Suami letak gambar perempuan lain dekat Whatsapp. Dia tipu cakap kami dah bercerai. Aku viralkan gambar mesra suami dengan perempuan tu

Aku ugvt nak viralkan suami di Facebook dan screensh0t perbualan kami, letakkan pada gambar profil aku. Kakaknya ambil gambar tersebut dan hantar ke dalam kumpulan WhatsApp keluarga mertua. Suami terus WhatsApp aku dan maki hamun, kata aku isteri macam sy4itan. Dia suruh aku padam..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Tolong hide Facebook aku ya. Maaf kalau ayat aku berterabur sebab aku tak pandai nak mengarang. Macam ni sebenarnya, aku tak tahu apa sebenarnya status aku pada suami aku. Semua ni sebab aku dapat tahu suami aku pernah beritahu kawannya yang dia telah bercerai dengan aku.

Kawan dia pernah tanya kepada suami, “Berani kau letak gambar perempuan lain dalam status WhatsApp?” Dan terkeluarlah ayat tu daripada mulut suami aku. Ada kawan dia yang menyampaikan perkara tu kepada aku dan bertanyakan kepada aku, betulkah aku telah bercerai. Padahal waktu tu kami masih lagi suami isteri.

Memang kami berg4duh dan aku minta dilepaskan, tapi suami tak pernah mengucapkan lafaz cerai di hadapan aku. Dia hanya kata, nanti kami pergi mahkamah. Memang kami ada masalah dan aku akui memang ada silap aku. Aku tak dapat tahan kesabaran aku bila tiba – tiba suami berhenti kerja tanpa beritahu aku apa – apa, dan aku orang yang terakhir tahu dia berhenti kerja.

Dalam perg4duhan kami kali ni, suami ada perempuan lain dan aku dapat gambar suami dengan perempuan tu daripada kawan – kawan suami juga. H4ncurnya hati aku waktu aku lihat gambar suami bermesra dengan perempuan tu, bercuti berpegangan tangan, duduk berpeIukan dengan kapsyen “erti sayang sebenar”. Aku tertanya tanya sendiri, siapa aku dalam hati suami?

Kami dikurniakan sepasang anak yang masih kecil dan usia perkahwinan kami baru tiga tahun lebih. Tahun ni anak aku yang kecil baru pertama kali nak beraya, tapi tak kesampaian. Dalam masa yang sama, aku banyak dapat tahu sebenarnya suami bukan berhenti kerja, tapi dia diberhentikan.

Ada kawannya bercerita yang dia selalu ambil cuti s4kit dan cuti separuh hari. Mungkin waktu tu dia sudah berkawan dengan perempuan tu tanpa pengetahuan aku dan selalu keluar dengan perempuan tu. Aku tak nafikan suami aku rajin cari duit.

Sambil buat kerja hakiki, suami juga buat kerja sambilan dengan menjual makanan di tempat kerjanya. Tapi nafkah aku dan anak – anak agak berkira. Aku dahulu bekerja dengan agak baik, tapi lepas melahirkan anak yang sulung, suami minta aku berhenti kerja kerana kami bekerja syif dan anak tak ada orang nak jaga.

Aku k0rbankan kerjaya aku demi anak dan suami berjanji akan tolong bayarkan hutang pinjaman peribadi aku, tapi janji hanya tinggal janji. Tak mengapalah, aku ikhtiar untuk cari kerja selepas melahirkan anak kedua apabila keadaan kewangan kami agak meruncing.

Dengan niat aku nak tolong ringankan beban suami, walaupun gaji tak sebesar mana. Dengan duit gaji aku itulah aku belikan anak susu, lampin pakai buang dan tolong bantu suami untuk mencukupkan apa yang tak cukup. Aku lebihkan suami dan anak – anak lebih daripada diri aku sendiri.

Dalam masa kami berg4duh, aku dapat tahu suami ada perempuan lain. Aku tahan sehingga kawan suami menghantar gambar suami dengan perempuan tu bercuti. Sedangkan waktu kami berg4duh, aku minta mak aku datang ke rumah kami dengan membawa anak – anak, tapi suami keluar dengan perempuan tu dan tinggalkan anak – anak di rumah bersama mak aku semasa aku bekerja.

Demi anak – anak, aku minta maaf dengan suami dan suami tetap dingin dengan aku. Nak melayan aku pun seperti terp4ksa, mungkin sebab segan dengan mak aku. Tapi bila mak dan anak – anak balik ke kampung semula, suami berterusan dengan per4ngainya dan keluar semula dengan perempuan tu. Dia tinggalkan aku di rumah seorang diri hingga balik lewat pagi.

Aku cuba berbincang dengan suami, tapi dia seakan mengelak. Aku bertanyakan kepada suami, betulkah dia ada perempuan lain. Suami mengaku dan dia bahagia dengan perempuan tu. Aku terus meng4muk dan minta lepaskan aku jika dia memilih perempuan tu.

Aku kemaskan baju aku dan telefon kakak kakak suami untuk beritahu yang suami mengaku dia ada perempuan lain. Aku juga telefon mak aku untuk datang ke rumah dan bawa aku pulang ke kampung. Suami terus keluar rumah dan kakaknya sampai ke rumah aku untuk berbincang. Tapi suami tak balik ke rumah untuk berbincang.

Keesokan harinya mak aku datang dan kakaknya minta suami ada di rumah. Suami nekad untuk bercerai dengan aku dengan alasan tak tahan hidup dengan aku. Kakaknya minta aku pulang dulu ke kampung untuk tempoh bertenang dan minta suami balik ke rumah mak mentua untuk berbincang dengan kedua – dua ibu bapanya.

Tapi suami tetap bertekad untuk bercerai dengan aku. Aku dah redha waktu tu. Dalam hati, aku hanya fikirkan anak – anak sahaja. Dalam masa tiga minggu kami tak berhubung, selepas dua minggu suami ada mesej aku yang dia rindukan anak – anak.

Aku minta suami balik ke kampung sebab anak – anak pun rindukan dia. Anak – anak sangat rapat dengan suami. Tapi suami beritahu yang dia tak dapat balik kerana tak ada duit. Aku yang ketika tu berharap jika aku tolong suami, dia akan berubah, walaupun aku tahu hakikatnya dia mencari aku ketika perlukan duit sahaja.

Suami ajak aku kembali dengannya dan aku ikut sebab tak mahu perkara ni berpanjangan. Aku sayangkan suami dan demi anak – anak. Aku ingat semuanya akan kembali okey, tapi pada 10 Jun yang lepas, suami nak keluar. Aku nak ikut, tapi suami tak benarkan. Dia kata dia keluar sekejap sahaja.

Tapi dari pukuI 10.30 pagi sampai pukuI 1.00 pagi, suami baru pulang. Itu pun selepas aku ugvt, jika dia tak balik, aku akan viralkan muka dia dan perempuan tu. Dalam masa yang sama, aku telefon dan WhatsApp, tapi tak berjawab dan tak berbalas.

Aku tahu waktu tu suami keluar lagi dengan perempuan tu. Remuk hati aku waktu tu. Saat dia berjanji untuk kembali kepada aku, dia berjanji tak akan berhubung lagi dengan perempuan tersebut, tapi sebaliknya berlaku. Aku ambil keputusan untuk keluar dari rumah keesokan harinya kerana suami tak pernah berubah, malah menipu aku berkali – kali.

Aku ugvt suami untuk viralkan dia di Facebook dan screensh0t perbualan kami lalu letakkan pada gambar profil aku. Kakaknya ambil gambar tersebut dan hantar ke dalam kumpulan WhatsApp keluarga suami. Suami terus WhatsApp aku dan maki hamun aku dengan mengatakan aku isteri yang macam sy4itan.

Dia suruh aku padam semua yang aku viralkan. Dia kata dia nekad kali ni, memang dia akan ceraikan aku dan akan selesaikan semuanya. Aku minta dia bawa kakak atau mak ayah dia jumpa aku jika betul dia nak bercerai dengan aku. Dia kata dia akan buat, tapi dia minta aku padam semua yang aku viralkan dan tukar gambar profil WhatsApp aku.

Sebenarnya aku memang ada buat hantaran di Facebook aku, tapi aku masih tak tergamak untuk viralkan muka dia dengan perempuan tu. Ada satu ayat dalam WhatsApp dia, “Kalau macam ni per4ngai kau, aku lepaskan kau.” Aku tangkap layar dan beri kakaknya baca. Kakaknya minta aku rujuk dengan pejabat agama.

Aku akan cetak semua WhatsApp dia dan aku nak tanya, bolehkah aku buat laporan polis mengenai orang ketiga dalam rumah tangga? Aku ada semua gambar, tahu di mana perempuan tu bekerja dan di jabatan mana, tapi aku masih tak tahu nama perempuan tu.

Raya tahun ni adalah tahun paling sedih buat aku dan anak – anak. Aku sayangkan rumah tangga aku. Aku sayangkan keluarga kecil aku. Aku sayang semua tentang kami. Aku cuba berubah untuk jadi seorang isteri yang baik untuk suami, tapi dia kata aku hanya berpura – pura baik.

Tahukah kau wahai suami, betapa aku telan semua pahit maung kita, susah senang waktu hidup dengan kamu dulu, berusaha mencukupkan segala – galanya untuk kami dan anak – anak, dan kau salahkan aku kerana mempertahankan rumah tangga kita?

Tapi kau tetap dengan ego kau dan memilih perempuan tu daripada aku dan anak – anak. Sampai hati kau wahai suami. Aku minta tolong doakan agar keluarga aku bersatu kembali. Mana tahu doa kalian dapat selamatkan rumah tangga aku. Jika aku yang dia benci, tak mengapa. Tapi anak – anak tak bersalah. Aku hanya mahukan keluarga aku kembali demi anak – anak aku.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :