Pertama kali jumpa kak ipar, ayah dah cakap dia tak restu dan tak bagi abang kahwin. Kami pert4hankan kak ipar sebab dia nampak baik dan abang kahwin jugak lepas ayah meninggaI. Waktu nak kahwin, mak terdengar perbualan keluarga kak ipar. Apa yang meng3jutkan, masa majlis mereka duduk depan sekali untuk ambik duit salam..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Thanks kepada admin kalau sudi siarkan confession aku ni. Nama aku Siti, berumur 22 tahun dan masih belajar di Universiti. Aku ada seorang abang yang berusia 30 tahun.
Kisahnya bermula apabila dia nak berkahwin dengan seorang perempuan yang telah dia kenal lebih kurang 5 tahun. Abang bawa perempuan tu yang aku namakan dia Kak Mira. Ayah tak berkenan dengan kak Mira sebab ayah kata dia boleh tengok perempuan ni jenis yang baik atau tak walau sekejap je dia jumpa.
Maklumlaa orang tua – tua dah makan garam dulu dari kita. Lepas abang hantar kak Mira balik, ayah cakap dekat aku, mak dan kakak yang ayah tak suka dengan perempuan tu. Kata ayah, perempuan macam tu jenis yang banyak mulut dan kalau dia dibawak masuk dalam family akan porak peranda.
Ayah aku ni dah macam pakar psik0logi tiap kali teka mesti betul, cuma masa tu bab kak Mira ni aku tak pasti lagi. Abang aku ni kategori tersangat baik. Dia tak pernah langsung meIawan cakap mak ayah aku, kalau kawan – kawan ada problem dia mesti tolong dan dia tak pernah nak memburukkan sesiapa.
Kak mira ni pula jenis pendiam, tak cantik sangat, tapi nampak baik. Masa dia datang kat rumah aku, adik beradik semua tanya kenapa abang aku pilih perempuan yang tak ada rupa langsung. Aku dengar mak aku cakap, tak pa janji dia baik hati dah alhamdulilah.
Lepas tu mak aku up lagi kata kak Mira ni pandai masak laa apa laa.. Sampai masa nak bertunang ayah aku marah kami sebab katanya kami selalu backup abang untuk kahwin dengan kak mira dan sebenarnya ayah aku memang tak cakap dekat abang tapi dekat kami dia kata dia tak restu perkahwinan abang.
Emm aku dan mak masih rasa yang ayah aku suka berburuk sangka. Kakak pon tak suka kak Mira dengan alasan yang sama iaitu mulut kak Mira jahat. Tapi aku dengan mak pert4hankan juga abang sebab nak jaga hati dia.
Sampai satu hari ayah jatuh s4kit kena buatan orang dicampur pula dengan k3ncing manis yang tinggi. Ayah dimasukkan ke hospitaI dan abang mengajak aku untuk jemput kak Mira balik dari kerja dan pergi melawat ayah.
Aku duduk di belakang, bila dia masuk dengan aku pun dia tak tegur dan direct buat muka naik angin. Abang aku pujuk jom la tengok ayah dekat hospitaI kejap, 5 minit pon jadi laa. Sampai ke sudah dia tak nak dan tak peduli pun kat aku.
Nak tahu kenapa? Sebab ada satu hari tu abang aku kena demam campak yang teruk, tiba – tiba dia datang rumah aku ser4ng abang dan cakap abang ada simpan perempuan. Dia ser4ng depan kami satu family sedangkan abang tengah baring tak larat.
Abang hanya mampu menafikan tuduhan dia. Memang tak laa, abang aku ni tak reti bercinta sangat pun, dah laa dia kata abang aku bercinta dengan perempuan asing. Ayah cakap cara baik suruh dia balik, takkk dia bising sampai rumah jiran boleh dengar suara dia menangis – nangis p4ksa abang aku suruh mengaku curang.
Kami lagi kenal abang aku tu macam mana. Kalau betul pun tak boleh ke cakap elok – elok, tak malu dekat kami dan jiran – jiran yang dah mula bukak tingkap nak curi dengar apa yang jadi? Disebabkan ayah p4ksa dia balik, jadi dia d3ndam sebab ayah tak sokong dia p4ksa abang aku mengaku.
Kak aku datang bisik, dia ni dah kenapa, suara dah la macam pakai mic bising – bising. Akhirnya setelah ayah bert4rung dengan s4kitnya di hospitaI dan rawatan cara islam dia pon menghembuskan nafas yang terakhir. Kak Mira cakap dengan abang yang dia tak nak tengok arw4h ayah kalau abang aku tak datang jemput.
Jadi, dalam kelam kabut kami mengurus jen4zah ayah, abang terp4ksa mencelah pergi ambil dia dan familynya. Lepas tu kena hantar balik pula. Aku cuba pendekkan cerita yang sebenarnya berjela. Lepas ayah meninggaI, atas sebab apa aku tak tahu abang dengan kak Mira putvs tunang dan kak Mira yang datang cari abang pagi dan petang setiap hari.
Dengan bagi surat, lepas tu menangis dekat mak bagai. Kemudian, abang lembut hati dan diorang pun baik balik. Bila nak kahwin, abang nak pakai duit banyak, jadi mak kena laa bantu sikit dan mak gadaikan barang kemas dia sikit.
Kebetulan harta ayah dibahagikan. Untuk majlis perkahwinan abang, duit arw4h ayah habis dekat RM40 ribu. Sebab? BeIah perempuan nak besar – besaran. Tak cukup dengan itu mak aku dengar family kak Mira cakap, “kita pekena mak Adi betul – betul, duit yang orang bagi time kenduri semua kita ambik.”
Mak aku just diam. Sampai hari kenduri mak aku kena duduk tempat terpencil untuk sambut tetamu dan mereka betul duduk di bahagian depan. Mereka dapat duit yang orang bagi masa kenduri dekat RM8 ribu dan mak aku just dapat RM200 je.
Kami tak kisah pun, cuma jangan laa niat tak baik. Abang aku nak jaga mak aku sebab dia kan anak laki sorang. Jadi lepas kahwin, dia duduk serumah dengan kami. TAPI, rumah kami besar ibarat dua rumah yang dicantumkan, ada dua pintu dan tak kan bertembung pun.
Kalau kami nak masuk rumah diorang pon memang kena k3tuk pintu dulu. Diorang ada dalam zone privasi, tak payah risau kami tak boleh ganggu pun. Tapi lepas kahwin kak Mira setiap hari datang rumah cerita keburukan setiap orang yang dia kenal dekat mak.
Ya, kami terk3jut sebab kami ingat dia baik pastu pendiam je. Dah macam nak kena je apa yang arw4h ayah cakap. Dia jugak pernah datang bilik aku, siap tutup pintu semata – mata nak cerita yang abang aku ni jahat giIa, bawa peIacur pergi sana sini.
Ya Allahhhh, aku kenal abang aku, hidup dia pergi kerja, balik keja. Kalau keluar lepak dengan kawan kejap tu pun mesti report dekat mak dulu. Dari situ kami tau dia memang bukan perempuan yang baik. Kenapa aku tak sound?
Sebab aku ni jenis diam sekali aku sound, makanya mungkin sampai m4ti pon aku tak boleh tengok orang tu dah. Bukan tu je, dia kerap giIa putar belit cerita. Dia pergi dekat mak, dia cakap pasal aku, dia pergi dekat kak dia cakap pasal mak aku dan dia datang dekat aku cakap pasal abang aku.
Dan semua tentang keburukannnnn. Kami bertahan hati sebab abang. Abang baik dan kami tak sampai hati kalau dia tahu apa yang isteri dia buat, kami just mampu doa dia berubah. Terlalu banyak aku rasa nak luah dan mungkin kat sini je aku mampu.
Kak mira ni juga pernah curi ambil tudung, baju dan seluar dalam mak aku yang mak aku sidai kat luar dan lumur dengan lumpur kemudian dia datang tunjuk dekat aku dan kakak, katanya ni pakaian mak kan? Ni mesti mak dengki dengan dia sebab tu nak buat khi4nat dan sih1r bagi dia berpisah dengan abang dan boleh laa mak bolot harta abang aku.
Tapi dia tak tahu masa abang tak ada duit nak bagi dia makan, masa sesak, mak diam – diam bagi duit dekat abang sebab kesian dekat kak mira ni kot – kot dia teringin nak makan apa – apa. Dia juga selalu datang diam – diam cakap dekat aku yang tak ada mak mertua paling jahat dalam dunia ni macam mak aku.
Yess, aku rasa nak bertvmbuk jaa dengan dia tapi mak aku pesan selagi boleh sabar, sabar sebab Allah ada dengan kita. Allah ada!! Diam – diam juga dia pergi cerita dekat mak yang aku ni pelik, tak berdunia sebab aku jenis suka duduk rumah dan solat, baca quran.
Apa masalahnya. Aku rasa benda tu normal. Ada sekali tu, lepas dia mengata mak aku bagai nak rak depan kakak dan aku, aku terus pergi solat hajat. Kalau betul mak yang salah, Kau tunjukkanlah Ya Allah dan jika sebaliknya kau buktikanlah Ya Allah.
Nak tahu apa jadi? Baru seminit aku habis solat dengar dia terjerit – jerit suruh anak dia (anak dia baru setahun) buka pintu sebab pintu tu terkunci sendiri dari dalam. Pastu aku dengar anak dia menangis. Aku nak pi tolong tapi kakak suruh aku diam.
Biarkan, kita tengok jaa.. Last sekali mak aku yang pergi tolong. Punya laa cepat Allah nak tunjuk. Sampai sini je laa coretan aku. Aku hanya nak luah apa aku rasa dengan per4ngai kak Mira. Ni pun baru je aku kena dengar dia cerita keburukkan mak dan dia kata mak aku bela s4ka sampai 3 ekor j1n.
Ya, dia kaki b0moh. Banyak lagi benda pelik yang dia buat sampai kami berg4duh anak beranak tapi dia masih buat macam takde masalah. Terima kasih sudi dengar benda yang aku tak pernah kongsi dengan sesiapa. Terima kasih admin kalau sudi siarkan. Please doakan aku kuat dengan manusia macam ni, dan harap sangat dia berubah walaupun dah lama kami tunggu saat tu. – Siti
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.