Badan naik sebab makan ubat subur, suami boleh h1na fizikaI saya dekat perempuan tu

Setiap minggu mak mertua akan datang rumah untuk spotcheck. Satu habuk pun tak boleh ada, jadi saya akan lap tingkat 2 kali sehari, mop lantai 3 kali sehari. Bila saya mengadu dekat suami, dia kata betul atau salah mak tetap betul sebab itu syurga dia. Suami dan mak mertua cakap saya mandul tak boleh mengandung. Tapi kini saya dah mengandung tapi bukan anak dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min, tolong hide profile saya ye. Saya nak kongsi kisah pengalaman hidup saya. Kini saya berumur 29 tahun dan pernah pegang status miss j pada usia yang muda iaitu 23 tahun. Dan alhamdulilah tahun 2018 saya kembali menjadi isteri kpada suami saya yang sekarang ni.

Perkahwinan pertama saya pada usia 21 tahun dan rumahtangga saya hanya bertahan selama 1 tahun 9 bulan kerana campur tangan mertua dalam rumahtangga kami. Bekas mertua saya seorang yang cukup cerewet. Setiap minggu dia akan datang rumah saya untuk buat sp0tcheck (rumah sewa kami berdekatan dengan rumah mertua dan rumah family saya).

Tiap – tiap bilik dia akan masuk termasuk laa bilik kami. Apa yang tak kena pada mata dia semua dia akan complain. Tingkap tak boleh ada habuk walaupun sikit, lantai kena mop sentiasa. Saya waktu itu hanya ikutkan je kehendak bekas mertua.

Saya akan lap tingkap 2 kali sehari, mop lantai 3 kali sehari dengan harapan dia akan suka dan sayangkan saya. Tapi apa yang saya harapkan takkan tercapai, dia tak akan suka dan syg saya. Hobi dia sentiasa mencari salah saya, cerita buruk saya dekat saud4ra mara dan adik – beradik dia.

Bila saya mengadu dekat bekas suami, bekas suami saya pertahankan mak dia. Bekas suami cakap ape yang mak dia cakap betol ke salah tetap jadi betol sebab tu mak dia itu adalah syurga dia. Saya diam dan pendam dalam hati, lalui hidup hari – hari dengan hati yang kosong.

Dari sayang dan cinta, kemudian hati saya jadi benci pada bekas suami. Tapi saya masih berdiam diri dan jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Sampai suatu hari bekas suami kant0i berhubung semula dengan bekas kekasih dia seorang nurse.

Saya baca tiap – tiap mesej antara bekas suami dan perempuan tu. Saling sayang saling cinta, yang paling saya s4kit hati bila bekas suami buruk – burukkan saya dekat perempuan tu. Dia cakap saya bod0h, gemuk, tak cantik, tak bekerjaya dan hanya menyusahkan hidup dia.

Agaknya dia lupa, saya makan ubat subur atas permintaan dia, dia nak zuriat. Allah maha mengetahui dan saya tahu kenapa Allah tak bagi saya zuriat masa tuu. Hal kecurangan dia saya sembunyikan dari keluarga mertua dengan harapan dia akan berubah.

Tapi sayang, dia tak berubah malah dia reka cerita pada keluarga dia yang saya ada kekasih gelap. Sampai bekas mertua datang ser4ng saya, m4ki hamun dan h1na saya dan minta kami berpisah. Tahun 2012 kami akhirnya sah bercerai, pelbagai t0hmahan saya terima dari orang – orang kampung.

3 bulan saya berkurung dalam bilik, depr3ssion. Malu sebab jadi janda pada usia muda, berkat doa mak, adik – adik sepupu dan kawan – kawan, saya kembali sihat dan mulakan hidup baru. Saya bekerja selepas 6 bulan bercerai, saya rasa bebas.

Hati saya tak s4kit, tak perlu fikirkan tentang manusia – manusia yang tak sukakan saya. Dan saya sedar jadi janda bukan buruk seperti yang saya sangkakan sebelum ni. Saya bahagia sangat jadi janda. Saya tak pedulikan kata – kata orang. Saya jalani hidup dengan keluarga saya..

Oh lupa nak bagitau bekas suami saya dan berkahwin dengan nurse tu masa saya masih dalam edah dan saya sign borang poIigami tu. Dekat sini saya bagitau ye, suami – suami yang curang tu jangan ingat korang tak da edah ye, lepas cerai terus fikir nak kahwin.

No, korang tak boleh kahwin tanpa tanda tangan bekas isteri yang korang ceraikan tu. Kalau bekas isteri korang tu tak tanda tangan untuk bagi izin korang kahwin dalam edah, korang tunggu la ye sampai abis edah. Setelah 5 tahun saya pegang status miss j.

Akhirnya saya berkahwin dengan suami seya sekarang, seorang tentera (bujang). Alhmdulilah suami saya baik sangat – sangat. Setiap hari rasa jatuh cinta dengan suami walaupun dah setahun usia perkahwinan kami. Bekas suami dengan suami saya sekarang sangat – sangat la berbeza.

Bekas suami tak pernah bantu atau tolong saya buat kerja – kerja rumah. Alasan dia tu semua tanggungjawab isteri tapi suami saya sekarang ni plak jenis suke bantu buat kerja rumah, memasak pun sama – sama. Kadang – kadang saya kesian tengok dia baru balik kerja tapi tetap nak tolong saya, padahal saya tau dia penat.

Bila saya tanya kenapa tetap jugak nak tolong buat kerja rumah. Suami saya akan jawab itu semua tanggangjawab dia, saya hanya membantu sahaja. Terima kasih Allah hadirkan seorang suami yang sayangkan saya yang meIindungi saya, keluarga mertua yang baik dan sayangkan saya.

Alhamdulilah, betullaa kata – kata dari sepupu saya dulu, Allah ambil yang saya rase baik untuk saya dan gantikan dengan yang lebih baik untuk saya. Maaf min panjang cerita saya. Buat wanita – wanita yang terani4ya macam saya tapi takut untuk move on dan jadi janda, saya nasihatkan jangan takut untuk jadi janda.

Jadi janda tak seburuk yang kita sangka. Kita bahagia dengan cara kita, yang penting jaga maru4h dan diri kita. Semua orang akan hormat bila kita janda yang bermaru4h. Buta mertua – mertua dekat malaysia ni, mohon sayangiIah menantu – menantu perempuan anda.

Tak kisah la dia bekerja kerajaan atau surirumah. Jangan pilih kasih, menantu juga manusia yang berhak disayangi. Buat jantan dan suami curang yang rasa diri tu hot, ingatlah kifarah Allah tu ada. Tak kena sekarang mungkin kena akan datang. Saya dah melaluinya.

Saya pernah terani4ya dan saya tau baIasan tu ada. Buat bekas suami saya, mohon henti ganggu saya. Berhenti mengaku saya isteri awak, saya bukan lagi isteri awak. Saya sekarang isteri kepada suami yang saya amat cintai dan saya bakal jadi ibu tak lama lagi. Saya bukan manduI yang macam awak dan mak awak cakapkan. Saya doakan isteri awak pun akan mengandung nanti, sekian. Terima kasih.

Komen Warganet :

Nhyati Zabar : Alhamdulillah, suami baru awak ada kebersamaan dan perkongsian dengan awak dalam tugasan rumahtangga yang mana itulah kunci perkahwinan bahagia yang sebenar. Bukannya tugasan rumahtangga hanya pada sebeIah pihak sahaja. Semoga awak dan suami bahagia hingga ke jannah…

Cikda N Cikdin : Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran Allah hadirkan insan yang lebih baik. Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Tahniah puan semoga bahagia hingga ke jannah, aaminn.

Nadz Razak : Move on macam ni laa kita mahukan. Berusaha happy dari sendiri dulu dan jauhi hubungan t0xic. Buka – buku baru, kisah baru. Ini tak, asal kena pujuk je cair, kena pujuk je cair. Suami suruh pikir pasal anak bagai tapi perbuatan ambik dad4h, pukuI, hari – hari kena m4ki dan h1naa. Lepas tu rujuk mengandung lagi dan ulang balik benda sama. Kalau dapat kaki perempuan adoi k0yak mentaI, itu pon nak jugak cair.

Maisara Nuralya : Sebak atas kekuatan dan kebahagiaan awak sekarang. Semoga awak tetap bahagia sampai akhir nyawa. Teringin nak dapat jod0h macam awak. Awak baik sebab tu tuhan bagi yang baik dekat awak. Istiqomah sis. Semoga allah kekalkan jod0h akak sampai bila – bila. Akak baik dapat suami pun baik, dapat zuriat soleh dan solehah. Amin

Rohaya Aya : Dalam s4kit hati baca kisah suami yang tendang meja pagi tadi, Baca pulak cerita adik ni, sejuk rasa hati. Alhamdulillah, bersyukurlah awak dpat suami baru yang baik., boleh tolong awak dan sayang awak sangat – sangat bukan yang cari silap awak.

Kutuk awak dan curangi awak. Biarlah bekas suami awak tu mer0yan tak tentu fasal, nampak sangat dia yang bersalah. Harap bahagia awak berpanjangan dan diIimpahi rahmat Allah selalu dan tahniah tak lama lagi nak jadi mama. Terserlah sekarang siapa manduI siapa tidak, haha. Tak boleh nak move on dengan komen aku hari ni.. marah lagi ni sebenarnya, haish!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.