Ayah tiba-tiba haIau ibu dan anak2 keluar dari rumah sebab dia akan bawa bini baru pindah masuk

Sejak lahir memang ibu yang cari nafkah. Ayah akan kerja ikut mood, seminggu tolong kawan jual burger, kemudian sebulan rehat dekat rumah. Entah macam mana ayah dapat rezeki terpij4k bila tolong jual tanah orang kampung. Dapat komisen beIasan ribu terus berkenalan dengan seorang perempuan. Satu hari ayah halau kami anak – beranak keluar..

#Foto sekdar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca di page ini. Selama ini aku cuma silent reader tapi tiba – tiba terdetik di hati ingin berkongsi kisah diriku. Kisah aku yang membeli kereta pertama selepas bekerja.

Dan ya, aku tak menyesal dengan keputvsan ini. Nama aku Hani. Aku mempunyai dua orang adik lelaki, Naz dan Ali. Aku lahir di dalam keluarga di mana ibu adalah tonggak utama dalam mencari nafkah. Ayah?

Dari aku kecil hingga besar, ayah jenis yang ada mood dia kerja, tiada mood dia duduk rumah. Seminggu tolong kawannya berniaga burger, sebulan lepastu duduk rumah makan, tido, jumpa kawan.

Kemudian jika dia perIukan duit, dia ambil upah buat rumah, kupas kelapa atau apa – apa kerja lain. Tapi cuma sekadar untuk dirinya saja, bukan kami. Hubungan kami adik beradik dengan ayah biasa saja, cakap bila perlu kerana ayah tak pernah pun tanya apa – apa tentang kami.

Ambil report kad di sekolah pun ayah tak pernah pergi. Ibu pula berhempas pulas buat kuih, nasi lemak, menjahit baju, ambil upah kemas rumah orang, kemas pejabat dan pelbagai lagi.

Kami 3 beradik akan ambil alih kerja di rumah jika ibu keluar bekerja. Aku pula habis saja SPM, duduk rumah tak sampai seminggu, terus bekerja sebagai cashier. Duit gaji yang aku dapat, aku simpan separuh untuk buat lesen kereta dan separuh aku bagi pada ibu.

Keluarga aku memang tiada kereta, kami ke mana – mana menaiki teksi atau bas. Cuma ayah saja yang ada motor, itupun kepunyaan arw4h datuk. Tapi aku nekad aku perlu ada lesen kereta. Itu memang impian aku.

Alhamdulillah dengan keputvsan spm yang sederhana, aku melanjutkan pelajaran ke sebuah matrikulasi, kemudian ke IPTA. Ketika aku di universiti, aku tak ada ramai kawan. Mungkin kerana habis kelas, aku terus bersiap untuk kerja part time di kedai koperasi kolej.

Aku tak punya masa melepak seperti rakan sekuliahku. Cakap saja masa tu apa saja tudung, baju atau makanan viral, aku pasti jadi agent. Duit untung berniaga separuh aku simpan, separuh untuk aku survive di U.

Duit PTPTN biasanya aku bagi pada ibu untuk bayar bil dan belanja dapur kerana aku tak sanggup lihat ibu bekerja keras kerana kadangkala aku lihat ibu kerap demam. Dugaan datang ketika aku di semester akhir.

Ayah tiba – tiba dapat rezeki terpijak kerana menolong seseorang menjual tanah. Ayah dapat komisyen dalam nilai belasan ribu tak silap aku. Di sini masalah bermula kerana ayah berkenalan dengan seorang perempuan dan sudah mula marah – marah tanpa sebab pada kami.

Aku pernah berdepan dengan perempuan itu minta dia jangan ganggu ayah. Tapi akhirnya aku ditamp4r ayah kerana aku masuk campur urusannya. Situasi ketika itu sangat tegang. Aku sudah habis sabar melihat sikap ayah selama ini.

Aku kecewa kerana dia tak nampak peng0rbanan ibu selama ini. Aku kuatkan semangat ketika ini untuk fokus pada final exam. Habis saja kertas terakhir, aku terus pulang ke rumah. Aku nekad perlu kerja dengan segera.

Alhamdulillah, dalam tempoh sebulan mencari kerja, aku mendapat tawaran kerja di makmal dengan gaji RM1,800. Bermula lah hidup baru aku pada 2014, perlu naik bas 2 kali untuk sampai ke tempat kerja.

Hujung minggu aku ambil upah mengajar di pusat tuisyen. Sambil itu, aku jadi dropship menjual tudung. Sebulan aku boleh mendapat pendapatan kasar dalam RM2,600. Aku ambil tugas membayar bil, membeli barang dapur.

Aku tak izinkan ibu bekerja berat lagi. Separuh gajiku wajib aku simpan. Dugaan hebat sekali lagi datang, bila ayah beritahu ibu yang dia mahu berkahwin dengan kekasihnya dan minta kami keluar dari rumah kerana dia mahu duduk di situ selepas kahwin.

Rumah itu milik arw4h nenek (ibu kepada ayah). Aku yang ketika itu memang sudah tawar hati dengan sikap ayah, terus mencari rumah sewa. Ayah hampir bertumbuk dengan Naz kerana Naz amat marah waktu itu.

Ketika ini adikku Naz bekerja di kedai makan dan Ali darjah 6. Dengan duit simpanan yang ada, aku bayar deposit rumah sewa dan keluarlah kami 4 beranak dari rumah ayah. Kami cuma bawa pakaian saja.

Ayah tak izinkan kami bawa perabot sedangkan semuanya dibeli oleh ibu. Ketika ini juga, ayah sudah ceraikan ibu atas permintaan ibu sendiri. Di rumah sewa baru, aku menghadapi masalah untuk ke tempat kerja kerana tiada bas lalu di kawasan rumah.

Terp4ksa lah aku menaiki Grab dan mengeluarkan kos yang berkali ganda untuk pergi balik kerja. Ibu pula kadangkala pitam, aku amat risau kerana tak mampu bawa ibu ke kIinik dengan segera kerana perlu menunggu teksi.

Ibu disahkan kemurungan dan ada d4rah tinggi. Maka aku nekad, aku perlu beli kereta. Ali pula terp4ksa menaiki 2 van sekolah berbeza untuk ke sekolahnya yang agak jauh.

Aku tak boleh tukarkan sekolah Ali kerana UPSR sem4kin hampir. Naz pula terp4ksa cari kerja baru kerana tiada kenderaan. Aku p4ksa diri untuk cari duit lebih ketika ini. Aku menjadi dropship 5 barang ketika ini.

Hidup aku memang sibuk. Habis waktu pejabat, aku siap – siap untuk ke tempat tuisyen. Waktu rehat aku gunakan untuk membuat iklan di Facebook dan membaIas mesej customer.

Hampir 6 bulan aku ik4t perut, Alhamdulillah aku dapat membayar deposit kereta Viva putih 850cc. Untuk perempuan seperti aku yang tidak tahu apa – apa tentang kereta, sudah pasti kereta secondhand bukanlah pilihanku.

Bayaran bulanan RM365 amatlah mampu untuk aku bayar. Aku menangis ketika memandu kereta baru pulang ke rumah, terasa segala penat lelah aku selama ni berbaloi.

Beberapa bulan selepas itu, Naz menerima tawaran ke Politeknik Sabak Bernam. Naz sebenarnya sudah ketinggalan setahun lebih daripada rakan sebayanya kerana Naz tidak mahu sambung belajar kerana ingin membantuku.

Aku pujuk Naz sambung belajar kerana aku sudah bekerja, biarlah aku pula ambil alih tanggungjawab mencari duit. Dengan Viva putih aku itulah, kami hantar Naz mendaftar di Politeknik. Sebulan sekali kami akan ke Sabak Bernam melawat Naz, sambil berjalan – jalan.

Aku gembira kerana ibu sudah kurang menangis, sudah mampu ketawa. Apa saja yang ibu mahu aku belikan. Ali pula terpilih untuk menjalani latihan bola bagi melayakkan dia terpilih mewakili kelab bola sepak negeri.

Dengan Viva putih itulah, aku ke sana sini menghantar dan mengambil Ali. Aku amat gembira kerana memiliki kereta tepat pada masanya. Masa pantas berlalu, Naz sudah tamat pengajian diploma.

Aku amat gembira kerana dapat bawa ibu dan Ali melihat konvo Naz. Aku kumpul duit bawa ibu, Naz dan Ali bercuti ke Cameron Highlands. Alhamdulillah dengan Viva putih itu, kami anak beranak dapat bergerak ke sana sini.

Syukur Alhamdulillah selepas habis PKP, aku mendapat tawaran kerja dengan gaji yang lebih baik. Tak sangka 6 tahun dah berlalu selepas peristiwa pahit itu. Ibu pun sem4kin ceria, ibu cuma mengambil upah menjahit saja sekarang bagi menghilangkan rasa bosan di rumah.

Naz pula bekerja di sebuah syarik4t swasta. Naz banyak membantu aku meringankan beban. Ali pula dah habis sekolah, dan dia mahu sambung pelajaran di Giat Mara. Aku sangat bersyukur adik adik lelaki ku tidak terlibat dengan masalah walaupun membesar dalam keadaan yang sukar.

6 tahun yang amat sukar bagi aku tapi aku puas melihat senyuman ibu. Aku percaya ibu tak dapat semua ini ketika dia masih bersama ayah. Ayah pula tak pernah ambil tahu hal kami selepas berkahwin lain.

Aku pun malas nak bertanya apa – apa. Biarlah, kami pun sudah bahagia. Setiap kali aku baca post di Facebook, memerIi graduan yang sibuk membeli kereta, aku turut terasa hati. Di pejabat juga, ada yang memerIi aku kerana beli kereta.

Tapi hakik4tnya, yang memerIi aku tidak membantu aku disaat ibu jatuh s4kit, tiada kenderaan ke kIinik. Mereka yang memerIi aku, selesa memandu kereta ibu ayah mereka tanpa perlu membayar setiap bulan.

InsyaaAllah 2 tahun lagi, selesai bayaran Viva ku. Aku mahu fokus untuk beli rumah dan menabung emas pula. Di usia 30 tahun, aku selesa hidup solo. Tak berani berkenalan dengan mana – mana lelaki kerana tak mahu berpisah dengan ibu.

Apatah lagi, keutamaanku adalah untuk menyara kos belajar Ali. Aku bahagia begini. Buat adik – adik yang mungkin berada dalam situasi ku, semoga anda dimudahkan urusan kerana aku tahu sukarnya nak teruskan kehidupan jika kita bukanlah asal daripada keluarga senang.

Buat yang mahu memiliki kereta, cukuplah ambil kereta tempatan dan lupakan hasrat memiliki kereta mahal. Kerana sepanjang tempoh aku membayar kereta setiap bulan, aku masih lagi mampu membuat simpanan kerana aku gunakan gaji mengajar tuisyen untuk membayar kereta.

Gaji tetapku tidak dikacau untuk membayar kereta. Terima kasih buat yang sudi membaca. Doakan kami 4 beranak bahagia hingga ke akhirnya. Assalammualaikum. – Hani (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nina Aziz : Tahniah confessor. awak seorang yang bijak dalam membuat keputvsan dan kuat bekerja demi menyara keluarga. Semoga dipermudahkan urusan untuk membeli rumah nanti.

InshaAllah ada rezeki untuk awak sebab niat awak untuk membahagiakan ibu dan adik – adik. Semoga bertemu j0doh yang baik suatu hari nanti. Amin.

Norlaila Mohd Din : Tahniah confessor, besar hati saya mendengar cerita begini, terasa semangat membara anda sampai kepada saya. Saya kekadang rasa lemau, PKP ni rasa terkurung, terasa jam tak bergerak tetapi anda membuka mata saya.

Banyak yang kita boleh buat, anda orang muda yang negara kita perIukan. Bangunkan diri, bangunkan family, tidak h4nyut dengan masalah malah anda melangkah gagah. Saya bangga

Zaujah Azmi : Semoga allah merahm4timu dik.Orang yang membahagiakan ibu dan ahli keluarganya. Pasti Allah akan membahagiakannya kelak. Doa dari kami, semoga adik mendapat j0doh yang terbaik untuk dunia dan akhir4t.

Teruskan berbuat baik pada ibu dan adik beradik ya. Rezeki adik pasti akan meIimpah ruah inshaAllah.

Jasmine Jamaluddin : Alhamdulillah… Terbaik Hani! Pandai menguruskan kewangan dan bertanggungjawab pada emak dan juga adik – adik. Seronok bila Hani, emak dan adik – adik bahagia sekarang. Semoga Allah Taala permudahkan segala urusan kehidupan Hani, mendapat j0doh yang beriman kelak dan terus bahagia dunia akhir4t.. Aamiiiin Aamiiiin Ya Robbal’aalamiiin..

Ita Yusof : Wow ayahnya baru dpt duit belas ribu je, dah lupa diri. Betul sangat la, lelaki diuji bila berada sikit. Tahniah confessor, tenang dan bertanggungjawab ketika dilanda kemeIut keluarga.

Alhamdulillah, dapat bahagiakan ibu dan adik – adik. Semoga dipermudhkan segala urusan hidup dan dapat j0doh yabg baik – baik nanti. Aamiin-amin yaarabb

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/