
Suami umur 39 tahun dan dia memang taksub dengan game. Lepas makan, game. Nak tidur, game. Bangun tidur, game. Hisap r0kok, game. Balik kerja terus main game. Dalam tandas pun game. Tahun lepas sampai aku pekak sebelah dan mata aku lebam..
#Foto sekadar hiasan. Salam min. Mohon hide profile. Terima kasih. Aku dengan suami g4duh teruk sampai tahap suami t3ndang muka aku dan dia siku tengkuk aku masa kami bergelut. Aku Iawan balik sebab aku nak lindungi diri aku masa tu.
Mak aku cakap tengkuk tu kawasan saraf tunjang. Betul ke? Dia buat semua tu depan anak perempuan aku. Menangis – nangis anak aku minta suami berhenti pukuI aku. Puncanya sebab game. Suami umur 39 tahun dan dia memang taksub dengan game sampai semua tanggungjawab dia abaikan.
Lepas makan, game. Nak tidur, game. Bangun tidur, game. Hisap r0kok, game. Balik kerja terus main game. Dalam tandas pun game. Senang cerita, game saja memanjang. Sebelum ni pernah jadi juga macam ni. Tahun lepas sampai aku pekak sebelah dan mata aku lebam akibat ditumbvk gara – gara aku tegur dia terlalu kerap dengan game.
Selepas kejadian tu, suami dah janji tak nak main dan uninstall game tu. Masa suami minta maaf, aku dah tr4uma. Dalam masa yang sama, aku dah rasa takut nak teruskan hubungan tu. Sebab yalah, s4kit kot kena pukuI. PukuI ekstrem pula tu, bukan pukuI biasa – biasa.
Mungkin cara dan nada aku tegur masa tu tak kena. Tapi sebab aku dah terlalu tak tahan, suami asyik menghadap game saja sampai aku bebel dan bising pun dia abaikan. Bukan aku tak pernah cakap elok – elok suruh berhenti main game tu.
Dua bulan kebelakangan ni, dia pasang semula game tu. Dia janji dia nak main masa waktu rehat kerja saja. Walaupun aku masih tr4uma dengan kesan game tu, aku cuba untuk bertolak ansur dengan suami. Aku pegang janji suami yang dia akan main game tu di tempat kerja saja.
Rupanya sehari dua saja janji dia tu. Lepas tu, benda lama mula berulang semula. Aku cakap elok – elok dulu, “Kata nak main di tempat kerja saja.” Lama – lama suami jadi ket4gih dan jadi tabiat semula. Aku pun mula bebel. Bila dia buat tak tahu, aku jadi s4kit hati, aku jadi marah dan hilang kawalan emosi.
Hari demi hari keadaan m4kin teruk. Aku dah tak tahan bila teguran aku langsung tak dipedulikan sampai aku cakap dengan nada kasar, “Kalau nak game sangat, lepaskan aku dengan anak.” Aku suri rumah saja, tapi tak semestinya aku suri rumah semua benda dalam rumah aku kena buat. Betul tak?
Per4ngai suami aku memang saling tak tumpah macam orang bujang. Matahari dah naik baru nak bangun dengan alasan penat bekerja. Suami kerja sebagai ketua dapur restoran, jadi waktu kerja ikut syif. Aku nak kerja semula, tapi suami minta tolong untuk jaga anak.
Sebelum ni aku bekerja sebagai supervisor khidmat pelanggan. Jadi aku mengalah dan duduk di rumah macam yang suami nak. Bayangkan, dia kerja mula pagi dan habis kerja tengah malam. Dia balik rumah tak pernah tak ada makanan. Paling teruk pun telur goreng mesti ada di bawah saji.
Suami balik kerja terus menghadap game. Cuba kira berapa lama aku dengan dia tak berjumpa. Dah lah mesej pun jarang sangat. Tu pun aku tahu dia sibuk dengan game sampai abaikan mesej aku. Sekali dua boleh lagi aku tahan. Tapi ni dah tak terkira berapa kali dah jadi.
Mahu tak berbulu hati aku? Seolah olah suami lebih pentingkan game daripada anak bini. Contohnya, dia kerja pukuI 9 pagi. Selalu aku k3jutkan dia pukuI 7.45 pagi. Dalam masa yang sama, aku bangun pukuI 7 pagi dan kelam kabut siapkan anak nak mengaji dan siapkan barang sekolah sebab anak sekolah petang.
Kalau anak ada latihan sukan, lagiIah aku kelam kabut siapkan semua benda. Suami bangun pukuI 8 pagi terus menghadap game sampai pukuI 8.30 pagi. Setengah jam dia habiskan masa dengan game, padahal pukuI 9 pagi dia kena masuk kerja.
Dah lah macam tu, dia boleh suruh aku gosok baju kerja dia. Adil tak? Aku yang bertungkus lumus siapkan semua benda, dia pula boleh bazirkan masa dengan game selama setengah jam tu. Yang dia tahu, lepas mandi baju dah siap. Sebab game juga sembahyang entah ke mana.
Tapi pelik, di rumah mak dia boleh pula dia solat. Di rumah mak dia boleh pula dia bangun awal. Aku jadi pelik di situ. Entah mungkin cara dia nak tutup per4ngai sebenar dia supaya mak dia tak nampak. Setiap kali g4duh, aku akan beritahu mertua yang anak dia macam mana per4ngainya. Sampai sekarang mak dia tetap pertahankan suami.
Yalah, mak mana yang tak pertahankan anak, kan? Mertua lebih percaya anak dia daripada aku yang kena ani4ya ni. Aku yang tinggal 24 jam dengan anak dia. Aku tahulah per4ngai sebenar anak dia. Sekarang aku terkilan satu hal. Kenapa bila aku minta pisah sebab dah tak tahan dengan game dia, senang – senang saja dia tunaikan permintaan aku tu?
Kenapa masa aku minta dia berhenti main game, dia tak nak tunaikan? Mana kew4rasan lelaki zaman sekarang? Hati aku dah terlalu penat dalam rumah tangga ni. Malam ni dan sejak tiga hari lepas, aku dengan suami dah tak tinggal sebilik lagi.
Sekarang aku dengan anak duduk di rumah sebab sekolah anak dekat dengan rumah. Suami pula balik ke rumah mak dia. Sebab lepas g4duh besar, aku bagi pilihan sama ada dia atau aku dengan anak yang tinggal di rumah tu. Aku tak nak serumah dengan dia masa tengah g4duh sebab aku tahu per4ngai suami aku.
Kalau kami tengah g4duh dalam satu rumah, dia akan buat yang terbaik untuk abaikan kebajikan aku dengan anak. Makan minum kami dia buat tak tahu saja. Air masak habis pun dia buat tak tahu saja. Selalunya pagi – pagi dia yang masak.
Bila g4duh, masa tulah dia bulat – bulat serahkan anak pada aku. Kadang – kadang bila g4duh, dia buat tak tahu saja pada anak. Selama ni pun dia tak pernah peduli anak nak sekolah atau apa. Yang dia tahu pergi kerja, balik kerja dan game tu saja.
Aku tertekan. Sanggup dia pertahankan game dia, atau mungkin ego dia setinggi gunung sampai susah nak cakap maaf. Dia lebih rela berpisah. Kalau aku dengan suami ditakdirkan tak bersama lagi, aku redha. Sedikit sebanyak aku memang s4kit hati dan kecewa. Sekian.
Ulasan pembaca:
Kucing Belang : Dah telinga pekak sebelah, mata pernah lebam, kena ter4jang di muka dan kena siku di tengkuk. Kau tulis panjang berjela pun bukan ada guna. Kau pergiIah mengadu di balai polis pasal kena pukuI atau d3ra dan ambil laporan doktor. Bagi dia masuk lokap, biar ada akal sikit orang macam ni.
Iena Qasha : Lelaki macam ni lah aku tinggalkan. Nak harapkan apa lagi dengan lelaki spesies macam ni? Lebih baik hidup sendiri dengan anak. Aku tak sanggup tengok anak aku menangis bila tengok mak dia menangis kena pukuI. Tuhan bagi akal untuk fikir mana betul mana salah. Zaman sekarang masih sanggup bertahan dengan suami jenis macam ni atas alasan anak. Macam diri sendiri tak boleh berdikari.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.