Suami jumpa dengan seorang janda untuk jadi rakan perniagaan. Menurut janda tu dia nak cari rakan perniagaan lelaki yang boleh dijadikan suami. Sebelum kahwin, suami ceraikan saya dulu, itu syarat yang diberi oleh janda tersebut kerana dia tak mahu bisnes terganggu kerana isteri yang tak faham bisnes.
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum, saya Hanan. Saya bukan seorang terpelajar, bukan juga penasihat, tetapi rasanya saya boleh beri pandangan berdasarkan pengalaman saya sebagai anak dan ibu tunggal yang sering menghadapi masalah dan terpinggir disebabkan masalah rumah tangga yang saya hadapi.
Pelik bunyinya kan? Tetapi apa yang saya luahkan ini adalah untuk merayu para ibu semua jangan pinggirkan anak anda yang menghadapi masalah rumah tangga, sebaliknya bantulah jika dia susah.
Saya tak cakap pasal orang lain, tetapi tentang masalah yang saya hadapi ini terlalu menekan jiwa dan perasaan saya. Siapa tak mahu hidup senang, semua orang mahu senang, dan tak ada seorang pun mahu rumah tangganya h4ncur.
Semua orang mahu kebahagiaan, tetapi j0doh pertemuan bukan kita tentukan, semuanya urusan Allah. Jadi jangan salahkan saya jika saya diceraikan dan ada masalah rumah tangga.
Masalah yang saya hadapi sekarang bermula setelah saya diceraikan. Anak ada tiga orang masih kecil. Walaupun saya bekerja tetapi pendapatan saya tak banyak. Maklum lah lulusan SPM, apalah sangat kerja yang dapat saya lakukan dan berapa sangat gaji saya.
Semasa masih ada suami lagi, hidup kami taklah senang sangat, setakat cukup makan, pakai dan mampu bayar sewa rumah, sebab gaji suami pun tak banyak.
Namun setelah anak bertambah rezeki pun bertambah, hasil duit gaji yang kami kumpul bersama kami mampu beli kereta kecil, cukup untuk kami anak-beranak. Beli kereta bukan nak tunjuk mampu tetapi untuk kemudahan senang nak balik kampung ataupun berjalan makan angin sekali – sekala.
Tetapi peliknya setelah ada kereta langkah suami sem4kin panjang. Ada saja halnya pada waktu malam. Nak jumpa member, pakat nak buat bisnes dan macam – macam. Saya daripada awal dah bagi tahu suami jangan buat bisnes sebab kita tak ada modal.
Keluarga pun bukan orang kaya boleh pinjam. Tetapi entah macam mana suami saya Iqbal boleh ters4ngkut dengan seorang ibu tunggal nama Qeeda yang sanggup jadi partner untuk sama – sama buat bisnes.
Di sinilah bermula segalanya. Mula – mula pakat – pakat nak buat bisnes, lepas tu nak tolong Qeeda buat bisnes sementara dia belajar nak buat bisnes, akhirnya mereka tersangkut dah mula bincang – bincang nak kahwin.
Saya dah nasihatkan Iqbal jangan dekat dengan ibu tunggal, pertama tak manis dipandang orang, berdua ke sana sini. Kedua, saya bimbang mereka tersangkut dan nak kahwin pulak. Apa yang saya bimbangkan itu memang terjadi.
Sejak Iqbal sibuk nak buat bisnes rumah tangga kami sering berantakan, pertama kerana duit sentiasa tak cukup. Rumah sewa mula lewat bayar, sebab duit nak guna dulu buat bisnes.
Saya memang daripada awal tak setuju dia buat bisnes. Tapi kerana hasutan kawan Iqbal terlupa tanggungjawab dia di rumah. Kawannya buat bisnes boleh berjaya sebab isteri mereka gaji besar, mereka ada ibu bapa berharta boleh bantu dan duit ada dalam tangan.
Tetapi Iqbal memang tak ada semua itu. Nak berg4ntung dengan saya, berapa sangat gaji saya. Sebab itu ekonomi rumah tangga kami mula g0ncang. Pada awalnya kata Iqbal, dia bertuah kerana dapat partner ibu tunggal yang ada duit.
Dah mula buat bisnes dan berjaya, dia cuma perIukan rakan kongsi yang boleh ke tengah ke tepi jumpa orang sana sini untuk promote bisnes. Qeeda tak boleh buat sendiri, sebab dia ada anak yang perlu diuruskan.
Dulu Qeeda ada rakan kongsi lain, tetapi kena tipu, bisnesnya hampir rugi, tetapi dia naik semula dan rakan itu sudah dibuang. Dengan Iqbal, sejak mereka bertemu Qeeda percayakan dia dan mengharapkan Iqbal boleh bantu dia.
Tetapi saya ingatkan itu semua masalah yang bakal mengh4ncurkan rumah tangga kami. Namun Iqbal janji dia cuma nak jadi orang bisnes yang jujur. Tetapi janji tinggal janji.
Lama jugak saya bertahan dengan kerenah Iqbal yang giIa mer0yan dengan rakan bisnes si Qeeda ni. Puas saya nasihat, tapi tak jalan, lagi kita nasihat lagi jauh dia berjalan berdua – duaan konon nak cari contact baru mesti jumpa orang.
Ketika itu katanya modal bukan masalah, Qeeda tanggung beres, kerana dia hanya perIukan seorang rakan kongsi yang boleh buat kerja. Alasan Qeeda susah ibu tunggal nak buat bisnes kalau tak ada bantuan daripada lelaki, sebaik – baiknya jadi suami.
Sebab itu akhirnya suami saya buat keputvsan berkahwin dengan Qeeda. Sebelum kahwin, dia ceraikan saya dulu, itu syarat yang diberi oleh Qeeda kerana dia tak mahu bisnes terganggu kerana isteri yang tak faham bisnes.
Oleh kerana giIa nak buat bisnes Iqbal sanggup berhenti kerja dan kahwin dengan Qeeda. Yang jadi masalah tentulah saya ditinggalkan dengan tiga orang anak yang masih kecil, yang tua baru darjah satu. Yang kecil baru tiga tahun.
Ketika terima surat cerai, menangis air mata d4rah pun tak boleh selesaikan masalah. Akhirnya saya terp4ksa mengadu pada emak minta bantuan. Yalah dengan siapa lagi nak mengadu kalau bukan dengan emak dan adik – beradik.
Di sinilah bermulanya masalah kedua yang amat besar dalam hidup saya. Emak kata dia boleh bantu jaga anak – anak yang masih kecil, tetapi adik – beradik banyak songel, mereka mula kutuk saya konon saya hanya susahkan emak.
Pengasuh. Sebenarnya saya tak pernah menyusahkan emak, dulu susah senang kami tanggung suami isteri, tetapi sekarang saya terp4ksa minta bantuan emak. Sebab gaji saya kecil, nak hantar suruh pengasuh jaga anak, saya tak mampu.
Daripada beri duit pada pengasuh lebih baik saya beri pada emak. Untuk jimatkan belanja saya sewa bilik dengan kawan, tak perIukan bayar sewa rumah. Maklum duduk KL semua mahal.
Emak setuju, tetapi kakak dan adik saya menyindir, kata mereka kerana jaga anak saya emak tak boleh pergi mengaji dan kelas agama. Tapi saya nak buat macam mana, saya memang tak mampu.
Saya minta tolong pada emak jagakan anak saya untuk lima atau enam tahun sahaja, lepas anak kecil saya masuk sekolah saya berjanji akan ambil balik duduk dengan saya. Bukan saya nak kuIikan emak sampai m4t1, atau saya nak menggataI cari jantan lain.
Walaupun saya ibu tunggal, tapi saya ada maru4h, niat saya nak hantar anak – anak belajar sampai universiti, kerana mereka tempat saya berg4ntung nasib dan menumpang kasih bila tua nanti.
Saya mahu mereka berpelajaran dan ada masa depan. Saya tak mahu dua orang anak perempuan saya jadi macam saya, dan saya mahu anak lelaki tunggal saya jadi manusia yang terbaik, lelaki yang bertanggungjawab bukan seperti ayah mereka yang tak bertanggungjawab.
Siapa tak sedih berjauhan dengan anak – anak, yang kecil baru tiga tahun, kakaknya lima tahun, sementara abangnya baru tahun satu. Harapan saya apabila anak bongsu saya sudah bersekolah tentu mereka boleh jaga diri, tak perlulah emak jaga mereka lagi.
Tetapi adik – beradik saya tak senang hati, setiap kali mereka jumpa, mereka suruh saya jaga anak – anak sendiri. Tak ada duit minta nafkah daripada bekas suami. Mereka fikir senang ke nak minta nafkah?
Iqbal di Mahkamah Syariah mengaku dia tak bekerja dan tak ada duit nak bagi nafkah. Dia janji bila bekerja nanti dia akan bayar, tapi entah bila? Setiap bulan saya balik kampung hantar duit pada emak dan lihat anak – anak.
Mereka akan merengek nak ikut saya balik sebab selalu kena marah dengan Acu, adik saya yang duduk di rumah emak. Dia sering kata anak – anak saya ni menyusahkan hidupnya. Padahal dia bekerja pergi pagi, bila petang hari baru balik.
Anak – anak saya memang takutkan dia, mereka akan lari duduk dapur setiap kali Acu balik kerja. Kata anak lelaki saya mereka duduk dapur sebab tak dibenarkan berada di ruang tamu.
Tapi duduk dapur pun salah, dituduh anak – anak saya nak minta makan. Duduk dalam bilik pun tak boleh katanya buat sepah atas katil. Kerana hidup saya pun susah, saya terp4ksa pek4kkan telinga bila mereka merayu nak ikut saya balik.
Saya nasihatkan mereka jangan buat nakaI nanti Acu marah. Dan tunggulah bila emak ada duit lebih akan ambil bawa balik KL. Apa yang membuat saya tersinggung bila kakak dan Acu bersungut pasal saya tak jaga anak sendiri emak diam, seolah – olah emak mengiakan apa juga kata – kata mereka terhadap saya.
Sepatutnya sebagai emak, bersuaralah bahawa emak terp4ksa bantu mana – mana anak yang dalam kesusahan, dan sebagai adik – beradik sepatutnya mereka turun bantu adik yang susah, bukan mengh1na dan mengutuk.
Agaknya kerana saya susah tak berduit, emak langsung tak simpati pada saya untuk nasihatkan kakak dan Acu. Kalau emak tak sukakan saya pun tolonglah kesiankan anak – anak saya supaya mereka tidak ditengking oleh Acu.
Nasihatkanlah anak – anak supaya bersimpati dengan adik – beradik yang susah, sebab bukan semua orang nak hidup susah. Inilah peranan emak untuk redakan suasana selain bersimpati dengan anak yang bermasalah.
Tapi emak saya lain sikit, ketika Acu marahkan anak – anak saya, emak diamkan diri, seolah – oleh emak takut pada Acu, jadi kepada siapa anak – anak saya nak tumpang manja dan meminta simpati jika Tok mereka pun tak mahu membeIa mereka.
Sebab itu setiap kali saya balik, mereka merengek nak ikut saya balik. Hujung tahun lepas, dua anak saya menumpang di rumah Tok mereka tapi saya akan ambil mereka semula.
Biarlah susah, tapi saya akan jaga mereka, kerana saya sedih dengan nasib mereka duduk kampung dengan emak saya. Sebenarnya dalam kes saya ini, emak tak salah, tetapi emak tak pandai menasihati dan menjaga hati anak.
Sepatutnya anak yang susah, emak bantu bukan dengan wang ringgit, tetapi memadai dengan nasihati supaya adik – beradik lain tidak mengutuk adik – beradik yang dalam kesusahan.