Dulu saya kena cerai sebab suami bercinta dengan orang lain tapi sekrang tiba – tiba saya terbuka hati nak kahwin lagi. Masalahnya sekarang dia suami orang. Dia suruh saya tunggu sementara anak – anaknya besar. Peliknya saya sanggup bermadu sehinggalah saya ajak kekasih kahwin di seberang..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya perkenalakan diri saya sebagai Mysara Huda. Saat ini saya rasa sayalah wanita paling maIang. Sebabnya, dua kali saya melalui kehidupan yang sungguh tertekan dan duduk di bawah telunjuk lelaki.
Semuanya kerana terlalu cintakan lelaki, maka hidup saya jadi tak keharuan seperti yang saya lalui sekarang ini. Perkahwinan pertama saya gagal setelah lapan tahun berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
Kini kedua – duanya bersekolah rendah. Saya bercerai sebab tak sanggup lagi tertipu dengan karenah suami yang giIa bercinta dengan wanita lain. Dia mahukan keseronokan daripada dua wanita, isteri dan kekasihnya.
Kerana tak sanggup ditipu, maka saya minta cerai. Awalnya memang suami tak mahu ceraikan saya, tetapi setelah saya sendiri tangkap mereka ketika berjalan menuju ke rumah kekasihnya.
Maka dia tak dapat berdalih lantas sanggup ceraikan saya. Memang awalnya dia tak mahu ceraikan saya, tetapi setelah kekasihnya memberi kata putvs dan muktamad, maka dia tidak ada jalan lain selain menceraikan saya.
Sebab pertama nak tutup malu sebab kekasihnya sudah hamil, dan kedua kerana kekasihnya lebih banyak wang daripada dirinya sendiri. Jadi untuk masa depannya lebih terjamin, dia lebih rela berpisah dengan saya dan anak – anak daripada terlepas dengan kekasihnya yang banyak wang dan berpangkat itu.
Perceraian kami berjalan lancar di mahkamah dan dia sedia memberi nafkah kepada dua orang anak saya serta nafkah edah. Pendek kata, semuanya berjalan lancar. Apa sahaja permintaan saya diberikan tanpa banyak kerenah.
Maklum semuanya dibereskan oleh bakal isterinya. Dan wanita itu minta perkahwinannya segera didaftarkan di negeri ini tanpa bertangguh-tangguh lagi. Sebenarnya mereka telah bernikah di luar negara.
Walau pun semuanya berjalan lancar, tetapi rasa s4kit hati saya kerana perbuatan suami yang curang, sampai kini masih terasa. Kalau diikutkan hati mahu saya temb4k mereka.
Tetapi, seperti yang saya katakan saya tak ada jalan untuk marahkan bekas suami, sebab saya diberikan hak ke atas pangsapuri yang baru kami beli, kedua saya juga diberikan kereta selain mendapat nafkah anak – anak.
Cuma saya tak mintak mutaah, sebab ketika diceraikan dulu, saya buat permohonan dalam keadaan marah hingga terlupa hak saya. Bagaimanapun kata emak jangan minta terlalu banyak.
Yang penting saya dapat apa yang saya hendak dan anak – anak diberi nafkah setiap bulan tanpa masalah. Nak berebut anak pun tidak. Sebab bekas suami tak berani buka mulut pasal anak jika isteri barunya tak izinkan.
Oleh kerana dia memang berminat sangat nak duduk di kondo mewah dan memandu kereta mewah lagi berjenama, maka dia tak kisah pasal nak tengok anak – anak.
Hinggalah sekarang setelah lima tahun bercerai, tak pernah sekali bekas suami ambil anak – anak duduk dengan keluarganya sama ada cuti sekolah atau Hari Raya. Pandai – pandai sayalah membesarkan mereka.
Agaknya dia kata dah dapat duit nafkah jangan ganggu mereka lagi. Seolah – olah anak – anak saya bukan anak – anaknya. Sesekali pernah juga anak – anak bertanyakan ayahnya.
Jadi untuk mengelakkan rasa sunyi saya bawa mereka makan angin ketika cuti sekolah atau balik kampung. Nak jadikan cerita ketika bercuti ke Cameron Highlands saya bertemu dengan Sham, kira – kira empat tahun lalu.
Pertemuan yang tidak sengaja, kerana anak saya tertend4ng bola ke keretanya menyebabkan kami berkenalan. Mulanya memang nampak muka Sham berubah menahan marah, tetapi setelah saya keluar dari bilik meminta maaf, Sham berubah, memaafkan anak – anak saya lantas kami berbual.
Ketika itu isteri dan anak – anaknya keluar beli sayur dan buah – buahan. Perkenalan singkat itu membawa kami berkenalan lebih dua tahun, kini hubungan kami lebih daripada kekasih. Di sinilah babak yang menghir1s hati saya.
Sebabnya nak kata kekasih bukan, nak kata isteri kami belum nikah lagi. Tetapi persahabatan kami lebih daripada sepasang kekasih. Inilah yang merunsingkan fikiran saya.
Memang saya tak bercadang nak kahwin pada mulanya, tetapi entah mengapa setelah berjumpa Sham, hati saya terbuka mahu berkahwin lagi, maklum umur pun dalam 30-an, masih muda.
Dulu emak suruh kahwin selepas setahun bercerai, sebab ada orang merisik saya pada emak, tetapi saya tolak. Konon saya sudah berazam hendak besarkan anak – anak, kerana saya lebih sayangkan anak daripada bersuami lagi.
Tetapi setelah jumpa Sham hati dan perasaan saya sudah berubah. Entah kenapa saya pun tak tahu. Peliknya saya bersedia bermadu, tetapi Sham kata dia belum bersedia, sebab dia masih sayangkan anak – anaknya, dan tak mahu fikiran mereka yang sedang remaja itu terganggu kerana ayahnya kahwin lagi.
Kata Sham dia sanggup berk0rban jiwa dan perasaannya, demi masa depan dan pelajaran anak – anak supaya tidak tercaIar. Jadi saya mesti menunggu. Kata Sham saya mesti bersabar dua atau tiga tahun sahaja lagi setelah anaknya masuk IPTA atau IPTS.
Katanya dia tidak akan sia – siakan harapan dan masa depan saya, sebab dia sayangkan saya, kerana hati dan perasaannya terhadap isterinya sudah lama m4ti. Mereka terp4ksa serumah kerana anak-anak.
Itu janji dan permintaan Sham merayu supaya saya menunggunya. Kerana terlalu sayangkan Sham, saya punyalah b0doh ikut setiap perintahnya. Bayangkan kalau nak keluar dating pergi makan malam saya mesti memandu sendiri dan tunggu di satu tempat yang ditetapkan jauh dari kawasan rumah kami.
Di tempat itu nanti saya akan tunggu Sham datang untuk ambil saya dengan keretanya. Kami makan di tempat yang sunyi dan tidak popular jauh dari bandar. Bila tiba di tempat yang ditetapkan Sham masuk dulu ke restoran, kemudian dia akan telefon dan suruh saya masuk.
Pernah berlaku Sham menyelinap balik masuk ke kereta dan terus tinggalkan tempat yang sepatutnya kami makan. Alasannya tak sesuai. Tapi saya tahu dia mesti ternampak orang yang mungkin dia kenal di situ.
Akhirnya saya makan makanan segera dalam kereta sahaja. Sham cuma minum dan makan kentang goreng. Kesian! Itu bab pergi makan, bab membeli pakaian lagi teruk. Boleh dik4takan kebanyakan pakaian saya Sham tak suka.
Katanya, warna tak eloklah, kain nampak murah, dan macam – macam. Akhirnya saya kata kalau tak suka belikanlah saya pakaian baru, sebab saya bukan banyak duit nak tukar pakaian mengikut seleranya.
Saya berpakaian ikut cara dan pilihan saya. Memang sejak berkawan dengan Sham semua pakaian saya dia yang tentukan, tentang warna, fesyen, kesesuaian dengan kasut, beg tangan dan tudung saya.
Oleh kerana dia begitu cerewet dengan pakaian saya, maka dia suruh saya beli pakaian baru. Masalahnya, nak beli pakaian bukan senang maklum Sham tak mahu keluar membeli pakaian dengan saya, sebab takut orang kenal dia.
Jadi biasanya dia suruh saya pilih pakaian yang saya suka, setelah pilih, Sham datang pilih lagi mengikut seleranya. Kemudian dia bayar dan tinggalkan di kaunter untuk saya bawa balik. Memang susah.
Tetapi paling mudah kalau Sham pilih beg tangan dan kasut. Dia akan pilih dan bayar sementara saya akan datang ambil, kerana nama saya terlekat di bungkusan tersebut. Atau dia akan tunggu di kaunter jika tidak ramai pelanggan lain di kedai tersebut.
Pernah saya kata susahnya bercinta dengan suami orang, tapi kata Sham di sinilah terletaknya kemanisan, kemesraan dan kebahagian yang tidak ada bandingannya. Katanya lagi cinta seperti inilah yang akan kekal lama, sem4kin lama sem4kin semarak mewangi.
Tetapi saya jawab lama – lama bunga yang cantik juga akan kecut dan hilang wanginya. Namun baIasnya jika pandai dijaga, dibelai kecantikan dan keharumannya akan kekal lebih lama.
Tetapi sampai bila saya harus menunggu. Kemesraan, keharuman dan kasih sayang hanya dicurahkan secara curi – curi dan bersembunyi. Satu masa akan tertangkap juga. Saya mohon Sham supaya kami nikah di seberang.
Tetapi dia tolak. Emak sering tanya saya bila nak kahwin lagi, saya kata lebih senang hidup sendirian. Tetapi hakik4tnya hidup saya sekarang memang seperti orang sudah kahwin, cuma secara rasminya sahaja belum.
Apabila bersama Sham memang saya dilayan istimewa lebih daripada isteri. Tetapi untuk tempoh yang amat singkat paling lama dua atau tiga malam. Setelah kembali ke rumah masing – masing. Kami jadi seperti orang asing.
Cuma kenangan manis bersamanya meruntun jiwa. Walaupun tinggal bersama ana k- anak, hidup saya tidak bebas seperti ibu tunggal lain, saya tidak dibenarkan keluar rumah sesuka hati, berjalan, makan angin atau ke mana sahaja tanpa kebenarannya.
Semuanya mesti dapat izin Sham terlebih dahulu. Pernah saya katakan bosan dengan cara hidup begini. Saya ingin kahwin segera ikut pilihan emak. Tetapi Sham mencab4r, bahawa saya tidak akan bahagia seperti apa yang diberikannya selama ini.
Katanya jika bersamanya saya dilayan dan diulit bagaikan ratu. Benar! Tetapi semuanya sementara, saya mahukan yang kekal walaupun berkongsi kasih. Sebab setelah kembali ke rumah sendiri, terasa diri seperti patung dipanggil datang, disuruh pergi saya pergi dan di arah saya patuh.
Namun untuk keluar daripada cara hidup ini saya tidak berani. Tetapi saya tak nafikan nikmat ini tidak akan kekal. Inilah yang membimbangan, cuma masa menentukan.
Komen Warganet :
Aida Citata : Macam manalah masih ada hati nak bercinta dengan suami orang sedangkan diri sendiri dulu pernah rasa s4kit ditipu dengan bekas suami yang curang. Ko ni memang takde hati dan perasaan ke atau memang ko nak baIas dend4m?
Memanglah jantan tu kata di dah lama tak ada hati dengan bini dia, itu semua lakonan mulut manis je. Dekat rumah ko tau tak dia dengan bini dia macam mana? Memang hidup ko tak akan tenteram sampai bila kalau hidup macam ni.
Wani Hazwan : Kalau macam ni la hubungan sembunyi – sembunyi, awak rasa awak boleh bahagia ke. Awak tak fikir ke perasaan siteri dia macam mana? Awak tak ingat ke apa yang awak pernah lalui dulu.
Sanggup awak buat dekat perempuan lain plak. Tak paham la orang jenis macam awak ni. Kalau bekas suami giIakn perempuan lain sebab berduit, awak pun apa kurangnya kan!