Bantal cadar tak ada sarung dalam bilik mertua. Bila ke toilet terjumpa pula tutt buat aku nak munt4h

Pernah sekali masa nak makan, ada seketul bulu kucing dalam sayur, terus hilang selera makan. Pastu saya minum air kopi diorang buat, ingat kan ape lah dalam mulut rupanya lalat. Sekarang ni dua orang adik lelaki ikut kami balik rumah, diorang bawak perangai pengotor tu plak…

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin. Tolong hidekan profile saya. Saya berkahwin dengan suami tak sampai setahun pun lagi. Suami orang selatan tanah air. Kami berkawan tak lama sebelum sama – sama ambil keputvsan untuk berkahwin. Kehidupan kami selepas kahwin biasa – biasa sahaja, kami bahagia walaupun hidup serba sederhana. Masalahnya apabila balik kampung mertua. Orang cakap biar rumah tak besar asalkan bersih. Tapi lain pula keadaan di rumah mertua. Adik beradik suami memang ramai, bawah suami je ada 7 orang adik, suami merupakan anak ke-2.

Yang jadi masalahnya diorang terlalu pengotor. Bayangkan tiap kali nak masuk tandas ada t4ik kat lubang tandas sampai saya tak sanggup nak guna tandas kat rumah tu, k3ncing tak siram tu perkara biasa dah. Lepastu diorang beIa kucing, dalam beIas – beIas ekor jugak. Dengan berkur4p, bulu gugur, b3rak k3ncing bersepah. Bila masuk rumah je bau h4ncing. Pernah sekali masa nak makan, ada seketul bulu kucing dalam sayur, terus hilang selera makan. Ada sekali tu, tengah makan mak mertua pukuI kucing guna tangan makan, pastu tak basuh dulu terus sambung makan.

Pastu saya minum air kopi diorang buat, ingat kan ape lah dalam mulut rupanya lalat. Sejak dari situ saya beli air mineral buat minum kat rumah tu. Tiap kali balik kampung suami, barang – barang mandi, toto, bantal, selimut saya bawak dari rumah. Bayangkan, bantal kat rumah diorang tak bersarung, cadar tak penah tukar. Berpeta dan berbau semuanya. Pinggan mangkuk tak payah cakap, kalau nak guna kena basuh balik sebab diorang cuci tak bersih. Mesti ada sisa – sisa lagi kat pinggan tu. Hari tu masa mula – mula datang rumah suami, macam kesian sebab pinggan mangkuk tak cukup, gelas tak cukup. Saya pun belikan barang – barang tu semua. Rupanya bukan suami tak pernah beli, tapi diorang jenis tak reti jaga barang.

Sorang campak sana, sorang campak sini. Lepas tu nak guna semua tak cukup, sudu tak ade, pis4u tak ade. Sebab tu suami banyak kali cakap tak payah beli apa – apa kat rumah tu, kejap je jahan4m. Tv berapa kali beli sebab rosak. Katil roboh, motorsikal 2 biji tersadai. Sebenarnya family suami orang susah. Tapi entah la kenapa tak reti sayang barang, padahal dah tahu susah nak dapat benda tu. Paling saya terasa hati, haritu mak saya bagi baju suruh sedekahkan kat family mertua. Saya baru je bagi, depan saya diorang guna buat lap lantai. Yang sorang tu pegi ambik skirt baju kurung potong buat tali ik4t bendera, bila saya tegur mak mertua boleh cakap, ‘ala tak pe lah, skirt je pun.’

Sebab tu lah saya tengok dia asyik pakai baju kurung dengan seluar rupanya skirt dah tak ade. Adik bongsu suami jenis yang hyperaktif, sangat – sangat nakaI dan degil. Bayangkan baru je beli alas meja makan, dia ambik pis4u t0reh macam tu je. Baju tak payah cakap, tiap kali nak pergi jalan tak ade baju baru, pakai baju buruk je dengan kasut sekolah. Bukan kami tak belikan tapi jenis yang tak boleh simpan barang. Asyik nak pakai baju baru je. Haritu tiap kali balik kampung mesti belikan selipar, baju. Tapi tak sempat kami balik KL selipar dah putvs. Pastu pergi mana – mana pakai kasut sekolah balik.

Kadang – kadang malu bila bawa jalan pakai selekeh je, Tapi penat nak beli, diorang tak reti sayang barang. Dah nasihat mak mertua barang – barang baru beli simpan pakai nanti nak jalan. Dia cakap budak – budak ni meng4muk. Suami selalu bising kat diorang, tapi tak makan saman. Haihhh. Untuk pengetahuan, adik beradik suami ada 2 orang yang buta huruf sebab sekolah sampai darjah 6 je. Adik lelaki suami ada 4 orang, umur 12, 20, 21, 22 tahun dan 3 orang adik perempuan umur 7, 17,  25 tahun. Kat kampung, Adik perempuan suami yang umur 25 tu je yang kerja, yang 3 orang masih sekolah dan 3 orang adik laki umur 20 21 22 duduk rumah tanam anggur, cari duit untuk beli rok0k je, makan mak mertua tanggung.

Haritu, adik laki suami yang umur 20 dan 21 tahun terlibat main dad4h dekat kampung, dan sebab tu lah kami ambik keputvsan untuk bawak diorang ke KL tinggal dengan kami. Start dari situ hidup kami suami isteri kucar kacir sikit, selalu g4duh. Macam mana saya tak marah, perangai pengotor diorang bawa ke rumah saya pulak. B3rak, k3ncing tak siram, pinggan basuh tak bersih. Badan diorang tak payah cakap la dengan berbau, kur4p sana sini, gigi tak gosok. Saya bagi berus gigi sorang satu pun tak berus jugak. Pastu susah nak carikan keje sebab tak reti baca. Hari tu terlupa nak kunci pintu bilik, licin duit dalam wallet suami. Bila tanya siapa yang ambik tak ade yang mengaku.

Hurmmm dah macam – macam benda saya cuba buat untuk ubah perangai diorang. Tapi tetap tak jadi. Kucing kat rumah diorang saya suruh suami kurangkan, ok haritu dah kurang. Tapi ambik lagi kucing lain. Saya belikan selipar tandas, diorang ambik pakai kat luar. Kadang – kadang rasa tak nak balik je kampung suami, tapi saya bukan jenis yang pentingkan diri. Kalau korang ada tips untuk kami ubah perangai diorang share kat komen ya. Dan doakan saya terus sabar.

Komen Warganet :

Hazimah Seman : Hanya cadangan, cuba ajak mereka solat jemaah selalu, lepas solat beri tazkirah. Kemudian perlahan – lahan beri nasihat, kena terus terang. TT pun kena banyak sabar. Saya rasa mungkin akan makan masa jugak nak ubah sebab dah sebati dari azali. Insyaallah jika solat dibuat, mungkin dari situ mereka jadi pembersih. Kena balik ke basic awal kehidupan.

ROs Kaliessa : Teruk sangat pengotornya tu. Sikap ni, kena sendiri je boleh ubah kalau tahu tak elok rumah kotor tak elok untuk kesihatan selain agama pun memang suruh umat dia bersih. Kalau k3ncing b3rak pun tak mahu flush, tak mahu siram, susah laa. Bela kucing belambak buat apa kalau dah pemalas nak bersihkan nak kemas. Cuci pinggan pun tak bersih, memang pemalas pengotor betoi. Aku pun tak lalu kalau macam tu. Dah susah – susah suruh laki awak p4ksa adik – adik dia kerja duduk sendri. Kalau tak nanti ini akan jadi punca rumahtangga awak retak.

Cc Oked : Pengotor sejak azali, dari parents dia memang susah nak ubah, bukan nak cakap, parents elok hantar anak duk asrama, sebab sikit sebanyak membantu dorang semua untuk jadi pembersih. Sebab pernah jumpa, pengotor nak m4ti, kemudian ada la sorang dari ahli keluarga yang dapat tinggal di asrama. Dia la yang banyak bising kalau rumah kotor tapi masih nampak kotor. Tapi ade la perubahan dari sebelum ni, mungkin yang tu hidup dalam keadaan teratur kat asrama, kawan – kawan yang bersih, budaya dia pun bertukar.

Intan Shafika : Pernah jumpa manusia macam ni sampai sekarang masih berkawan dengan dia dan family dia.  Satu je cara, duduk sekali sebulan dua, kemudian dalam masa duduk rumah tu jadi la sorang kapten ke, ketua ke apa – apa la. Bangun je pagi arahkan semua. Bila mak dorang tegur, tegur mak – mak dorang skali. Ajar cara – cara kemas rumah, kemudian ajar cara – cara jaga barang semua. Dalam sebulan 2 tu bagi diorang buat semua benda hari – hari. Jangan sesekali lalai, perati je mana silap terus tegur. Hati kene kentaI la, tapi setiap kali dorang dah buat semua tu puji la. Tak pun masakkan makanan kesukaan ke, ajak jalan – jalan ke seminggu sekali. Insyaallah boleh diubah, cuma makan masa la sebulan dua. Suami awak pun kena tegas. jangan marah tapi tegas.

Fynna Ramly : Dah gitu cara hidup dorang dari dulu, dah dibesarkan dalam suasana pengotor. Mentua awaklah sebenarnya yang memang pengotor anak – anak dia pun terikutlah. Memang payah nak ubah tu lagi – lagi bila ditegur tak terima. Hurm semoga terus tabah.

Affendi Roni : Itu namanya pengotor dari azali. Maaf cakaplah ek, bukan nak h1na ke ape ke, mungkin anak – anak diorang tu dari kecik lagi dah terbiasa dengan kehidupan, persekitaran macam tu. Mungkin bagi diorang tu, tak ada masalah pun, kotor ke ape ke sebab dari kecil lagi dah biasa dengan kehidupan macam tu. Lebih lagi kalau dalam satu keluaga tu, semuanya jenis macam tu. Memang dah tak boleh nak buat ape dah, kalau ditegur atau nasihat ke memang dah tak jalan sebab dah “kehidupan” diorg memang macam tu, dah sebati. Sabar je la, kalau aku pun memang tak sanggup nak hadap.