senang tapi Alhamdulillah cukup semua. Tahun 2006, tempat kerja ayah tawarkan ayah aku ikut kursus kat luar negara.

Kalau ayah lulus, dapat tawaran naik pangkat dan gaji. Setahun lebih mak berk0rban jaga rumah dan anak – anak demi nak support ayah kejar impian. Masa tu mana ada video call, dapat dengar suara ayah guna telefon rumah je. 2007, tahun aku nak SPM.

Ayah balik dalam pertengahan tahun. Ayah dinaikkan pangkat, gaji ayah tak silap dalam 4 – 5k. Ayah janji nak bawa kami ke rumah yang lebih selesa sebab masa tu aku kongsi bilik dengan adik lelaki. Masa aku hampir nak SPM, aku perasan ayah berubah sejak ada handphone.

Masa tu tengah famous Nokia 3310. Aku bangun study tengah malam, aku dengar suara orang bercakap di ruang tamu. Bila aku jenguk, rupanya ayah tengah berborak. Ayah bagitahu aku, bos dia call nak cakap hal kerja. 4 pagi bos call?

Aku tak syak apa – apa sampailah aku rasa sesuatu bila ayah bawak handphone dia masuk bilik air. Keadaan jadi bertambah pelik bila balik kampung, ayah tak nak ikut beraya rumah saud4ra. Ayah cakap penat, nak tidur, s4kit kepala.

Tapi kebetulan ada satu masa tu, ayah tak perasan sorang pakcik aku ni, tak ikut beraya sekali. Jadi ayah aku cakap kuat – kuat dengan ‘bos’ di ruang tamu rumah nenek sebab ingatkan tiada orang di rumah. Pakcik aku ni dapat dengar dengan jelas ayah aku duk bersayang, cinta bagai di telefon.

Bila kami balik ke rumah, pakcik aku terus panggil nenek (mak kepada ayah) dan mak aku. Menangis mak aku terduduk. Nenek panggil ayah aku minta penjelasan. Tahu apa alasan ayah aku? Mak aku dah tak melayan ayah aku. Ohh mudahnya alasan.

Di sinilah bermula hilangnya istilah Rumahku Syurgaku bila ayah mula cari setiap kesalahan mak. Ayah juga dah mula culas bayar sewa rumah, bil – bil rumah. Duit gaji ayah yang agak besar pada waktu itu, tak cukup untuk menampung hidup kami.

Walhal masa gaji ayah sikit, cukup je semua. Tuan rumah datang minta duit sewa sebab dah 2 bulan ayah tak bayar. Alasan ayah, banyak benda nak bayar. Pelik aku sebab ayah bukan beli kereta baru, tetap guna kereta lama. Rumah pun kami masih sewa flat yang sama.

Masa ni lagi sebulan nak SPM, aku sangat str3ss fikirkan mak yang terp4ksa berhempas pulas cari duit. Tahun depan pulak, adik aku 5 tahun nak masuk tadika. Aku pulak nak sambung study lepas SPM. Akhirnya mak gadai barang kemas untuk setel kan sewa rumah.

Alhamdulillah dengan berkat doa mak yang hari – hari bacakan Yasin masa aku SPM, aku tersenarai pelajar ke-7 terbaik dalam result SPM sekolah. Aku sekolah harian biasa je. Ayah aku masih dengan tabiat dia berkepit dengan handphone.

Kerap sangat tak balik dengan alasan outstation. Aku paling kesian dengan adik bongsu, dia tak merasa kasih sayang ayah sedangkan ayah yang nak sangat sorang lagi anak. 2008, aku dapat offer matrikulasi 1 tahun. 1 jam perjalanan dari rumah ke matrik.

Aku terima walaupun hati rasa berat nak tinggalkan rumah. Fikirkan mak, adik – adik aku. Adik aku yang sorang nak PMR, yang bongsu tadika. Mak pulak kena cari duit lebih sebab ayah bayar sewa rumah dan bil ikut suka dia. Nak bayar, bayar.

Tak nak bayar, ayah lepaskan pada mak. Aku pernah beri duit elaun matrik pada mak untuk beli barang dapur. Aku menangis dapat tahu mak tiada duit nak beli beras. Aku telefon ayah dan luahkan semua rasa s4kit hati aku tapi ayah putvskan talian tiba – tiba.

S4kitnya hati aku kenapa ayah berubah macam ni. Habis matrik, semua sibuk isi UPU nak sambung degree. Tapi aku pilih untuk tak sambung. Aku kena kerja untuk bantu mak dan adik – adik. Mak tak membantah sebab mak dah terlalu penat, kecewa dengan sikap ayah.

Adik aku yang remaja memberontak sebab ayah suka marah dia tanpa sebab. Tak sambung degree, bermakna tiada makna lah sijil matrik aku. Aku mohon kerja kerani guna sijil SPM. Aku simpan saja impian aku nak sambung degree.

Biarlah asalkan hidup mak dan adik – adik terjamin. Aku tak nak berharap dah pada ayah. Tentang ayah pula, aku pernah ambil telefon ayah dan baca semua mesej dengan perempuan itu. Maklumat tentang check in hotel, resit beg tangan dan restoran yang mereka pergi semua aku catat.

Masa tu 2009, baru nak kenal internet. Aku bawa adik bongsu aku ke cyber cafe, buka Google. Aku cari ke mana hotel mereka pergi. Jenama beg tangan yang ayah belikan pun aku Google. Balik rumah aku menangis. Sampai hati ayah habiskan duit untuk perempuan yang entah siapa, tapi untuk isteri dan anak – anak berkira.

Kadang – kadang mak ambil upah mengasuh anak jiran hari minggu kalau suami isteri nak keluar berdua. Tapi ayah marah, katanya bising rumah dengan baby. Ayah bersiap dan terus keluar. Kalau tak mengasuh, mana nak dapat duit?

Dengan duit itulah nak teruskan hidup. Masa berlalu, ayah masih lagi dengan sikap acuh tak acuh dengan keluarga. Duit tak pernah cukup. Kenapa tak cukup? Sebab tak berkat. Duit habis dengan perempuan, berfoya – foya. 2015, setelah kewangan aku stabil, adik habis diploma, aku bawa mak dan adik – adik pindah rumah.

Aku malas nak ambil tahu pasal ayah. Biarkan lah dia. Alhamdulillah adik bongsu dah habis sekolah. Aku pun dah 31 tahun. Doakan kami sekeluarga dapat duduk rumah sendiri pula. Dan untuk kau, Amni yang dengar cerita suami orang kononnya isteri serba serbi buruk, kau tahu ke apa suami tu buat?

Kau tak tahu pun sebab buat apa nak tahu kan. Kau balik rumah boleh senang lenang terus tidur ke, mandi sental badan dengan skrub ke, syampu lama – lama ke, baIas wassap sampai telefon meIetup pun takpe. Tapi isteri? Balik rumah nak kena susukan anak, anak yang sekolah nak kena tengokkan kerja sekolah.

Baju tak iron lagi, masak lagi. Dapat suami yang membantu, syukur. Kalau dapat macam jenis suami yang kau dating tu? Kau rasa kalau dia tolong isteri dia kat rumah, dia ada masa ke nak keluar dengan kau? Kau balik kerja, kau tiada komitmen apa – apa.

Sebab tu lelaki suka. Anytime je on. Isteri pulak? Takkan nak berjimba bagai macam kau. Mau 7 keturunan kena sumpah isteri derh4ka. Isteri marah suami kat telefon sebab balik kerja lambat? Kau tau tak Amni, ada isteri yang dari tengahari suruh suami balik sebab anak demam panas.

Suami bagi alasan kena tunggu petang. Sampai ke petang tak balik. Isteri tebalkan muka minta tolong jiran bawa ke kIinik. Suami pulak? Ohhh rupanya dating. Kau tak malu ke Amni dan yang seangkatan dengan kau. Kau curi masa dan hak seorang anak?

Lepas tu kau pun keluar teori, isteri dia ni tak lemah lembut, tak manja. Kau ada fikir tak hati perasaan isteri dan anak – anak lelaki yang kau tidur tu? Waktu aku call perempuan yang jadi orang ketiga tu, perempuan tu cakap kat aku ‘suruh mak kau jaga laki dia elok – elok sebab bapak kau cakap mak kau buruk’.

Sampai hari ni aku ingat apa yang perempuan tak guna tu hambur kat aku demi nak tunjukkan dia tak salah, ayah aku tak salah tapi mak aku yang salah. Dan yang menyokong sangat si Amni tu terutama lelaki, memanglah seronok kan sebab Amni bagi justifikasi kenapa suami orang curang.

Cuba kalau Amni cakap dia insaf, dia nak kahwin. Habis dah keluar ayat ‘hantaran 20k ke ni, lelaki baik tak ungkit masa silam’. Korang tak rasa apa aku rasa, mungkin sebab family korang bahagia. Atau mungkin ayah korang pernah curang tapi mak korang pendam sorang.

Korang mungkin tak tahu apa yang mak korang dah k0rbankan untuk keluarga sebab tu korang tiada empati kat isteri yang terani4ya sebab suami curang. Pesan aku, jagalah family baik – baik. Nanti dah tua anak – anak tak nak jaga, anak pulak dik4ta derh4ka sedangkan masa sihat dan kaya, lupa dunia. Wassalam. – Teratai (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Aimiey Nadia Zaimi : Esok dah tua – tua merempat minta simpati dengan family. Cakap anak – anak tak hirau la. Banyak dah cerita macam ni. Semoga dipermudahkan urusan awak adik bradik dan mak awak. Jaga mak elok – elok sbb kekuatan seorang isteri dan ibu adalah anak – anaknya sendiri. Sanggup bergadai nyawa sanggup melakukan apa sahaja untuk anak – anak.

Zahra Masoumah : Saya setuju. Curang sama ada isteri tu betul atau salah.. tetap salah. apatah lagi sampai abaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Ambil pengajaran hidup orang untuk diri sendiri. Bagi saya dua – dua kisah ni boleh ambil pengajaran dari sudut positive sebab reflection diri dan apa yang aku boleh improve dan satu lagi kisah, bila cinta tu buta.

Anak bini dah diketepikan..what goes around comes around. Sebab tu kadang – kadang ada anak tinggalkan mak ayah tak nak jaga, saya tak berani judge sebab tak tau apa yang mak ayah dorang buat kuat dorang masa mereka membesar dulu.

Farah Nasuhah : 20/8/2021 masa aku tengah tahan s4kit contraction nak bersalin, nurse dekat sebeIah aku dok cerita je dekat kawan dia pasal dia dengan suami orang. Apa suami orang tu bagi kat dia, macam mana suami orang tu layan dia.

Masa tu aku okay lagi dengar sambil layan s4kit. Tapi bila sampai part ape nurse tu dengan suami orang buat, dia cerita secara detail satu persatu setiap aksi dia dengan suami orang sump4h masa dalam s4kit tu hati aku sekali s4kit.

Aku jadi tak boleh nak tengok muka nurse tu. Nurse tu siap bacakan mesej isteri orang tu dekat kawan dia, tapi nurse tu kata bukan salah dia. Laki tu kata bini dia bla bla bla. Weyyy, nak curang mana nampak baik bini dah. Buruk bini je yg dia nampak.

Last – last aku kena em3rgency czer, nurse tu tolong tukarkan baju aku, bukakkan tudung aku memang aku tak tengok muka nurse tu. Sebab s4kit hati sangat – sangat, nurse tegur rambut aku panjang pun aku tak jawab ape. Dia pesan suruh selawat banyak – banyak pun aku jadi tak boleh nak terima! Memang sampai hari ni aku terfikirkan pasal si isteri tu dengan anak – anak.

هدى فندي : Congrats confessor. U did well. Just sharing abit of my story. Ada lelaki pm saya sebab masalah rumah tangga. Honestly, i dont have any idea at first. Just anggap luahan seorang kawan. Lama – lama ayat dia lain macam.

Situ saya sembur dia sebab dia perlu bertanggungjawab atas keputvsan dia ambil. Kemudian saya ignore dia. It just proving kita punya pilihan lebih baik kenapa nak pilih jalan yang menjerumuskan. Baik lelaki mahupun wanita, fikirkan apa kerugian pada orang lain atas sikap selfish kita.

Berbaloikah?? Meskipun diri kotor dengan d0sa, tapi punya hati yang masih celik, kita takkan lakukan hal buruk tu. Semoga kita semua mampu istiqamah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.