Mak s4kit sorang pun adik beradik mak tak datang jenguk. Bila dah meninggaI dunia, masing2 terpacul nak tanya tentang harta pusaka.

Mak anak sulung, jadi mak banyak sara adik beradik dari kecil hinggalah masing – masing dah kahwin. Mereka terlalu berg4ntung pada mak saya sampaikan nak kahwin, mak saya tanggung, nak beli kereta, rumah, carik mak saya untuk down payment dan guarant0r. Bila ayah tegur, mereka mesti berg4duh depan anak – anak. Hinggalah saya dapat tahu ayah curang tapi aku tak salahkan ayah…

#Foto sekadar hiasan. Sebelum ini saya ada terbaca tentang satu kisah di mana seorang wanita sanggup memlih suami berbanding terus berada dalam keluarga yang sangat t0ksik. Jalan cerita confessor tak sama 100 peratus macam cerita family saya, tapi saya boleh faham. Sebab point utama kita sama ‘T0xic Family’.

Sebab pilih untuk terus hidup dalam persekitaran dan keluarga macam tu lah, kesihatan mak saya meros0t, ayah berlaku curang pada mak dan kami adik beradik terp4ksa hidup berdikari sendiri.

So, mak saya seorang anak perempuan sulung yang ditinggalkan ayahnya sedari umur beIasan tahun. Arw4h nenek saya pegang title ibu tunggal atas tiket g4ntung tak bertali selama berpuluh tahun, sehingga ke akhir hayat beliau.

Disebabkan kasihan melihat arw4h nenek terp4ksa menggalas semua tanggungjawab sendiri, mak saya memilih untuk membantu nenek menggalas tanggungjawab itu bersama. Yelah, orang dulu dulu, mana tau pasal turun naik mahkamah, tuntutan fasakh, nafkah dan sebagainya.

Jadi bila kena tinggal, terp4ksa teruskan hidup sendiri dengan anak – anak. Adik beradik mak saya 8 orang semuanya, 2 orang je perempuan. Tapi seingat saya, semua adik beradik mak, berg4ntung sepenuhnya pada mak saya dari kecik sampailah dah kahwin, dah beranak pinak.

Untuk dipendekkan cerita, adik beradik mak saya ni terlalu berg4ntung pada mak saya sampaikan nak kahwin, mak saya tanggung, nak beli kereta, rumah, carik mak saya untuk down payment dan guarantor.

Bini nak beranak pun mak saya sponsor. Anak dah lahir, nak masuk sekolah pun mak saya tanggung.

Bayangkanlah. Bila mak saya tak nak tanggung, mulalah diorang meng4muk, m4ki hamun sampai tahap pernah nak par4ng mak saya.

Oh ya, mak saya memang dikurniakan rezeki yang baik, dia bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah multinati0nal company.

Walaupun hidup susah lepas ‘kehilangan’ atok saya, mak tetap dapat melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Mak sorang je dalam family dia yang berpeluang ke universiti. So memang dia punya pendapatan yang agak lumayan antara adik beradik yang lain.

Disebabkan keluarga kami dan keluarga adik beradik mak tinggal di daerah yang sama, setiap hujung minggu mesti ada adegan “tumpangkan anak kejap boleh”.

Itu belum lagi diorang buat sesi terjah “masak apa tengahari ni? Aku malas masaklah, makan sini jelah”. Setiap weekend ye, tanpa sekali pun tertinggal. Keluarga beIah ayah saya tinggal di selatan tanah air. Agak jauh. Jadi jarang mereka datang bertandang ke rumah kami.

Lagipun keluarga beIah ayah tak ambik tau sangat hal kami. Ayah saya bekerja sebagai seorang engineer di syarik4t oil and gas dan memang dia jarang ada di rumah, kerap outstation, kadang naik ke pelantar sampai berminggu minggu.

Pada mulanya, masa arw4h nenek masih ada, oh arw4h nenek tinggal bersama kami sejak awal perkahwinan mak dan ayah, ayah saya memang tak kisah adik beradik mak datang ke rumah, makan minum di rumah kami. Sebab ada nenek. So ayah paham.

Tapi lepas nenek meninggaI dunia, mereka masih kacau privasi kami sekeluarga, benda tu agak ann0ying sebenarnya. Saya sebagai anak ni pun rasa menyampah dan terganggu dengan kehadiran adik beradik mak bukan saja pada setiap hujung minggu, tapi boleh dik4takan hampir setiap hari.

Apatah lagi ayah saya yang kadang baru je sampai rumah dari outstation dah kena hadap adik beradik mak yang bertungku, bertangga kat rumah kami.

Dari makan pagi sampai makan malam lah waktu diorang duduk kat rumah kami tu. Belum part, anak balik sekolah diorang tumpangkan kat rumah kami jugak. Sebabnya? Kami ada bibik harian.

Senang katanya. Bibik pun naik muak melayan kerenah diorang yang lebih sudu dari kuah. Mak saya pulak jenis yang terlalu sayangkan adik beradik dia. Mak tak pandai nak cakap ‘tidak pada adik beradik dia walaupun masing – masing memang sentiasa mempergunakan mak saya.

Seingat saya, isu – isu macamni lah yang kerap kali buat mak dan ayah berg4duh teruk. Ya, salah satu ‘t0ksik’ lagi dalam keluarga kami.

Ibu bapa berg4duh depan anak – anak dengan mengeluarkan kata – kata kesat dan tindakan terjerit – jerit dan men3ngking – n3ngking. Ia memang bukan satu persekitaran yang baik untuk besarkan anak – anak.

Bila mula meningkat remaja, saya dapat tau ayah curang di belakang mak. Saya yang mula terbaca text dan terjumpa resit shopping ayah di butik – butik mahal barangan wanita. Tapi tak ade pulak ayah hadiahkan benda – benda tu semua pada mak.

Tahulah saya, ayah ada perempuan lain. Saya rahsiakan dari mak dan saya perhatikan saja gerak geri ayah. Satu hari terkant0i juga dengan mak.

Pada mulanya saya memang salahkan ayah kerana berlaku curang. Rasa macam ayah tak fikirkan keluarga langsung masa berbuat perkara – perkara tu semua.

Tapi bila m4kin dewasa, saya m4kin faham. Benda ni terjadi, Ada kaitannya juga dengan sikap mak dan adik beradiknya yang t0xic.

Saya marah sebab mak sanggup mempert4ruhkan kebahagiaan rumahtangga dia demi adik beradik yang tak mengenang budi dan selalu menyusahkan tu.

Dahlah tu, adik beradik mak semua sangat suka jadi batu api setiap kali mak dan ayah berg4duh. Mak pun satu, semua benda nak kena cerita kat adik beradik dia. Mungkin ayah terasa tercab4r eg0nya sebagai suami dengan situasi itu.

Privacy dan quality time antara ayah dan mak pun selalu terganggu. Kalau kami pergi vacation pun, ada adik beradik mak akan ikut ye. Bukan setakat ikut, menempeI sekali tidur sebilik dengan keluarga kami. Nak ikut tu tak salah, tapi ambiklah bilik sendiri. Keluarlah duit sendiri.

Ni tak, selagi mak dengan ayah tak sponsor bilik lain, diorang buatlah muka tak malu tidor sekali berhimpit – himpit dengan kami dalam bilik tu. Faham tak kenapa ayah jadi macam tu?

Ayah dan mak tak ade peluang untuk bersama – sama habiskan masa bersama macam suami isteri lain. Mak 24/7 hidupnya berkis4r mengenai adik beradik dia sahaja.

M4kin saya dewasa, m4kin saya meIuat dengan adik beradik mak yang tak habis – habis jadi par4sit dalam keluarga kami. Sampailah satu hari, mak jatuh s4kit, terIantar dan terp4ksa berhenti kerja dengan serta merta atas faktor kesihatan. Mak kehilangan sumber pendapatan.

Adik beradik mak? Sorang pun tak nampak batang hidung. Jangankan tanya khabar, mak call diorang pun, diorang reject. Yelah, orang dah tak ada guna lagi kan. Nak buat apa berbaik – baik.

Nama nak menjenguk mak memang lambettt lagi lah. Mak sampai depr3ssion, dengan keadaan kesihatan dia, ayah curang dan mak dibuang adik beradik tanpa sebab. Dan disebabkan itu jugalah kesihatan mak meros0t teruk sampai mak meninggaI dunia.

Bila mak meninggaI, wah bukan main sorang – sorang terpacul depan pintu, sibuk tanya pasal pengurusan harta pusaka mak. Wah, masa mak hidup pun kau kikis, mak dah meninggaI pun kau nak sebat lagi ye.

Kali ni memang saya tak bagi muka. Ayah bukan tak pernah tegur adik beradik mak, tapi dulu masa mak ada, setiap kali ayah tegur dan pertahankan mak dari dipergunakan adik beradik dia, mak tak boleh terima. Mak mesti berg4duh besar dengan ayah.

Katanya, hal adik beradik dia jangan masuk campur. Bagi saya, itu silap terbesar mak. Saya sendiri pun sebagai anak dah berbuih mulut tegur sikap adik beradik mak yang memperlakukan mak macam tu, sama juga saya pun dimarahi mak.

Tapi lepas mak meninggaI, saya tak bagi muka. Mereka ada juga datang, minta tolong itu ini dari ayah. Mintak pinjam duit lah, mintak langsaikan loan dengan bank lah, dan macam – macam list lagi lah.

Tapi awal – awal saya dah warning, maaf kami dah takde apa – apa urusan dengan kalian lagi. Cukup sekadar ik4tan silaturrahim. Lebih lebih kami tak boleh tolong. Ya, saya memang seorang yang tegas dan dibenci pakcik makcik. Hahaha.

Saya jadi macam ni sebab saya benci lihat mak saya ditind4s sampai memakan diri dan keluarga dia. Saya penat hidup dalam keluarga yang tak bahagia disebabkan orang sekeliling yang tak faham bahasa.

Saya penat tengok mak ayah saya berg4duh sebab orang – orang yang pentingkan diri sendiri dan ignorant ni. Sebab tu saya jadi begini.

Dan sekarang saya memilih untuk berjumpa mereka pada hari raya, kenduri kend4ra dan majlis – majlis keraian sahaja. Lain – lain, maaf, sistur tak koser nak ambik port. Tanya – tanya khabar gitu jelah. Sebab diorang ni pun suka bergosip. Semua orang tak kena dimata diorang.

Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang maksum. Saya cepat panas dengar gosip – gosip fitnah ni. Daripada saya terlepas mulut pu4ka, baiklah saya jauhkan diri.

Saya juga sekarang dah selamat berumahtangga dan punya keluarga sendiri. Adik beradik saya, alhamdulillah ok. Mereka faham batas mereka mungkin sebab dah nampak apa yang jadi pada keluarga kami. Jadi mereka faham akan privacy dan b0undaries dalam keluarga kami.

Tapi ipar duai beIah suami pula, ada yang saya nampak dah ada bunga – bunga nak jadi macam keluarga saya ni. Dan saya terp4ksa berkata dengan tegas pada suami, maaf saya tak boleh bertolak ansur dengan perkara ini.

Alhamdulillah suami faham dan hormat akan keputvsan saya. Mana tidaknya, panjang lebar saya yang jelaskan pasal family saya, hahaha.

Dan sekarang, saya juga memilih untuk terus membahagiakan suami dan keluarga kecil saya. Keluarga besar yang punya pelbagai ragam dan t0xicity, saya cuba elakkan.

Bak kata pepatah Melayu, jauh bau bunga, dekat bau t4hi. Jadi saya cuba elakkan terhidu bau t4hi tu dengan cara sembur air purifier banyak – banyak sebagai langkah pencegahan. Hehe.

Pada semua yang punya keluarga t0ksik, tolonglah bersuara untuk hak anda. Tolonglah fikirkan diri awak sendiri dulu. Fikirkan keluarga kecil awak dulu. Jangan k0rbankan kebahagiaan keluarga kecil kita untuk mereka – mereka yang tak akan pernah mengenang budi ni.

Percayalah spesis p4rasit ni, memang takkan sedar diri. Kita buatlah apa pun. Kesiankan diri awak dan keluarga awak dulu. Diorang dah dewasa, pandai – pandailah nak hidup. Hati mau kental sikit beb. Belajar untuk kata ‘tidak’. Jangan biarkan diri terus dibuIi. Assalamualaikum. – Nurtizen (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Dzarul Azfan Dasuki : Tak sedar baca tau – tau dah habis. Well done kak. Macam ni la ending dia. Puas hati aku. eh? haha. Sekurang – kurangnya kak ambik pendekatan takkan dipij4k – pij4k kepalanya gitu. Elok camtu jela ajar manusia – manusia yang perangai tak semenggah tu.

Ismi Mazita : Memang pun ada p4rasit tak guna macam ni, masa untuk kepentingan diri dia, nak kaut hasil usaha orang lain, menghasut, fitnah, putar beIit cerita, batu api, dia la muncul muka tebai seinci janji hati dia puas. Bila org tu s4kit, bayang pun hilang. Niat tu dah boleh nampak. Semoga p4rasit macam ni cepatlah pupvs.

Nurul Aznida : Serius sis. Memang terbaik. Family jenis p4rasit macam ni memang tak paham bahasa. Padan muka bertemu buku dengan ruas. Tak guna betul dari hidup sampai meninggaI mak sis dorang kikis harta. Jenis tak tau malu. Bangsa camni memang kena bertegas. Ni spesis macam y4hudi israeI tu.

Fithrah Ahmad : Saya simpati dengan citer lama tu tapi bangga dengan Nurtizen yang tegas dan berpendirian. Jaga famili sendri dan hubungan adik beradik. Kadang kita perlu jadi m0nster untuk sesuatu bab. Jadi selamat berbahagia hingga ke syurga. Jangan gadaikan masa untuk yang tak penting dan suka ambik kesempatan.

Izz Nie : Tak terasa panjang pon confession sis, betul – betul paham dengan situasi yang dihadapi sis.. Sangat biasa perkara macam ni berlaku. Ok la sis jnis memb4ngkang, kalau tak, senang je kena pij4k.

Apa kata anda?