Bapak tak suka suami aku sebab miskin kerja security. Lagi hina, mak mertua pun halau kami anak beranak keluar dari rumah sebab dia nak kahwin baru

Sudahlah kena halau, kereta pun kena tarik. Suami terp4ksa tebal muka pinjam motor buruk dekat bapak aku. Bapak aku bagi syarat kami kena duduk sekali. Tak sangka aku kena jadi h4mba mak bapak aku sendiri. Semua aku kena buat, makanan mesti siap terhidang bila mereka balik kerja. Tandas dorang pun aku kena sental..

#Foto sekadar hiasan. Hye min. Jangan expose aku punya fake facebook ni ye. Aku bukan nak cerita tentang rumah tangga aku. Aku nak cerita pasal kehidupan aku. Sekarang ni aku tak ada tempat nak meluah. Aku pjj dengan suami aku.

Pertama sekali, aku kahwin dengan suami aku, bapak aku tak nak walikan. Memang dari awal kami bercinta, mak bapak aku tak suka. Masa aku sekolah, alasan aku masih belajar. Mak aku cakap, kalau result aku okey, dapat panggiIan mana – mana universiti.

Sebelum pergi belajar, mak bapak aku nak tunangkan aku dengan suami, kononnya. Tapi bila result stpm aku dah dapat dekan, aku pun dapat taw4ran uum. Aku tuntut janji mak ayah aku. Tapi yang aku dapat hanya caci maki. Mereka tak maki aku, dia orang maki suami aku sebab suami aku orang susah.

Bapak aku siap persoalkan, “kau mampu ke bagi anak aku makan. Kau pun kerja setakat security.” Depan – depan aku kot suami aku ni kena maki. Aku tak tahan, aku ajak suami aku nikah juga. Setahun kami nikah, aku mengandung. Baru mak bapak aku tahu aku dah nikah.

So nak dijadikan cerita, rezeki Allah bagi, laki aku dapat kerja elok. Tapi ujian kami, kami kena pjj. Suami aku kumpul duit dan tolong bayarkan hutang kereta saud4ra dia. Kira sambung bayar hutang bulanan kereta tertunggak dan duit muka kereta yang saud4ra suami keluarkan masa beli kereta dulu.

Jadi kereta tu sepatutnya hak kami dah lah. Kami ingat kami dah senang. Yelah ada kend3raan sendiri. Dari tak ada apa – apa, boleh guna kereta. Tapi ujian Allah datang lagi. Suami aku dibuang kerja kerana tukar bos baru. Bos tu nak pekerja lama sahaja yang tinggal. Jadi suami aku balik semula ke rumah.

Puas kami ikhtiar, cari rezeki. Meniaga orang dengki sampai suami aku kena s4ntau, akhirnya kami mengalah. Kami tutup stall kami. Untuk pengetahuan semua, memang pada awalnya aku duduk dengan mertua aku. Mak ayah mertua aku bercerai m4ti.

Lepas tu mak mertua aku tak bagi suami aku cari rumah lain. Katanya rumah tu hasil duit suami aku kerja siang malam. Kemudian takdirnya mak mertua aku nak kahwin lain. Aku dengan anak tak dibenarkan lagi duduk dengan mertua. Sebab dia nak duduk dengan suami baru dia.

Dah lah kami tak ada rumah, dalam masa yang sama saud4ra pu4ka suami tu ambil balik kereta dia. Tanpa pulang satu sen pun duit suami. Jadi masa tu suami aku kerja kampung sahaja. Nak pergi kerja tak ada kend3raan. Macam bertimpa – timpa masalah kami tu.

Suami aku tak ada ikhtiar lain, terp4ksa pinjam motor buruk mak bapak aku. Tapi bapak aku letak syarat. Nak guna motor, duduk rumah dia. Kami pun menurut lah. Aku ni duduk rumah mak bapak sendiri dah macam h4mba. Mak bapak aku balik kerja, semua siap terhidang. Air, makanan, baju baju.

Sampai tahap bilik air dia orang pun aku sental. Aku dah macam orang gaji tak bergaji dah kat rumah ni. Aku sabar, aku mengalah sebab aku tahu aku menumpang. Penat usaha, suami aku dapat lagi kerja yang bagus. Baru sebulan dia kerja, tapi kami pjj lagi.

Skop kerja dia yang berpindah randah buat aku tak dapat ikut dia. Suami aku minta izin bapak aku nak bawa motor tu. Senang nak balik jenguk anak bini. Bapak aku izinkan. Ni nak masuk bulan kedua dah. Petang semalam suami aku balik guna motor kawan dia. Sebab motor bapak aku tu terlalu slow, motor lama kan.

Suami aku tak dapat cuti lama. Dia balik petang, subuh kena pergi kerja semula. Hari ni tepat pukuI 5, suami aku gerak pergi kerja. Bapak aku bangun tidur terus meng4muk. Dia tanya mana motor dia. Aku jawab motor ada kat tempat kerja. Suami pakai motor kawan dia balik sekejap je untuk jumpa anak – anak.  Lepas tu bapak aku meng4muk lagi.

Dia cakap, “cakap dengan laki kau tu motor aku tu pulang semula. Tu bukan harta mak bapak dia. Dia nak buat suka hati. Tinggal sana sini, buat rosak motor aku tu, siapa nak tanggung. Cakap dengan laki kau, sedar sikit. Aku dah bagi pinjam, jangan ikut sedap kepala otak dia je.”

S4kit hati aku dengar bapak aku cakap macam tu. Aku bawa anak masuk bilik. Aku nangis. Kami bukan tak nak cari rumah sewa. Kami nak, tapi sebab kami tengah kumpul duit modal untuk buka kedai. Aku tak bagi dia cari rumah sewa dulu. Sebab bila dah ada rumah, komitmen bertambah.

Nak bayar api air rumah dan sebagainya. Bila nya dapat simpan untuk modal kami. Sekarang pun bil api air dan makan aku dengan anak duit suami. Dia memang bertanggungjawab. Tak pernah lagi aku mengemis kat mak bapak aku sebab nak makan. Anak aku pun cukup makan pakai.

Sekarang ni aku tak tahu nak buat apa. Seolah – olah dia m4ti nanti harta dia nak bawa masuk dalam kubvr. Aku s4kit hati sangat. Dari dulu sampai sekarang per4ngai tak berubah. Mak aku je dah tak pandang harta dah. Penat mak dengan aku doa siang malam untuk dia.

Untuk pengetahuan semua, mak aku kerja gaji 4 ribu sebulan. Dengan gaji mak aku tu, kereta motor dalam rumah semua mak yang bayar. Bapak aku jadi biawak hidup je. Ya bapak aku kerja, tapi satu sen pun tak keluar duit. Duit dia untuk kegunaan dia dan adik aku yang nombor tiga. Kami ada empat beradik. Aku yang sulung. Nafkah mak aku tak pernah bagi.

Sebab tu mak aku cari kerja sendiri. Aku bukan nak kecaman. Otak aku tengah serabut sangat. Aku solat subuh menangis. Dan kadang – kadang aku persoalkan kenapa Allah uji kami macam ni. Aku tak nak beritahu suami aku sebab aku tak nak tambah beban kat kepala dia. Aku dah lama sabar dari dulu. Per4ngai tak berubah, riak, sombong dengan harta yang mak aku cari. Jadi aku nak tanya korang semua, apa perlu aku buat. Aku dah rasa macam nak putus asa.

Ulasan pembaca :

Maria Masniza Abdul Manaf : Kahwin tanpa restu ibu bapa. Hapus hak ayah jadi wali. Nak walikan anak, nak tengok anak sanding depan mata, tapi tup tup dah ada cucu baru tahu. Sedih woi, mahu rasa malu seumur hidup dia orang. T

akkan senang hidup kau dik sebab s4kitkan hati ibu bapa. Tak kisahlah per4ngai atau tanggungjawab ibu bapa tu ke laut ke. Sombong bongkak ke, mereka tetap ibu bapa kau. Ramai lagi yang tak ada ibu bapa, tapi kau dah anggap dia orang tak ada masa kahwin.

Kau yang nak menumpang, banyak soal, nak senangkan hidup kau je. Tak nak bayar itu ini. Hidup ni kau yang pilih nak buat apa. Pindah jangan menumpang. Anggaplah ujian dan balasan dari Allah semua. Kau pun pentingkan diri macam bapa kau. Simple. Baik kau minta ampun kat ibu bapa kau dulu. Ada sebab hidup tak berkat. Fikirlah d0sa kau dulu, baru d0sa ibu bapa kau.

Noor Shafinas Zanon : Assalamualaikum puan, semoga hidup puan sekeluarga dirahm4ti selalu. Puan dan suami mintalah ampun dari ibu ayah puan sebab kita sebagai anak ni kita perlukan keampunan ibu bapa. Puan dan suami ambil keputusan berkahwin dan setelah setahun baru parents tahu. Itu dah membelakangkan hak wali. Betapa sedihnya hati ibu bapa bila anak – anak buat macam tu.

Ayah ni dia tak pandai tunjuk kasih sayang. Walau siapapun dia, dia tetap ayah puan. Puan anak sulung dalam keluarga, besar harapan ibu ayah nak tengok anaknya berjaya dalam hidup. Mungkin dia orang rasa puan belum bersedia untuk berkahwin.

Sepatutnya sediakan tempat tinggal tu pun termasuk dalam nafkah dari suami puan. Saya bukan cakap suami puan salah. Cuma keluarlah puan, cari rumah atau bilik sewa. Itu jauh lebih baik sebab jauh bau bunga, dekat bau t4hi. Kesian emosi anak anak puan. Sebab membesar dalam keadaan macam tu.

Bayangkan puan selalu sedih fikirkan suami. Mak bapak puan pula tak sukakan suami puan. Mungkin selalu berg4duh atau marah – marah. Macam mana anak puan nak membesar dengan emosi yang baik kalau keadaan macam tu. Rezeki tak pernah salah alamat, mintalah pada Allah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :